Tersentuh hati dengan pesanan langsung Instagram (DM) dari salah seorang pengikutnya di laman Instagram, penyanyi yang lahir dari rancangan realiti TV, Akademi Fantasia (AF) Mila Jirin menyuarakan luahan hatinya.
Mesej yang tertulis “Kau dah tak laku nyanyi, kau jual nasi arab pula” benar-benar menyinggung perasaan usahawan wanita ini.
Mila Jirin “Saya Iktiar Pastikan Pekerja Kami Kekal Punya Pekerjaan Dan Gaji”
Mila dan suaminya yang mengusahakan perniagaan, Bizmillah Catering dan Services by Mila Jirin juga turut terkesan dek kerana Pandemik Covid-19. Pelbagai usaha dilakukan demi memastikan perniagaannya mampu kekal dan mampu membayar gaji pekerjanya.
Dalam usaha tersebut, Mila berasa sangat sedih apabila ada yang menyindirnya apabila terbaru dia dan suami menjual Nasi Arab. Seperti perkongsianya di akaun Instagramnya Mila rasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
Ads
“Tengah reply DM…Terselit 1 DM ni.
“Kenapa ada juga MANUSIA yang suka BERKATA KATA tidak baik pada sesama MANUSIA?
“Apa salah saya jual NASI ARAB? Saya IKHLAS berniaga kerana ALLAH.
“Ini IKHTIAR yang kami lakukan dalam kesinambungan kami untuk memastikan PARA PEKERJA KAMI KEKAL PUNYA PEKERJAAN DAN GAJI
“Awak yang menulis…Saya MALAS nak mention nama awak disini.
Akui Sudah Lama Tidak Menyanyi “Bukan Tak Laku, Tapi Allah Tak Izinkan”
Ads
“Saya MEMANG DAH LAMA tak menyanyi…Bukan sebab TAK LAKU tapi sebab ALLAH TAK IZINKAN.
“Fahami KONSEP “Sesuatu BERLAKU atas keizinan ALLAH” bukan atas kita MANUSIA…Hatta awak sendiri pun tak ada KUASA nak tentukan apa jua REZEKI AWAK HARI INI….
“Jadi MANUSIA penuh dengan KASIH SAYANG BANTU MEMBANTU sesama kita.. Tak boleh bantu sahabat2 kita secara wang ringgit, bantu secara kudrat…Andai kudrat pun tak mampu…bantu secara sokongan moral…
“Saya BERSYUKUR walaupun tak LAKU dalam dunia seni saya YAKIN…Perancangan ALLAH maha hebat… Ada sebab musabab ianya berlaku ….
“Maaf saya sedikit tersentuh dengan komen awak….Saya cuma FIKIR…apa tujuan awak DM macam tu.
“Saya MAAFKAN awak, mungkin awak NAIF”
Hampir Setahun Allah Uji Kami Insan Insan Yang Berniaga…..Tapi Kami Tak Akan Pernag Putus Harap…Sebab Kami Yakin PERANCANGAN ALLAH MAHA HEBAT,” Tulis Mila.
Selebriti media sosial yang juga jurusolek terkenal, Mua Bellaz menyatakan hasratnya untuk menyumbang tablet buat golongan pelajar yang kurang berkemampuan.
Berikutan penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, pihak kerajaan membuat keputusan untuk menyambung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Februari .
Dek kerana pelaksanaan tersebut para pelajar kini mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Prihatin dengan pendamik yang melanda negara khususnya buat pelajar yang tidak memiliki kemudahan gajet mahupun akses kepada internet untuk mengikuti PdPR Mua Bellaz bersama suaminya berbesar hati untuk menyumbang tablet kepada golongan yang memerlukan.
Seperti mana yang ditulis menerusi entri di akaun Instagramnya, Mua Bellaz sedang berusaha mencari pembekal tablet.
“Saya tengah mencari tablet-tablet untuk anak-anak keluarga yang tidak berkemampuan membeli tablet-tablet ini. Sebab sekarang belajar melalui Online sangat memerlukan tablet ini.
“InsyaAllah. Sedikit sebanyak dapat memberi sinar ceria dan semangat untuk anak-anak dan ibu bapa yang memerlukan.
“Siapa pembekal yang ada banyak stok dan menjual dengan kadar harga diskaun sikit boleh mesej ya. Sebab inshaa Allah saya dan suami ingin membeli dengan jumlah yang banyak.
“Niat kerana Allah taala. Rezeki daripada Allah semuanya kita wajib berkongsi tanpa mengira bangsa dan agama,” tulisnya.
Ternyata sumbangan yang bakal dilakukan oleh Mua Bellaz ini ternyata begitu murni dan seharusnya dijadikan contoh kepada selebriti yang lain.
Pelakon terkenal, Norman Hakim berkongsi klip video bila mana anak perempuannya, Marissa Dania hulur duit poket untuknya. Daripada gambar yang dikongsikan di instagram sejumlah not RM50 yang kesemuanya bernilai RM500.
Sebelumnya, anak lelaki Norman, Danish Hakim berbuat sebagaimana yang adiknya lakukan. Alangkah beruntung dan gembira hati ayah. Kerana, ayah ini tahu yang anaknya kelak akan mendapat ganjaran yang lebih besar daripada kebaikan yang telah mereka lakukan untuknya.
Dan inilah yang Norman luahkan,
“Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan? Surah Ar-Rahman m/s 531 Surah ke-55.
Nikmat rezeki & kasih sayangNya yang tak bersempadan. Allah terlalu baik. Dia pilih anak perempuan saya pulak untuk hulur ‘duit poket’ selepas abang @danishhakimofficial dia buat sebelum ni.
Saya sebak bukan sebab dapat duit, tapi sebab nikmat,rahmat & barakah rezeki yang Allah bakal gandakan buat anak2 saya in shaa Allah diatas jariah mereka buat keramat hidup mereka.
Ada yang tanya macam mana didik anak untuk bagi kita duit belanja. Benda ni mana ada istilah ‘didik’. Paling tepat ‘we lead by example’. Apa yang kita buat pada ayah mak kita, itulah yang anak-anak akan belajar dan buat pada kita semula.
Alhamdulillah hikmah di sebalik PKP. Saya nampak ikhtiar anak-anak untuk buat pendapatan melalui atas talian. Itu pun dia belajar dari apa yang kita buat. Diorang nampak ikhtiar untuk sara hidup kami sebab diorang tau yang papa, mama, mummy, abah diorang bukan asal dari orang senang.
Long story short, terima kasih banyak-banyak cayang papa @marissadania_ untuk jariah ini. Pandai eh, dia main ‘salam kaut’ je pastu tu terus cabut lari dalam rumah. Terpinga-pinga papa ingat duit apa la ni kat tangan. Baby @m_danishaa jangan bagi pulak lepas ni sebab baby belum buat income sendiri lagi tau cayang.
Papa doakan anak-anak papa semua menjadi soleh solehah diiringi kejayaan duniawi & ukhrawi Aamiin Ya Rabb.
Mana-mana ibu bapa pun pasti akan jadi terharu, sebak bila anak-anak ada secebis ingatan untuk beri duit belanja pada orang tuanya. Biarpun mereka tidak meminta, tapi ingatan dari anak-anak inilah yang buatkan hati mak ayah bahagia.
Dan sebagaimana yang Norman kongsikan, rezeki anak akan semakin murah dan berganda. Jadi, wahai anak-anak, usahlah bimbang untuk beri duit poket pada mak ayah ya. Malah, ketika tidak berduit itulah pahala sedekah itu berganda-ganda.
Ibu ini mengambil masa setahun untuk mengumpul kekuatan dan berkongsi kisah anak istimewa nya, Muhammad Firas Uzma yang pernah hilang dalam masa 3 jam. Dalam tempoh kehilangan, ibu ceritakan usaha yang mereka lakukan sewaktu mencari anaknya yang disahkan mild autisme with speech delayed.
Semakin menambah kerisauan apabila ketika itu, ibu ini Nurul Suaidah Othman sedang hamil 7 bulan. Rupanya anaknya itu meredah lebuhraya sejauh 15km dari kediamannya. Pengalaman yang ibunya kongsikan dalam grup Autisme Malaysia, ini juga menjadikan ibu ini lebih berwaspada, malah lebih bersiap sedia berdepan situasi yang tidak disangka.
Assalammualaikum.. saya nak share pengalaman saya hadapi situasi, anak tiba-tiba hilang. Anak saya ni setiap petang akan main basikal di depan rumah atok dia. Kebetulan rumah atok di hujung jalan, so boleh buat 1 circle merentasi 1 lorong. So memang rutin dia lah main basikal setiap petang bersama adik- beradik & cousins yang lain. Adik-beradik suami memang ada untuk pantau anak masing-masing, memang rutin biasa dan nothing to worry about.
Until one day, anak saya tiba-tiba hilang. Tak nampak ke mana, tak pusing balik 1 round ke rumah atok dia. Tanya semua cousins yang lain, semua tak perasan mana Firas. Firas ni pulak memang selalunya tak lari dari rutin kan. Memang tak sangka pulak apesal tiba-tiba hilang ni.
So bermulalah episod cari merata taman. Saya tinggal di seksyen 17, Shah Alam. Cari merata-rata, Seksyen 18, Seksyen 16, Padang Jawa, dalam suasana gelap sebab dah maghrib (hilang pukul 6pm). Tak jumpa.
Resah gelisah.. saya tanya beberapa orang tengah lepak, ada sorang perasan Firas. Katanya, anak akak yang naik basikal ada side mirror tu ke? Saya nampak dia masuk 7E, lepas tu keluar balik.
Saya lagi hairan.. kenapa dia masuk 7E ni. Dia nak apa? Air ke? Roti ke? Lepas tu dia pergi mana pulak?Firas ni tak bercakap.. dia cakap dengan certain people je. So, bayangkan lah macam mana perasaan saya. Tengah pregnant 7 bulan lagi masa tu. Nak rebah jugak fikir mana dia.
Husband & semua family keluar cari dia meanwhile saya & 2 lagi anak stay kat rumah. Berdoa.. walaupun hati ni tak sedap langsung. Runsing.. Saya blast pasal kehilangan anak saya kat semua group yang saya ada dengan harapan ada yang ternampak.
Antara respons yang saya dapat, “tadi nampak budak ni tepi jalan, dalam hati mak ayah mana lah yang biar anak naik basikal tepi jalan besar ni”…tak sangka diorang rupanya anak syurga saya.
Dalam pukul 9pm, cari merata still tak jumpa, atok Firas terus pergi ke balai polis. Sampai di sana, polis cakap ada report dari Balai Polis Klang, jumpa sorang budak. Pakcik jangan berharap sangat tu cucu pakcik sebab jauh jugak tu Klang – Seksyen 17, Shah Alam.
So ayah mertua saya pergi ke balai sana.
Surprisingly, memang anak saya. Firas Uzma.. dia boleh gelak je bila tengok ayah & atok dia kat sana.
Suami dan ayah mertua berjumpa dengan keluarga baik hati yang bawak Firas ke balai polis. Allahuakbar, Alhamdulillah.. orang baik-baik yang jumpa Firas.
Firas ni naik basikal di tepi jalan highway (jalan 5 lane, takde lampu jalan), rider J&T berhenti sebab pelik malam-malam kenapa ada budak dengan basikal. Bila dia tanya, Firas tak bercakap. Dia runsing macam mana nak buat, tiba-tiba sekeluarga ni berhenti tepi jalan dan tanya.
Keluarga baik ni cakap, takpe diorang akan bawa Firas ke balai, so angkut basikal Firas dalam bonet & bawa Firas.. lepas buat report, keluarga ni mintak izin polis untuk bawa makan dulu sebab kesian pulak nak biar tunggu di balai.
Kata keluarga baik ni, di kedai makan, Firas pergi amik sendiri air kosong (maybe ada self service air kosong ni, banyak dia minum) Nasi ayam, nasi tak makan, ayam je dia makan. Lepas makan, dalam kereta, tiba-tiba Firas menyanyi. Baru lah diorang tau, budak ni tak bisu.
Dasyat kan.. saya syukur sangat. Memang di setiap doa saya mintak semoga anak-anak saya bertemu orang baik-baik di sepanjang kehidupan mereka.
Perasaan saya selama 3 jam hilang tu, unexplainable.. saya memang tak tau nak rasa apa. Mother instinct saya hilang terus. Tak boleh pikir. Firas kena culik ke? Jatuh longkang ke? Pergi mana malam-malam ni? Tak pernah dia buat macam ni. Autism ni kan sangat susah nak faham apa dalam kepala dia.
Saya amik masa setahun jugak nak bercerita pasal ni. Memang trauma, memang ujian paling hebat, worst feeling in my life. Perasaan anak hilang, fuhh jangan diminta.. memang perit sangat perasaan tu.
So sejak hilang tu, family kami memang lebih berhati-hati setiap petang.
Macam-macam alat/ gadget jugak kami beli untuk Firas.
GPS watch (jauh sikit je alarm bunyi), bangle ada tulis nama & fon nombor (banyak jenis & harga). Beli baju t-shirt nak printing nama Firas – Autism Kid supaya kalau hilang lagi at least orang tau nama dia, tau yang dia autism.
Setahun berlalu.. Alhamdulillah Firas takde buat lagi perangai pelik ni tiba-tiba off route. Still then, kami masih berjaga-jaga. Dia tak boleh hilang lama sikit dari pandangan.
Itulah cerita anak saya Muhammad Firas Uzma, 8 years old, Mild autism with speech delayed.
Naik basikal off radar sejauh 15km. Sorang-sorang meredahi jalan jammed orang balik kerja hari Jumaat.. hmm Allah betul-betul jaga Firas, tak accident. Safe n happy balik rumah.. tak menangis langsung, cuma gelak dan tidur macam biasa.
Alhamdulillah.
MW : Berdebar membaca kisah anak istimewa hilang 3 jam ini.. syukur Allah pelihara Firas di bawah jagaanNya. Dan anak ini selamat pulang ke pangkuan keluarga.
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.