
Bila makan Apam Kampung Gula Merah, teringat memori kecil-kecil dulu mak dan nenek kita selalu buat dulu. Mudah rupanya nak buat kuih apam ni, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak tapi tetap sedap.
Boleh cuba resipi Apam Kampung Gula Merah yang dikongsikan oleh Puan Cahaya Suria ni
“Apam kampung gula merah.Sangat mudah, tak banyak bahan tapi sedap”
Bahan-Bahannya:
3 cawan tepung gandum (Diayak)
1/2 peket yis mauripan
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan gula merah
2 cawan air
Cara Membuat:
1.Didihkan air dengan gula merah dan gula pasir.
2.Tapis air gula suam ke dalam bekas. Lagi baik jika bekas yang bertutup.
3.Masukkn yis tunggu sehingga kembang kemudian masukkn tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga habis.Jika adunan agak pekat boleh tambahkan 1/2 cawan air lagi.
4.Kacau rata, tutup bekas dan biarkan bancuhan naik 2 kali ganda.
5.Kacau lagi untuk buang angin dan masukkan ke dalam acuan kesukaan yang telah dioles minyak masak.
6.Isikan separuh bahagian dan tunggu sehingga naik penuh semula baru kukus dalam masa 7-8 minit.

Info Ekstra:
Jika kukus dalam loyang kena kukus lama sikit dalam 1/2 jam.
Sejukkan. Sediakan kelapa parut putih.

Sedia dihidang. Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Buat Apam Polkadot Guna Bekas Sos, Kukus Api Perlahan Elak Merekah
Apam Balik Tebal Ke Nipis, Letak Jagung Sampai Meleleh Pun Boleh!
MW:Menarik juga resipi apam kampung gula merah ni. Mudah nak buat bahan-bahan pun tak banyak. Mak-mak boleh cuba buat di rumah nanti.
Sumber: Cahaya Suria
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resipi Sos Cili Thai Homemade, Modal RM5 Dapat 3 Botol, Jimat Kos!

Bagi penggemar sos cili thai, rasanya memang tka smaa dengan sos cili biasa. Biasanya sos ini sesuai untuk dicicah dengan makanan bergoreng seperti cucur, keropok, celup tepung dan sebagainya.
Harga untuk sos cili thai pun lebih kurang harganya dengan sos-sos yang lain. Kadang-kadang, terfikir pula dengan keadaan sekarang ini, mesti nak kena buat sendiri untuk jimatkan kos.
Rupnya, boleh saja nak buat sos cili thai di rumah. Senang sangat dan modal pun ta sampai RM5 untuk dapatkan 3 botol kecil. Inilah yang dikongsikan oleh Haslindawati Omar.
Baca Artikel Menarik Di Sini: Buat Sendiri Sos Tomato Di Rumah, Tiada Bahan Pengawet, Jimat & Dijamin Sihat!
Buat Sendiri Sos Putih Arab(Thoumiah), Cicah Ayam Daging Bakar, Memang Sedap!
Sos Cili Thai Buat Sendiri, Jimat Kos
Dengan hanya bermodalkan RM5, kita boleh dapat 3 botol kecil sos cili thai homemade.
Tak perlu nak pening untuk dapatkan botol sos, boleh saja recycle, basuh bersih dan buang label.
Resipi Untuk 3 Botol Kecil
5 biji cili besar merah – dibuang biji.
4 biji cili padi merah – tidak perlu dibuang biji.
5 ulas bawang putih.
1/3 cawan air.

Caranya:
Kisar semua bahan di atas. Jangan terlalu hancur untuk mendapatkan tekstur sos cili thai tersebut.

Bahan lain:
Sedikit cuka makan
1-1½ cawan gula (ikut tahap selera dan kemanisan masing-masing)
Sedikit garam3 sudu besar makan tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air.
2 cawan air
Caranya:
Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk.
Tambahkan dengan 2 cawan air dan masak bahan kisar sehingga mendidih.
Kemudian, masukkan cuka, gula, garam. Kacau sehingga hancur dan sebati.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan ia mendidih sehingga sos tadi berkilat.

Bila dah masak, sejukkan dulu sos tadi dan barulah masukkan ek dalam botol. Simpan dalam peti ais untuk tahan lama.

.

Mingguan Wanita : Senang sangat nak membuatnya. Nanti bolehlah buat. Memang sedap kalau cicah dengan makanan bergoreng ni.
Sumber: Haslindawati Omar

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Idea Resipi Minuman Yang Boleh Mak-Mak Buat Hari Raya Nanti

Setiap tahun mesti mak-mak fikir apa minuman yang nak sedikan untuk keluarga mahupun tetamu yang datang. Jom, kongsi minuman yang mudah untuk mak-mak sediakan pada hari raya nanti. Sebelum raya bolehlah cuba untuk berbuka puasa nanti.
Resepi Air Sirap Cincau Istimewa
Bahan-bahan
• 500ml sirap
• 500g cincau
• 3 liter air
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
2. Dalam jag besar, gabungkan sirap dan air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan cincau.
4. Masukkan ais ke dalam jag atau gelas bila minuman dihidang kepada tetamu.
5. Kacau minuman ini sebelum dihidang supaya cebis-cebisan cincau akan tertuang ke dalam gelas bila dicurah.
Tip
1. Jenama sirap berbeza mungkin mempunyai nisbah sirap kepada air yang berbeza. Kami cadang anda mengikut nisbah yang dicatit di atas label botol sirap anda.
2. Jangan risau jika sirap cincau anda rasa agak manis kerana rakyat Malaysia memang gemar minuman-minuman yang manis! Lagipun, anda boleh tambahkan air kosong ke dalam gelas tetamu yang tidak mahu sirap cincau mereka terlalu manis.
Resepi Air Sirap Bandung Soda
Bahan-bahan
• 500ml sirap
• 720g susu sejat
• 1.65 liter ais krim soda
• 500ml air
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Campur sirap dan susu sejat dalam jag besar. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan air. Kacau.
3. Masukkan ais. Kacau.
4. Akhir sekali, masukkan ais krim soda dan kacau.
Tip
1. Jangan tambah air pada minuman ini untuk mengurangkan kemanisannya. Ais yang dimasukkan tadi akan cair dan mengurangkan rasa manis minuman ini.
Resepi Air Soya Cincau
Minuman ini rasa lemak berkhasiat dengan tambahan cincau yang memberinya tekstur kenyal yang segar.
Bahan-bahan
• 4 liter air soya sejuk tanpa gula
• 1kg cincau
• 250g gula Melaka
• 250g air panas
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Parut gula Melaka.
2. Dalam periuk kecil, campur air mendidih dan gula Melaka parut dan kacau sehingga cair.
3. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
4. Tuang air soya ke dalam jag yang besar.
5. Tambah cecair gula Melaka dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan cincau.
7. Jangan lupa mengaut keluar cincau dan masukkan ke dalam gelas bila dihidang.
Tip
1. Elakkan menambah ais kepada minuman ini kerana air soya yang berair tidak sedap sangat.
2. Jangan guna susu soya berkotak. Pergi ke pasar atau trak makanan air soya berdekatan anda untuk mendapatkan bekalan segar air soya tanpa gula.
Resepi Air Punch Buah-Buahan
Terdapat pelbagai jenis resepi untuk air punch buah-buahan, tetapi ini adalah salah satu yang kami amat gemari kerana setiap hirupan rasa seperti zaman kanak-kanak!
Bahan-bahan
• 200ml kordial oren Sunquick
• 200ml sirap
• 3 liter Sprite atau 7-up
• 3 liter ais krim soda
• 2 lemon besar
• 2 oren besar
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Potong nipis oren dan lemon.
2. Dalam jag atau dispenser minuman besar, campur Sunquick dan sirap. Kacau sehingga sebati.
3. Tambah Sprite atau 7-up dan ais krim soda. Kacau dengan baik.
4. Masukkan oren, lemon dan ais.
Tip
1. Anda tidak perlu masukkan buah-buahan dihiris ke dalam gelas semasa menghidang, tetapi ia akan buat gambar anda nampak lebih cantik!
2. Anda ada mangkuk punch? Gunalah!
Resepi Air Mata Kucing
Air mata kucing mempunyai rasa sedikit herba, kuat, berkaramel dan warna yang gelap dan sedap. Resepi ini ada kelainannya sedikit dengan tambahan daun pandan.
Bahan-bahan
• 775g longan kering
• 375ml + 375ml air panas
• 300g gula Melaka
• 10 sudu besar molases
• 2 ½ sudu besar gula putih
• 8 daun pandan, diikat
• 1.125 liter air
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Dalam mangkuk, rendam longan kering dengan 375ml air panas. Biar tutup.
2. Dalam kuali atau periuk, campur 375ml air panas dengan gula Melaka, molases, gula putih dan daun pandan. Letakkan suhu api pada sederhana rendah dan kacau sehingga gula telah cair. Keluarkan daun pandan.
3. Bila longan kering sudah dihidratkan semula, buang air yang berlebihan dan gabungkan longan dengan campuran gula dalam jag yang besar.
4. Masukkan air dan kacau hingga sebati.
5. Tambah ais.
6. Jangan lupa mengaut beberapa biji longan ke dalam gelas bila menghidang minuman ini kepada tetamu anda.
Tip
1. Minuman ini bagus dibuat lebih awal kerana campuran gula dan longan boleh disimpan peti sejuk dalam bekas kedap udara untuk satu atau dua minggu. Tambah air hanya bila anda ingin menghidang minuman ini.
Resepi Air Rosmary Limau
Gabungan perisa timur menemui barat, termasuk bau dan rasa savuri rosemary yang segar, menambah dimensi yang tidak keterlaluan kepada minuman yang mudah dibuat ini. Minuman ini sangat sedap dan menyegarkan ada kemungkinan besar anda akan perlu membuat hidangan tambahan!
Bahan-bahan
• 325g gula putih
• 325g air
• 10g rosemary segar (lebih kurang 10 tangkai)
• 350g jus limau kasturi (kira-kira 100 limau)
• 350g jus lemon (kira-kira 8 lemon)
• 3 liter air soda
• ais
Hidangan untuk 20 orang
Kaedah
1. Gabung gula putih dan air di dalam periuk dan kacau atas api sederhana tinggi untuk membuat air gula. Gula perlu dicairkan semuanya untuk menghasilkan cecair yang jernih dan sedikit pekat. Tutup api dan alihkan bila cecair mula reneh ditepi-tepi. Biar sejuk.
2. Pukul tangkai rosemary dengan alu. Anda hanya mahu meremuknya. Jangan pukul hingga terlalu hancur.
3. Masukkan rosemary, termasuk cebisan tercabut, ke dalam jag besar.
4. Tambah jus limau kasturi dan lemon. Kacau.
5. Seterusnya, masukkan 1 hingga 1.5 liter air soda dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan air gula yang sudah disejukkan.
7. Tambah baki air soda dan kacau.
Tip
1. Jika menuang dari jag, anda boleh masukkan ais ke dalam jag atau biarkannya di dalam bekas ais untuk dimasukkan terus ke dalam gelas individu bila dihidang supaya ais tidak akan cairkan soda dengan terlalu cepat.
2. Minuman ini cukup cantik untuk dihidangi dalam gelas individu dan bukan dalam satu jag besar.
3. Jangan lupa masukkan setangkai rosemary ke dalam setiap gelas supaya ia kelihatan cantik!
4. Bagi rasa gas yang lebih, guna air soda dalam tin dan bukan air gas dalam botol.
Tip tambahan
1. Anda boleh menggunakan air sejuk atau air suhu bilik bila diperlukan untuk resepi minuman mudah di atas. Ais akan membuat minuman-minuman anda sejuk.
2. Jangan lupa simpan air kosong berlebihan kerana mungkin ada beberapa tetamu yang tidak mahu minuman manis.
3. Ais! Beli lebih ais dan jangan lupa simpankan di dalam peti ais.
Resipi Asal: butterkicap.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
#petua Patutlah Orang Meniaga Jenis Makanan Goreng Celup Tepung Hasilnya ‘Krup Krap’, Rupanya Ini Rahsia!

Sebenarnya nak buat hasil goreng celup tepung yang rangup ini terpulang pada cara masakan seseorang, lain orang tipnya. Tetapi bukan senang nak mendapatkan bancuhan goreng celp tepung yang betul-betul melekat dan rangup walau dah sejuk.
Haaa… kena lah betulkan bahan-bahan yang dimasukkan dulu, barulah hasil gorengan celup tepung tadi jadinya macam yang orang jual di kedai. Nah, sila lah godek petua daripada seorang wanita yang selalu buat goreng-goreng celup tepung ni.
Rahsia Buat Goreng Celup Tepung
Kali ni Puan Achik Ita Jsd Kelantan nak bercerita pasal celup tepung. Part paling penting ialah bahan-bahan kena betul tau.
Pertama sekali tepung kena yang terbaik untuk goreng celup tepung bagi yang gemar makan cicah habuk halus banyak krup krap. Ini taste bukan goreng ala-ala KL yang tak ada habuk (serdak) tu ya.
Tepung beras? Tahu tak tepung beras ada banyak jenis dan fungsinya. Kat edai ada jual banyak cap kan, mana satu nk pilih? Ke pakai hentam je?
Ehhh… jangan. Nanti tak menjadi salahkan si pemberi resepi, padahal bahan yang tak kena.
Apa ilmu yang dapat sejak menuntut secara lisan dengan bonda, tepung terbaik untuk pisang, ikan, sotong dan udang ialah tepung beras cap 3 teratai (macam di gambar 1st). Untuk rapuh, rangup, berabuk banyak. Kalau silap tepung, ada yang jd tebal, tak berabuk halus dan lemau bila sejuk sebab fungsi pun berbeza kan.
Bahan-bahan:
500g tepung beras (kurang pun tak apa)
1bj telur
1sk garam
2-3sb gula
1sk serbuk kunyit
Secubit kapur makan
Cara Buat:
Bancuh semua dengan air biasa je agak-agak color peach gitu. Part ni ada yang kata guna ais tapi silap percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair. Ingat ais mencair bukan beku dalam tu. Tak payah guna ais pun memang rangup sangat-sangat berhabuk banyak tau.
Jadi bila semua bahan-bahan dah betul, next check pula cara-cara membuatnya. Adunan jangan pekat sangat, jangan cair sangat.
-Minyak wajib banyak, jangan kedekut(deep fried)
-Api wajib api besar (slow-slow kena tinggal)
-Jangan selam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat
-Jangan simpan lama dalam peti adunan tu, nk repeat guna wajib bancuh lah sikit then campur dulu dengan yang sebelum tu
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!





