Bukan Bayi 8 Bulan Saja Yang Maut Dikelar, Leher Diri Sendiri Pun Hampir Parah

Kejadian ibu kelar bayi 8 bulan dan 3 anak ini akan buat hati mana-mana ibu luluh bagai disiat-siat. Allah.. allah.. apakah anak-anak ini rasa ketika ibu kemurungan tidak sedar melakukan ‘kerja’.

Ya, dan pagi ini jiwa ibu sekali lagi bagai dirobek-robek bila mana membaca kejadian sayu yang menimpa sebuah keluarga 6 beranak di kuarters pekerja sebuah pusat peranginan dekat Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah.

Kata orang, Pulau Mantanani ini punyai pemandangan yang cantik. Biarpun diri di kelilingi pulau cantik, bila kemurungan menjelma tiada indah lagi pemandangan hati.

Begitulah pengakhiran hayat seorang bayi berusia 8 bulan, Jerry Yohanes yang meninggal dunia selepas dikelar ibu kandung sendiri. Di kuarters yang sama, tiga anak yang lain, Nurul Hanisa, 8, Melati, 7 dan nya Jehan, 5 juga mengalami kecederaan parah di leher juga dikelar ibunya.

Entah apa yang ada difikiran, selepas mengelar keempat-empat anaknya. Ibu ini cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya menggunakan pisau yang sama yang digunakan untuk mengelar anak-anaknya. Namun, tindakannya itu berjaya dihalang suami.

Tak dapat dibayangkan jika suami tidak sempat melihat. Tentulah ibu ini akan turut serta menerima nasib seperti anak-anaknya itu.

IKLAN

 

Bukan Bayi 8 Bulan Saja Yang Maut Dikelar, Leher Diri Sendiri Pun Hampir Parah
Lokasi kejadian ibu kelar empat anak di rumah kuarters sebuah pusat peranginan.

Punca Kelar Bayi 8 Bulan Dan 3 Anak, Ibu Disyaki Kemurungan

Kejadian pilu yang berlaku semalam, kira-kira jam 1.30 tengahari itu disyaki ibu itu mengalami kemurungan. Sehingga menyebabkan dia mengelar keempat-empat orang anaknya.

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu suami mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah itu lari meminta bantuan. Kebetulan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 sedang membuat rondaan di kawasan berhampiran.

IKLAN

Pasukan PGA Battalion 16 segera bergegas ke tempat kejadian dengan suami tadi. Dan sebaik tiba, keempat anak-anak ini sudah terbaring berlumuran darah.

Tiga orang anak yang parah dan ibu ini sudah dikejarkan ke Hospital Kota Belut dengan menggunakan bot.

Kanak-kanak yang parah dan ibu mereka dilaporkan dalam keadaan yang stabil.

IKLAN

Kejadian malang yang berlaku ini disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berat sungguh emosi yang terpaksa ibu ini tanggung. Begitulah wahai suami, penyakit kemurungan ini bukanlah sesuatu yang perlu dipandang mudah.

Perhatikanlah keadaan isteri anda, lagi-lagi ketika dia berada dalam keadaan pantang bersalin. Lihat perubahan emosinya. Jika suka bersendiri, berdiam diri segeralah dekati dan berikan bantuan. Jangan sesekali ditinggal pergi.

Sumber/Foto : Harian Metro, Utusan Online

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI