Cantik berseri dengan bahan dari dapur

Memiliki kulit wajah yang halus, tegang dan berseri pastinya jadi impian setiap wanita. Namun, jangan sampai terlalu taksub, hingga sanggup memakai produk-produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang.

Bahan Dari Dapur Ini Mampu Bantu Miliki Kulit Halus Berseri, Tapi Kena Rajin!

Sebenarnya, menggunakan bahan-bahan semula jadi yang kebanyakannya boleh didapati di dapur rumah kita juga boleh membantu merawat kulit wajah agar lebih cerah, tegang dan berseri. Malah bahan-bahan itu kebanyakannya sudah tersedia ada di dapur kita. Percaya tak?

Walau bagaimana pun, menggunakan bahan alami dari dapur ini, akan mengambil masa untuk dilihat hasilnya, tapi gerenti selamat. Bahkan yang paling penting, kena rajin, barulah hasil yang diperoleh menakjubkan!

Beras Tumbuk Dan Susu Bantu Kulit Tegang

Bahan-bahan:
1 genggam beras pulut
Air secukupnya
Sedikit susu segar

IKLAN

Cara Membuat:
1. Segenggam beras direndam semalaman supaya  lembut dan serap air.
2. Selepas semalaman, tos beras tersebut dan tumbuk sehingga halus.
3. Campurkan sedikit susu segar untuk kesan yang memukau. Kacau hingga ia membentuk seperti pes.
4. Sapu masker beras itu pada seluruh muka, biarkan selama 15 hingga 20 minit.
5. Kemudian bilas muka dengan air suam untuk kesegaran sepanjang masa. Beras mempunyai kanji asli yang selamat digunakan dan bersifat elastik, sangat sesuai untuk ‘menarik’ kulit muka supaya lebih tegang dan anjal. Susu segar pula mempunyai enzim yang mencerahkan kulit dengan lembut. Ia juga memberi kesegaran yang pantas dengan  kos yang rendah.
6. Cubalah masker beras ini tiga kali seminggu dan anda akan melihat kesan yang menakjubkan.

Putih Telur Hilangkan Kedutan Sekitar Mata

Bahan-bahan:

IKLAN

1-2 biji telur ayam

Cara Membuat:

1.Cuci wajah anda hingga bersih daripada sisa kotoran, minyak dan debu yang menempel pada kulit wajah anda.
2.Pisahkan bahagian putih dan kuning telur. Kita hanya akan menggunakan bahagian putih sahaja. Pukul putih telur.
3.Tutup mata bahagian kanan dan letakkan kapas yang sudah dicelup ke dalam putih telur, kemudian tekan perlahan bahagian mata dengan jari tengah dan telunjuk. Setelah itu teruskan dengan cara yang sama pada mata kiri anda.
4.Biarkan beberapa minit, hingga putih telur mengering dan merasakan bahagian kulit kelopak mata ‘tertarik’.
5.Bilas Hingga bersih, kemudian, angkat kapas dan bilas wajah anda dengan bersih. Lakukan hal ini secara rutin.
6.Putih telur membantu mengecilkan pori-pori kulit, menegangkan dan menyerap minyak berlebihan pada wajah.

IKLAN

Bahan Dari Dapur Ini Mampu Bantu Miliki Kulit Halus Berseri, Tapi Kena Rajin!

Lidah Buaya

Bahan-bahan:
1 batang daun aloe vera

Cara Membuat:
1.Potong daun aloe vera, asingkan isi dan kulitnya. Kita hanya menggunakan isi aloe vera saja.
2.Lumur gel aloe vera itu ke seluruh muka sehingga rata. Biarkan selama 20 minit atau hingga kering.
3. Bilas dengan air suam untuk kesegaran.
4. Llakukan tiga kali seminggu secara konsisten untuk kesan yang menakjubkan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI