Bahan Alami Ini Bantu Kulit Cerah Semula Jadi, Ada Di Dapur Anda!  

Bahan alami seperti buah-buahan sebenarnya turut mengandungi khasiat dari sudut kecantikan. Jika tahu dan amalkan, boleh membantu anda cantik secara semula jadi.

Kulit Cerah Gebu Jadi Idaman!

Suka atau tidak, memiliki kulit yang putih, bersih dan gebu dikatakan satu kelebihan. Sering kali dilabelkan orang berkulit putih itu cantik terutama bagi wanita.

Sebab itu ada yang sanggup memakai pelbagai jenis produk kulit demi memiliki kulit yang putih, gebu dan berseri walau pun tahu risiko yang menanti.

Ramai yang beranggapan putih merupakan lambang kebersihan dan kecantikan. Oleh kerana itu, tidak sedikit orang ingin menjadi putih. Berikut dikongsikan lapan rahsia untuk memiliki kulit putih dengan menggunakan bahan semula jadi. Lebih murah yang paling penting, selamat!

Bahan Dalam Tomato

Bahan Alami Ini Bantu Kulit Cerah Semula Jadi, Ada Di Dapur Anda!  

Tomato kaya dengan vitamin C yang bermanfaat untuk memutihkan kulit. Banyak kosmetik pencerah kulit menggunakan ekstrak tomato sebagai bahan aktifnya. Sekiranya anda ingin memakai tomato segar untuk membuat mendapatkan kulit putih, bersih dan mulus, boleh cuba petua ini.

IKLAN

Ambil sebiji tomato bersaiz besar kemudian parut. Tambahkan 2-3 titis air perahan lemon dan beberapa titis air mawar. Kemudian, kacau keduanya hingga sebati. Oleskan pada kulit tubuh dan wajah, biarkan selama 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan bersih. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya seminggu sekali, untuk membantu kulit tampak lebih putih bersih secara alami.

Bahan Dalam Betik Bantu Cerah Kulit

Bahan Alami Ini Bantu Kulit Cerah Semula Jadi, Ada Di Dapur Anda!  

Betik sama ada yang masih muda atau sudah masak berkhasiat untuk memutih dan mencerahkan kulit. Betik hijau mengandung enzem papain yang ideal untuk memutihkan kulit agar tampak lebih putih.

IKLAN

Ambil satu sudu makan betik muda (hijau) yang telah dihaluskan, dan satu sudu makan betik masak, campurkan. Oleskan pada kulit wajah dan biarkan selama 15 minit, lalu bilas. Lakukan cara ini setiap hari untuk hasil yang optimum.

Limau nipis dan putih telur

Bahan Alami Ini Bantu Kulit Cerah Semula Jadi, Ada Di Dapur Anda!  

Putih telur dikatakan mampu menegangkan kulit muka sehingga wajah tampak lebih mulus. Selain itu ia juga boleh membantu merawat kulit agar lebih putih. Campurkan perahan limau nipis dengan putih telur.

IKLAN

Gunakan bahan ini sebagai masker kulit. Oleskan masker ini pada kulit, lalu biarkan mengering sendiri. Selepas lima hingga 10 minit, cuci  dengan air sejuk. Hasilnya kulit lebih putih boleh anda miliki jika dijadikan rutin.

Jus Tomato+ Lobak Merah Untuk Kulit Cantik

Bahan Alami Ini Bantu Kulit Cerah Semula Jadi, Ada Di Dapur Anda!  

Dua bahan ini, iaitu tomato dan lobak merah sememangnya terkenal dengan khasiat yang tersendiri. Lobak merah kaya dengan pelbagai vitamin seperti A, D, B, E dan C. Malah juga juga sumber utama untuk mendapatkan carotenoid seperti α-carotene dan ß-corotene yang bertindak sebagai pro vitamin A.

Tomato yang kaya dengan Vitamin A, C dan E bukan sahaja mampu mencantikkan kulit.  Malah mengandungi likopena yang bertindak sebagai antioksidan.  Ini dapat melindungi sel-sel badan daripada rosak.

Bahan Untuk Jus:

  • 1  1/2  biji tomato
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 biji epal hijau atau epal merah
  • 1 cawan air

Cara penyediaan:

    Potong semua bahan dan masukkan ke dalam pengisar. Kemudian tapis hampas untuk mendapatkan jusnya. Minum dengan segera. Boleh tambah ais jika mahu.

https://www.mingguanwanita.my/normal-anak-bercinta-tapi-mak-ayah-kena-pastikan-pergaulan-patuh-syariah/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI