
Isi Kandungan
ToggleBaking Powder VS Baking Soda, Jadikan Kuih, Biskut Kek Lebih Gebu, Rangup Atau Mengembang! Buat biskut mahupun kek perlu ada ilmu dan caranya yang tersendiri. Kena tahu panduan asas barulah biskutnya elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.
Terutamanya dalam pemilihan bahan penting iaitu baking powder dan baking soda. Ia membuatkan kek, kuih mahupun biskut yang dihasilkan jadi lebih gebu, rangup atau mengembang.
Baca perkongsian tip perbezaan Baking Powder, Baking Soda dan Soda Bikarbonat ini sebagai panduan;
Baking Powder
Baking powder adalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial. Ia mengandungi sejenis asid( biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali (soda bikarbonat). Kedua-dua bahan ini dicampur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung.
Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.
Soda Bikarbonat
Soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang disediakan secara komersial. Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
Soda bikarbonat sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih.
Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila digunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida. Apabila dibakar ia akan mengembang, sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.
Baking Soda
Yang ni paling mudah. Baking soda adalah nama lain bagi Soda Bikarbonat. Jadi bila ada resipi yang tertulis baking soda @ soda bikarbonat, jangan pening-pening. Ia adalah merujuk kepada benda yang sama.
Semoga bermanfaat!

Mesti Baca:Tip PENTING Buat Biskut Elok Menjadi, Lebih Rangup & Tahan Lama!
Baca Lagi Di Sini:Sebelum Nak Beli Oven, PENTING Ambil Tahu Jenis & Fungsinya Dulu!
Artikel Menarik:Wanita Ini Kongsi Cara Dia Bakar Biskut Raya Atas Dapur Gas, Hasilnya Rangup, Gebu Dan Menjadi
Mingguan Wanita: Jadi bila nak buat kek, kuih atau biskut, kenal pasti dulu betul-betul bahan yang digunakan, sama ada baking powder atau baking soda. Barulah menjadi!
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Tip Beli Perabot Tahan Lasak Untuk Mangsa Banjir

Isi Kandungan
ToggleDisember 2021 meninggalkan kenangan banjir yang cukup mendalam buat siapa pun yang diuji dengan musibah hebat ini. Bukan sedikit perabot mahupun barangan rumah yang rosak.
Sesetengah keluarga, boleh dikatakan ’total lost’ dan hilang harta benda. Selepas berkemas tentunya, terfikir pula mahu beli perabot untuk menempatkan barangan kecil yang ada di rumah.
Wan Chu berkongsi pada mangsa banjir yang mahu membeli perabot lebih baik untuk menggantikan perabot yang rosak. Hadamkan tipnya.
Tips beli perabot untuk mangsa banjir
Saya kongsikan tips berdasarkan pengalaman ibu saya yang melalui banjir paling teruk sekitar 1971 dulu.
1) Mulakan dengan beli perabot yang ringkas tapi tahan lasak. Seperti kotak-kotak plastik, almari plastik, meja dan kerusi plastik. Tidak perlu fikirkan perhiasan-perhiasan buat masa sekarang.
2) Sasarkan pembelian perabot plastik ini untuk penyimpanan sementara yang baik dan dapat digunakan dengan efisyen. Keselesaan di tempat kedua.
3) Mula membuat target kewangan tertentu untuk miliki perabot yang lebih baik. Jangan terburu-buru dengan pelbagai tawaran yang disediakan di kedai-kedai perabot.
4) Buatlah pilihan yang menjimatkan bajet anda. Kedai-kedai barang terpakai juga ada menjual barang-barang yang masih baik dan boleh digunakan.
Baca sini : Anak lelaki lasak, jangan bagi alasan minimalis kediaman tak perlu sarat dengan perabot
Pilih Perabot Jati
5) Jika anda sudah bersedia untuk membeli perabot yang lebih baik pilihlah perabot berasaskan jati. Umumnya perabot jati kurang popular kerana berat, rekaan yang kurang menarik, agak sukar diperoleh serta harganya yang agak kayangan. Namun jati adalah perabot paling tahan lasak. Dalam situasi banjir ada kemungkinan yang rosak cuma span sahaja tapi binaan asas jati tetap kuat.
6) Anda masih punya pilihan lain seperti perabot solid wood. Kayu keras yang berat dan padu. Juga merupakan pilihan yang tidak popular kerana kurang menarik dan berat.
7) Pemilihan perabot besi juga mengurangkan risiko kerosakan. Namun perlu dipastikan Kadar ketumpatan besi tersebut adalah tinggi bagi mengelakkan ia berkarat dengan cepat atau mudah bengkok.
8) Selain itu jika anda seorang yang kreatif mgkin boleh hasilkan perabot daripada paip pvc sahaja. Ringan cuma agak kurang tahan lasak jika disasarkan untuk penggunaan jangka masa panjang.
9) Pembelian sofa berasaskan full leathers juga membantu mengurangkan risiko rosak dalam air. Pastikan kulit yang asli dan bukan campuran tekstil yang lain.
10) Pembelian perabot berasaskan papan partikel (chip board) boleh dibuat jika anda mempunyai bajet yang agak terhad. Namun perlu diingatkan perabot chipboard berisiko tinggi untuk mudah rosak jika terendam di dalam air dan agak merugikan untuk jangka masa panjang.

Bertenanglah! Kumpul Tabungan Beli Perabot
11) Ambillah masa untuk bertenang dan kumpul semula tabung untuk pembelian perabot anda. Tidak perlu membeli kesemuanya sekaligus. Beli sedikit-sedikit mengikut bajet dan keperluan terdesak anda.
12) Sebaiknya elakkan berhutang semasa membeli. Ingatkan diri sendiri bahawa pembelian perabot baru bukanlah keutamaan dalam masa musibah ini.
13) Musibah banjir memberi pengajaran pada kita bahawa sederhana itu perlu. Mungkin dekorasi rumah kita selepas ini lebih kepada minimalist di samping mengurangkan habit menyimpan yang tidak perlu. Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah ini sekali lagi InshaAllah kita tidak panik dengan barang yang terlalu banyak di rumah di samping mudah dan cepat untuk dikemas.
Berbelanjalah mengikut keperluan dan bajet kita. Utamakan keperluan asas hidup seperti makanan pakaian dan tempat berteduh. Keselamatan diri dan yang tersayang adalah lebih utama.
Semoga membantu InshaAllah
Mingguan Wanita : Semoga mangsa banjir yang mengalami kehilangan atau kerosakan barang diberikan kesabaran yang tinggi. Dan moga digantikan dengan yang lebih baik lagi.
Sumber/Foto : Wan Chu
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patutlah Pasang Kipas Siling Laju Pun Masih Rasa Bahang, Ini Puncanya

Isi Kandungan
ToggleWaktu musim panas, pasang kipas siling punyalah laju, sampai rasa kipas tu pun nak terbang. Tapi tak juga dapat hilangkan bahang panas itu. Sudahnya pasang aircond. Tentu-tentu, bil elektrik berganda kan.
Wanita ini, Ija Juhari kongsikan tip membeli kipas siling yang tepat untuk tujuan penjimatan elektrik di rumah. Jadi, sebelum beli kipas, kena periksa ada tak fungsi yang dikongsikan ini.
Tip Jimat Bil Elektrik, Pasang Kipas Siling Yang Tepat
Sekarang kan musim panas. Orang kata pasang kipas siling pun bahang. Nak pasang aircond sentiasa takut bil pula melambung-lambung. Tapi sebenarnya ramai tak tahu kipas siling ada function berbeza ketika cuaca panas dan sejuk.
Kalau negara sejuk paling common kita tahu depa pasang heater, atau fireplace. Tapi bila summer korang pernah dengar tak ada summer fan dan winter fan.
Bunyi macam pelik kan, tapi sebenarnya dekat Malaysia pun dah wujud dah benda ni.
Dan paling menarik ia dapat juga jimatkan duit dari bayar bil aircond korang.
Haaaa, nak tahu ke? Actually mungkin ada yang dah tahu tapi kita share je la supaya ia dapat jadi manfaat untuk semua.
Rahsianya Pada Reverse Setting
Sebenarnya rahsia dia hanya terletak pada reverse setting.
Kebiasaanya kipas siling akan sejukkan rumah dengan menolak udara dari atas ke bawah, tapi sebab di Malaysia ni panas jadi udara panas stay di atas siling dan bila kita buka kipas udara panas tadi yang akan turun ke bawah so ia tak menurunkan suhu dalam rumah pun tapi ia hanya membuat kita rasa sejuk sedikit.
Kalau perasan bilah kipas kan senget dan ia akan menolak udara panas di atas turun ke bawah. Dan ia adalah function winter fan. Kita sebenarnya memerlukan function summer fan.
So sekarang kalau beli kipas ceiling boleh cari kipas siling yang ada reversible function. Ada banyak brand sebenarnya. Bukan pasang kipas speed 5-6 yang menjadikan kita sejuk. Tapi function clockwise dan counter-clockwise yang akan memberi kesan sejuk yang berbeza.
So sekarang dah faham kan kenapa pasang kipas siling pun still rasa panas. Macam hot air balloon tempat Engku Emran proposed 2 bini dia. Hahahaha. Udara panas terapung sebab ringan. Udara sejuk mendap. Jadi kita tak nak udara panas turun. Kita nak udara sejuk yang turun. Jadi kena pasang kipas counter-clockwise.
Hadamkan Tip Ini Juga
Tips : Pastikan kips siling bekerja pada kelajuan yang perlahan. Kalau tidak nanti dia bagi wind chill efefct. Tapi kalau siling rumah tinggi boleh guna kadar sederhana. So dengan cara ni pun dah boleh jimat tenaga eletrik dan duit. Save environment hehehe.
Macam mana nak tukar kipas siling to So kalau nak cari dekat kedai kipas winter fan ni dia akan cakap kipas boleh forward and reverse function. Auto dekat remote dah ada. Kalau dulu katanya ada button dekat kipas boleh change.
Apa kata korang check dekat kipas korang dulu. Mana tau ada. Tapi jangan lupa tutup kipas dulu weih.
Mana tau lepas ni rumah jadi sejuk tetiba.

Sumber/Foto : Ija Juhari
Macam mana panas pun dalam rumah, jangan on kipas dan aircond serentak.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa.. antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke :
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-capai-4-angka-bisnes-mobile-spa/
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-tak-susah-pun-buat-duit-kencang-bisnes-di-shopee/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuali Non Stick TAK BAHAYA, Kena Tahu Penjagaan Elak Hilang Fungsi Kalis Lekatnya

Isi Kandungan
ToggleKebanyakan mak sekarang ini lebih senang dan selesa memasak menggunakan kuali non stick. Tidak melekat dan menyenangkan kerja-kerja memasak mak.
Bukan setakat kuali, malah semua jenis peralatan memasak semuanya berasaskan non stick, tidak melekat. Namun, ada juga mak-mak yang guna kuali non stick ini sampai tercalar, mengelupas dan masih gunakan. Sayang nak buang.
Sehinggakan pernah satu masa ada ura-ura mengatakan kuali non stick ini bahaya dan boleh menyebabkan kanser. Nak tahu lebih lanjut, Fatimah Salim jelaskan tentang peralatan kuali non stick ini yang boleh mak-mak jadikan rujukan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sanggup Guna KUALI HITAM, Kononnya Legend. Sebenarnya Ia Bahayakan Kesihatan
Minyak Masak Untuk Sekali Pakai, Jangan Sayang Nak Buang, Elak Undang Penyakit
Info Lebih Menarik DI SINI
Kuali Non Stick, Bahaya Atau Tidak?
Komponen utama peralatan memasak kalis lekat (non stick pan)
Antara komponen utama peralatan memasak ialah logam besi aka iron (Fe), aluminium (Al) dan kuprum aka tembaga (Cu).
Disebabkan sifat fizikal (lembut, ringan, mudah dilentur) dan kimia (mudah bertindakbalas), logam-logam ini dicampur dengan sedikit logam kromium, nikel, strontium atau molybdenum mengikut peratusan tertentu membentuk aloi.
Ini bertujuan untuk menjadikan struktur logam utama ini lebih stabil secara kimia (tidak reaktif atau berkarat) dan tahan lasak.
Antara aloi yang paling popular ialah keluli tahan karat (stainless steel) yang mana dibentuk daripada campuran logam utama besi dan kromium.
Untuk membolehkan kita menggambarkan struktur kimia peralatan memasak ini, berbilion atom logam berkenaan terikat secara metalik.
Ikatan metalik ini sangat kuat, boleh dilentur dan pengalir haba yang bagus.
Ciri pengalir haba ini sangat perlu untuk memasak agar kuali cepat panas dan makanan masak dengan sekata.
Bila Peralatan Ini Dipanaskan
Semasa dipanaskan, logam yang membentuk peralatan memasak ini akan mengembang (tidak dapat dilihat dengan mata kasar) disebabkan oleh tenaga kinetik (pergerakkan) elektronnya meningkat.
Pengembangan ini akan menghasilkan ruang yang menyebabkan makanan yang dimasak mencelah masuk dan melekat pada permukaan kuali.
Ini terutamanya makanan yang bersentuhan secara terus dengan permukaan seperti menggoreng atau memanggang.
Jadi untuk mengurangkan perlekatan ini, ia ditambahkan dengan minyak yang mana bertujuan menyaluti lapisan permukaan peralatan memasak.
Namun, disebabkan kesedaran dalam mengurangkan penggunaan minyak, teknologi menggantikan fungsi minyak ini dibangunkan.
Maka, di sinilah konsep penyelaputan (coating) permukaan peralatan memasak diperkenalkan dan dinamakan peralatan memasak kalis lekat (non-stick cookware).
Lapisan Selaput Kalis Lekat Pada Peralatan Memasak (Non-Stick Pan / Cookware)
Terdapat beberapa jenis bahan yang digunakan sebagai selaput kalis lekat (non-stick) termasuklah bahan kimia plastik pelincir polytetrafluoroethylene (PTFE), seramik, enamel dan silikon.
Mari kita teliti satu-persatu bahan selaput pada non-stick pan ini untuk lebih jelas.
1. PTE
Ia merupakan bahan pepejal yang memiliki pekali geseran (coefficient of friction) yang sangat kecil atau dengan bahasa mudah, sangat licin. Bahan kimia ini sangat stabil dan tidak berbahaya, maka ianya dijadikan alternatif (buid-in) untuk menggantikan fungsi minyak tadi. Peralatan dapur yang mengandungi PTFE adalah produk Teflon.
Apabila peralatan ini dipanaskan melebih 350 degree Celsius ianya berpotensi menghasilkan gas fluorocarbons yang menyebabkan hidung berair (sementara) dan mungkin boleh menyebabkan komplikasi kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan.
Pun begitu, suhu ini hanya dicapai apabila kuali dipanaskan sehingga berasap-asap tanpa air atau minyak dan dalam ruang kurang pengudaraan.
Fikir logik, asap berlebihan biasa juga boleh memberikan kesan yang sama. Maka, kesan ini tidak signifikan.
Sebenarnya yang merisaukan ramai ialah pengunaan bahan kimia perflurooctanoic acid (PFOA) yang dikaitkan dengan kanser.
Bahan kimia ini digunakan untuk meningkatkan keterlarutan (surfactant) PTFE dalam proses pembuatan.
Pun, begitu proses rawatan haba tinggi akhir terhadap peralatan ini sebenarnya tidak meninggalkan sedikit pun PFOA. Ianya telah termusnah.
Namun disebabkan desakan, pengunaan PFOA ini telah dihentikan sejak tahun 2015, lalu fungsinya digantikan dengan bahan kimia lebih terjamin iaitu perfluoropolyether seperti GenX.
Dan desakan ini sebenarnya lebih kepada isu bahaya pendedahan pekerja industri berkenaan semasa proses pembuatan (bukan pada selaput kalis lekat itu sendiri) dan ianya juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Selain daripada itu, lapisan PTFE ini boleh terkopek dan bercampur dalam masakan jika tidak dijaga dengan betul.
Namun, ianya tidak bahaya kerana tidak mampu dihadam, lalu dikumuhkan dalam najis.
Cuma fungsi kalis lekat itu sudah tiada, malah akan menyebabkan penambahan sifat perlekatan dengan masakan pula.
Ada pula jenis yang berkarat, jadi bolehlah dielakkan dengan sapuan sedikit minyak pada bahagian yang calar setelah dikeringkan.
Disebabkan pelbagai ‘pertimbangan’ mengenai PTFE ini, maka para penguasaha datang dengan konsep ‘green’ non-stick cookwares yang berteraskan seramik, enamel dan silikon.
2. SERAMIK & ENAMEL
Saduran seramik dan enamel keduanya berasal daripada asas yang sama iaitu tanah liat yang mengandungi bahan kimia utama SiO2 aka pasir.
Yang membezakannya adalah kekuatan suhu yang digunakan pada tanah liat dalam penghasilan kedua komponen ini di mana enamel bersifat fizikal lebih opaque, manakala seramik pula lebih seperti kaca.
Penambahbaikkan mengikut kesesuian kemudiannya dibuat dengan mencampurkan bahan kimia lain dalam pembuatan selaput ini menjadikannya berstruktur kimia hibrid (kacukan) organik-inorganik.
Contoh penambahan bahan kimia organoalkoxysilane yang membentuk ikatan kovalen dan ionik yang kuat. Ikatan ini adalah kunci kepada stabiliti kimia dan fizikal saduran seramik dan enamel ini.
Selaput jenis ini terdapat pada produk Le Creuset, Thermolon, GreenPan, Rachael Ra, GreenLife, EarthPan, Cuisinart, Orgreenic, GreenGourmet dan banyak lagi.
Seperti juga PTFE, cara penjagaan yang salah untuk peralatan jenis ini juga boleh menyebabkan selaput seramik dan enamel tertanggal lalu tidak lagi menjalankan fungsi optimum kalis lekat tadi.
Kelemahan kuali kalis lekat PTFE, seramik dan enamel adalah mereka menghilangkan keupayaan kuali untuk mengalirkan haba sepenuhnya ke permukaan makanan yang mana kesan ‘kehangusan’ yang cantik tidak diperolehi. Maka satu lagi alternatif untuk penyelesaian ini ialah dengan menggunakan lapisan silikon.
3. SILIKON
Lapisan silikon diperbuat daripada bahan kimia polysiloxane atau siliconized polyester sama seperti pembuatan hibrid lapisan seramik namun ianya lebih kepada ciri organik.
Pun begitu, silikon tidak teguh secara fizikal, maka ianya lebih sesuai digunakan dalam peralatan pastri dibandingkan peralatan memasak biasa.
Seperti yang telah saya terangkan di atas, masalah dalam peralatan yang diselaputi dengan bahan kimia kalis lekat ialah kadar aliran haba yang rendah.
4. GRANITEWARE
Peralatan memasak granite ini sebenarnya TIDAK ada langsung material daripada granite. Nama ini diberikan kerana struktur rupanya adalah seperti granite.
Ianya diperbuat daripada besi karbon (carbon steel) yang diselaputi dengan lapisan porcelain enamel.
Jenis yang ini juga selamat digunakan dan lebih tahan lasak, cuma ialah lebih berat kerana konsep pengaliran haba yang baik menjadi keutamaan disamping kalis lekat dan ‘green’.
SEMUANYA SELAMAT DIGUNAKAN
KESIMPULANNYA kesemua peralatan kalis lekat ini selamat digunakan.
Namun pastikan beli daripada pengeluar yang anda yakini dan punya reputasi yang baik.
Selebihnya bergantung kepada tujuan dan kemampuan masing-masing.

CARA PENJAGAAN
Tips Penjagaan Peralatan Memasak Kalis Lekat (Non Stick)
• Elakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi PANAS (walaupun bunyi tindakbalas pindaan haba ini ‘sedap’ di dengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.
• Elakkan mencuci di dalam dish washer atau mengunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ia akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku.
• Cuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub!
MW: Dah beli kuali kalis lekat, kenalah jaga elok. Harganya boleh tahan. Jangan main sental, sayang kalau calar. Hilang fungsinya nanti.
Sumber: Fatimah Salim
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI