Avokado Tentunya mempunyai peminat yang tersendiri kerana rasanya yang lemak. Buah ini sedap dinikmati dalam bentuk jus atau pun dimasukkan ke dalam salad.

Kandungan nutrisi yang terdapat di dalam buah ini membuatkan ia makin digemari ramai. Bahkan, apabila mengetahui khasiat yang terkandung di dalamnya, tentu ramai yang akan memasukkan buah ini dalam diet harian.

Avokado Kaya Khasiat, Sedap Dibuat jus

Avokado dan Khasiatnya

Antara kebaikan yang terdapat di dalam sebiji avokado:

Melindungi mata

Avokaco mengandung lutein dan zeaxanthin, jenis vitamin yang disebut karotenoid. Menurut info yang daripada WebMD, kedua jenis vitamin itu diketahui dapat mengatasi berbagai masalah mata. Di antaranya adalah untuk menyerap gelombang cahaya yang dapat merosakkan penglihatan.

Buah berwarna hijau ini juga mengandungi antioksidan berupa beta-karoten. Orang-orang yang makan banyak makanan yang kaya dengan jenis antioksidan ini cenderung tidak mengalami degenerasi makula berkait dengan usia. Degenerasi makula sendiri adalah penyebab utama kebutaan pada orang tua.

Bantu Kuat tulang

IKLAN

Separuh daripada avokado  umumnya mengandungi 15 persen keperluan vitamin K harian orang dewasa. Nutrisi ini dapat membantu meningkatkan kepadatan tulang dan mencegah patah tulang. Dengan memakan makanan yang mengandungi vitamin K akan membantu meningkatkan kekuatan tulang.

Baca artikel menarik lain di sini:

Khasiat & Manfaat Kacang Buncis Yang Perlu Kita Tahu

Hidangan Cina Asli Kaya Aroma Dan Khasiat, Sedap Pulak Tu!

IKLAN

Jangan lupa FOLLOW Mingguan Wanita di instagram

Perawatan kulit

Tak hanya dimakan, buah avokado juga kerap dimanfaatkan untuk menjadi masker wajah. Hal ini kerana kandungan antioksidan dan vitamin C di dalam buah berwarna hijau itu. Kedua nutrisi tersebut dapat membantu menjaga kulit terlihat awet muda dengan menghaluskan kedutan di wajah.

Bantu Menyihatkan jantung

Sebagai informasi, avokado mengandungi sterol semula jadi yang berasal daripada tumbuhan. Kandungan tersebut dikenal dengan beta-sitoterol. Menurut info yang termuat di dalam Medical News Today, memakan beta-sitoterol  mampu menjaga kolesterol dalam kadar yang sihat.

Ini secara tak lansung akan membantu menjaga kesihatan jantung. Selain itu, avokado juga mengandungi kalium. Kalium sendiri diperlukan tubuh untuk bekerja secara normal, salah satunya untuk menjaga denyutan jantung agar tetap stabil.

IKLAN

Resipi Jus Avokado

Avokado Kaya Khasiat, Sedap Dibuat jus

Bahan-bahan diperlukan:

1 biji buah avocado yang masak ranum

1 cawan susu segar

2 sudu besar susu pekat

Ais secukupnya

Cara Membuat:

  1. Ceduk buah avokado yang telah masak ranum dengan sudu, masukkan dalam blender.
  2. Masukkan pula susu segar dan susu pekat (bergantung pada tahap kemanisan yang dikehendaki)
  3. Kisar hingga halus (semakin lama, jus akan menjadi bertambah pekat), tambah air jika mahu jus menjadi sedikit cair.
  4. Tuang ke dalam gelas. Masukkan ais. Sedia dinikmati.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI