Seharusnya begitulah anak-anak, biar dah berjaya melangit, glamour ke tahap puncak sekali pun, hak mak ayah tetap ditunaikan tanpa bernanti-nanti.
Pelakon drama rantaian Nur, Noorkhiriah Ahmad Shapie ini meletakkan ibunya di takhta teratas selain suami dan anak-anak. Kerana ibulah sumber kekuatan dirinya sebagai seorang anak.
Momen mengingat mak ini tiba-tiba terakam semula di ingatan Noorkhiriah dalam bulan puasa ini. Catatnya, “Baru lepas makan sambal itam mak buat. Macam nampak mak je dalam bubur lambuk ini.”
Ads
“Hadeh.. tetibe rasa macam nak balik kampung. Korang jangan sia-siakan mak kita yang sorang ni. Dulu time akak jatuh frust tergolek dog. Mak pesan satu je, ‘boipren boipren ni leh cari ganti.. tapi mak tak de ganti dah.”
“Itulah penguat semangat akak bila down. Zaman dululah.. zaman sekarang nak frust mende? Gedik ar kalu frust-frust ni.”
Ads
Mak Masak Air Pun Sedap.. Air Tangan Mak Kan
Kata Noorkhiriah lagi, “time bulan puasa gini hok yang darjah satu punya kisah pun boleh ingat balik. Time sahur.. time berbuka.. penuh meja.”
“Ntah pape je atas meja time tu. Mak masak air pun rasa sedap. Air tangan mak kan.. Bila tanya mak OK? Tak de yang tak OK. Rindu anak-anak pun mak diam je.”
Ads
“Sedar-sedar wasap suh balik. Maka anak-anak pun meluru cari date bagi semua berkumpul. Kadang dapat, kadang berterabut baliknya.”
“Tapi takpe janji balik. Moga Allah sihatkan mak.. rahmari mak. Mak, saya rindu ngat ke Pak. Semalam (4 hari lalu) genap 5 tahun arwah Pak pergi. Allah ambil hak Dia.”
Akui Noorkhiriah lagi, ibunya itulah kebahagiaan dirinya selain daripada suami dan anak-anak. Biarpun ayahnya sudah tiada, tidak bermakna ibunya tidak berhak untuk bahagia.
MW : Cuma nak khabor, “hakak pun pernah merasa sambal itam mak Norkhiriah ni. Memang power.. dia punya sedap original pior Pahang.”
Penangan kek jenama Absolut Chocolat di bawah Absolut Brands Sdn Bhd yang diusahakan pasangan suami isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab bukanlah bisnes yang ‘bhiase-bhiase’. Sejak diperkenalkan Februari tahun lalu, kek itu terus mencipta sensasi dan pengaruh tersendiri. Hanya dipromosikan di Instagram selain menggunakan populariti rakan artis mempromosikannya, kek itu pantas mencuri tumpuan ramai.
“Bisnes ini semuanya bermula sebab kami nak cari duit lebih untuk berkahwin (November tahun lalu). Daripada suka-suka nak cari duit tambahan, siapa sangka minat kami terus bercambah untuk lebih serius dalam dunia perniagaan. Saya sendiri tak yakin dengan perniagaan kek ini tetapi diyakinkan isteri.
“Pernah pada awalan fasa berniaga, saya dan isterilah yang tolong lakukan proses memasukkan kek ke dalam kotak. Malah kami jugalah yang melakukan penghantaran kek terus kepada pelanggan. Daripada hari pertama dapat tempahan awal hanya empat biji kek, ia bertambah hari demi hari. Dari 10 hinggalah sampai 200 biji sehari kami sediakan
“Ketika ini dari awal hinggalah sekarang kami masih menggunakan khidmat pembuat kek luar yang diserap masuk ke dalam syarikat ini. Insya-Allah kami juga mahu ia terus maju dengan segala operasi dilakukan sendiri suatu masa nanti,” katanya.
Laku Keras
Terbaru, pada festival Mood Republik baru-baru ini yang berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Jalan Duta juga mencipta kejayaan serta fenomena membanggakan apabila lebih 13,000 kotak kek terjual selama tiga hari ia dianjurkan.
“Habis licin… 13,000 kotak dalam masa tiga hari memang sesuatu yang cukup mengejutkan dan pada masa sama menjadi pencapaian serta kebanggaan peribadi kami. Ikutkan mahu buat lebih lagi kek ketika itu tapi pihak operasi tidak mampu memenuhi permintaan.
“Untuk acara tiga hari itu juga kita berjaya memecah rekod peribadi jenama ini dengan mencatat keuntungan jualan kasar mencecah enam angka.
“Malah untuk menyuntik kelainan kita juga turut melancarkan minuman Teh Susu Boba di bawah cabang Absolut Brew pada festival berkenaan sebagai memberi variasi kepada produk yang kami keluarkan. Kami tidak boleh terus berada di zon selesa dengan produk yang sedia ada. Beberapa jenis produk makanan dan minuman dijangka dipasarkan pada masa mendatang,” kata Pengarah Urusan Absolut Brands Sdn Bhd, Ben Ali dalam pertemuan dengannya baru-baru ini.
Bermula dengan kek coklat, pilihan kini juga dikembangkan untuk jenis Boba Milk Tea dan Milk Lava.
“Kita mahu jadi lebih eksklusif dalam memberikan pilihan kek kepada penggemarnya. Kek coklat mula dikeluarkan Februari tahun lalu. Kira-kira bulan September lalu, kita keluar pula kek Milk Lava. Kami percaya orang cepat bosan dengan jenis kek yang dijual. Jangka hayat satu kek itu boleh bertahan dalam tempoh enam bulan.
“Kita percaya variasi ini perlu dalam memberi pilihan kepada peminat kek. Orang cepat bosan dengan kek dan kehangatannya akan mula turun. Sebab itu juga kita keluarkan produk minuman pula.
“Alhamdulillah permintaan kek ini sejak dari dulu hingga ke musim raya ini terus meningkat. Tapi itu bukan jaminan untuk kita terus selesa dengan apa yang ada. Selama setahun lebih kek ini berada di pasaran, perkembangannya cukup meluas hingga pada satu tahap tidak mampu menampung permintaan masyarakat,” kata Ben.
Bermula dengan operasi kecil-kecilan di gerai jualan hinggalah ke tahap menyewa premis kedai dua tingkat di Cheras, Ben dan rakan kongsi yang juga isterinya, Nadiyah Shahab boleh tersenyum bangga kerana usaha mereka membuahkan hasil hingga menjadi terkenal.
Bisnes Ikut Trend
Memanfaatkan perkembangan teknologi Instagram dan pengaruh artis, kek Absolut Chocolat juga mencari pendekatan lain untuk terus menarik perhatian ramai. Malahan bantuan daripada rakan-rakan artis membuatkan kek mereka mula dikenali ramai.
“Kami percaya orang sekarang kalau bangun tidur akan tengok telefon bimbit dulu berbanding menonton TV. Sebab itu strategi utama kami ialah menerusi Instagram. Artis juga sangat membantu dengan bermurah hati mempromosikannya di Instagram.
“Biarpun berdepan pesaing sebuah jenama kek yang sudah 12 tahun di pasaran, kami optimis dengan cara tersendiri. Tiada niat untuk berlawan dengan jenama itu, kami percaya dengan konsep yang dipersembahkan. Idea mengasingkan sos dan dituangkan sendiri ke atas kek tanpa diduga menjadi kegilaan ramai,” katanya.
Kini di bawah Absolut Brands Sdn Bhd selain mempunyai Absolut Chocolat, pihak mereka juga berkembang dengan menjalankan cabang perniagaan Absolut Brew, Absolut Event dan Absolut Management.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jam 5.59 petang tadi, pelakon Hanis Zalikha selamat melahirkan anak keduanya, bayi perempuan yang diberi nama Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen.
Berita gembira ini dikongsikan suami Hanis sendiri, Hairul Azreen di instagram miliknya. Katanya, “Assalammualaikum, saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira.”
“Di bulan Ramadan ini isteri saya, Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Bintu Hairul Azreen pada petang tadi, 5.59 pm.”
Hairul juga menyatakan rasa terima kasih kepada Hanis yang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka. “Thank you Mommy, Hanis Zalikha.Thank you sayang. Thank you my bam bam.”
Lihat foto yang dikongsi Hairul, ketara betul kecomelan Alisa Aisyah ini. Si comel ini juga sudah ada akaun instagramnya sendiri, @thealisaaisyah. Malah ramai rakan artis dan follower kedua selebriti ini mengucapkan tahniah di atas kelahiran permata hati kedua mereka.
Dalam perkongsian Hanis yang terdahulu, semasa hamilkan Alisa di trimester ketiga, dia pernah diuji bayinya tidak bergerak aktif. Masa itu, dia cuba berpuasa. Rasa ok saja, rupa-rupanya bila dikira gerakan bayi, jumlah tendangan yang selalu bayinya buat tak aktif macam selalu.
Dan ini nasihat Hanis.
“Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang.”
“Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan.”
“Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila. Aigo, Daddy dia pun kata, “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya.”
Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan.
Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time-time baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita.
Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya! So untuk kes-kes ibu seperti kita. Hanis juga berkongsi info tentang fidyah dan qada yang sumbernya diambil dari dari zakat.com.my.
MW :Tahniah untuk Hairul Azreen dan Hanis Zalikha di atas kehadiran bayi kedua dalam bulan Ramadan ini. Selamat berpantang buat Hanis.
Rupanya mak-mak, tak perlu pun berbelanja ribu riban semata-mata nak sarung pakaian yang cantik. Datin Paduka Ainur Syakina Azman yang lebih mesra panggilan Eina Azman ini dah buktikan nak nampak cantik tak semestinya, sarung pakaian mahal.
Bila mana Eina Azman berkongsi baju kurung cotton yang disarungnya pada hari Jumaat. Ramai yang memuji kecantikan beliau, tak kurang juga yang bertanya butik yang menjual kurung cotton yang dipakainya.
Tanpa berselindung, Eina maklumkan kesemua kurung cottonnya dibeli di Mydin. Dekat booth-booth jualan yang ada dengan harga RM50.
Disebabkan kurung cotton yang digayakan itu cantik ‘terletak’ ada juga follower yang bertanyakan ketinggian Eina Azman. Balas Eina, “173cm”.
Sungguhlah lawa, sebab itu ketinggian model. Walaupun, Eina suka bercantik-cantik, tak semestinya ibu kepada sepasang kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey ini tak pandai di dapur.
Eina sebenarnya ada follower yang memang seronok ikuti video resepi yang dikongsikan di instagramnya itu. Bukan saja cantik, malah pandai memasak datin yang seorang ni.
Macam-macam menu masakan yang menyelerakan Eina kongsikan. Ada juga follower bukan sekadar mengikuti malah mencuba resepi yang beliau kongsikan.
Agak-agak mak-mak tak ada idea nak masak lauk sahur atau berbuka nanti, boleh cuba singgah dan mencuba resepi air tangan Datin Paduka Eina Azman ini.
MW : Haa.. bila nampak ayunya Eina Azman berbaju kurung cotton, ramailah nanti yang mengenakan konsep cotton di hari lebaran. Dan kalau mak-mak nak yang harga murah tapi cantik, kenalah cari di lokasi yang datin kongsikan tu.
Kehidupan sibuk di kota sering kali membuat kita terperangkap dalam rutin yang sama. Namun, di sebalik kesibukan kerja, sesekali rasa mahu bertukar angin, menikmati...