Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan pencapaian luar biasa aplikasi terbaru mereka, e-Azzuha, yang berjaya mencapai lebih 3,000 muat turun hanya dalam masa dua minggu selepas pra pelancaran yang berlangsung pada 26 Oktober lalu.
Kejayaan ini memperkukuh kedudukan e-Azzuha sebagai platform digital utama dalam pengurusan perjalanan Umrah dan Haji, membawa industri pelancongan Islamik ke tahap yang lebih inovatif dan efisien.
Sambutan Luar Biasa
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd, Hj Abdul Malik Abdul Raman, sambutan luar biasa ini mencerminkan kepercayaan dan keyakinan para jemaah terhadap teknologi yang dibangunkan untuk membantu mereka menguruskan perjalanan Umrah dengan lebih mudah.
“Kami sangat teruja melihat sambutan awal ini, dan ia memberikan motivasi kepada kami untuk terus menambah baik perkhidmatan kami demi keselesaan pengguna,” katanya.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd, Hj Abdul Malik Abdul Raman
Aplikasi e-Azzuha menarik perhatian ramai dengan pelbagai fungsi yang ditawarkan, antaranya membolehkan pengguna memilih pakej Umrah, membuat tempahan, dan mengurus perjalanan mereka secara digital.
Melalui aplikasi ini, jemaah dapat mengakses perkhidmatan yang komprehensif, dari tempahan tiket hingga ke pemantauan perjalanan yang selamat dan selesa. Kejayaan mencapai 3,000 muat turun ini menjadi petanda awal kejayaan Azzuha dalam transformasi digital industri pelancongan Islamik.
Pra Pelancaran e-Azzuha sebelum ini diadakan semasa Majlis Tautan Kasih Hujjaj Azzuha di Puspanitapuri Dewan Seri Endon, Presint 10 Putrajaya, yang menarik lebih 1,000 pengunjung.
Sambutan hangat ini jelas menunjukkan minat masyarakat terhadap inovasi yang membawa kemudahan teknologi dalam industri ini. “Kami mahu menjadi peneraju dalam memperkenalkan solusi digital yang membantu jemaah menguruskan perjalanan mereka dengan lebih teratur dan mudah,” ujar Hj Abdul Malik lagi.
Ads
Ciri Inovatif
e-Azzuha hadir dengan beberapa ciri inovatif yang memanfaatkan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI) untuk membantu jemaah membuat keputusan bijak mengikut keperluan mereka. Ini termasuk modul perjalanan Umrah yang menyeluruh yang memberikan panduan lengkap kepada pengguna dari awal hingga akhir perjalanan. “Dengan teknologi AI ini, jemaah dapat merancang perjalanan mereka secara terperinci, memastikan setiap aspek perjalanan diurus dengan baik,” kata beliau.
Selain itu, aplikasi ini menawarkan kemudahan pembayaran atas talian yang cepat dan selamat, memudahkan pengguna membuat bayaran tanpa perlu ke pejabat fizikal. Kemudahan ini menjadikan aplikasi e-Azzuha sebagai pilihan yang praktikal bagi jemaah yang mahukan proses yang lancar dan bebas dari kesulitan. “Kami mahu pengguna merasa tenang dan yakin setiap kali mereka berurusan melalui aplikasi ini,” tambah Hj Abdul Malik.
Ads
Satu lagi keistimewaan e-Azzuha adalah keupayaannya untuk memantau status perjalanan secara langsung. Jemaah boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan penerbangan, tempat penginapan, dan panduan perjalanan dengan hanya beberapa klik di aplikasi. Ini bukan sahaja memberi ketenangan fikiran kepada pengguna tetapi juga memastikan mereka sentiasa peka dengan setiap perkembangan perjalanan.
e-Azzuha juga membolehkan jemaah berhubung secara langsung dengan mutawif dan pegawai khidmat pelanggan yang berdedikasi. Keupayaan untuk berkomunikasi ini memberikan pengalaman yang lebih peribadi dan interaktif, membantu jemaah merasa lebih yakin sepanjang perjalanan mereka. “Kami mahu setiap pengguna e-Azzuha merasa seolah-olah mereka mempunyai seorang pembimbing yang setia menemani mereka sepanjang masa,” kata Hj Abdul Malik.
Azzuha Group Travel & Tours optimis bahawa aplikasi ini akan mencapai lebih ramai pengguna menjelang akhir tahun, dengan sasaran mencecah 20,000 pengguna pada tahun pertama pelancarannya. Pencapaian 3,000 muat turun ini adalah satu permulaan yang menggalakkan dalam mencapai matlamat tersebut. Azzuha percaya bahawa e-Azzuha bakal menjadi platform pilihan utama bagi setiap jemaah yang ingin menjalankan ibadah Umrah dengan lebih mudah dan tersusun.
Aplikasi e-Azzuha kini boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store untuk pengguna iOS dan Play Store untuk pengguna Android.
Dayang mohon hentikan spekulasi dirinya sakit. Itulah antara luahan daripada penyanyi wanita bersuara lunak Dayang Nurfaizah apabila ada peminat yang mendakwa dirinya mempunyai masalah kesihatan kerana kelihatan kurus sejak kebelakangan ini.
Dayang ketika ditemubual sewaktu majlis sidang media Konsert ByAjai & Mega Friends menafikan dirinya punya masalah kesihatan. Penampilannya yang agak kurus menyebabkan ramai yang mengadaikan dirinya tidak sihat.
Dayang Mohon Hentikan Spekulasi Dirinya Sakit
Penyanyi yang berasal dari Sarawak itu menerangkan penampilannya yang sedikit susut itu adalah disebabkan mahu kelihatan kemas dan cantik di televisyen.
Malah Dayang juga memohon agar peminat untuk menghentikan spekulasi dan andaian terhadap dirinya.
“Saya jarang hendak bersuara atau bercakap mengenai hal ini, tapi saya mohon kepada peminat yang sayang akan saya untuk berhenti bertanya sama ada saya sakit dan sebagainya.
“Bukan apa, perkataan dan kata-kata yang selalu keluar itu akan menjadi satu doa. Alhamdulillah, saya sihat walafiat saja dan tidak mempunyai masalah Kesihatan,” jawab Dayang.
Akui Dayang juga dia akan berdiet sebelum memulakan konsert besar.
“Cuma saya hendak cantik, itu saja. Jadi bila ada konsert besar dan sebagainya, saya akan diet sebagai salah satu persediaan. Malah, saya juga akan bersenam bagi memastikan stamina dan tenaga sentiasa ada.
“Tidaklah saya diet sepanjang masa, sebaliknya ada ‘cheat day’ selepas melunaskan satu konsert atau majlis besar,” ujar Dayang.
Teruja Bakal Beraksi Dalam Konsert ByAjai & Mega Friends
Dayang yang dijemput sebagai salah seorang penyanyi yang akan beraksi di Konsert ByAjai & Mega Friends menerangkan dia begitu teruja untuk menyanyi di pentas konsert itu.
“Tentulah saya berasa teruja. Ajai merupakan composer yang membuatkan orang ramai mengenali saya.
“Ajai adalah seorang yang sangat ‘passionate’. Sehingga kini, saya masih mahukan khidmatannya sebagai komposer. Dalam album baru saya nanti akan ada lagu Ajai,” ungkap Dayang.
Konsert tersebut juga akan dimeriahkan dengan kehadiran Aina Abdul, Hazama, Hafiz Suip, Aufahanie dan Ajai sendiri. Konsert ByAjai & Mega Friends bakal berlangsung pada Sabtu, 3 Ogos depan Megastar Arena Kuala Lumpur dibawakan khas oleh Menara Network Sdn Bhd.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ayash bayi ajaib. Rupanya tangan kanan anak bongsu Shuib iaitu Ayash kurang berfungsi kerana Ayash dilahirkan ketika dia berusia enam bulan di dalam kandungan ibunya iaitu Allahyarham Siti Sarah.
Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Shuib semasa siaran langsung di akaun TikTok miliknya bersama Ayash.
Ayash Bayi Ajaib
Menjawab persoalan ramai, Shuib menerangkan mengenai keadaan tangan kanan anak Ayash Affan yang dilihat seperti tidak normal seperti kanak-kanak biasa.
Kongsi Shuib lagi, sewaktu Ayash dilahirkan, anaknya itu tidak mampu bernafas dengan baik sehingga memerlukan bantuan okisgen dan hal itu memberikan kesan terhadap perkembangan otak serta fizikalnya.
“Ramai yang bertanya fasal tangan kanan Ayash ini, sebab dia dilahirkan tak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.
“Doktor yang sambut Ayash beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru barulah bernafas.
“Disebabkan itu oksigen lambat ke otak dan ada kesan calar di belakang otak, jadi sebelah tangan pada awalnya tidak berapa fungsi,” luah Shuib.
Tangan Kanan Ayash Sentiasa Dalam Keadaan Mengenggam
Ketika siaran langsung itu juga, Shuib turut menerangkan keadaan tangan kanan Ayash yang sentiasa berada dalam keadaan mengenggam.
Pada masa yang sama, Shuib turut menerangkan bukan hanya tangan tapi sebelum ini cara berjalan anaknya juga sedikit terganggu. Namun dirinya bersyukur kerana kini tangan Ayash semakin baik malah tangan kanannya juga sudah tidak seperti dulu.
“Tapi sekarang Alhamdulillah, sebelah kanan dia sudah banyak pakai. Dulu tangan dia genggam sekarang sudah mula buka sedikit.
“Masa usia dua tahun pun ketika berjalan dia agak senget ke sebelah kanan.
“Walaupun dia lahir tak cukup bulan tapi dia punya otak sangat bijak. Dia baik dan sangat tidak menyusahkan,” sambung Shuib.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami isteri maut kemalangan jalan raya usai rakam foto hari raya. Sepasang suami isteri yang terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur dipercayai baru sahaja selesai merakam gambar kenangan sempena Hari Raya.
Suami Isteri Maut Kemalangan Jalan Raya Usai Rakam Foto Hari Raya
Mangsa, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan isterinya, Intan Suraya Zaidi, 24, dikatakan baru pulang dari sesi fotografi di Parit Panjang, Baling, dan sedang dalam perjalanan ke kediaman mereka di Kampung Kuala Teloi Batu Lima ketika insiden berlaku.
Pemilik Bromie Studio, Muhammad Suhaimi Yahaya, 35, memaklumkan bahawa pasangan tersebut hadir ke studionya sekitar jam 11 pagi dan sesi fotografi berlangsung selama lebih kurang setengah jam.
Gambar kenangan pasangan suami isteri yang baru dirakam sebelum kejadian.
Menurutnya, pasangan itu kelihatan sangat ceria dan gembira sepanjang sesi bergambar berlangsung.
“MEREKA NAMPAK TERUJA KERANA DAPAT GAMBAR RAYA YANG SIAP DICETAK HARI ITU JUGA. SAYA TURUT MENGHANTAR SALINAN GAMBAR KE TELEFON BIMBIT MEREKA YANG MENGGUNAKAN JENAMA IPHONE. SEMASA BERGAMBAR, MEREKA BANYAK KETAWA DAN SANGAT RIANG.
“Beberapa ketika kemudian, saya benar-benar terkejut apabila dimaklumkan mereka telah terkorban dalam kemalangan,” katanya.
Tambah Suhaimi, beliau pernah menjadi jurufoto untuk majlis perkahwinan pasangan tersebut pada Jun tahun lalu.
Katanya lagi, arwah berdua merupakan insan yang sangat baik dan kelihatan sangat bahagia.
“Saya tidak menyangka bahawa sesi kali ini merupakan kenangan terakhir mereka yang sempat saya abadikan,” ujarnya.
Difahamkan, kejadian tragis yang berlaku sekitar jam 4.16 petang itu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki pasangan terbabit. Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori muatan 10 tan.
Keadaan kereta pasangan suami isteri yang terlibat dengan kemalangan tersebut.
Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...