Bahagia semanis madu netizen puji, jadikan Ashraf idola. Pada kebiasaanya kita mendengar kisah isteri hidup bermadu kebanyakkannya alami pengalaman yang buruk. Isteri-isteri biasanya tidak sebulu, asyik bergaduh.
Wanita yang hidup bermadu sememang perlu dijaga hatinya. Seseorang itu perlulah bersyukurlah jika mendapat madu yang baik dan saling memahami. Kadangkala ada yang hidup bahagia hidup bermadu dan ada juga yang sebaliknya. Paling penting suami yang melakukan poligami itu perlu bijak mengatur hidup agar wanita-wanita yang dikahwini itu mendapat kasih sayang sama rata.
Bahagia Semanis Madu
Seperti yang diketahui peminat pelakon kacak, Ashraf Muslim sudah lama menjalani kehidupan bahagia bersama dua isteri, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Malah Ashraf juga sering memuat naik gambar bersama kedua isteri dan anak-anak tercinta di akaun media sosialnya dan dilihat kehidupan mereka sangat bahagia.
Ashraf sendiri pernah meluahkan ada saja menerima mesej daripada lelaki yang bertanya dan meminta tips panduan daripadanya berkaitan poligami.
Terbaru Ashraf menunjukkan gambar-gambar sempena sambutan hari lahir salah seorang anaknya yang bernama Anas Ashraf yang berumur 7 tahun. Selain kapsyen Ashraf juga mendoakan anaknya itu menjadi anak yang soleh.
“10 Disember 2022 genaplah anakku Anas Ashraf berumur 7 tahun. Dah makin besar Anas, makin besar makin sensitif dan lebih faham ttg kehidupan. Ayah doakan semoga anakku Anas menjadi anak yang soleh, mempunyai adab dan akhlak yg baik, berjaya dalam pelajaran dan sukan, serta berjaya dunia dan akhirat. We love you Anas! Happy birthday yang ke 7 anakku Anas Ashraf!”
Ads
“Ayah Sayang Mama & Ibu”
Selain sambutan hari lahir Anas, netizen ramai yang memberikan komen positif dan menjadikan Ashraf idola apabila kehidupan poligami yang diamalkan begitu bahagia.
Menerusi kapsyen juga Ashraf mengucapkan terima kasih buat kedua-dua isterinya yang sentiasa ada di kala susah dan senang.
“Lama tak post gambar bertiga.
“Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteriku yg kusayangi yg sentiasa membantuku dalam susah senang kehidupan ini.
Ads
“Kita lakukan sahaja apa yg Allah suka, insyaAllah dapat keberkatan darinya. Semoga Allah meyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu,” luah Ashraf.
Menerusi ruangan komen salah seorang netizen mendoakan agar kehidupan mereka sekeluarga bahagia hingga ke Jannah.
“Alhamdulillah 1 dlm sejuta kan mcm ni. Semoga bahagia till Jannah” salwanisuhaimi81.
Seorang bapa di Sepanyol memberikan alasan paling mengarut apabila tergamak merogol anak perempuannya berusia 15 tahun dan dua rakan anaknya kononnya untuk ‘menyingkirkan roh jahat’ dalam tubuh mereka.Ini merupakan alasan paling tidak masuk akal hanya bertujuan untuk mengambil kesempatan terhadap mangsa.
Lelaki dikenali sebagai Javier GD itu dilaporkan memperkosa kesemua mangsa beberapa kali di kediamannya di Baix Llobregat berhampiran Barcelona.
Difahamkan, isterinya tahu tentang perbuatan suaminya, namun hanya mendiamkan diri.
Berdepan Nasib Buruk
Javier menyakinkan anaknya dan dua rakan anaknya bahawa mereka memiliki roh jahat didalam tubuh mereka dan cara untuk membuang roh jahat tersebut adalah hanya dengan melakukan ritual hubungan intim.
Javier mendakwa ‘Order of Odin’ mengharuskannya merogol ketiga-tiga remaja terbabit atau keluarga mereka akan berdepan nasib buruk.
Susulan itu, pendakwa raya mencadangkan hukuman penjara 45 tahun dikenakan ke atasnya manakala isterinya dihukum penjara sembilan tahun kerana bersubahat.
Sos Prego Cabonara cendawan diarah tarik dari pasaran serta merta, dikesan rosak walau tarikh luput 17 Ogos 2023.
Sebentar tadi Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato Seri’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil maklum isu penarikan semula produk sos pasta berkrim cabonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia kerana terdapat tandsa-tanda kerosakan seperti bau tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah.
KKM melalui Bahgian Keselamatan dan Kualiti Makanan turut menerima notifikasi dari syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia.
Pihak syarikat telah mengenal pasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk terlibat di pasaran secara sukarela.
Pihak yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Cabonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22.18 hingga 23.20.
Dalam hal ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang memantau proses penarikan balik produk berkenaan.
Sehubungan itu, penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat denan serta merta. Manakala pengguna yang telah membeli hendaklah tidak memakan produk tersebut dan bagi yang telah mengambilnya dinasihatkan berjumpa pegawai perubatan sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan.
Orang ramai disarankan mengamalkan Lihat, Hidu dan Rasa bagi mencegah kejadian keracunan makanan. KKM sentiasa peka dan prhatin ke atas perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.
Baca kisah ibu tunggal cekal ini, berniaga kuih Keria Gula Melaka Viral Witus sehingga mampu mengubah kehidupannya anak beranak. Perjalanan kehidupan berumah tangga tidak semuanya indah. Tidak pernah putus berdoa agar perkahwinan kekal hingga ke jannah namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Walaupun bercerai namun wanita ini tidak bermasam muka sebaliknya menjalin hubungan baik dengan bekas suami demi anak-anak.
Bagi Noorzaifam Jasmin Samsuri, 32 tahun, indah kehidupan rumah tangganya hanya mampu bertahan lapan tahun sahaja. Dek kerana gurauan dan sekadar mahu menggertak dalam satu perselisihan faham, suami melafazkan talak dan ternyata kisah cinta mereka berakhir kerana tidak boleh merujuk kembali buat selama-lamanya.
Jelas anak kelahiran Kuala Lumpur ini, dia baru lapan bulan membesarkan anak secara sendirian. Kata orang tipu jika tidak sedih ditambah lagi setiap perkahwinan itu ada memorinya tetapi alah bisa tegal biasa, perjalanan kehidupan perlu diteruskan tanpa menoleh ke belakang.
Tuah Keria Viral Witus
Pertemuan dirinya bersama Pengerusi Persatuan Wanita & Ibu Tunggal Nur Iman Kuala Lumpur & Selangor (WITUS), Shiela amat bermakna.
“Bila saya berbual dengan rakan senasib, kami lebih memahami antara satu sama lain. Bila saya mengikuti bengkel dan kursus-kursus yang dianjurkan, saya boleh melupakan masalah-masalah yang menghantui.
“Saya akui jadi lebih bersemangat kerana hidup harus diteruskan. Tak perlu menoleh ke belakang kerana masa saya lebih panjang dengan anak-anak,” katanya yang akan membantu kak Shiela di NGO Witus dengan jualan Keria Gula Melaka Viral Witus.
“Biasa saya akan datang ke persatuan jam 10 pagi hingga ke petang. Hari-hari biasa, ubi keledek yang digunakan mencecah 100 kg untuk jualan. Manakala Sabtu Ahad, ia mencecah 150 ke 180 kg kerana permintaannya cukup tinggi.
“Boleh dikatakan kuih keria viral Witus ini mendapat permintaan tinggi dari penduduk setempat di Batu Caves, Selangor. Isinya lembut dan gebu sebab itu ramai yang suka. Kalau hari biasa, pekerja yang membantu lima orang tetapi hari Sabtu dan Ahad jumlahnya menjadi lapan orang.
“Saya akui kak Shiela banyak memberi kata-kata motivasi malah dia juga menjaga kebajikan setiap ahli berdaftar. Anak-anak juga rapat dengannya malah memanggil dirinya sebagai Ibu. Hujung minggu mereka tak sabar untuk bertemu,” katanya dalam penuh semangat.
Bagi Noorzaifam Jasmin atau mesra disapa Jasmin, dia tidak lagi mahu menoleh ke belakang, seperti katanya, hidup perlu diteruskan dan berkat sokongan ahli keluarga dan persatuan dia lebih kuat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...