Allah… sangat mengejutkan apabila dua remaja lelaki ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi dengan aircond dan enjin kereta yang masih hidup di Kampung Jaya Baru, Kinabatangan, Sabah.
Dalam kejadian jam 11.46 pagi itu, Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, keduanya 19 tahun ditemui mati di kerusi hadapan kereta yang dipakir di tepi jalan raya kampung terbabit gara-gara tersedut gas karbon aircond.
Mohon sangat kepada orang ramai yang nak berhenti rehat atau tidur dalam kereta, buka sikit cermin kereta untuk udara luar.
Bahaya Penggunaan Aircond Kereta
1. Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.
2. Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta, oksigen semakin berkurang.
Ads
3. Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% sahaja, kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, tak bangun dan tidak keluar dr kereta, maka kita akan collapse atau tidak sedarkan diri.
4. Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa tak sedarkn diri tu kita masih bernafas dan apabila mencapai 10%, oksigen sudah tak dapat dihantar ke otak dan sistem tubuh tidak dapat berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian
5. Apabila kereta bergerak ok sahaja kerana semasa kereta bergerak, oksigen akan masuk ke dalam kereta melalui enjin bukan hanya oksigen yang sama circulate.
Ads
6. Jika nak rehat macam tu memang boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.
7. Ketika jalan sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yang masuk ke dalam kereta adalah kurang. Itu adalah tanda yang kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas, tak salah buka aircond dan buka tingkap sedikit.
Ads
8. Karbon monoksida dari ekzos bukanlah penyebab semata-mata kematian kerana karbon monoksida dari kenderaan juga terkawal melalui catalyst converter dan dilepaskan oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Untuk menyebabkan kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yang kenderaan lepaskan.
Pesan ibu ini, Niena Samsir, “Jangan bagi anak makan pisang banyak sangat. Kalau anak tak kencing lebih 4 jam, terus ke hospital. Jangan ke klinik.”
Nasihat itu berdasarkan pengalamannya berdepan situasi cemas ketika bercuti dengan anak kecilnya yang bernama Haziq. Bila mana haziq menangis tanpa henti, buatkan mak ayah ini hilang punca.
Maklumnya, kejadian itu berlaku pada bulan April 2017. Moga kisah ibu ini jadi panduan untuk mak ayah yang ada anak kecil.
Scroll album, terjumpa gambar Haziq masa warded di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu.
Waktu tu, kami sebenarnya nak pergi bercuti ke JB. Dalam perjalanan ke sana, Haziq moody. Makan tak nak, minum pun kena paksa. Tapi kami anggap mungkin sebab dia demam.
Sampai hotel nak check in, Haziq menangis non stop. Serba tak kena. Masuk tandas, tengok diaper kering. (Aik, takkan tak kencing langsung. Pelik ni.)
Haziq mula nangis sekuat hati, tak ada kompromi dah. Dia cakap sakit kat perut. Tekan perut dah keras, pundi dah keras. Tak sempat check in, kami pi klinik. Hari Ahad, klinik banyak tutup. Syukur jumpa satu klinik yang buka.
Doctor check, doctor minta terus ke Hospital, bahagian kecemasan. Kami blur. Doctor explain, Haziq tak kencing dah lebih 4 jam. Sangat bahaya untuk kanak-kanak. Boleh akibatkan pundi kencing pecah! (Masa ni, Allah je tahu apa perasaan kami).
Hujan lebat, kami redah cari hospital berhampiran. Terus berlari bawa Haziq ke bahagian kecemasan. Bila doctor panggil dan check Haziq, doctor terus refer ke bahagian red zone! (Ummi dah nak nangis masa ni.)
Datang doctor pakar, minta Haziq buat X-ray. Saluran air kencing dah penuh dan terlalu sendat. Usus Haziq dah membengkak, kalau lambat keluarkan air kencing, boleh effect buah pinggang Haziq! Allahuakbar, ummi rasa nak pengsan. Kaki dah tak kuat, seram sejuk badan, dukung Haziq. Ayah Haziq kat luar menunggu.
Doctor ambil darah Haziq, Haziq pun meraung kesakitan. Ummi mampu peluk dan pujuk Haziq je. Paling gerun, bila doctor nak masukkan tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Risiko? Ya, ada risiko nya. Tapi, tu je cara yang ada.
Dua kali Doctor cuba, tak juga boleh. Haziq dah pucat kesakitan menangis. Merayu kat ummi, nak balik. Ummi mampu peluk je Haziq, ummi tak kuat nak pandang mata Haziq waktu ni. Apa yang silap, kenapa Haziq tak boleh kencing macam biasa.
Doctor kata, kena buat operation jugak! OT room doctor dah booked. Tunggu doctor pakar datang. Ya allah, ummi rasa nak pitam. Takkan sampai kena operate!
Haziq kena naik ke ward sementara, tunggu Doctor pakar datang. Ada sesi interview. Nurse tanya bila last Haziq buang air besar, apa menu Haziq makan dan minum, berapa kali kekerapan yang biasanya Haziq buang air besar dan kecik.
Habis tu, Doctor pakar datang. Tengok result darah dan X-ray Haziq. Doctor minta izin cuba masukkan sekali lagi tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Ummi dengan berat hati, terpaksa akur. Ayah Haziq pun ada sekali, sama-sama risau tengok anak yang dalam kesakitan.
Tiub yang ada besar, doctor explain apa risikonya. Kalau silap cara, boleh akibatkan luka dan maybe boleh akibatkan kemandulan pada Haziq. Ya allah, berita apa lagi ni. Kami tak ada pilihan. Kami serahkan pada doctor pakar buat keputusan. Selebihnya, kami mampu berdoa saja pada Allah untuk Haziq.
Alhamdulillah, doctor berjaya keluarkan air kencing Haziq. Kemudian, doctor masukkan ubat untuk pelembut najis. Haziq tak membuang baru 1 hari, tapi kami tak sangka hasilnya sampai buat dia sakit macam tu. Selalunya dia akan membuang setiap hari sekali sekurang-kurangnya.
Bila borak dengan doctor, doctor syak Haziq jadi macam tu sebab ‘pisang’. Yea, pisang! Doctor explain gambar X-ray usus dan pundi Haziq. Usus penuh dan padat langsung tak ada ruang. Najis terlalu banyak, kalau tak keluarkan, usus boleh pecah.
Dan, paling buat kami terkejut, doctor kata pisang adalah salah satu punca kanak-kanak sembelit teruk. Bukan Haziq sorang, tapi dah banyak kes jadi macam tu sebab makan pisang.
Haziq suka pisang. Kebetulan memang seminggu tu dia kerap makan pisang. Menu yang lain semua sama je. Air masak dia minum jugak, tapi tak cukup doctor kata. Kalau makan pisang, kena lebihkan ambil air kosong daripada biasa.
Pisang akan buat najis jadi banyak, dan usus akan jadi sendat, padat. Maafkan ummi sayang. Ummi ingatkan pisang ni melawaskan, tapi sebaliknya.
Sejak dari kes tu, kami kawal Haziq. Kalau makan pisang, cukup sebiji je. Lepas tu, memang kami akan bagi dia air kosong banyak-banyak.
Ni lah kisah yang kami takkan lupakan. Hanya kerana pisang, Haziq nyaris kena operate. Sejak Haziq hadir dalam hidup kami, slowly banyak perkara yang kami tak pernah tahu, jadi tahu. Benda yang kami tak pernah kisah, sekarang jadi keutamaan kami.
Betul kata orang, bila kau dah ada anak, hidup kau akan berubah 360°! Tu la kisah Haziq, Ummi ter throw back malam ni. Hehe, ada ke ni yang baca?
“Ingat ya, siapa ada anak kecik. Jangan bagi anak makan pisang banyak sangat. Kalau anak tak kencing lebih 4 jam, terus ke Hospital tau. Jangan pergi Klinik.”
Banyak lagi kisah Haziq ni. Nanti ada masa kita sembang lagi. Sampaikan pada kawan-kawan yang ada anak kecik tau. Pantau diaper anak selalu.
Sejak tular pasal ada kes kematian makan laksa di Baling Kedah, ada penggemar laksa yang ragu-ragu nak order laksa.
Namun begitu, siasatan punca kes keracunan makan laksa di kedai Pak Cik itu akhirnya terjawab. Ini menurut kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang ditulis di laman Public Health Malaysia semalam.
Sebelum ini terdapat laporan yang mempersoalkan tindakan siasatan yang di lakukan yang didakwa menjatuhkan perniagaan pengusaha.
Kini telah terbukti, kejadian keracunan makanan yang menyebabkan 2 kematian mangsa adalah berpunca dari mi laksa yang tercemar dengan kuman Salmonella.
Fast Fact
✅ Agen penyebab keracunan makanan ini adalah Salmonella enterica serovar Weltevreden
✅ Bakteria ini telah dikesan dalam sampel klinikal pesakit dan sampel mi laksa yang terlibat
✅ Proses penyediaan dan penyimpanan mi laksa yang tidak bersih antara PUNCA pencemaran bakteria
✅ Gerai menjual laksa yang terlibat telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit 1988 sejak 8 Oktober 2018
Berdasarkan hasil siasatan dan keputusan makmal, agen penyebab keracunan makanan ini adalah Salmonella enterica serovar Weltevreden.
Bakteria ini telah dikesan dalam sampel klinikal pesakit dan sampel mi laksa yang terlibat.
Siapakah Yang Mengahasilkan Mi Laksa tersebut?
Mi laksa yang di gunakan dihasilkan di premis pemprosesan mi laksa, milik pengusaha yang juga tuan punya gerai tersebut.
✅ Proses penyediaan dan penyimpanan mi laksa yang tidak bersih
✅ Suhu penyediaan mi laksa semasa pemprosesan
✅ Suhu pemanasan semula mi laksa sebelum dimakan tidak mencukupi untuk menyahkuman.
Apakah Tindakan Kepada Peniaga tersebut?
Kalau ikutkan gerai menjual laksa yang terlibat telah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit 1988 sejak 8 Oktober 2018.
Malahan tuan punya gerai harus mengambil langkah-langkah pembaikan segera dengan memastikan semua keperluan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan keperluan Pihak Berkuasa Tempatan dipatuhi sepenuhnya.
Namun apa pun, tuan punya gerai terbabit juga telah dimaklumkan sekiranya semua keperluan ini dipatuhi maka premis ini boleh dibuka semula.
Haaa… moga penjelasan ini boleh tenangkan hati kepada penggemar laksa, selepas ini anda boleh makan laksa tanpa ragu-ragu lagi!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kejadian ibu kelar bayi 8 bulan dan 3 anak ini akan buat hati mana-mana ibu luluh bagai disiat-siat. Allah.. allah.. apakah anak-anak ini rasa ketika ibu kemurungan tidak sedar melakukan ‘kerja’.
Ya, dan pagi ini jiwa ibu sekali lagi bagai dirobek-robek bila mana membaca kejadian sayu yang menimpa sebuah keluarga 6 beranak di kuarters pekerja sebuah pusat peranginan dekat Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah.
Kata orang, Pulau Mantanani ini punyai pemandangan yang cantik. Biarpun diri di kelilingi pulau cantik, bila kemurungan menjelma tiada indah lagi pemandangan hati.
Begitulah pengakhiran hayat seorang bayi berusia 8 bulan, Jerry Yohanes yang meninggal dunia selepas dikelar ibu kandung sendiri. Di kuarters yang sama, tiga anak yang lain, Nurul Hanisa, 8, Melati, 7 dan nya Jehan, 5 juga mengalami kecederaan parah di leher juga dikelar ibunya.
Entah apa yang ada difikiran, selepas mengelar keempat-empat anaknya. Ibu ini cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya menggunakan pisau yang sama yang digunakan untuk mengelar anak-anaknya. Namun, tindakannya itu berjaya dihalang suami.
Tak dapat dibayangkan jika suami tidak sempat melihat. Tentulah ibu ini akan turut serta menerima nasib seperti anak-anaknya itu.
Kejadian pilu yang berlaku semalam, kira-kira jam 1.30 tengahari itu disyaki ibu itu mengalami kemurungan. Sehingga menyebabkan dia mengelar keempat-empat orang anaknya.
Dalam pada itu, sumber turut memberitahu suami mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah itu lari meminta bantuan. Kebetulan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 sedang membuat rondaan di kawasan berhampiran.
Pasukan PGA Battalion 16 segera bergegas ke tempat kejadian dengan suami tadi. Dan sebaik tiba, keempat anak-anak ini sudah terbaring berlumuran darah.
Tiga orang anak yang parah dan ibu ini sudah dikejarkan ke Hospital Kota Belut dengan menggunakan bot.
Kanak-kanak yang parah dan ibu mereka dilaporkan dalam keadaan yang stabil.
Kejadian malang yang berlaku ini disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Berat sungguh emosi yang terpaksa ibu ini tanggung. Begitulah wahai suami, penyakit kemurungan ini bukanlah sesuatu yang perlu dipandang mudah.
Perhatikanlah keadaan isteri anda, lagi-lagi ketika dia berada dalam keadaan pantang bersalin. Lihat perubahan emosinya. Jika suka bersendiri, berdiam diri segeralah dekati dan berikan bantuan. Jangan sesekali ditinggal pergi.
Sumber/Foto : Harian Metro, Utusan Online
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ini kisah kematian Bilal muda di Masjid Al firdaus, Bandar baru selayang iaitu arwah Ahmad Haziq Jailani 32 tahun yang telah meninggal dunia selepas selesai melaungkan azan maghrib.