Anak sulung, dialah insan pertama yang menghuni rahim seorang ibu. Dialah juga membawa kegembiraan pada setiap isteri yang bakal bergelar ibu, umi, mama dan pelbagai gelaran untuk dipanggil anak ini kelak.
Anak sulung, ditantang bagai minyak yang penuh. Dibelai dan dikasihi sebelum adanya adik-adik yang lain. Bila adanya adik, perhatian padanya mula beralih buat adik pula. Kadang-kadang anak sulung mula terasa terabai dan mula pandai membawa diri. Sedar tanggungjawabnya sebagai anak pertama.
Ini bila ada dua orang anak. Bagaimana dengan ahli keluarga yang ramai. Adik-adik di bawahnya sehingga tiga empat orang. Tanggungjawab diletakkan di bahunya. Jika adik buat nakal, mak ayah akan cari anak sulung. Begitu juga dalam menjaga adik-adik. Kadng-kadang silap adik, anak sulung pula yang kena marah. Begitulah tanggungjawab anak sulung yang sangat berat.
Perkongsian daripada Rose Farra mampu membuka mata mak-mak tentang beruntungnya mempunyai anak sulung yang sangat bertanggungjawab pada adik-adiknya dan keluarga.
Semuanya Anak Sulung Kena Buat
“Ummi minta maaf tau, terima kasih Sofia jaga adik, ummi hargai sangat. “
Setiap kali tidur malam mesti ayat ini yang saya bagitau anak sulung. Susah payah dia jaga sambil tengok kartun pun mata tu kena pantau adik dia.
Sambil makan pinggan sendiri pun adik minta makanan untuk di suapkan. Ngangalah si adik. Walaupun suapan yang mungkin akan comot.
Bila nak mandi sendiri pun adik juga minta bukakan baju dan pampers. Walaupun dia tak mampu nak angkat berat nya si adik.
Ads
Lagi susah bila mainan disepahkan adik, terpaksa akur kutip tunduk satu satu ambil simpan di tempat nya. Walau pun adik yang buat akhirnya dia di marahi.
Bila nak tidur malam ummi asyik menyusu adik saja, sampai lupa nak peluk akhirnya tertidur sendirian.
Bila tengah tidur enak si adik pulak menangis, terpaksa akur turut bangun juga sekali. Yela suara adik menangis satu rumah pun dengar.
Begitulah.
Kadang kala kita lupa yang sulung lebih banyak memberi tetapi kita lebih banyak memarahi.
Bila tengok balik cara si sulung nasihat kan adik pun dah sama gaya mak mak potpet. Sebab terikut sama cara kita marahkan dia.
Bila di tanya “kakak tak sayang kan adik ke? ”
Lalu jawab lah si dia ” tak! ”
Ads
Dah soalan kita tanya pun dah tau jawapan nya.
Tukarlah cara kita tanya kakak kan sayangkan adik. Kakak kan jaga adik baik baik. Peluk lah adik jangan di pukul.
Saya rasa perlu saya tanam dalam hatinya, marah boleh tapi sebab sayang. Peluklah adik, mungkin adik juga tidak mengerti tetapi tahu kakak sayang kan dia melalui pelukan.
Ada kalanya kita letih sebagai ibu ayah dalam mendidik, tapi ingat lah setiap detik Allah rasa kan tangggungjawab lepas lahirnya si sulung ke dunia.
Ceriakan Hari
Anak sulunglah yang membawa menceriakan hari kita, Dialah yang menutup mulut orang bertanya bila nak ada anak, Dialah yang menjadikan kita ibu dan ayah buat pertama kali, Dan Dialah biasa kita paling marahi.
Walaupun kita salah erti akan maksudnya, perkataan nya dan kurang faham.
Ketahuilah kita hanya memarahi anak-anak syurga.
Moga kita di beri kefahaman dalam mendidik anak-anak yang bakal bawa kita ke syurga.
MW: Baik anak sulung lelaki atau perempuan, didiklah supaya bertanggungjawab pada keluarga dan adik-adiknya. Esok-esok, adik pun akan ikut cara abang atau kakaknya juga.
Nana menangis imbas dikecam. Bergelar anak seni bukannya satu perkara mudah. Apatah lagi dalam rancangan realiti TV. Itulah yang dialami oleh penyanyi, pengacara dan penyampaio radio Nana Mahzan.
Seperti sedia maklum Nana muncul menerusi rancangan realiti TV, Akademi Fantasia. Terbaru sewaktu berbicara di sebuah segmen radio, Nana tidak dapat menahan air mata ketika mengimbas kenangan sewaktu di awal kemunculannya yang sering dikecam.
Nana Menangis Imbas Dikecam
Pemilik nama sebenar Nurul Hana Che Mahazan, 42, akui hatinya tergurus apabila dilemparkan kecaman oleh segelintir individu terhadapnya sepanjang berada dalam dunia seni.
“Berada dalam industri seni ini tak mudah. Bila saya dah berhijrah orang yang tak suka tetap ada, tetapi mereka tak fikir kata-kata mereka itu bukan saja mengguris, bahkan beri kesan mendalam.
“Sepanjang saya dalam industri selalu makan hati sampai fikir aku ini buruk, tak baik, memang Allah jadikan aku ni untuk dibenci manusia,” luah Nana.
Patutnya Sebarkan Kebaikan
Nana jua bercerita dirinya yang kini sudah mengenakan hijab turut berpesan agar semua individu perlu menjaga sensitiviti dan menghormati perasaan orang lain.
“Sebenarnya, kita hidup kat dunia ini saya nak kita semua bersama-sama semua umat Islam untuk menyebarkan kebaikan.
“Tapi saya fikirkan kalaulah ada orang yang selalu berkata baik, insya-Allah ramai orang yang mungkin sudah tersasar mahu jadi baik juga.
“Menghukum, caci maki serta melakukan perkara sebegitu tidak akan membantu.
“Kalau boleh warganet tulis yang baik-baik sebab kita tak tahu doa yang baik itu mungkin akan berbalik kepada kita,” sambungnya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jutawan muda, Norriza Muhamad Yusof yang lebih popular dengan nama Ieza Yusof tak pernah lupa mempraktikkan 10 rahsia yang membolehkan dirinya dan suami, Norazmi Mohd Yusof memperoleh keberkatan kewangan dalam rumah tangga. Akuinya 10 rahsia bahagia hidup inilah yang diamalkannya selaku Pakar Pengurusan Hartanah & Risiko Kewangan, dan itulah punca bahagia hidup mereka suami isteri.
Tip ini dikongsikan ketika beliau bercuti berdua bersama suaminya di luar negara. “Rahsia kebahagiaan hidup dan keberkatan kewangan rumah tangga hanya untuk 18 tahun ke atas. Baca sampai habis sebab MJ share tips zahir batin.” Tulisnya yang turut menggelar dirinya MJ.
“MJ kahwin dah masuk tahun ke-15, kenal suami MJ masa sama-sama zaman belajar di U dulu tahun 1997. Hope korang cukup dewasa untuk faham penulisan ni sebab agak sensitif untuk 18 tahun ke bawah.”
ROMANTIK.. Ieza Yusof dan Norazmi Mohd Yusof bercuti berdua di London
10 Tip MJ Dan Suami Memperoleh Berkat Kewangan Rumah Tangga
1. Jaga Hubungan Badan Antara Suami Isteri
Walau umur dah tua tetap jaga HUBUNGAN BADAN antara SUAMI ISTERI. Hubungan badan di LUAR bilik dan di DALAM bilik. Faham ke faham?
Ni tak selalunya bila dah kahwin lama, suami nak pegang tangan isteri pun macam pelik! Huhu…kan dapat pahala tu. Baru lah berkat!
2. HOLIDAY Cuma Berdua
HOLIDAY hanya berdua. Sekali lagi MJ tekankan HANYA BERDUA. Tanpa anak-anak. At least 2 kali setahun! Tapi Alhamdulilah MJ & husband minimum 5 kali setahun. Rezeki Allah bagi honeymoon berdua setiap tahun. Alhamdulillah.
Jadi, kenalah susun bajet simpan duit setiap bulan untuk honeymoon kekalkan kebahagiaan. Holiday berdua ni theraphy untuk kebahagiaan.
3. Beri Senarai Bajet Bulanan Dekat Suami
Listkan BAJET BULANAN kepada suami supaya dia tahu part apa dia perlu bayar. LELAKI ni sebenarnya senang saja. Yang jadi susah bila kita tak cakap suruh buat. So sebagai isteri kite listkan tanggungjawab yang dia perlu bayar.
So dia akan buat je. Kita pula sebagai isteri juga ada part yang kita bayar. Tak payah lah nak berkira-kira sangat. In sha Allah ada keberkatan kewangan di situ.
4. Settlekan Umrah/Haji Mak Ayah
TARGET awal-awal settlekan MAK AYAH umrah dan haji. Alhamdulillah both dah settled!
5. Konsisten Sedekah
SEDEKAH yang konsisten kepada masyarakat sebab antara 3 perkara yang kita boleh tinggalkan selepas kita MATI (TARGET : Sedekah amal jariah )
1. SEDEKAH amal jariah
2. DOA anak yang soleh
3. ILMU yang dimanfaatkan.
6. Ini Cara Nak Bagi Elaun Bulanan Mak Ayah
Bagi mak ayah masing-masing elaun bulanan wajib dan wajib naik minimum 10% setiap tahun. Kalau kita nak gaji kita naik sebab harga barang naik off course mak ayah kite pun nakkan! Mulakan konsisten walau sedikit dan target naik setiap tahun.
Tak kan pernah MISKIN kita kalau utamakan mak ayah kita.. ingat tu! ( TARGET : Anak yang soleh )
7. Suami Isteri Kena Saling Menyokong
KAMI suami isteri saling menyokong antara satu sama lain dalam misi mencari ILMU untuk dimanfaatkan. ( TARGET : Ilmu yang dimanfaatkan )
8. Tiap Bulan Jenguk Mak Ayah
Balik kampung setiap bulan. Tak pernah rasa kurangnya kewangan sebab utama nak visit tengok muka MAK selagi diaorang ada. ( Both AYAH dah meninggal . Al fatihah )
9. Makan Satu Talam
Makan dalam TALAM berebut-rebut eratkan kasih sayang follow SUNNAH Nabi Muhammad SAW.
10. Ajar Anak-anak Rancang Kewangan
Both educate anak-anak dalam perancangan kewangan. Anak-anak & kami memang ada tabung masing-masing
Sebenarnya banyak lagi MJ nak share tapi dah sampai BICESTER VILLAGE pula. TAG suami Isteri korang kalau rasa boleh manfaatkan!
NOTA KAKI :
Kami berdua anak Kelahiran FELDA . MJ nak bayar Yuran sekolah kena jual cendawan kutip daripada kebun kelapa sawit!
Berbanggalah jadi surirumah kerana ramai wanita yang bekerjaya juga mahu duduk di rumah besarkan anak sendiri jika bersempatan. Masing-masing ada peranan dalam meneruskan hidup. Jika sudah tersurat, mak-mak bergelar seorang surirumah, pasti sahaja ada hikmahnya.
Begitu juga dengan mak-mak yang bekerjaya, sudah tentu mereka juga mempunyai peranan di syarikat atau kepada masyarakat. Hidup mengikut ketentuan yang Allah telah tentukan.
Ikuti perkongsian Syahirah Omar dan hadam baik-baik ya. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang.
Pernah juga,
Rasa teruknya jadi surirumah ini.
Waktu tengah struggle dulu, dengan anak-anak masih membesar dan menuntut perhatian, tiba-meniba aku rasa nak sambung belajar. Tengok kawan-kawan sudah bergelar Dr falsafah, aku?
Ada kat rumah tengah lap kencing berak anak.
Rasa loser sangat! Pressure satu macam. Tak ada life duduk rumah!
Ramai Wanita Juga Teringin Duduk Di Rumah
Aku pun hendak berjaya. Aku hendak jadi seperti mereka. Tetapi hendak berjaya juga perlu pengorbanan bukan? Pengorbanan masa. Pengorbanan bersama keluarga. Mungkin mereka sendiri tak pernah meluah rasa dengan kita. Hakikatnya, kita cuma lihat luaran saja.
Makin tua ni barulah dapat berfikir.
Kita semua boleh berjaya dalam bidang masing-masing. Dan jika ditakdirkan kita duduk di rumah jaga anak sekalipun, kita juga boleh berjaya mendidik anak-anak kita.
Kalian tahu berapa ramai yang nak sangat mahu saja duduk di tempat kita besarkan anak anak dengan sendirinya? Cuma mereka terpaksa bekerja.
Kita berbisnes dari rumah bantu kewangan keluarga, kita juga patut berbangga dengan diri kita. Kita hebat sebenarnya. Bukan senang tau duduk rumah, kerja lagi dari rumah. Semua sudah merasa musim PKP hari itu kan?
Biarpun pendapatan kita bukan mencecah angka 1 juta. Tak mengapa. Lagipun kita bukan warganegara Indonesia. Duit juta-juta sekelip mata. Tidak kaya bukan bermakna kita sambil lewa, kita ada komitmen luar biasa, support system kita semua tak sama.
Hari ini,
kita tengok diri kita. Masih survive. Masih hidup biar ujian yang datang kita menangis terduduk bagai nak gila. Kita masih lagi survive. Ada saja Tuhan beri kita jalan keluar.
Persetankan saja mereka yang bercakap itu ini.
Biar saja mereka!
Hidup ini kau boleh mati kalau dengar cakap cakap manusia.
Pesan orang tua,
Gembira jangan sampai terlupa.
Bahagia jangan sampai alpa.
Hidup ini ujian.
Bila susah itu ujian.
Bila senang itu juga satu ujian.
Saat kau menggunung atau melangit,
Jangan sesekali lupa untuk terus tunduk ke bumi.
Esok lusa kita tak tahu apa ujian Tuhan nak beri.
MW: Bersyukurlah dengan takdir hidup yang telah Allah tentukan. Pasti ada hikmah di sebalik setiap satu kejadiannya. Tak kisahlah anda seorang suru rumah atau bekerjaya, anda tetap berkorban dan memberi sumbangan pada keluarga dan orang lain.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...