Avaa Vanja tarik nafas lega, berjaya halang anaknya dibawa keluar negara. Pelakon yang pernah membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah bersyukur dan menarik nafas lega apabila dua permohonan iaitu hadhanah interim (hak penjagaan sementara) dan injunksi berhubung anaknya dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah baru-baru ini.
Sebelum ini pelakon wanita itu telah memfailkan kedua-dua permohonan itu selepas dirinya memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember tahun lalu.
Avaa dan Aamil mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia sepuluh tahun.
Menerusi laporan media sebelum ini, Avaa telah membuat langkah pertama untuk memfailkan perceraian kerana berpendapat bahawa rumah tangganya tidak dapat dipelihara jika dia terus tinggal bersama suaminya.
Ads
Avaa Vanja Tarik Nafas Lega
Seperti mana dipetik menerusi portal K! Online, Peguam Syarie Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Avaa menjelaskan kedua kedua-kedua permohonan itu dibenarkan selepas mahkamah meneliti keseluruhan fakta yang difailkan Avaa pada pendengaran kes hadhanah yang berlangsung di mahkamah.
Menurut Peguam Syarie itu bagi kes hadhanah interim, anak guamnya memfailkan permohonan tersebut sementara menunggu permohonan hadhanah penuh diputuskan berikutan Avaa khuatir kebajikan dan akidah anaknya terabai sekiranya tidak dijaga beliau.
Sementara bagi permohonan injuksi pula ia bagi menghalang suaminya membawa anak mereka ke luar negara.
“Avaa memfaikan injunksi bagi menghalang anaknya dibawa keluar negara oleh suaminya yang turut mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat dan anak Avaa juga mempunyai kewarganegaraan negara itu,” jelas Nurul Hafidzah.
Tidak dinafikan, kadang-kadang mak, ayah buat baik pun orang kata, jangan ambil pusing sangat dan fokus saja pada hal lain.
Banyak lagi hal baik dan nikmat Allah yang patut mak, ayah hargai daripada memikirkan orang-orang toksik sebegini.
Walaupun sukar, tetapi itulah jalan terbaik dan kunci ketenangan. Kongsi Puan Siti Suryani Yaakop, kalau kita sudah tahu orang tak suka dengan kita atau mengata kita di belakang, kita memang cuma ada dua pilihan.
Hanya Ada Dua Pilihan :
1. Berlalu terus dan lupakan dia. Jangan ambil tahu dan tanya apa-apa.
2. Pura-pura tak tahu apa yang kita sudah tahu dan buat macam biasa.
Tapi dua-dua hendak kena guna skill sabar paling masterji. Sebab kalau tak sabar mudah sangat nak jadi gaduh dan berpanjang-panjang cerita.
Buat Baik Pun Orang Kata
Hendak buat yang pertama pun susah. Tapi kalau sudah pilih begini, teruslah minta maaf dan move on. Minta maaf bukan untuk dia. Tapi untuk menyenangkan diri kita sendiri. Sebab Tuhan suruh kita jadi orang yang jaga hati dari menjadi rosak.
Kalau nak pilih yang kedua pun kena lebih hebatlagi. Sebab pura-pura buat tak tahu walau memang kita tahu apa yang jadi di belakang kita, boleh buat hati kita meremut-remut menahan rasa.
Dua-dua pun pilihan yang susah. Tapi bila kita mampu buat antara satu dari keduanya, bermakna kita dah bergerak setapak lebih tinggi. Kita bukan sedang menjaga sesiapa melainkan menjaga reputasi kita sendiri.
Hidup ini biasa saja, kadang-kadang tak buat apa pun orang tak suka. Buat baik pun orang kata. Tak usik apa pun orang bercerita. Biasa.
Fokus Pada Hal Lain
Jangan ambil pusing sangat sedangkan ada banyak lagi benda baik-baik Allah bagi. Ada ramai lagi orang baik-baik yang mengelilingi. Ada bermacam lagi hal elok-elok untuk dipelajari. Ada lebih besar lagi nikmat hidup untuk disyukuri.
Fokus pada hal yang baik. Sebab kita nak jadi orang baik.
Mingguan Wanita : Memang bukan sesuatu yang mudah untuk melupakan apa yang katakan tentang mak, ayah. Tapi apa guna kita bebankan hati dan perasaan hanya disebabkan orang sebegitu. Cuba lupakan dan pilihlah sama ada satu atau dua mengikut keselesaan mak ayah.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Semalam telah ditetapkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas seorang kerani wanita atas kesalahan memandu secara melulu.
Mahkamah Tinggi memberikan hukuman tersebut kerana pemanduan wanita itu kira-kira lima tahun lalu menyebabkan kematian lapan remaja basikal lajak.
Terkesan dengan kes yang melibatkan kerani wanita ini, Dr Yazeed Hair Johari berkongsi rumusan mengenainya.
Memandu Secara Melulu Adalah Serius
Selepas baca kes mahkamah tentang kematian 8 mangsa geng basikal lajak,
Apa yang aku faham dari perbicaraan tu.
(Ini pemahaman aku sahaja. Maaf kalau aku salah)
Aku dapati satu pengajaran yang aku telah belajar dari rumusan kejadian itu.
Memandu secara merbahaya adalah kurang serius
Memandu secara melulu adalah serius
Untuk kes ni, wanita ini dikatakan memandu secara melulu pada malam kejadian.
Maaf kan aku jika salah.
Melulu bermaksud macam memandu secara laju. Meononong tanpa mengambil tahu risiko apa yang bakal berada di hadapan walaupun keadaan malam itu agak gelap dan berbukit.
So kita sebagai pemandu, tak kiralah apa jua keadaan sekali pun. Memang kena sentiasa berjaga-jaga. Sentiasa kena expect yang sesuatu bakal tiba-tiba muncul di hadapan. Tak boleh ada perasaan yang jalan akan clear dan tak ada apa apa di depan.
Perlahankan Kenderaan Bila Penglihatan Kurang Jelas
Tambahan pula waktu malam yang gelap. Kurang jelas dan berbukit. Sepatutnya kita sebagai pemandu perlu memperlahankan lagi kenderaan kita bila kita rasa penglihatan jalan semakin kurang jelas.
Bentuk fizikal jalan yang berselekoh, berbukit atau tidak rata, mahupun apa jenis cuaca. Kita perlu lebih berhati-hati dan berjaga-jaga.
Bukannya meneruskan pemanduan dengan kelajuan yang sama.
Kesimpulannya, pengajaran di sini. Kita sebagai pemandu kena 24 jam berwaspada. Kalau jalan gelap, berbukit, selekoh, berkabus sehingga menjejaskan penglihatan sepatutnya kita kena memandu dengan lebih perlahan dan sentiasa memberi perhatian apa yang bakal muncul di hadapan.
Berbalik pada persoalan kenapa ada budak-budak tu bermain atas jalan?
Sebenarnya tak kira lah apa pun jenis objek, siapa saja yang ada di depan. Lembu/binatang, pemandu motosikal dan sebagainya.
Kita sebagai pemandu ni lah yang perlu memastikan pemanduan kita sentiasa berjaga-jaga. Kalau kita memandu dengan lebih perlahan, kemungkinan kita akan sempat brake pada masanya itu adalah pasti .
Bermakna kita sentiasa perlu memandu dalam keadaan yang jelas. Kalau hujan lebat atau berkabus . Kita kena slow down dan pastikan pernglihatan kita jelas untuk jarak yang tertentu.
Senang cite kepada semua driver di luar, apa saja yang kau langgar di depan, kau salah. Sebab sepatutnya kau nampak tapi kau tak ambil tindakan awal.
Lebih bagus jika ada standby dashcam. Senang nak bela diri.
Ini apa yang aku faham. Dari siri perbicaraan di mahkamah.
Pesanan Untuk Mak Ayah Di Luar Sana
Aku bukan nak backup sapa-sapa. Tapi ini lah yang aku paham dari apa yang kes ni cuba sampai kan.
Kepada parent di luar sana, kena beringat lah. Pastikan anak ada di rumah waktu malam. Kalau siang pun pantau-pantau lah aktiviti dorang. Kita pun pernah muda. Pernah ada rasa nak buat aktiviti lasak dan merbahaya. Parent memang perlu main peranan utama.
Rider basikal yang dewasa pun sama. Hati-hatilah yang suka ride dekat highway, Jalan Kuala Kelawang, Ulu yam dan sebagainya. Safety come first.
Lepas baca kes ni, aku terus rasa seram nak bawak kereta.
P/S – Ini bukan hujahan aku, Bukan Pendapat aku …!!!! Ini adalah kes nota yang dibicarakan di mahkamah. Aku rumuskan saja !
I’m no expert . Tapi aku tulis ni salah satu pengajaran yang aku belajar hari ni.
Betulkan aku jika salah.
Mingguan Wanita : Menjadi tanggungjawab mak ayah untuk memastikan anak-anak ada di depan mata. Selepas Maghrib tu kalau anak tak nampak batang hidung, wajiblah mak ayah mula rasa resah gelisah. Dan carilah.
Pelajar cemerlang, sudah tentu menjadi idaman untuk setiap pelajar. Sanggup berusaha bersungguh untuk mencapai cita-cita dan tak semestinya untuk membanggakan orang tua.
Namun, tak semua dianugerahkan untuk jadi pelajar cemerlang. Usaha macam mana pun kalau itu bukan rezekinya, setakat itulah yang mampu dapat. Bahagianya, bila kejayaan dirai dan pelajar ke depan untuk diberi penghargaan.
Bangganya. Tapi bagaimana dengan pelajar yang kurang bernasib baik dan kurang cemerlang. Mereka yang tidak berjaya atau gagal bukan malas tapi bukan rezeki untuk dapat pelajar cemerlang.
Inilah yang dikupaskan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh dalam perkongsian tentang ada sesetengah pihak tidak mahu meraikan kejayaan pelajar cemerlang. Sedangkan pendapatnya berbeza.
Ada sesetengah pihak tak setuju pelajar cemerlang diraikan, diberi penghargaan atas pentas, bahkan ada yang tak setuju mereka pegang kad tertera bilangan A yang mereka perolehi.
Maka sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sambutan majlis kecemerlangan kurang disambut. Atau disambut dalam majlis tertutup.
Katanya untuk menjaga perasaan pelajar yang gagal dan dapat keputusan yang rendah.
Aku berbeza pendapat mengenai hal ini. Aku lebih suka pelajar cemerlang diraikan.
Kenapa bersungguh-sungguh tak nak raikan murid yang cemerlang ini?
Kenapa nak sekat hak mereka untuk bergembira atas kejayaan mereka? Kenapa?
Pada aku, murid cemerlang harus diraikan.
Itu usaha mereka. Itu titik peluh mereka. Itu pahit jerih mereka. Itu pengorbanan mereka. Dan bila mereka berjaya, kita nak nafikan hak mereka pula? Apa adil begitu?
Pelajar ini, usaha mereka berganda-ganda. Saat kawan-kawan mereka tidur, mereka bangun malam. Belajar, solat hajat dan berdoa.
Pelajar lain di waktu hujung minggu berseronok bersuka ria seolah tiada apa yang bakal berlaku sedangkan mereka ini menahan diri dan memilih untuk belajar dan belajar.
Pengorbanan Dibalas
Bukan pelajar cemerlang ini tak minat main, tapi demi sebuah kejayaan, pasti satu pengorbanan perlu dilakukan.
Mereka belajar, mereka minta tunjuk ajar, mereka usaha bersungguh-sungguh. Saat orang lain bersenang-lenang, mereka bertungkus lumus.
Sampai ketika keputusan diumumkan dan mereka berjaya, pengorbanan, pahit getir dan usaha mereka untuk dapat kejayaan tidak boleh diraikan pula. Hanya kerana nak jaga hati pelajar yang tidak banyak berusaha seperti mereka.
Hendak jaga hati murid yang malas sehingga tidak beri anugerah pada yang cemerlang dan melarang buat sambutan. Apa betul tindakan kita?
Pelajar Gagal Kurang Berusaha
Ya, aku tahu bukan semua murid yang yang gagal itu pemalas. Ada yang usahanya gigih, namun rezekinya setakat itu. Tapi lazimnya yang gagal itu kurang usaha mereka. Itu kelazimannya.
Dari dulu mereka yang cemerlang kita bagi anugerah secara terbuka. Aku ini bukan murid yang genius dan pintar. Tak pernah dapat naik pentas terima anugerah.
Namun setiap kali melihat rakan naik pentas terima anugerah, ia menjadi pendorong untuk mereka yang gagal berusaha lebih gigih. Itu satu motivasi yang baik.
Dari kecil aku tanam niat dan ibu bapa selalu cakap,
“Belajar sungguh-sungguh. Kalau cemerlang dapat naik
pentas terima hadiah.”
Itu pendorong dan pembakar semangat.
Patutnya bila keputusan sebenar keluar, yang cemerlang perlu diraikan atas kejayaan mereka. Biar semua menyaksikan agar menjadi pendorong pada adik-adik dan kawan-kawan yang lain.
Yang gagal, pastinya akan bersedih. Akan kecewa. Itu normal. Itu tanggungjawab guru di sekolah dan ibu bapa di rumah untuk mengubat kekecewaan itu.
Di sekolah, pihak guru tak pernah abaikan murid yang kecewa ini. Guru kelas, guru mata pelajaran, guru kaunseling terus menerus memberi kata dorongan dan semangat mereka. Menunjukkan laluan untuk sambung belajar yang sesuai dengan keputusan mereka.
Kekecewaan mereka jika kita pandai manipulasi akan jadi satu kekecewaan yang memberi pulangan tinggi di masa akan datang.
Kesedihan mereka ini bukannya berkekalan sampai mati. Tidak!
Namun semangat yang mereka perolehi disebabkan gagal bakal mengubah cara belajar mereka. Ini yang aku paling suka. Sejarah telah pun membuktikan ramai tokoh terkemuka yang berjaya asalnya pernah gagal suatu ketika.
Kecemerlangan Bukan Mudah DIcapai
Ramai murid gagal menjadikan tangisan sewaktu rakan lain melangkah naik pentas terima penghargaan atas kecemerlangan sebagai sumber dorongan dan semangat baru untuk mereka lebih rajin dan berusaha di masa akan datang.
Tangisan semalam menjadi punca senyuman akan datang.
Apa itu tidak bagus?
Kecemerlangan itu bukan mudah untuk dicapai. Tak kira dalam apa jua bidang sekali pun.
Anugerah ini bukan sekadar memberi penghargaan pada yang cemerlang, malah menjadi dorongan dan sumber inspirasi pada yang kurang cemerlang.
Pada aku, meraikan pelajar yang cemerlang adalah relevan sepanjang masa.
Pada aku-lah.
Mingguan Wanita : Raikan mereka sebab itu adalah hasil usaha mereka. Bagi semangat dan sokongan buat yang gagal dan kurang berjaya.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...