Kalau bercerita tentang pokok tanaman kat rumah, mak-mak memang suka. Boleh dikatakan macam-macam jenis tanaman yang ada di halaman rumah. Tanah sekangkang kera pun tak kisahlah, asalhkan ada tanaman yang hidup subur dan sejuk mata memandang.
Ini belum lagi bila tengok orang lain menanam, hati melonjak-lonjak nak menanam juga. Hidup subur atau tidak belakang kira, yang penting niat. Bukan hanya pokok-pokok bunga, tapi yang lebih seronoknya bila menanam tanaman yang memang untuk kegunaan bahan dapur. Contohnya, cili, serai, kunyit, daun bawang dan sebagainya.
Namun, niat berkobar-kobar menanam ini tidak cukup dan mungkin hanya separuh jalan, jika ia tidak disiram atau ‘dibelai’ dengan cara betul. Mahunya, tak sampai seminggu, mati pokok tanaman itu. Tidak kurang juga yang mengatakan ‘panas atngan’ dan tak sesuai untuk menanam sebarang pokok.
Sebenarnya, jangan cepat mengalah sebab ada cara yang boleh membantu mak-mak supaya pokok tanaman itu hidup subur. Selain penjagaan, kita kena baca doa ini. Seperti apa yang dikongsikan oleh Miezo Drjeruk ini.
Tanam Pokok Baca Doa
Jika pokok lambat berbuah, tak berbuah langsung dan yang lebih malang ada juga yang sudah padam, jangan salahkan sesiapa sebab kita yang tak baca doa masa tanam pokok. Ni doa bagi yang tak tahu, yang dah tahu kita geng.
Selawat – 3 kali
Bacalah Bismilahhirohmanirohimm
…’Subhaanalwaarisu al baa isu’..
Ertinya:
Maha Suci Allah yang maha mewariskan dan maha membangkitkan.
Semoga tanaman anda hidup subur dan bakal mendatangkan hasil yang lumayan.
Sumber: Miezo Drjeruk
7 Bahan Suburkan Tanah Secara Semula Jadi
TANAH merupakan asas penting dalam penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain. 7 tip suburkan tanaman anda secara semulajadi.
• Tanaman berpasu juga ingin ‘minum teh’. Anda agak kurang sabar dengan bunga dalam pasu yang lambat mengeluarkan bunga? Cuba anda siram dengan air teh sejuk. Air teh ini membantu membekalkan banyak mineral kepada tanaman berpasu apabila ia sering disiram dengan air teh setiap hari.
• Sisa kotoran kolam makanan enak buat tanah anda. Jika anda mempunyai kolam hiasan, apabila anda membersihkannya, jangan dibuang terus alga dan air kotor tersebut. Siram dan letak keatas tanah berhampiran tanaman hiasan anda. Nutrien yang terkandung akan diserap oleh tanaman anda.
• Berikan kalsium tambahan kepada tanaman anda. Kisar halus kulit telur ayam lalu siramkanya pada tanaman anda.
• Suburkan tanah dengan habuk pada beg hampa gas anda. Kemudian, buang habuk tersebut di atas tanah berhampiran tanaman hiasan. Habuk ini akan memperkayakan tanah anda.
• Tempurung kelapa elok untuk sungkupan bagi mengekalkan kelembapan tanah dan dalam masa yang sama mengawal kehadiran rumpai. Berbeza dengan sungkupan lain, tempurung kelapa juga membekalkan nitrogen dan mineral lain sewaktu proses decompose berlaku. Ini semua mampu memperbaharui kualiti tanah anda.
• Bukan anda sahaja suka minum kopi. Tanaman anda juga ada yang menyukainya. Jangan buang hampas kopi anda ke dalam singki. Tapis dan taburkannya di atas tanah. Tanaman hiasan anda terutamanya yang suka kan keadaan tanah berasid amat perlukan ‘sumbangan’ ini. Lakukannya sekali sebulan sahaja.
• Tahu kah anda bahawa rambut manusia mempunyai 30 kali ganda nitrogen berbanding baja najis haiwan? Anda boleh menyumbangkan nitrogen tersebut dengan menabur rambut yang telah digunting di kawasan berhampiran tanaman anda.
Sumber : http://impiana.karangkraf.com
MW: Tak perlulah rasa’panas tangan’ sebab tanam pokok tak menjadi. Ingat, masa tanam bacalah doa ini. Moga dipermudahkan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI