Anak perempuan pelakon Noralbaniah mengaku bersalah atas kesalahan dadah. Anak kepada pelakon Nor Albaniah Raffie, juga dikenali sebagai Noralbaniah iaitu Syarra Sudarman mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Untuk rekod, Noralbaniah yang popular sekitar era 1990-an pernah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta, Allahyarham Sudarman Daud pada 1993. Namun suaminya meninggal dunia dalam kemalangan di Bukit Antarabangsa pada 11 Jun 1996.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Syarra, 28.
Anak Perempuan Pelakon Noralbaniah Mengaku Bersalah
Ads
Seperti mana dilaporkan Mstar Mahkamah menerusi Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan Syarra menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.
Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada pukul 11.45 pagi, 12 Oktober tahun lalu.
Atas kesalahan tersebut dia dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.
Sementara itu, pertuduhan kedua pula dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada pukul 3 petang, tarikh sama.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan bermula hari ini.
Warga Malaysia menetap di China kongsi situasi sebenar Covid-19 di sana, tak seburuk disangka.
Pasti ramai yang masih trauma mengingati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan pada 2020 bagi membendung wabak Covid-19 suatu ketika dahulu. Rakyat dikenakan sekatan perjalanan dan sukar mencari rezeki hingga memaksa ramai yang melalui kehidupan yang sukar.
Ketika itu, kita semua digalakkan mengambil suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan wabak yang menyaksikan satu dunia diuji dengan jutaan kematian. Namun secara perlahan-lahan dalam tempoh dua tahun ini, kita kembali mendapat “kebebasan” hingga mampu menjalani kehidupan normal seperti sedia kala.
Namun di saat kita diajar “hidup bersama Covid”, China negara pertama tercetusnya wabak ini kembali diuji dengan varian baru hingga dapat disaksikan hospital di negara besar ini dipenuhi manusia yang sakit. Sekaligus merisaukan kita semua jika pintu sempadan dibuka kepada warga China yang mungkin bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Dilaporkan China akan membuka semula sempadannya pada 8 Jan 2023 selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19.
Di sebalik pengumuman itu timbul kebimbangan kepada kita apa akan berlaku jika negara membuka pintu sempadan kepada warga China?
Tak hairanlah banyak pendapat mengatakan Malaysia wajar berhati-hati dan perlu menutup pintu sempadan buat sementara kerana tidak mahu kejadian tiga tahun lalu berulang.
Namun benarkah situasi Covid-19 di negara besar itu seburuk seperti disangka dan rakyat dikenakan perintah kawalan pergerakan?
Dari perkongsian di Tik Tok @caedevect atau Vincent Lee, rakyat Malaysia yang menetap di China ini memaklumkan, situasi Covid di negara tersebut adalah terkawal terutama di penghujung Disember lalu.
Tidak adalah sampai keranda diusung di jalanan seperti dilaporkan. Masa yang sama, Vincent turut berkongsi beberapa video (bermula November dan Disember) di mana rakyat China dikenakan sekatan pergerakan bagi membandung wabak ini. Tapi di penghujung Disember, kata Vincent sekatan itu semakin longgar kerana tiada yang dijangkiti lagi.
Dari penjelasannya, kes Covid di Amerika paling tinggi di dunia dengan 115, 787 kes dilaporkan di negara tersebut. Beratus orang mati di US kerana Covid tapi tiada orang yang takut pun.
Tapi bila China mengumumkan kelonggaran Covid-19, dia mengakui ramai orang jatuh sakit pada minggu pertama dan ketiga, tetapi sekarang banyak tempat sudah menjadi normal kerana ramai orang sudah pulih.
Katanya, di hospital pun kebanyakan wad sudah mulai kosong dan keadaan sangat terkawal berbanding di awal Disember lalu di mana ramai yang mati dan jatuh sakit. Dan kata Vincent, banyak video-video lama di post seolah-olah memberi gambaran menakutkan tentang negara ini sedangkan situasi adalah sangat terkawal.
Lebih baik kita mendengar laporan dari yang telus begini kerana hanya mereka yang berada di situasi saja melaluinya.
Sesungguhnya ajal dan maut ketentuan tuhan. Satu kehilangan besar buat arena olahraga tanah air apabila dimaklumkan bekas pelari pecut wanita negara, Anita Ali meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pada usia 59 tahun, semalam di hari lahirnya.
Berita pemergian atlet yang pernah beraksi pada Sukan SEA era 80-an itu dikongsi Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata arwah meninggal dunia kira-kira 7.15 malam akibat kanser payudara yang merebak ke hati dan tulang belakang.
“Pada Disember lepas, arwah dimasukkan ke PPUM, dan pihak YAKEB membawa beliau ke hospital swasta untuk imbasan PET (tomografi pancaran positron), dan kanser beliau didapati semakin parah,
“Beliau bersungguh-sungguh melawan kanser, namun meninggal dunia pada hari kelahirannya semalam,” katanya.
Noorul Ariffin berkata pemergian Anita yang pernah beraksi pada Sukan Asia di China pada 1990 disifatkan sebagai kehilangan besar buat arena olahraga tanah air.
Katanya, Anita yang juga ahli YAKEB, banyak memberi nasihat kepada atlet muda untuk terus mengharumkan nama negara.
Pada temasya Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur, Anita yang ketika itu berusia 21 tahun bersama gandingannya G Shanti, Sajaratuldur Hamzah dan Datuk Mumtaz Jaafar memperbaharui rekod kebangsaan acara 4×100 meter dengan catatan 45.37 saat.
Budaya buli di jalan raya, anak PM antara mangsa. Pemandu Iriz dicari polis. Budaya buli di jalan raya antara isu yang sering timbul. Kebanyakan mangsa buli biasanya melibatkan orang perempuan kerana lelaki sering beranggapan pemandu perempuan melecehkan, lembap dan sebagainya.
Namun nampaknya tindakan seorang roadbully yang memandu Proton Iriz berwarna hijau dengan nombor pendaftaran WB 7482 M yang dipandu secara berbahaya dan cuba menghalang laluan sebuah kereta membawa padah kerana ia melibatkan anak ke-empat Perdana Menteri, Nurul Ilham Anwar yang dibuli di jalan raya semalam.
Di akaun twitternya, Nurul Ilham memuat naik video mengenai tindakan tersebut dan ia mendapat respon segera pihak berkuasa.
I don’t usually post these things but I was bullied on the road today. ☹️This car kept on pressing the brakes on the fastest lane. Super dangerous and I had my 2 year old with me. Was there for a good 1 minute before she (yes, she) changed to the next lane. pic.twitter.com/dBFli21eHU
Memetik laporan Sinar Harian, polis meminta seorang pemandu Proton Iriz tampil bagi membantu siasatan berkaitan tindakannya boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pemandu kenderaan lain.
Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menerusi kenyataan di Facebook rasminya berkata, satu video tular berdurasi 14 saat memaparkan sebuah kereta Proton Iriz warna hijau dipandu secara berbahaya dan cuba menghalang laluan sebuah kereta (perakam video).
“JSPT menggesa pemandu kereta ini segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor plat kenderaan tersebut telah dikenal pasti,” katanya kenyataan itu.
Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan anak Perdana Menteri, Nurul Ilham Anwar mendakwa beliau telah menjadi mangsa buli pengguna jalan raya.
Beliau yang merupakan anak keempat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan perkara tersebut menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Twitternya pada Jumaat.
Berdasarkan perkongsian video berdurasi 14 saat itu, pemandu sebuah kenderaan jenama Proton telah beberapa kali menekan brek di lorong laju.
Menurut Nurul Ilham, tindakan berkenaan amat berbahaya tambahan anaknya yang berusia dua tahun turut berada di dalam kenderaan.
NAK KAHWIN SEBENARNYA TAK PERLUKAN TANDA TANGAN ISTERI PERTAMA, RAMAI LELAKI SALAH SANGKA
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.