Banjir kilat yang berlaku di Yan, Kedah turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ini doa abah buat semua mangsa.
Bukan sedikit yang terjejas dengan kejadian banjir kilat di Yan , Kedah ini, malahan sehingga meragut nyawa dan masih hilang belum ditemui.
Ini Doa Abah Untuk Semua
Kongsinya di Facebook, “Saya mengikuti secara dekat bencana banjir kilat yang melanda beberapa buah kampung di daerah Yan, Kedah dipercayai kesan daripada fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai petang tadi (semalam).
Saya berharap kerajaan negeri Kedah serta agensi-agensi berkaitan dapat menggerakkan segera semua bentuk bantuan kepada penduduk di kampung-kampung yang terlibat dalam bencana ini. Keselamatan dan bekalan makanan perlu menjadi keutamaan ketika ini.
Saya difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan dan kecemasan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) serta APM telah melakukan operasi menyelamat dan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan bencana terjamin.
Semoga tugas-tugas pasukan keselamatan ini dipermudah manakala penduduk yang terjejas serta terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara disediakan bantuan dan perlindungan sewajarnya, dengan selamat dan teratur terutamanya ketika dalam situasi pandemik COVID-19.” luahnya.
Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, turut mengesahkan seorang lelaki berusia 60 tahun yang identitinya belum dikenal pasti meninggal dunia, manakala seorang lagi masih hilang susulan kejadian terbabit.
Ads
Rentetan itu, kerajaan negeri membuka pusat pemindahan sementara bagi menempatkan mangsa banjir kilat Yan yang akan dibahagikan kepada tiga kategori, membabitkan mangsa positif COVID-19, dikuarantin dan sihat.
Fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai, petang semalam, umpama ‘tsunami’ kecil ekoran keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata.
Dikatakan kejadian banjir ini berpunca dari hujan lebat berterusan di kawasan Gunung Jerai dengan air mengalir laju turun ke kaki gunung dan masuk ke Sungai Kunyit, Sungai Teroi dan Sungai Puteri Mandi.
Mingguan Wanita : Semoga mangsa banjir kilat di Yan, Kedah dipermudahkan urusan dan tabah melalui bencana ini. Kejadian yang berlaku sekelip mata ini bukan hanya menjejaskan harta benda, malahan juga emosi.
Fazley Yaakob & Azrene sah bercerai selepas 18 tahun kahwin, kekal baik walau tak sebumbung. Selepas rumahtangga adiknya, Raf Yaakob dan Mawar Rashid menemui titik noktah, terkini Dato Fazley Yaakob memaklumkan rumahtangganya dan Datin Azrene Soraya Abdul Aziz juga menemui noktah.
Menerusi kenyataan rasmi, Cef selebriti dan penyanyi, Fazley memaklumkan dia dan bekas isterinya yang juga dikenali sebagai Azrene Ahmad sudah sah bercerai pada beberapa bulan yang lalu. Dapat dilihat walau sudah bercerai hubungan mereka masih baik malah di ig storiesnya, mereka masih keluar makan bersama-sama selain menziarahi Azrene di pejabat bersama anak-anak.
Fazley Yaakob & Azrene Sah Bercerai Selepas 18 Tahun Kahwin
Tulis Dato Fazley, “family time” sambil memaparkan mereka sekeluarga makan bersama-sama.
Menurut pelantun lagu ‘Asmara Ini’ itu, keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama.
“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” jelas Fazley.
Kekal Baik Walau Tak Sebumbung
Fazley telah memfailkan penceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh edah telah pun tamat pada beberapa minggu lalu.
Sehubungan dengan itu, keempat-empat anak pasangan tersebut kini di bawah hak jagaan bersama.
Dalam pasa itu, Fazley juga memberitahu bahawa hubungannya dengan bekas isterinya kekal baik seperti sewaktu mereka mula-mula berkenalan dahulu.
Hasil daripada perkahwinan selama lapan belas tahun, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Tiga anaknya lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah, 13, dan seorang anak perempuan, Alayna Selma 7.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan barisan selebriti hebat yang menjadi duta produk suplemen jenama Inayah Beauty yang sememangnya mempunyai followers yang tersendiri. Selepas kejayaan produk Berryfull mix berries, Inayah Beauty tampil mengeluarkan perisa baharu Honey Lemon, yang memberi kesan tiga kali ganda penurunan berat badan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina binti Latifi, pengeluaran Berryfull Honey Lemon telah memilih selebriti popular, Abby Abadi sebagai duta bagi merasai sendiri penggunaan produk perisa baharu itu.
“Dengan pelbagai cabaran sepanjang proses Berryfull Honey Lemon yang ingin bersaing secara sihat dalam pasaran, saya bersyukur jalinan kerjasama dengan Abby memberi impak yang besar.
“Pada asalnya, saya mendapat satu kiriman video daripada Fasha Sandha. Video itu menunjukkan Abby Abadi dan Azza (Elite) berkongsi pengalaman mereka kepada Fasha yang mereka adalah pengguna setia Berryfull.
“Mereka beli sendiri dan memang amalkan. Video berkenaan buatkan saya tertarik kerana tak sangka mereka sudi mencuba produk tempatan kami,” katanya.
Lantik Jadi Duta
Tambah Dini, selepas pengurusan pembungkusan selesai, pihak Inayah melantik Abby sebagai ‘Face Off’ Berryfull Honey Lemon pada Jun lalu dan perubahan ketara saiz badan Abby adalah testimoni sebenar yang dipantau sepenuhnya oleh pihak Inayah.
“Abby sudi menyahut cabaran yang diberikan iaitu wajib kurus dalam masa tiga bulan.
“Ketika saya menghubungi Abby, berat badannya mencecah 75kg dan dia sahut cabaran saya untuk turunkan berat badan sehingga 59kg pada bulan Ogos 2024.
“Kemudian barulah Abby dilantik sebagai duta Berryfull Honey Lemon. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dapat bekerjasama dengan seorang lagi artis yang sangat berdisiplin sehingga berjaya membuktikan dia mampu mendapatkan berat badan yang diimpikan,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai kepentingan menurunkan berat badan buat wanita, Dini mempunyai pandangannya yang tersendiri.
“Semua wanita sememangnya mempunyai ‘rasa’ atau keinginan untuk kurus. Bila mendapatkan berat badan yang ideal, barulah mempunyai keyakinan dalam diri. Saya tidak mengatakan bahawa wanita berisi ni tak cantik, tetapi berat badan yang ideal penting kekal sihat dan faktor kesihatan amat memainkan peranan yang penting,”ujarnya.
Perubahan berat badan Abby yang begitu ketara membuatkan jualan kasar Berryfull Honey Lemon berjaya mengutip jualan kasar sehingga RM2.5 juta sepanjang tempoh tiga bulan produk berkenaan di pasaran.
Mengenai syarikat, Inayah Beauty Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menghasilkan produk makanan tambahan iaitu Berryfull, Gattox dan Break Oat.
Selain Abby Abadi, duta Inayah Beauty termasuklah Fasha Sandha, Nora Danish, Puteri Sarah Liyana, Bella Astillah dan Ananda Natasha.
Sanggup menjual rumah, mendermakan sebelah buah pinggang dan berkahwin semula dengan bekas isteri. Pengorbanan lelaki ini mungkin hanya satu dalam berjuta kisah manis selepas episod perceraian berlaku. Kebiasaannya, apabila berlakunya perceraian, jarang pasangan yang sanggup berbaik-baik, masih mengambil berat diantara satu sama lain.
Kahwin Semula Bekas Isteri
Seorang lelaki dari wilayah Henan, China sanggup berkahwin semula dengan bekas isterinya walaupun mengetahui wanita itu kini sakit tenat.Lapor World of Buzz, Chen Zhenfeng, 39, juga sanggup menjual rumahnya bagi membiayai kos perubatan untuk merawat Xie Hongxia yang menghidap uremia.
Uremia merupakan salah satu tanda tahap akhir penyakit buah pinggang apabila organ itu sudah berhenti berfungsi.
Menurut 8world, Zhenfeng dan Hongxia bertemu sembilan tahun lalu dan berkahwin beberapa bulan selepas berkenalan. Namun, pasangan itu bercerai 2019 disebabkan masalah rumah tangga.
Isteri Sakit Tenat
Selepas dua tahun perceraian, Zhenfeng menghubungi bekas isterinya untuk bertanya khabar dan mendapat tahu Hongxia menderita uremia. Zhenfeng kemudian melawat Hongxia di hospital dan melamar bekas isterinya untuk berkahwin semula setelah tidak tahan melihat keadaan wanita itu yang terlalu sakit.
Hongxia pada mulanya menolak lamaran Zhenfeng kerana tidak mahu membebankan bekas suaminya dengan perbelanjaan perubatannya.Namun, Zhenfeng bertegas mahu menjaga dan menemani Hongxia sepanjang hayatnya.
Malah, Zhenfeng juga memberitahu sanggup menderma buah pinggangnya untuk bekas isterinya. Hongxia tidak sanggup menolak niat baik Zhenfeng dan akhirnya menerima lamaran perkahwinannya.
Mingguan Wanita: Terharu kisah percintaan seperti ini. Terbaiknya bekas suami begini. Masih menjaga hubungan baik, mengambil berat dan sanggup menjaga bekas isteri yang sakit tenat.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.