Baru-baru ini ketika menghadiri majlis yang dianjurkan Mek Kembang Cotton penulis sempat menemubual pelakon, model dan usahawan yang popularitinya kini naik mendadak. Pemilik nama sebenar Siti Azar Ameerah Azmi atau lebih glamor disapa Azar Azmi, 30 lakonannya dalam drama bersiri Nur 2 menjadi bualan ramai apabila tampil menerusi watak panas sebagai pelacur bernama Juita di dalam drama tersebut.

Azar mengakui bersedia berdepan kecaman netizen. Apatah lagi terdapat terdapat beberapa babak panas melibatkan dirinya dengan pelakon utama drama tersebut, Syafiq Kyle. Ikuti kisah Azar Azmi yang dikongsikan bersama MW.

Azar Azmi “Terpulanglah Kalau Ada Yang Benci Saya Sebab Juita”

MW: Perasaan Azar bila dikecam netizen adakah anda serik?

IKLAN

“Apa yang saya tampilkan adalah demi memenuhi tuntutan watak sahaja. Kalau ada yang nak kecam atau benci saya kerana watak tersebut, terpulanglah. Saya faham watak-watak sebegitu memang mudah membuka ruang kepada kecaman, namun dari sudut positifnya saya mengharapkan orang ramai akan mendapat mesej penting yang disampaikan. Saya tak kisah dengan kecaman kerana sudah bersedia dengan situasi itu. Bagi saya kecaman itu mungkin petanda kejayaan saya merealisasikan peranan itu.

MW: Tidakkah rasa diri dieksploitasi atau satu jalan mudah untuk popular?

“Kalau saya nak dikenali kerana kontroversi, tidak perlulah saya menunggu masa selama 10 tahun untuk berbuat demikian. Apa pun watak yang dijayakan, saya memang sentiasa cuba memberikan komitmen seratus peratus demi memenuhi tuntutan watak. Selagi ia tidak melampaui batas yang sepatutnya, tidak ada sebab untuk saya menolak.

IKLAN

“Saya tidak rasa diri dieksploitasi kerana apa yang ditampilkan menerusi watak Juita ini adalah bertepatan dengan karakter yang telah ditetapkan. Mungkin ada penampilan yang sedikit berani, tetapi takkanlah mahu pakai baju kurung pula untuk watak sebegitu?

“Lagi pun apa yang disaksikan di kaca TV itu, tidak semestinya sama dengan apa yang sebenar kami kami lakukan ketika penggambaran berlangsung kerana ada teknik kamera yang digunakan selain kreativiti pengarah dalam mengolah babak terbabit.

IKLAN

MW: Populariti naik mendadak, adakah ini satu kejutan buat Azar?

“Saya harap situasi ini tidak melekakan saya, sebaliknya memberikan semangat untuk lebih bekerja keras pada masa akan datang. Terkejut juga dengan penerimaan orang terhadap saya sekarang. Dulu tiada siapa pun yang ambil tahu tentang apa yang saya lakukan menjadikan saya lebih mudah untuk fokus pada kerja sahaja. Sekarang ini lain pula bila ada yang mula nak kenal saya lebih dekat sampai mereka cari balik semua informasi tentang saya termasuk masa zaman masuk Dewi Remaja dulu. Lucu pun ada, tetapi saya menghargai sokongan mereka tunjukkan. Apa yang penting saya akan tetap menjadi diri saya sendiri dan buat kerja macam biasa sebagaimana sebelum ini,” ungkap Azar.

Bagi mengetahui temubual selanjutnya bolehlah dapatkan majalah Mingguan Wanita di pasaran….

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI