Hari ini genaplah hari ketiga umat Islam berpuasa. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan menunaikan ibadah ini. Walaupun bersekolah namun mereka tetap menjalani ibadah ini dengan baik.
Malah kanak-kanak juga berpuasa sama ada didorong oleh ibu bapa ataupun kemahuan mereka sendiri.
Anak Sedih Rakan Islam Tak Mahu Makan, Chong Wei Kongsi Gelagat Anaknya
Menerusi entri di Instagram permata negara dalam dunia sukan, Datuk Lee Chong Wei berkongsi tentang kisah anaknya Kingston Lee, 8 tahun tentang rakan-rakan sekolahnya yang beragama Islam.
Malah anaknya Kingston Lee turut meluahkan perasaan sedih tindakan dua rakannya, Syihan dan Amli (bukan nama sebenar) kerana dua kawan baik tiba-tiba tidak mahu makan sekali ketika waktu rehat di sekolah semalam.
Malah, Kingston Lee turut dinasihat guru untuk makan di tempat jauh sedikit dari kawan-kawan.
“Papa, I ada soalan nak tanya, tadi masa waktu rehat, saya berkongsi makanan dan minuman dengan rakan sekelas. Ada dua orang kawan baik saya, Syihan dan Amli tak nak makan. Kenapa?” tanya Kingston Lee dalam perjalanan ke sekolah tadi.
“Muka anak terus muram bagai kaca ditimpa batu. Tidak sempat saya menjawab, dia terus sambung “Pastu I pun dinasihat cikgu supaya makan di sudut jauh dari segelintir kawan-kawan I. Apa salah saya, papa?”
“Tergamam aku dibuatnya seketika. Salah saya juga sebenarnya kerana tidak memberi penjelasan bulan puasa sebelum ini,” luah Chong Wei.
Jelaskan Tentang Ramadan Pada Anak
Bapa ini juga cuba untuk menjelaskan kekeliruan anaknya tentang bulan Ramadan.
“Koko, you tak salah. Kawan-kawan you tu sebenarnya dah start puasa.
Ads
“Dan Cikgu suruh makan di tepi sebagai tanda penghormatan kepada kawan-kawan yang tengah berpuasa tu.
“Jadi, kamu kena nasihat kawan-kawan Cina dan India lain, mesti sokong kawan-kawan Melayu ni menjalankan ibadah puasa. Kena bertolak-ansur dan hormat sesama lain.
“Kenapa kena bertolak ansur? Saya makan saya punya hal, dia puasa dia punya hal,” ujarnya.
Tak Sempat Marah, Isteri Tampar Anak
Malah Chong Wei juga meneruskan perkongsiannya dengan mengatakan dia tak sempat marah namun isterinya sudah menampar anak terlebih dahulu.
“Belum sempat saya marah, tangan penampar si ibu terus terkena ke atas tangan anak. Tahulah saya dia pandai smash gak, tapi memang laju tangan dia kali ni. Sulung pun menangis bertanya sebab.
“Kalau kita tak bertolak ansur, Koko tidak akan ada kawan Amli dan Syihan lagi. Bayangkan kalau tak bertolak ansur, Koko main mercun semasa New Year mestinya dimaki.
“Jika tidak hormat, kawan India buat perarakan Thaipusam semestinya dihalang. Andainya tidak menghormati sesama lain, tak mungkin shopping mall KL ada ‘Christmas Tree’ masa perayaan Krismas.
“Saya Mahu Berkawan Baik Dengan Amli Dan Syihan”
Ads
“Kita menang perlawanan bola dan Thomas Cup pun sebab kita bertolak ansur dan bersatu padu.
“Dengan muka menyesal, pendek sahaja jawapan anak saya “Saya mahu berkawan baik dengan Amli dan Syihan”, tulisnya yang turut mengucapakan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada rakan-rakan Islam.Sememangnya terbaik cara Chong Wei dan isteri mengajar anak dan terapkan nilai-nilai murni yang bagus dalam hidup agar sentiasa menghormati agama dan bangsa lain.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
“Ko kaya Alhamdulillah. Kaya bukan tiket you untuk hina orang lain”. Ini reaksi Azza Elite terhadap individu yang memuat naik status menyindir surirumah yang membeli handbag tiruan untuk bergaya time raya.
Menerusi posting di Instagramnya, Azza mengatakan sepanjang dia melakukan kerja amal di Facebook dan Instagram, wanita yang memakai handbag biasa inilah golongan suka menderma.
“You tau kalau I buat charity dalam FB or IG orang yang mana mula sedekah dulu. Let me tell you sister, orang yang pakai bag biasa ini lah yang keluarkan duit. I selalu tengok orang yang betul kaya, they will never hina orang lain,”ujar Azza.
Marketing Sampah Hina Orang
Dalam posting itu juga, Azza menegaskan dia sengaja menconteng nama individu yang memuat naik posting itu kerana tidak mahu pengikutnya pergi ke page tersebut.
“Orang dah tak buat marketing sampah macam ni. Orang pergi page you, orang kecam you. You boleh hidup kena macam tu. I is kenot brain…What a cheap marketing.
“Kaya tu biar budiman. Sister kita hidup makin berisi makin tunduk ke bumi ok. Jangan mendongak ke langit kalau jalan, takut jatuh ke bumi sakit nanti,”tegas Azza.
Azza sempat berpesan agar individu tersebut tidak berlagak kerana katanya orang yang pakai hand bag biasa itulah yang selalu bantu peniaga.
Posting itu bukan sahaja menarik perhatian Azza Elite malah turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata netizen menyelar tindakan individu yang tidak bertanggung jawab tersebut yang dikatakan terdesak menjual produk dengan menggunakan strategi pemasaran ‘murahan’.
Sumber Instagram azzaelite
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Telah selamat jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira jam 1.45 tengahari tadi.
Pilunya kehilangan wira negara ini masih lagi dirasai. Bukan saja di hati tunang tercinta, keluarga tersayang, bahkan seluruh rakyat Malaysia.
Pengorbanan allahyarham semasa hayatnya, ketika bertugas dibelasah tanpa belas hanya niatnya mahu memadamkan api marak pada kenderaan.
Sungguh! ini perbuatan kejam.
Tiada perikemanusiaan, dan untuk orang-orang sebegini perlu diadili setimpal mengikut jenayah yang mereka lakukan.
Terkesan dengan pemergian allahyarham Muhammad Adib, pendakwah bebas catatkan doa untuknya. Semoga kehilangan wira negara ini mendapat pembelaan yang selayaknya.
Bomba Bukan Bawa Senjata, Bawa Air Sampai Begini Mereka Kerjakan – Ebit Lew
Sebak pilunya hati ini. Hari tangisan buat seluruh Malaysia dan seluruh insan di dunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. pemergian Allahyarham Muhammad Adib b Mohd Kassim.
Anggota bomba yang syahid dipukul kerana sedang menjalankan tugas ingin menyelamatkan manusia.
Ya Allah anugerahkanlah pahala syahid buat dirinya.. bangkitkannya bersama Nabi-nabi dan Syuhada.
Berilah Ketabahan Dan Kekuatan Buat Seluruh Ahli Keluarganya
Ya Allah letakkanlah dirinya dalam syurga FirdausMu.
Ya Allah buat seluruh ahli keluarganya berilah ketabahan dan kekuatan. Jagalah seluruh ahli keluarganya.. sayangilah dan berilah rahmat kasih sayangMu.
Tak pernah terfikir begini jadinya di Malaysia. Anggota bomba nak padam api kena begini. Bomba bukan bawa senjata. Bawa air sampai begini mereka kerjakan.
Pembunuhan kejam.. terbuka.
Setiap yang menjadi penyebab perlu diberi balasan seberat-beratnya. Tiada hati manusia yang ada perasaan tidak bersedih hari ini..
Ya Allah ya Hayyu Ya Qoyyum ya Aziz Al Jabbar Al Mutakabbir hanya padaMu kami mengadu.
Siapa sahaja yang menjadi sebab berilah mereka pengajaran sebenarnya. Hanya padaMu kami bermohon. Kaulah sebaik-baik yang akan mengadili nanti.
Influencer TikTok, Ryan Bakery ini sememangnya terkenal dengan video nostalgia zaman kanak-kanak dengan imej budak berbedak penuh muka. Ramai tertarik dengan perkongsian video yang mengimbas momen dulu-dulu.
Videonya juga mencecah jutaan tontonan dan menjadi bualan di media sosial.
Terbaru, Ryan bergandingan dengan Shuib berlakon drama pendek komedi yang mencuit hati. Walaupun tanpa dialog tetap buat siapa yang menonton terhibur.
Ryan yang berbedak penuh di muka menjadi budak yang teringin merasa minuman yang Shuib order. Kasihan dengan gelagat budak muka berbedak, Shuib memberikan minumannya.
Bila dah ada di tangan, budak muka berbedak bawa pula lari minuman dari Shuib.
Video pengenalan yang mencuit hati itu kemudiannya disertai dengan video susulan. Menerusi video susulan itulah Shuib memaklumkan yang Ryan Bakery dilantik menjadi ikon Bubblebee miliknya.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad turut memaklumkan akan membuka satu lagi cawangan di Seri Iskandar, Perak.
Ramai peminat Ryan yang terharu dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan tersebut.
Ryan Bakery Pernah Hilang Kerja Akibat Pandemik
Rupanya Ryan Bakery ini pernah melalui ujian kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19. Sebaik tiada pekerjaan itulah, Ryan mula mencari sumber pendapatan melalui penghasilan content di media sosial.
Video yang dikongsikan mengimbau memori zaman kanak-kanak antara idea kreatif yang ramai orang suka. Sekaligus meningkatkan jumlah pengikutnya di aplikasi TikTok.
Ryan atau nama sebenarnya, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27 akui pernah satu ketika dia berasa ‘down’ dengan kecaman yang diterima.
Syukurlah, pesanan ayah dan sokongan kawan-kawan menguatkan kembali semangatnya.
Malah, terbaru TikTok Ryan Bakery mendapat ‘gift singa’ ketika sesi live daripada seorang pengguna aplikasi itu yang dikenali dengan nama Sultan Pemurah.
Bukan sekali dua dia menerimanya, malah berkali-kali dia menerima gift mewah tersebut.
Dalam berkongsi kegembiraan, Ryan berkata kepada tunang yang kebetulan menghubunginya, wang daripada gift tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinannya.
Tentunya ‘gift singa’ itu bukan sedikit nilainya. Ada yang berkongsi maklumat hadiah berkenaan mencecah harga RM1049.90.
Bertuah sungguh Ryan Bakery.
Mingguan Wanita : Tahniah! rezeki ayam nampak di kaki, rezeki orang siapa yang tahu.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.