Banjir kilat yang berlaku di Yan, Kedah turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ini doa abah buat semua mangsa.
Bukan sedikit yang terjejas dengan kejadian banjir kilat di Yan , Kedah ini, malahan sehingga meragut nyawa dan masih hilang belum ditemui.
Ini Doa Abah Untuk Semua
Kongsinya di Facebook, “Saya mengikuti secara dekat bencana banjir kilat yang melanda beberapa buah kampung di daerah Yan, Kedah dipercayai kesan daripada fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai petang tadi (semalam).
Saya berharap kerajaan negeri Kedah serta agensi-agensi berkaitan dapat menggerakkan segera semua bentuk bantuan kepada penduduk di kampung-kampung yang terlibat dalam bencana ini. Keselamatan dan bekalan makanan perlu menjadi keutamaan ketika ini.
Saya difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan dan kecemasan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) serta APM telah melakukan operasi menyelamat dan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan bencana terjamin.
Semoga tugas-tugas pasukan keselamatan ini dipermudah manakala penduduk yang terjejas serta terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara disediakan bantuan dan perlindungan sewajarnya, dengan selamat dan teratur terutamanya ketika dalam situasi pandemik COVID-19.” luahnya.
Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, turut mengesahkan seorang lelaki berusia 60 tahun yang identitinya belum dikenal pasti meninggal dunia, manakala seorang lagi masih hilang susulan kejadian terbabit.
Ads
Rentetan itu, kerajaan negeri membuka pusat pemindahan sementara bagi menempatkan mangsa banjir kilat Yan yang akan dibahagikan kepada tiga kategori, membabitkan mangsa positif COVID-19, dikuarantin dan sihat.
Fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai, petang semalam, umpama ‘tsunami’ kecil ekoran keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata.
Dikatakan kejadian banjir ini berpunca dari hujan lebat berterusan di kawasan Gunung Jerai dengan air mengalir laju turun ke kaki gunung dan masuk ke Sungai Kunyit, Sungai Teroi dan Sungai Puteri Mandi.
Mingguan Wanita : Semoga mangsa banjir kilat di Yan, Kedah dipermudahkan urusan dan tabah melalui bencana ini. Kejadian yang berlaku sekelip mata ini bukan hanya menjejaskan harta benda, malahan juga emosi.
Apabila bertugas dalam bidang kesihatan dan rawatan perubatan, jangan sesekali sambil lewa. Setiap nyawa cukup berharga dan kesan kecuaian boleh mengakibatkan derita sepanjang hayat.
Alhamdullilah akhirnya nasib adik Adeena terbela apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dibayar pampasan RM5.6 juta atas kecuaian perubatan sebuah hospital kerajaan hingga mengakibatkan mangsa lumpuh.
Lumpuh Akibat Komplikasi Pembedahan
Nur Adeena Mohd Syahmir yang dilahirkan pada 12 Mei 2020 melalui pembedahan Caesarean mengalami kecederaan saraf tunjang berikutan komplikasi pembedahan yang menyebabkannya lumpuh dari leher ke bawah.
Kanak-kanak itu selaku plaintif melalui bapanya menfailkan saman kecuaian perubatan terhadap 19 defendan terdiri daripada kerajaan Malaysia dan 18 pegawai perubatan yang bertugas di sebuah hospital kerajaan.
Akibat kecuaian itu, ketika ini, plaintif bergantung kepada ventilator dan juga dipasang trakeostomi (tebukan pada leher).
Berdasarkan dokumen diperoleh media, defendan pertama (kerajaan Malaysia) mengakui liabiliti pada 26 Julai 2022 menyebabkan plaintif menarik balik semua tuntutan terhadap defendan kedua hingga ke-19.
Perbicaraan diteruskan untuk penilaian ganti rugi dan berlangsung selama dua hari di mana plaintif memanggil dua saksi iaitu ibu plaintif dan saksi pakar Dr Kavitha manakala defendan pertama memanggil saksi pakar S Mohaneswari.
Pegawai Perubatan Tiada Pengalaman Melakukan Pembedahan
Siasatan mendapati pegawai perubatan yang bertugas tidak mempunyai pengalaman melakukan pembedahan dan ia dilakukan tanpa pengawasan pakar perbidanan dan sakit puan.
Dalam keputusannya pada Isnin, Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata, tiada jumlah wang yang dapat mengurangkan kesakitan dan penderitaan kanak-kanak itu.
“Mahkamah berpandangan bahawa jumlah ganti rugi yang diberikan perlu sebagai pampasan untuk perbelanjaan tambahan yang akan ditanggung oleh penjaga dalam menjaga plaintif yang kurang upaya,” tambahnya.
Jangka Hayat Hanya 23 Tahun
Katanya, mahkamah mempertimbangkan keterangan daripada doktor pakar bahawa kanak-kanak itu berkemungkinan hidup sehingga usia 23 tahun berdasarkan keadaannya.
Mahkamah memutuskan kanak-kanak itu berhak mendapat pampasan yang mencukupi sepanjang hayatnya.
Dalam penghakiman itu juga, mahkamah juga berpendapat plaintif berumur dua tahun perlu diberi pampasan yang mencukupi untuk menampung baki jangkaan hayatnya 21 tahun lagi.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, nasib adik Adeena terbela.Semoga menjadi pengajaran buat mereka yang terlibat dalam bidang perubatan, supaya jangan ambil mudah urusan nyawa.
Asbab ikhlas bawa kucing jalanan sakit ke klinik, keluar RM29 Allah ganti puluh ganda lagi. Kadang kala kita tidak tahu apa rezeki sudah tertulis dalam hidup kita hari ini. Di saat ramai yang mula mengira baki wang di tangan kerana sudah tengah bulan dan gaji lambat masuk lagi, ada rezeki tak tersangka-sangka datang.
Asbabnya hanya kerana berbuat baik sesama makhluk Allah dan Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik lagi. Dan rezeki itu nilainya lebih berganda dari apa dikeluarkan.
Satu perkongsian di Tik Tok @mohd haziq mansor memperlihatkan bagaimana keikhlasan hatinya membawa seekor kucing jalanan yang sakit menjadi asbab dia memperoleh rezeki berganda.
Semua bermula apabila dia ternampak seekor kucing sakit di tengah jalan dan di dalam dompetnya hanya berbaki RM50 saja dan wang itu untuk sampai hujung bulan.
Namun kerana kasihan dia akhirnya membawa kucing berkenaan di dalam kereta dan menuju ke klinik haiwan Therapets di Klang.
Sewaktu kucing jalanan itu menerima rawatan dirinya pasrah dan redha sambil menunggu bil yang bakal keluar.
Dalam kepala dah set untuk bayar bakinya cukup bulan kalau wang tidak mencukupi.
Alhamdulillah, sesuatu yang tak tersangka-sangka di saat dia merasakan jumlah bilnya mungkin tinggi, namun klinik berkenaan memberikan bayaran diskaun sbanyak 50 peratus.
Bayaran dikenakan hanyalah RM29 saja dan dirinya berasa sebak sebaik doktor memaklumkan kosnya, seolah tahu dirinya tengah susah ketika itu.
Tapi perancangan Allah lebih baik kerana beberapa hari selepas berbuat baik pada binatang kesayangan Rasulullah SAW ini, dia memperoleh berganda iaitu RM375 duit cashback yang sepatutnya masuk hujung bulan nanti. Terima kasih Allah tulisnya.
Ya, asbab kita berbuat baik dengan ikhlas ada saja rezeki tak tersangka-sangka datang dari Allah.
Khas buat mak-mak yang suka masak sayuran hijau seperti brokoli. Rupanya ada tip mudah yang dikongsikan oleh Puan Salmy Saznira untuk membersihkan lilin pada brokoli yang dibeli. Bukan apa, kadangkala sayur sayuran mahupun buah-buahan disembur dengan bahan pengawet untuk memastikannya kekal segar dan tahan lebih lama.
Berikut perkongsian oleh wanita ini sebagai panduan mak-mak;
“Dulu kakmie dan famili tak suka makan sayur brokoli ni. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin minat pulak. Pendek kata tak leh nampak brokoli segar pasti nak angkut beli.Kalau perhati betul-betul, atas gugusan brokoli ni ada warna putih-putih kelabu kan. Semacam lilin pun ada. Cuba alirkan air, pasti air tak boleh lalu ke dalam tu.Ada perasan tak?
“Kebanyakan brokoli di tempat kita ni banyak yang diimport, nak bagi sayur segar sokmo bahan kimia bubuh situ.Tu la kakmie cuba cari jugak cara nak bersihkan racun-racun tu. Alhamdulillah jumpa dah. Rasa bersih sikit la nak makan.Caranya mudah jer. Guna semua bahan yang ada kat dapur.”
Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5minit. Lepas tu bilas bersih. InsyaAllah.
Cuba rujuk video di bawah. Kakmie ada buat eksperimen.
– Brokoli (kiri) sebelum direndam.
– Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli-(Racun lilin dah hilang).
Ps : Nanti jangan lupa beritahu famili, kawan-kawan tentang tips nih deh, supaya mereka pun tahu. Sama-sama kita sihat.
Jadi buat mak-mak yang selalu memasak, pastikan cuci dahulu bersih-bersih sayur-sayuran dan buah-buahan iya, untuk kesihatan keluarga pada jangka panjang.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.