anak-hafal-nombor

Ibu ini, Mira Nabila Wahiba berkongsi kelebihan anak sulungnya yang berusia enam tahun. Anak lelakinya itu memiliki minda yang hebat dalam bab-bab menghafal dan kiraan nombor.

Malah, kelebihan yang anak lelakinya miliki itu dikesan sejak usianya 3 tahun lagi. Waktu itu, dia sudah boleh membaca surat khabar malah menghafal surah-surah lazim.

Dan terkini, boleh mengingati hari pada tarikh yang ibunya sebutkan di kalendar dengan tepat. Dalam perkongsian ibunya ini turut disertakan dengan video ibunya membuat ujian hafalan pada anak lelakinya itu.

Assalamualaikum. Saja nak share. Anak sulung saya baru 6 tahun. Tapi otak dia macam pendrive. Orang cakap, dia gifted. Wallahualam. Sejak PKP 1 masa kes tinggi, saya keluarkan dia dari sekolah. Sampai sekarang dia belum sekolah lagi. Belajar kat rumah je. Tahun depan dah darjah 1.

Umur dia 3 tahun, dia dah boleh baca surat khabar and hafal surah-surah lazim. Masa dia 4 tahun, teacher dia cakap reading skills dia lebih advance dari budak 6 tahun. Dia suka maths, pandai congak. Macam calculator bergerak.

IKLAN

Baca sini : ‘Mudahnya kakak hafal sifir 2,4,6,8’ Ibu dedahkan tidur awal rahsia otak anak cukup rehat, fresh belajar pagi hari.

Hafal Nombor Plat Kereta Orang-orang Terdekat

Nombor plat kereta motor, ayah, atok, nenek, pakcik makcik, kawan-kawan mak ayah dia semua dia ingat. Alamat rumah, dengan nombor koordinat jalan kat signboard tu pun dia boleh ingat. PKP ni memang dah lama anak-anak tak keluar rumah.

Ada sekali tu dia cakap “Mummy, Jalan Parit Besar J202, Jalan tongkang pechah J13? Jalan Sungai Suloh tu kalau terus boleh tembus Minyak beku kan? Jalan Sungai Suloh tu J124.”

IKLAN

Saya ingat dia reka-reka nombor. Bila check kat google maps, memang itu lah nombor nya.

Baru-baru ni saya baru discover yang dia ada kebolehan menghafal hari & tarikh di kalendar. Mula-mula saja je test tanya tarikh hari jadi keluarga terdekat.

Dia tau, tarikh-tarikh harijadi kami semua jatuh pada hari apa. Ingatkan dia hafal sikit-sikit je. Sekali saya cuba tanya random, rupanya semua tarikh dia tau jatuh pada hari apa. Saya sendiri pun tak pasti macamana dia kira & hafal. Sebab tak pernah nampak dia menelek kalendar & hafal. Bila tanya dia macamana dia hafal, dia tak pandai nak explain.

IKLAN

Pastu dia pulak yang tanya saya, tarikh sekian-sekian hari apa? Rasa macam kena tampar. Terkial-kial check kat calendar.

Semoga anak-anak kita semua diterangkan hati supaya senang nak masuk ilmu & berjaya dunia akhirat. Amin.

Mingguan Wanita : Kagum tengok adik kebolehan adik menghafal.

Sumber/Foto : Mira Nabila Wahiba

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI