Ayam goreng boleh dikatakan menu paling mudah disediakan dan menjadi kegemaran anak-anak. Makan dengan nasi lemak, nasi goreng atau nasi putih sahaja pun dah cukup. Jika selalu kita goreng ayam dengan garam dan kunyit sahaja, boleh cuba resipi ayam goreng yang dikongsikan oleh Puan Nor Hairiyah Hassim ini. Lebih menarik dan sedap dengan perapan bawang putih, halia dan serbuk kari yang digunakan.
Berikut perkongsian resipi tersebut.
Resepi Ayam Goreng Favorite Anak-anak
Anggaran 1 ekor ayam:
Bahan-Bahan:
Bawang putih dan halia seperti dalam gambar
1 biji telor
1 sudu besar serbuk kari
5 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan air sejuk
sedikit pewarna merah/oren (saya suka oren)
garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Blend semua bahan-bahan, adunan tidak terlalu pekat/cair.
2. Kalau cair tambah je tepung jagung.
3. Perapkan ayam bersama dedaunan kari.
4. Sedia untuk digoreng sehingga keperangan.
Siapa yang suka tengok mukbang? Video yang memaparkan tentang orang-orang yang suka makan dan sekaligus membuatkan kita pun terliur bila melihat mereka makan. Rasa sedap saja.
Biasanya video mukbang ini cukup popular dan orang selalu membuat video makan-makan ini adalah di kalangan orang Korea, Thailand dan Jepun. Sampaikan kita pun fikir, makanan apa yang mereka makan ini.
Malah, makanan yang biasa kita tengok, sushi, salmon mentah, siput, udang yang digandingkan dengan sayuran atau makanan tradisional mereka, kimchi. Manakala bagi orang thailand, mereka gemar makana udang mentah, ulam-ulaman, mihun dan sebagainya.
Salah satu yang menjadi tarikan, selain ulaman dan kimchi, tteokbokki juga dijadikan salah satu hidangan yang cukup popular di Korea.
Tteokbokki ini diperbuat daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis. Sesetengah orang ada yang panggil tteokbokki sebagai teokbokki, ddeokbokki, topokki dan dukboki.
Rupa-rupanya, kita pun boleh buat tteokbokki ini di rumah. Bila ras terliur dan ingin rasa macam mana keenakkan tteokbokki ini, bolehlah cuba di rumah. Bahan yang digunakan pun senang diperolehi. Seperti apa yang dikongsikan oleh Wawa Ariffin ini.
“Suami saya tak nak makan nasi malam-malam. Jadi, saya buatkan tteokbokki. Resipi paling senang dan bahan-bahan pun memang dah ada kat rumah. Letakkan fishball, fishcake dan telur lagi sedap.
“Sosnya pedas tak? Jawapannya pedas tapi pedas yang manis dan rasa nak makan dan nak makan lagi . So, sos cili tak perlu letak banyak sebab korean sos tu sudah pedas, brown sugar nak letak terpulang sebab saya suka manis.Rice cake ni tak rasa apa-apa sebab itu perasanya pada sos itu.
Bahan & Cara Membuat:
1 cawan tepung pulut
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air
Garam dan air.
Bancuh semua sekali dalam bekas.
Uli sampai jadi doh.
Gelek dan uli tebal. Potong ikut kesesuaian.
Lepas potong tadi gelek kecil-kecil dan potong ikut saiz yang nak.
Sementara itu panaskan air dalam periuk, apabila mendidih, masukkan semua yang dah dipotong tadi dalam periuk. Bila dah terapung tu maknanya dah masak. Angkat dan toskan.
Jadi gini kejadiannya !
Ini bahan sosnya.
Tumis bawang dulu
Masukkan semua sos tadi
Air rebusan tadi jangan di buang, masukkan sedikit dan bahan tadi.
Letak gula
Letak minyak bijan
Masukkan tteokbokki tadi.
Easy peasy lemon squeeze.
Siap.
MW: Sesiapa yang tak nak makan nasi, bolehlah gantikan dengan tteokbokki ini.
Hendak buat barbeque (BBQ) atau makanan yang dipanggang sedap dan tidak melekat ketika dibakar atas bara api tidaklah sesukar mana.
Paling penting kita tahu bagaimana cara hendak memanggang makanan tersebut dengan betul. Selain itu, kita juga perlu pastikan resipi perapan yang digunakan itu menepati citarasa.
Boleh cuba tip dan resipi untuk buat BBQ yang dikongsikan oleh Ben Safwan di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).
1- Jangan terlalu rendah jarak bara api dengan pemanggang. Sejengkal dewasa ialah jarak elok untuk dapatkan rasa grill/salai dan kurang hangit.
2 – Jangan letak air. Minimakan air. Air hanya diperolehi daripada baki yang melekat pada ayam/kambing hasil tos sahaja. Ianya untuk elakkan bahan perap tak melekat pada permukaan ayam/daging. Cecair datang dari minyak/madu.
Resipi ini untuk 3 ekor ayam seberat 1.5 kg setiap satu,1 kg kambing,1 kg udang malah ada lebih sebekas kecil lagi untik kegunaan harian.
Jadi secara kasar resipi di bawah untuk 9-10 kg bahan perapan. Jelas kan ?
800 gram madu jenama CED ( di pasaraya ada jual.Dijual dalam botol 500 gram setiap satu
330 gram sos lada hitam Jalen ( 1 botol ni berat dia )
200 ml minyak masak
3 sudu makan serbuk cili Babas untuk bagi sedikit rasa pedas dan warna merah cantik
3-4 sudu teh garam bukit
2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu makan penuh setiap satu bahan untuk basil/parsley/rosemary/thyme kering.
2 helai daun bayleaf diramas hancur
Satukan semua bahan-bahan di dalam bekas dan kacau.
Baru ambil adunan ikut keperluan dan masukkan dalam ketulan ayam daging. Sapu sekata pada semua bahagian.
Dah siap,masukkan dalam plastik dan ikat. Boleh letak di freezer/chiller untuk perap semalaman minima.
Dah siap.
Bila bakar seperti cara di atas,puas hati cukup terasa semua bahan dan melekat cantik.
Rojak Mee ni memang ada penggemarnya yang tersendiri. Rupanya tak lah susah mana nak buat resipi ni, bila nak makan boleh buat sendiri je. Tak perlu lagi beli. Lebih jimat, terjamin kebersihannya dan puas hati makan satu keluarga.
“ROJAK MEE”. Saya share resepi Rojak Mee yang biasa saya buat, hasil tunjuk ajar arwah mak saya dulu. Bila-bila nak makan buat je sendiri, jarang dah membeli kalau benda yang boleh dibuat. Arwah mak dulu niaga sekitar umur saya 8@9 tahun. Macam-macam menu mak jual, dari situlah hobi masak saya bermula.
Tahu putih (goreng potong-potong)
Kentang rebus sebiji-sebiji bagi empuk (toskn potong)
Telur rebus
Taugeh,lada besar,timun
Mee kuning
1 paket biskut marie patah-patahkan (saya guna cap ping pong)
Kentang rebus 3 bijik ( Blend)
Cili kering, udang kering & bawang putih 3 ulas (blend)
2 sudu besar tepung jagung
1.Tumis sedikit minyak, masukkan bahan blend masak sehingga naik minyak.
2.Masukkan air, selepas mendidih masukkan kentang yang diblend.
3.Masukkan biskut marie, kacau sehingga biskut hancur dan masukkan tepung jagung.
4. Masukkan gula, garam secukup rasa.
2 senduk Tepung gandum
2 sudu besar yis
Daun kucai (tak ada pun tak apa)
1.Satukan tepung, yis, secubit garam bancuh jangan terlalu cair.
2.Masukkan kucai, perap dalam beberapa minit kemudian goreng.
3 Saya goreng menggunakan hujung sudip untuk dapatkan kuih rojak yang panjang-panjang. Nak goreng cara apa pon tak kisah.
selamat Mencuba!
Tular video memaparkan Mona Allen dan Pekin Ibrahim memakai topi Santa serta bertukar hadiah mencetuskan dakwaan sambutan Krismas dan perdebatan hangat netizen.