Tak susah nak buat apam nasi sejuk ni. Bahan asasnya dari lebihan nasi sejuk di dapur rumah anda. Biasanya lebihan nasi tu kita buat nasi goreng atau campurkan dalam cekodok jagung. Ini ada satu lagi idea best yang suri boleh praktik. Mudah saja nak membuatnya.
Perkongsian resipi daripada Puan Norazizah Hj Ruslan Certified Therapist (ITEC-UK), Wellness Coach ini menggalakkan langkah-langkah penjimatan dan mengelakkan pembaziran makanan harian.
“Nasi sejuk jangan dibuang. Membazirkan! Apatah lagi harga beras pun mahal. Tambah-tambah kalau guna beras wangi. Nak buat nasi goreng, ada sejemput jer. Jom buat apam beras.”
Bahan-bahan
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula (saya guna gula perang)
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil yis kering.
Caranya
1. Kisarkan nasi & gula dengan 1 cawan air hingga hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit, yis & air hingga habis.
2. Biar 2-3 jam hingga adunan naik berbuih.
3. Sapu minyak diacuan untuk elak melekat. Kukus sehingga masak.
Nak Lagi Sedap, Buat Cara Ini
Sedap dimakan begitu saja atau digaul dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.
Sumber/Foto: Norazizah Hj Ruslan via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fazeera Selamat Bersalin, Fizo Terharu Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Isteri “YA ALLAH, TAK TERKATA”
Fazeera Selamat Bersalin, Fizo Terharu Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Isteri. Tahniah diucapkan buat pasangan popular Fizo Omar dan isterinya Fazeera yang baru saja menyambut kelahiran anak kedua mereka petang tadi.
Untuk pengetahuan Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda yang kini baru berusia setahun.
Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Fazeera Selamat Bersalin, Fizo Terharu Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Isteri
Seperti mana perkongsian di laman sosial, Facebook Fizo meluahkan rasa syukur ke atas kurniaan anak perempuan ketiganya.
Pada hari Jumaat, anak pasangan ini telah selamat menjengah dunia. Paling terharu apabila Fizo memberitahu dia berpeluang menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim isterinya.
“Syukur Alhamdulillah
Syukur Ya Allah, semuanya di permudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room utk melahirkan secara normal.
Pengalaman yg sgt berharga dlm hidup saya apabila diberi peluang utk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang utk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. YA ALLAH..tak terkata.
Terima kasih buat Doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial diatas pengalaman yg luar biasa ini dan layanan yg sgt baik,” kongsi Fizo yang turut memberitahu isterinya bersalin di ANDORRA Women & Children Hospital.
Baca Disini : “Alhamdulillah Maryam Dah Ada Geng” Fizo Omar Kini Ayah Kepada Dua Puteri
Fizo Omar Tamat Zaman Duda, Tahniah! Sah Bergelar Suami Gadis Cantik Fazeera Nazri
Mingguan Wanita: Tahniah pada Fizo dan isteri. Meriah keluarga bila bertambahnya cahaya mata kedua ini.
Sumber / Sumber Foto : Facebook Fizo Omar
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Norman Hakim Hiba, Teringatkan Momen Arwah Dr. Zarina Sambut Kelahiran Anak Pertama Hingga Keenam
Tengahari semalam pelakon yang juga hos Mingguan Wanita Talkshow, Norman Hakim telah berkongsi kisah duka menerusi entri Instagram tentang kehilangan doktor yang paling disayanginya dan keluarga yang bernama Zarina Bibi.
Masakan tidak, Dr Zarina dianggap sebagai doktor kesayangan kerana banyak menabur budi terhadap keluarganya.
Lebih menyedihkan Norman Dr Zarina merupakan figura hebat yang bertanggungjawab menyambut kelahiran enam orang anaknya.
Umpama Mak Sendiri
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
(إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
“AL-FATIHAH buat Allahyarhamah DR.ZARINA BIBI yang telah kembali ke rahmatullah…
Doktor yg menyambut kelahiran dari anak pertama saya Mohamed Danish Hakim hinggalah ke Mikayla Delisha Hakim.Doktor yang saya anggap dah mcm ibu saya sendiri.Doktor yang mengajar saya untuk buat air selusuh sendiri untuk diberi minum kepada ibu2 yg melahirkan anak2 saya sebab air selusuh dari air tangan suami adalah yang paling afdal katanya
Saya paling banyak terkesan atas ‘pemergian’ Dr.Zarina.Dia sentiasa ada untuk saya tak kira masa tiap kali saya perlukan dia bagi pihak ibu2 kpd anak2 saya dan juga tiap kali anak2 tak sihat dan sebagainya.Banyak ilmu jasmani seiring rohani yg dikongsikan terutama dalam mendidik dan membesarkan anak2
Kali terakhir berjumpa dalam pertengahan bulan Februari 2020 untuk suntikan Mikayla utk usia 18 bulan,maknanya yg terakhir utk Mikayla.Masa tu Doktor Zarina sebak & nangis cakap “lepas ni tak tau bila lagi dapat jumpa,kan?” Saya sambut dgn nada gurau “In shaa Allah lepas ni next anak kita jumpa lagi Doktor”
Tapi bila dia dah takde,baru kita dapat nilai kata2 terakhir dia dlm nada sebak tu mmg benar2 petanda yg dia nak tinggalkan kita.Allahu sedih sgt2 rasa ni,dada saya berombak hening & hiba tiap kali teringatkan momen dari dia sambut kelahiran anak saya yg pertama sampai la yg ke-6
Setiap kali jumpa,setiap kali tu bila saya nak bagi duit mcm buat pada mak sendiri,dia akan tolak & tak nak terima.Tapi bila saya cakap terimalah umpama dari seorang anak,dgn berat hati dia terima dan terus angkat tangan ke langit mendoakan saya dan keluarga
Terima kasih untuk segala jasa Doktor buat saya seisi keluarga.Pada ketika ni,saya sangat2 rindukan DoktorBesar sgt jasa & pengorbanan Doktor pada saya.Saya harap sangat2 kita dapat jumpa lagi kat dunia yg lagi satu selepas ni.Semoga Roh Doktor ditempatkan dikalangan para Syuhada
Kawan2…mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Dr.Zarina Bibi semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas rohnya…AL-FATIHAH️”
“Semua Anak Saya Lahir Dr Zarina Yang Sambut” Memey Suhaiza
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
(إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Assalammualaikum…
sy mulakan update pagi ni dgn berita ni…
Doktor kesayangan saya dah meninggal..
Semua anak sy Arwah Dr Zarina yg sambut,
Yg jaga setiap condition sepanjang sy pregnant..
suami sanggup follow hospital mana pun yg Dr Zarina bertugas…
Sbb dah rasa selesa dijaga kita mcm anak
Mengenalinya seorang yg sgt baik, sentiasa lemah lembut, tenang selalu…
Apa pun masalah dlm labour room Dr Zarina sentiasa tenang… buat kita rasa sentiasa selesa ,tak risau…
Allah lebih sayangkan Arwah..
Salam takziah buat keluarga Doktor
Semoga roh ditempatkan dikalangan orang beriman…️
Ramai juga yg kenal dgn Dr Zarina Bibi kan…?
Sama2 kita sedekah kan doa utk arwah ye…Al-fatihah”
Miliki Peribadi Yang Baik
Memey turut mendedahkan Dr. Zarina memiliki kepribadian yan sangat baik dan sentiasa membantunya sepanjang proses bersalin anak-anaknya.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan salam takziah dari kami di Mingguan Wanita.
Sumber & Sumber Foto: Instagram Memey Suhaiza & Instagram Norman Hakim
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bebola Keledek Keju, Mudah Dibuat Sedap Tak Terkata!
Bebola keledek Keju. Dengar nama pun macam dah boleh agak, rasanya tentu sedap kan? Ada asa manis keledek, rasa lemak masin keju. Bila gigit saja bebola tu, keluar kejunya. Peh! Memang sedap.
Cuba Resipi Bebola Keledek Ini Pula
Antara dilema yang akan dihadapi oleh mak-mak tiap hari, apa nak masak untuk famili. Rasa bosan asyik masa lauk yang lebih kurang sama saja. Malam sebelum tidur dah fikir apa nak masak esok; dari sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam sehinggalah kudapan ringan sebelum tidur. Wah! Lengkap. Mana taknya, bila PKP dan PKPB, tentu kebanyakan anak tinggal di rumah. Apa lagi, makan je lah kan.
Ini ada lagi satu resipi yang best untuk dicuba. Sangat senang dan bahan pun taklah perlu modal yang tinggi sangat. Yang penting, bila buat sendiri, boleh makan puas-puas. Bebola Keledek Keju ni boleh dijadikan minum petang atau kudapan ringan sambil menonton TV pada waktu malam. Mesti sekejap saja dah licin.
Jangan lupa cuba ye mak-mak!
BAHAN-BAHAN BEBOLA KELEDEK KEJU:
BAHAN DOH (KULIT):
350gm keledek manis
11/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula perang/putih
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam
Air secukupnya
BAHAN LAIN:
Keju cheddar
Serbuk roti secukupnya
Sedikit bancuhan tepung gandum+air – untuk dijadikan pelekat serbuk roti
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Terlebih dahulu rebus keledek hingga lembut. Angkat dan toskan. Kemudian lenyekkan ia hingga lumat. Kemudian masukkan tepung pulut, tepung beras, gula, baking powder dan secubit garam. Gaul sekata dan uli hingga ia membentuk menjadi doh. Dari semasa ke semasa masukkan air secukupnya (jika perlu) dalam proses membuat doh.
Kemudian, ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan leperkan. Letak sedikit keju cheddar di tengahnya dan tutup semula. Bentukkan ia seperti bebola. Ulangi langkah hingga selesai.
Setelah itu, celup bebola tadi ke dalam sedikit campuran tepung dan air, kemudian golekkan ke dalam serbuk roti hingga merata.
Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng bebola cheese itu hingga masak.
Siap! Senang saja kan?
Kredit: DAPURSHAIANNE
Jangan lupa follow kami di:
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI