Ashira Mama sporting! Baiknya hati teman anak lelaki bertemu kawan perempuan. Alahai memang sporting sungguh penyanyi Ashira Aziz yang begitu baik hati secara rahsia membuat temujanji untuk bertemu kawan perempuan tanpa pengetahuan anak lelakinya.
Ashira Mama sporting!
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Ashira bertindak menemani sendiri si bujangnya bertemu kenalan perempuan.
Paling ‘comel’ Ashira menerangkan dia sendiri yang mengatur pertemuan tersebut secara rahsia tanpa pengetahuan anak bujangnya.
“Bila anak dah besar kita tak boleh nak halang dia nak berkawan. Benda yang tak baik kita tegur. Kalau kita membangkang ini tak boleh itu tak boleh nanti budak-budak ni memberontak lagi susah jadinya.
Paling Penting Depan Mata
“So today mama dengan baik hati secretly buat temujanji dengan kawan perempuan dia ni tanpa pengetahuan dia.
“Yang penting depan mata. Yang kelakarnya dia nampak macam Abang padahal budak perempuan ni lagi tua dari dia hahaha alahai so cute!
“Happy Birthday once Again Yana. Next year boleh celebrate sekali selang sehari jer birthday Yana dengan Aunty.
“Korang dua kawan elok-elok, jangan terjebak dengan benda-benda yang tak elok.
“Apa-apa pun pelajaran mesti diutamakan, ingat pesan mama selalu ok ?” luah Ashira.
Bila kita ke mana-mana baik pusat membeli belah, stesen bas mahu pun hospital, apa yang ada kat tangan masing-masing, sudah tentulah telefon bimbit. Baik suami atau isteri, masing-masing sibuk dok melayan telefon bimbit. Isteri dengan whatsapp, suami pula dengan gamesnya. Mana yang ada anak tu dibiarkan bermain sorang-sorang.
Itu sudah lumrah dengan keadaan semasa ini. Di luar atau di rumah, tidak akan sempurna tanpa telefon bimbit. Suami pula sibuk melayan dengan games sampai kerja-kerja rumah, semuanya isteri yang buat.
Menurut pandangan DR. (Cr.) Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga,penggunaan gajet cara yang betul mampu memberi kebaikan khususnya kepada suami:
Alat komunikasi
Alat keselamatan
Alat pencarian maklumat
Alat bantu belajar
Alat bagi penggunaan ibadah
Tetapi ia boleh beri kesan negatif gajet di kalangan suami bila:
Memudahkan suami terlibat dalam skandal.
Mengkhayalkan suami dari segi gambar danvideo yang tidak sepatutnya.
Ketagih dengan aktiviti melayari dan menggunakan aplikasi whatsapp, keek, youtube, instagram, twitter dan facebook.
Mengurangkan kemesraan suami isteri.
Merosakkan minda dan jiwa suami.
Menjadikan suami hidup dalam khayalan dan membazir masa dengan bermain gajet.
Menjadikan suami cepat marah.
Menjadikan suami bersikap pentingkan diri sendiri.
Keadaan inilah yang membawa kepada ketagihan gajet di kalangan suami kerana:
Suami lemah dari segi ilmu disiplin pengurusan masa
Tidak jelas peranan sebagai suami, ayah dan role model kepada seisi keluarga.
Tidak matang dari segi memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai suami.
Mementingkan hawa nafsu sendiri.
Kurang penghayatan hidup dan mengamalkan ilmu agama, selari dengan tuntutan agama.
Kesannya Pada Isteri:
Apabila suami yang gila gajet, isteri di rumah akan berasa kekurangan dari segi:
Sentuhan jasmani (Kemesraan akan kurang. Suami lebih banyak masa pegang gajet berbanding pegang isteri)
Sentuhan rohani (Isteri kurang bimbingan rohani. Sebab hati suami dah menjadi keras. Tidak mampu memberi bimbingan kata-kata rohani kepada isteri dan anak-anak. Sebab suami sendiri tidak betul dan kurang penghayatan rohani dalam jiwanya)
Sentuhan emosi (Hubungan mesra dan kekeluargaan menjadi kurang. Suami lebih stres kepada isu dan masalah yang ditumpunya pada bahan-bahan dalam gajet).
Sentuhan intelek (Kurang majlis ilmu di dalam rumah. Suami tidak membudayakan aktiviti berbincang mengenai sesuatu yang bersifat ilmu duniawi dan ukhrawi bersama isteri dan juga anak-anak).
Jalan terbaik untuk isteri amalkan ialah:
Doa
Berdoa dengan ikhlas agar isteri rasa lebih tenang dan bertawakal kepada Allah.
Takwa
Berusahalah sehingga suami mendapat celik akal (kesedaran) dam kurangkan memegang gajet ketika berada di rumah.
Cakap Elok-elok
Beritahu dengan suara dan intonasi yang paling lembut dan terbaik pada suami. Jangan lawan dan bercakap kasar terhadap suami. Ini untuk ingatkan suami supaya jangan asyik main telefon bimbit sama ada di dalam bilik tidur, majlis makan malam seisi keluarga, bersantai depan televisyen dan telefon bimbit sentiasa di dalam genggaman termasuklah ke dalam tandas.
Kembali Pada Fitrah
Kena ingat sentiasa mengenai fitrah manusia. Misalnya adalah fitrah bahawa setiap manusia ada kelemahan. Setiap manusia berhak mendapat nasihat dan kasih sayang daripada sesiapa sahaja khususnya daripada seorang isteri kepada suami tercinta. Fitrah manusia sangat mudah tersentuh hati apabila mendapat nasihat dan layanan yang penuh kasih sayang, jauh daripada kata-kata berupa penghinaan dan marah-marah.
KESIMPULAN
Masalah suami gila gajet bukanlah masalah rumit untuk diperbaiki. Ia soal personaliti yang ‘matang’ atau ‘belum matang’. Matang adalah soal istimewa dalam nilai konsep kendiri seseorang suami. Isteri boleh memainkan peranan untuk mengubah sikap suami. Namun jika isteri tidak sanggup untuk berusaha keras bagi mengubah sikap negatif suami sendiri, maka pastinya orang lain tidaklah boleh diharapkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perasan tak, bila anak pantang salah sedikit, mak ayah bukan main lagi marah, walhal itu perkara kecil sahaja. Itulah yang biasa berlaku bila masalah kerja di pejabat di bawa ke rumah.
Penat memikirkan masalah kerja, ditambah dengan anak-anak yang merengek tak tentu pasal. Inilah yang membuatkan anak menjadi mangsa.
Sebagai mak ayah yang bekerja, jangan sesekali bawa masalah kerja ke rumah. Jangan biasakan, sebab nilah m=yang menjadikan rumah tangga dan keluarga pula tidak tentu arah.
Ingat, masalah kerja biar dan tinggalkan di pejabat. Ia tidak akan habis. Balik ke rumah, jadilah mak ayah yang gembirakan hati anak-anak. Mereka perlukan perhatian daripada kita.
Perkongsian daripada Norzi Malek ini boleh dijadikan renungan buat mak ayah di luar sana tentang apa yang harus dilakukan oleh mak ayah apabila pulang ke rumah.
1) Tinggalkan segala kerja apabila anda mahu pulang ke rumah. Jangan sesekali berfikir mahu membawa pulang kerja untuk dihabiskan di rumah. Sekali-sekala mungkin boleh, tetapi JANGAN jadikan kebiasaan. AWAS!
2) Tinggalkan segala emosi yang negatif di tempat kerja (jika ada) daripada di bawa masuk ke dalam rumah. Masuk melalui pintu rumah kita sebagai seorang ibu, bapa, anak, isteri atau seorang suami yang penyayang dan sangat gembira.
3) Berfikir mahu menghabiskan saat yang gembira apabila pulang ke rumah. Sentiasa rasakan rumah adalah tempat yang sangat selesa di muka bumi ini. Sematkan di dalam hati dan fikiran ‘Rumahku, Syurgaku’.
4) Jangan balik lambat daripada tempat kerja kita. Habis masa kerja, terus pulang ke rumah. Tubuh badan kita memerlukan rehat. Hidup kita bukan hanya untuk bekerja. Hal-hal kerja tidak akan pernah habis. Tinggalkan dan sambunglah keesokkan hari.
5) Silent smartphone ketika berada di rumah. Tetapkan masa jika mahu memeriksa smartphone (andai ada berita penting). Contoh, memeriksa smartphone pada pukul 7 malam dan 9 malam selama 10 minit sahaja.
6) Belikan jam loceng di rumah untuk tujuan bangun tidur. Jangan gunakan jam smartphone kita. Ini akan menyebabkan kita memegang smartphone dan scroll tanpa tujuan pada awal pagi melebihi 30 minit.
7) Sejam sebelum tidur, silentkan smartphone atau berhenti memegang smartphone. Ini sangat membantu otak dan minda kita rileks untuk persediaan tidur dan rehat. Tips ini juga untuk mengelakkan insomnia (sukar untuk tidur).
8) Jika stress di tempat kerja, rasa ada beban tidak mampu kita galas. Berceritalah dengan pasangan atau ahli keluarga. Mintalah pendapat mereka. Hanya dengan meluahkan, separuh dari masalah kita berkurangan.
9) Rancang apa kerja yang kita mahu lakukan keesokan hari sebelum pulang ke rumah. Buat list. Rancang juga pukul berapa mahu bangun dan mahu sampai di tempat kerja.
10) Mulakan hari baru dengan penuh semangat. Bangun seawal pagi sebelum subuh. Mandi. Solatlah dengan tenang dan bacalah sedikit Al-Quran. Sebelum ke tempat kerja, peluklah pasangan dan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
MW: Jangan biasakan. Kerja memang tak akan habis. Kasihan anak-anak yang perlukanerhatian mak ayah.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Hidup itu pilihan masing-masing, jadi berlapang dadalah bila prinsip kita bertentangan dengan orang lain. Tidak semestinya prinsip hidup kita wajib sama dengan orang lain. Malah jika berbeza sekali pun, cuba raikan perbezaan.
Tak perlu mak,ayah tegakkan atau mahu orang lain ikut prinsip anda iya. Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli ini dan hadam baik-baik.
Ada orang, prinsipnya makan biar bercatu asalkan simpanan dapat empat angka setiap bulan. Ada yang berpendapat, bab makan jangan berkira, simpanan cukup 5 hingga 10 peratus gaji sudahlah.
Ada orang, prinsipnya tak wujud peluang kedua selepas pasangan curang sebab baginya curang ini pilihan. Ada yang prinsip sebaliknya, sebab baginya manusia ini sentiasa buat silap.
Ada orang, biarlah batalkan majlis kalau sudah nampak banyak red flags dari bakal pasangan. Tapi ada yang pilih, tak apa, manusia boleh berubah lalu teruskan pernikahan.
Ada orang, dia berpendapat duit hantaran perlu pihak lelaki usahakan sendiri 100 peratus sebab itu tanda kesungguhan lelaki mengahwininya. Ada yang fikir, nak hidup bersama selepas ni, jadi okay saja share 50-50 duit hantaran itu.
Sebab itu kadang kita hairan ada orang yang boleh bertahan dalam sekian-sekian keadaan sedangkan kalau ikut sesetengah orang lain, sudah lama dia pilih laluan ‘exit’.
Pilihan masing-masing kan. Kadang yang buat kita kuat ini pun kerana prinsip dan pendirian kita. Bagi saya, setiap orang berbeza ‘limit’ masing-masing.
Semua orang ada caranya sendiri dalam mengemudi hidup.
Dan kita? Tak perlu ‘tegak’ dengan prinsip kita sahaja yang kononnya paling betul, bahkan cuma perlu berlapang dada apabila prinsip kita bertentangan dengan prinsip orang lain.
Prinsip orang begitu, dia yang lalui pilihannya.
Prinsip kita begini, harungilah pilihan kita sendiri.
Biarlah kita dengan cara dan hidup masing-masing. Pengakhirannya kita semua bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan dan keputusan yang kita pilih.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...