Awas geng Rohingya beli besi buruk cara menipu, letak timbang statik pada 35 kg. Ermm, memang akal panjang menipu. Boleh balik Rohingya pergi hari begini kalau ikut cara begini.
Dalam kita cuba berbaik sangka, ramai yang cuba mengambil kesempatan dengan menipu cara begini. Menipu cara timbangan sedangkan setiap sen menipu itu, hukumnya haram.
Awas geng Rohingya beli besi buruk cara menipu
Dikongsi dari fb Achik Iqbal, dirinya berkongsi bagaimana sekumpulan Rohingya yang berniaga membeli besi buruk menipu dengan meletakkan timbangan pada angka statik walau beratnya lebih dari sepatutnya.
Bila dia cuba menimbang dirinya sendiri, jelas angka berat badannya hanya 35 kg, seolah berat seorang kanak-kanak sekolah rendah saja.
Alkisahnya petang tadi. Lori besi buruk datang minta beli besi dekat bengkel. Aku pun keluarkan semua besi-besi sisa dan aluminium yang ada. Ada dua geng Rohingya dari Sijangkang katanya.
Lepas besi dan aluminium dah timbang dan dicampak masuk lori, aku pun naiklah atas timbang untuk saja-saja. Hah, tu dia. 35 kilo jee.
Naik atas timbangan yang Rohingya gunakan, berat orang dewasa jadi setakat 35 kg sahaja
Ngam-ngam berat 35 kg. Jadi setiap timbangan besi buruk walau banyak mana pun akan jadi 35 kg
Mereka sudah ada lori sendiri ya. Makin maju Rohingya di negara kita sedangkan pegang kad UNHCR sahaja
Eh eh eh. Mana lagi 40 kilo. Tuhan dah ampun ke. Naik pulak seorang lagi hmm sama 35 kilo. Patut semua yang dia timbang 35 kilo ke bawah je. Pagar second berat-berat tu.
Letak Timbang Statik Pada 35 Kg
Semua tak smpai 35 kilo. Muka soleh & solehah dua orang ni pun dah lain macam. Lepas kena ceramah depa bagi tambahan lagi 20 kilo. Patutlah boleh ada lori. Meniaga kencang puak ni.
Menyesai pulak aku naik atas timbang tu. Sebenarnya tak kisah sangat berapa nak dapat. Sebab besi buruk pun bukan boleh jadi besi baru. Simpan lama-lama bersepah je. Tapi tulah tak menipu tak kaya bro. Perkongsian : Achik Iqbal
Adam Shahz syukur Fatin nikah. Namun dalam pada itu antara pesanannya buat bekas isteri supaya, “Jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak”.
Seperti mana yang diketahui umum, pelakon Fatin Afeefa sudahpun bernikah dengan lelaki pilihan hati dikenali Aliff Awang yang diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya.
Untuk pengetahuan Fatin dan pelakon lelaki Adam Shahz sebelum ini bernikah pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada 30 Mei 2017.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, manakala menerusi perkahwinan sebelum ini, Fatin memiliki cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.
Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian, Adam Shahz meluahkan rasa gembira bila mengetahui bekas isterinya sudah sah bernikah.
Namun disebalik itu, Adam turut memberi pesanan kepada Fatin supaya tidak lupa akan tarikh perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak yang akan berlangsung pada 26 Januari ini.
“Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja.
“Dah kahwin, dah lepas, cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti.
“Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu.
“Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apa pun, saya bergantung kepada keputusan mahkamah.
“Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan, jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak.
“Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekali pun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak.
“Saya tak ada apa-apa isu. Tapi, bila pihak sana mengutarakan isu yang bukan-bukan, isu yang tak ada, diadakan, saya sebagai bapa berhak untuk menjaga maruah saya dan keluarga,” luah Adam Shahz.
Asbab jatuh dalam bilik air ketika tunai umrah, Fatin dijangka koma seumur hidup. Tiada siapa boleh menduga apa yang bakal terjadi hari esok.
Bahkan kemampuan manusia itu sangat terbatas sama sekali untuk melihat apa yang berlaku dalam langkah mereka di masa depan.
Perjalanan menunaikan umrah seorang gadis, Fatin Amirah bersama keluarga dan dua beradiknya pada 20 Disember lalu bertukar tragedi apabila terjatuh dalam bilik air hotel.
Saat baru memaklumkan kepada kakaknya, Fatin Amalina, 29 bahawa dirinya seronok berada di bumi baroqah ini dan terasa seperti tidak ingin balik, jejaknya berubah selepas terjatuh.
Asbab kejadian, dirinya terlantar koma hampir sebulan sebelum misi membawanya pulang dengan kos hampir RM100,000 dibantu rakyat Malaysia. Dan syukur alhamdulillah, dirinya berjaya dibawa pulang ke tanahair.
Memetik laporan Berita Harian, jemaah umrah Malaysia, Fatin Amirah Rosli, 26, yang koma di Makkah, masih belum sedarkan diri dan diramal terlantar seumur hidup.
Berkongsi perkembangan terkini, kakaknya, Fatin Amalina, 29, berkata Fatin Amirah kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital di Shah Alam, Selangor, untuk pemantauan lanjut selepas tiba di tanah air, Sabtu lalu.
“Keadaannya masih sama (koma). Tiada respons apabila kita bercakap. Hanya mata sahaja berkelip. Menurut prognosis doktor di Makkah dan Malaysia, Fatin Amirah akan terbaring sahaja sepanjang hayat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan ujian menimpa selain mengharapkan keajaiban buat adiknya itu.
“Kami belum ada sebarang perancangan, segalanya bergantung kepada keputusan doktor. Apapun kami reda dengan ujian Allah beri ini dan mengharapkan yang terbaik untuk Fatin Amirah,” katanya.
Katanya, Fatin Amirah dan bapa mereka, Rosli Nawi, 56, pulang ke tanah air dengan penerbangan khas dari Jeddah, Arab Saudi ke Subang pada Sabtu lalu, selepas mendapat kebenaran doktor di King Abdullah Medical City.
“Alhamdulillah, mereka selamat tiba Malaysia dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang berjaya dikutip dalam tempoh 24 jam selepas kisah Fatin Amirah disiarkan di Harian Metro.
“Kami berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan menghulurkan pelbagai bantuan sejak Fatin Amirah dirawat di Makkah lagi. Hanya Allah dapat membalas budi kalian semua,” katanya.
Fatin Amirah tidak sedarkan diri akibat terjatuh di tandas bilik hotel di Makkah, 29 Disember lalu. Dia ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama bapa dan dua adik lelakinya pada 20 Disember dengan misi mahu menunaikan nazar arwah ibu mereka yang meninggal dunia, Julai 2022.
Mak ayah tak tahu saya dah kahwin di Siam, cuti sekolah ini kawan baik mereka nak masuk meminang. Terpedaya pada janji manis sering kali membuatkan ramai wanita menderita.
Jika dapat suami yang baik dan bertanggungjawab, maka bahagialah hidup. Namun kalau dapat suami yang hanya pandai bab batin sahaja sedangkan lalai dalam memberi nafkah, maka meranalah hidup.
Satu perkongsian dari Perunding Keluarga dan Guaman, Suzana Ghazali tentang kisah seorang isteri yang tersepit yang mana dirinya masih dianggap anak dara dan mak ayah mahu jodohkan dengan anak kawannya membuatkan dirinya dalam dilema.
Moga perkongsian ini menjadi iktibar pada gadis lain agar jangan mudah terpedaya janji manis lelaki.
“Dia janji dengan saya, lepas kawin kat Siam tu, dia akan jumpa dengan mama dan papa untuk terangkan kedudukan sebenar.
Dia juga akan berterus terang dengan isteri dia dan akan daftarkan perkahwinan kami. Tapi sekarang ni dah masuk empat tahun, tak ada apa-apa pun.
Kahwin belum daftar, isteri pertama tak tau, mama dan papa pun tak tau saya dah kawin.
Masa mula kawin, kami jumpa dua tiga kali dalam sebulan, dia ambil saya kat asrama dan kami tidur kat hotel.
Lepas habis belajar, saya dapat posting kat tempat yang sama dengan dia tinggal.
Saya cadang nak menyewa sendiri, mudah untuk dia balik ke rumah tapi dia tak setuju, membazir katanya. Saya terpaksa setuju, lagi pun tak nak mama dan papa risau saya tinggal seorang.
Dia masih sama, jarang jumpa saya, kalau jumpa pun semata-mata nak bersama kemudian dia balik rumah isteri pertama. Duit belanja memang tak pernah bagi.
Masa belajar, saya guna biasiswa. Dah kerja, kadang-kadang duit saya pula dia minta. Saya tak boleh hubungi dia, kena tunggu je lah.
Saya memang tertekan sangat. Jadi tambah tertekan bila baru ni mama dan papa dah cakap, cuti sekolah nanti akan ada rombongan untuk meminang saya, anak kawan baik papa.
Saya cari akak sebab tak tau nak buat apa sekarang ni…” esak tangis kedengaran. Sumber :- FB Suzana Ghazali