Bahaya makan ikan tilapia tak dimasak sempurna, ibu anak seorang kudung kedua belah kaki & tangan. Gara-gara memakan ikan tilapia yang tidak dimasak sempurna, terjadi peristiwa yang menggerikan bagi seorang wanita. Bahkan dirinya kini sedang bertarung nyawa selepas kedua belah kakinya terpaksa dipotong.
Memetik laporan Berita Harian, seorang ibu dari Amerika Syarikat (AS) kehilangan kedua-dua tangan dan kakinya selepas dijangkiti kuman pemakan daging, selepas memakan ikan tilapia yang dipercayai tidak dimasak sempurna.
Makan Ikan Tilapia Tak Dimasak Sempurna
Wanita dari San Jose, California, Laura Barajas, 40, menjalani pembedahan kecemasan pada Rabu selepas dimasukkan ke hospital selama lebih sebulan bagi melawan jangkitan berkenaan.
Ikan tilapia yang tidak dimasak sempurna boleh membahayakan nyawa pemakannya.
Ibu Anak Seorang Kudung Kedua Belah Kaki & Tangan
Menurut rakannya, Anna Messina, Barajas yang juga ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu jatuh sakit beberapa hari selepas dia memasak dan makan ikan yang dibelinya dari pasar tempatan pada akhir Julai.
“Dia hampir kehilangan nyawanya dan bergantung kepada alat pernafasan.
“Dia terpaksa ditidurkan untuk tujuan rawatan. Jari, kaki dan bahagian bawah bibirnya hitam. Dia mengalami sepsis dan buah pinggangnya gagal berfungsi,” katanya kepada stesen berita tempatan di kawasan teluk San Francisco, Kron4.
Ads
Messina percaya jangkitan itu disebabkan Vibrio vulnificus, bakteria yang telah diberi amaran mengenainya oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), AS pada 1 September.
Menurut CDC, orang ramai boleh dijangkiti Vibrio vulnificus dengan mengambil makanan laut mentah atau kurang dimasak mahupun mendedahkan luka di permukaan air laut.
Tambahnya, kira-kira 150 hingga 200 kes jangkitan dilaporkan setiap tahun di AS dan sekitar satu daripada lima orang yang dijangkiti meninggal dunia.
Messina turut mewujudkan halaman khusus di media sosial untuk membantu membayar perbelanjaan perubatan rakannya, iaitu ‘GoFundMe’, di mana sehingga kini lebih AS$35,000 (RM163,940) berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai. – AGENSI.
Penyanyi rap yang juga anggota K-Clique, Tuju, 24 November lalu telah berkongsi nama anak sulungnya bersama isteri, Loca B yang baru sahaja dilahirkan.
Perkongsian tersebut dibuat oleh Tuju ketika temubual secara virtual dalam program MeleTOP bersama Nabil dan hos jemputan, Uyaina Arshad.
Keluarga bahagia bersama anak lelaki mereka.
Malah ketika itu juga Tuju menerangkan Loca B sedang berpantang di rumah. Dan bayi yang dilahirkan dinamakan Bintang Aiko.
Bintang Aiko Didiagnosis Gastrosis Sejak Dalam Kandungan
Namun sesuatu yang agak mengejutkan apabila semalam menerusi sebuah hantaran video menerusi akaun Instagram Loca B (kuning langsat) menulis tentang bayinya itu didiagnosis gastrosis sejak dalam kandungannya lagi.
Gastrosis merupakan kecacatan pada dinding abdomen yang menyebabkan usus bayi berada di luar perut tanpa lapisan pelindungan.
Malah Loca B mendedahkan bayi perempuannya itu didiagnosis dengan penyakit tersebut sejak awal kehamilan.
Keadaan Baby Bintang Aiko sewaktu di NICU.
“Doktor cakap setiap enam ke lapan bulan akan ada satu kes. Kes yang lebih teruk apabila bayi akan dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan akhirnya mereka tidak berjaya untuk diselamatkan.
“Jadi saya telah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Sebab itu saya tidak mahu membeli banyak pakaian bayi kerana bimbang akan berakhir dengan emosi yang berat.
“Kami hanya membeli kerusi bayi sehari sebelum Bintang dibenarkan pulang dari hospital,” tulisnya di kapsyen hantaran video tersebut.
Ulang Alik Lawat Bintang Aiko di Wad NICU
Paling menyedihkan isteri kepada Loca B ini juga memaparkan keadaan bayinya yang baru dilahirkan didiagnosis penyakit gastrosis.
Ibu yang masih dalam pantang ketika itu juga berulang alik ke hospital setiap hari selama tigu minggu berturut-turut.
“Agak sukar apabila terpaksa melihat jarum dan tiub yang berselirat di tubuhnya, tapi NICU adalah tempat terbaik untuk dia.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat Bintang,” katanya lagi.
Sudah Dibenarkan Pulang, Terima Kasih Pada Doktor & Jururawat NICU
Tuju memangku anak kesayangannya Bintang Aiko yang sudah dibawa pulang ke rumah.
Pasangan ini juga akui mereka berhadapan dengan ujian dan dugaan yang sangat besar dan menjadi pengajaran dalam kehidupan. Namun mereka bersyukur kerana mendapat sokongan yang positif daripada orang sekeliling.
“Alhamdulilah Bintang sembuh dengan cepat dan berada dalam keadaan baik.
“Ketika hendak meninggalkan wad NICU, jururawat ingin mengambil gambar Bintang!
“Kami bersyukur kerana dapat membawa pulang bayi kami ke rumah,” tulis mereka yang cukup gembira dapat membawa Bintang pulang ke rumah.
MW: Berdoa agar Bintang Aiko dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar seperti kanak-kanak yang lain.
Tular di media sosial bila seorang kanak-kanak dengan tidak sengaja tersandar pada patung teletubbies dan pecah di sebuah kedai yang mempamerkan patung berkenaan, di Hong Kong.
Dikatakan patung teletubbies itu bernilai 52,800 yen atau RM34,854.94 telah terpecah dan mak ayah berputih mata kerana perlu membayar gantirugi tersebut.
Menerusi rakaman CCTV, sewaktu kejadian tersebut, seorang kanak-kanak lelaki dilihat untuk bersandar pada arca patung tersebut sebelum ia tumbang ke belakang.
Malah, kanak-kanak itu hanya mampu melihat dan berada dalam terpinga-pinga bila ‘diceramah’ oleh seorang staff. Sementara itu, ibunya pula dalam keadaan tidak percaya dengan apa yang berlaku.
.
Dikatakan patung teletubbies telah dipamerkan sejak November 2021, malah pihak premis turut mendakwa patung berkenaan tidak pernah ‘mengganggu’ kelancaran orang ramai keluar masuk kedai tersebut.
Selepas rundingan dilakukan, ibu bapa pada kanak-kanak tersebut perlu membayar pampasan atau gantirugi bernilai 30,000 yen (RM19,772.87) dengan kadar segera.
Peguam Minta Pulangkan Nilai Pampasan
Kejadian tersebut juga turut menjadi bualan hangat dan ada yang mempertikaikan tentang gantirugi tersebut. Apa yang menarik perhatian adalah peguam tempatan turut agar pihak premis memulangkan sebahagian wang pampasan.
Katanya, mereka perlu bertanggungjawab kerana tidak meletakkan patung pameran di lokasi yang betul-betul selamat. Insiden ini juga tular di seluruh dunia.
Mingguan Wanita : Tak tahu nak cakap apa, tak boleh dibayangkan apa perasaan mak ayah waktu itu.
Siapa sangka niat untuk menghantar barangan keperluan anak di kolej matrikulasi tidak kesampaian. Pasangan suami isteri yang maut selepas kereta terbabas di di KM 3.5, Jalan Gopeng-Kota Bharu, petang tadi dalam perjalanan menghantar barang yang dibeli kepada anaknya yang baru mendaftar di Kolej Matrikulasi Gopeng.
Keluar Beli Keperluan Barang Anak
Selepas menghantar seorang anak mereka ke kolej itu, Mohd Ramddan Abd Rahim, 44, dan isterinya, Kisdalliana Saad, 43 serta ibu Mohd Ramddan, Noraini Ahmad, 63, serta anak pasangan itu yang berusia tujuh tahun, Nur Fatihah Najihah Mohd Ramddan keluar membeli barang.
“Mereka kemudiannya (ingin) kembali semula ke kolej matrikulasi berkenaan untuk menghantar barang yang dibeli namun sampai (dalam perjalanan) di tempat kejadian, kemalangan itu berlaku,” kata Ketua Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud.
Mohd Ramddan dan Kisdalliana terbunuh dalam kejadian itu manakala Noraini dan Nur Fatihah cedera parah apabila Proton Perdana yang mereka naiki terbabas kira-kira jam 5.20 petang.
Mohamad Nazri berkata hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lokasi kemalangan itu adalah di kawasan sebuah kilang memproses tayar terpakai.
Katanya, polis yang tiba di tempat kejadian mendapai Proton Perdana dinaiki empat beranak itu yang dipandu oleh Noraini dari arah Gopeng menuju arah Kota Bharu berada di atas pagar kawasan kilang itu dengan bahagian hadapannya menghala ke arah jalan.
“Dua mayat suami isteri itu berada berdekatan dengan kereta dinaiki mereka dan difahamkan kedua-dua mayat dialihkan oleh pihak bomba.
Menurutnya lagi, punca kemalangan itu belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas ini. Semoga anak yang baru mendaftar kolej ini diberi kekuatan untuk terus belajar meskipun kehilangan kedua ibu bapa tersayang.
Ardell teruk dibuli sampai tahap diugut anak dibunuh, bukan sekadar ditumbuk, direntap tudung. Aktivis kemanusiaan Malaysia, Ardell Aryana menceritakan pengalaman ngeri apabila menjadi mangsa kekasaran fizikal oleh tentera Israel semasa ditahan dalam misi Global Sumud Flotilla ke Gaza baru-baru ini.