Anak nombor 2 paling banyak buat mak, ayah mengucap! Tapi kalau tiada jadi bosan. Begitulah ragam anak nombor dua yang dikatakan lain daripada yang lain.
Kehadiran anak nombor memang sangat menguji rata-rata mak ayah. Ada saja ragam pelik dan unik mereka lakukan hingga membuatkan anak nombor dua sering diingati dalam membesarkan anak-anak.
Anak Nombor 2
Kongsi Mohd Fhais Salim, anak nombor dua paling banyak buat kita mengucap!
Anak paling kuat melasak, paling kuat memanjat, paling kuat terjah badan kita dan paling kuat keras kepalanya.
Kita marah ke, garang ke, dia tak hairan pun. Muka selamba tak tahu takut orang.
Kredit Foto : Mohd Fhais Salim.
Paling Banyak Buat Mak, Ayah Mengucap!
Memang, biasanya anak nombor 2 inilah yang paling lasak, malah paling gasak dan juga paling tak makan saman.
Anak-anak lain pun ada saja, tapi yang nombor 2 paling selalu buat kita mengucap.
Astaghfirullahalazim…
Cuma satulah, kadang bila sudah terlalu lasak dan gasak ini kadang dia boleh lampaui batas juga.
Ads
Tapi Kalau Tiada Jadi Bosan
Sayang-sayang juga tapi soal adab kita kena juga titik beratkan tau.
Terutama adab terhadap ibu dan ayahnya. Mana-mana tingkah laku yang huduh sangat itu terus instant remove, jangan tangguh-tangguh.
Kalau nampak dia buat begini pada ibu dan ayahnya : – cepat memukul – suka tinggi suara – selalu marah-marah – menyampuk ketika bercakap – melawan cakap
Cepat-cepat larang dan lentur sebelum menjadi parah. Umur 0-3 tahun ni fasa paling senang nak lentur, menjelang 4 tahun payah sikit dah sebab anak dah pandai fikir sikit-sikit.
Anak nombor 2 paling banyak buat kita mengucap tapi kalau dia tidur atau pergi sekolah kita pula yang rasa bosan. Huh!
Mingguan Wanita : Dalam membesarkan anak-anak sudah pasti mak ayah melalui pelbagai pengalaman. Namun percayalah memori dan kenangan ini akan membuatkan mak, ayah rindu bila anak-anak telah meningkat usia.
Betullah orang cakap, isteri diuji bila suami dalam kesusahan dan suami pula diuji bila dia peroleh kekayaan. Susah sekalipun, isteri sentiasa berada di belakang suami, Sanggup bersusah ayah bersama, memberi sokongan dan membantu apa yang terdaya untuk suami tercinta.
Namun, bagi suami yang ingat akan pengorbanan isteri, dia tidak akan mensia-siakan apa yang isteri telah berkorban dan tidak tergoda dengan hasutan di luar sana. Tetapi, kalau diri sentiasa digoda dan dipujuk rayu dek kerana kekayaan yang ada, mahunya suami tidak dapat menepis semua itu. Terus lupa apa yang dilalui bersama isteri sebelum ini.
Itulah, bila suami rasa dirinya semakin hebat, mulalah pasangan angan-angan untuk mencari satu lagi. Sedihnya.
Mungkin perkongsian daripada Intan Dzulkefli ini membuka mata para suami di luar sana tentang kehebatan yang dierolehi ini bukan pada dirinya seorang tetapi kerana adanya seorang isteri dibelakangnya yang sanggu susah senang bersama.
Di Sebalik Kehebatan Suami
Kadang ada suami, dia terlupa apabila dia menempa kejayaan, siapa yang berkorban masa, tenaga, jiwa dan raga di belakang kejayaannya itu.
Suami boleh outstation, ke seminar, kursus, sambung belajar dengan hati yang senang dan tenang kerana dia tahu, anak-anak, harta, rumah serta maruah isteri dijaga oleh orang yang dipercayai, iaitu isterinya.
Penat dengan tugasan serta segala kursus seminar untuk menempa kejayaan, dia pulang ke rumah melihat anak sudah semakin bijak, pandai membaca, pandai solat, pandai mengaji, badan semuanya comel, montel, penampilan bersih terjaga. Syukur alhamdulillah.
Apabila di luar, orang cuma nampak kehebatannya dalam kerjaya. Orang bertepuk tangan dengan kejayaan yang ditempanya. Hebat penampilannya yang serba serbi terjaga.
Lalu, kadang mulalah ada pihak yang menghimpit, memberi ‘nasihat’, “kau ni layak kahwin lagi satu ni.”
Kalau lelaki tadi mahu muhasabah diri dan terkenangkan isteri di rumah, baguslah.
Namun, tidak kurang ada yang tiba-tiba ‘terlupa’ tentang pengorbanan dan kepayahan isteri melainkan hanya nampak dia mampu sebab gajinya sudah stabil, kerjayanya sedang di puncak, pendapatannya makin bertambah, anak-anak semua terjaga, nafkah anak isteri semua pun sudah dilunaskan.
Demi Keluarga
Sedangkan di sebalik semua itu, mungkin si isteri tadi berkorban kerjayanya demi menjaga sendiri anak-anak dan rumah tangga. Ada yang elok-elok menyambung pengajian, tersangkut dan terpaksa dilupakan demi duduk bersama suami dan anak-anak. Ada yang berhenti kerja demi menjaga anak-anak yang memerlukan perhatian rapi.
Kadang ada yang terlampau penat dan keletihan hingga tak sedar sudah hampir menggantung diri di kipas. Ada yang menekan pedal minyak kereta mencecah 180km kerana ‘kosong’nya fikiran. Mujur tak kehilangan nyawa kerana ajal belum tiba.
Masa untuk diri sendiri tak ada, apatah lagi mahu disebut tentang ‘kejayaan’. Segalanya ‘dilepaskan’ demi menyokong ‘kejayaan’ suami. ‘Tak apalah aku berkorban, demi kebahagiaan suami dan anak-anak.’ Fikirnya begitu.
Satu-satu kejayaannya kala ini mungkin bangkit esok hari dengan nafas yang masih dihela di sebalik jerit pekik anak-anak, pelbagai telatah dan hiruk pikuk di dalam rumah, yang mana mungkin HANYA DIA YANG TAHU.
Suami, di sebalik sibuknya mengejar urusan di luar. Sesekali jangan lupa terus tentang rumah tangga kalian. Di sebaliknya kemasnya rumah, terjamunya hidangan atas meja, bersih penampilan anak-anak siap diberi makan dan didikan. Lihatlah SIAPA di sebalik semua itu.
Abaikanlah suara-suara ‘dangkal’ yang mudah-mudah memberi ‘nasihat’ suruh kahwin lagi. Atau tangkislah sekuatnya godaan dari luar yang terpesona dengan pesona keterampilan dan kejayaan kerjayamu.
Jangan sesekali lupa di sebalik semua itu, siapa yang berkorban untukmu. Mungkin dengan air mata yang tak pernah jemu menitis setiap hari meminta kekuatan dari Tuhan.
Mintalah Kekuatan
Untuk para isteri yang diuji dengan situasi suami ‘dinasihat’ berpoligami oleh ‘kawan-kawan’, atau digoda oleh wanita luar atau diuji dengan suami yang curang tatkala diri kalian bermatian mengabdikan diri demi rumah tangga dan anak-anak, ingatlah Allah tak pernah tidur. Allah Melihat semuanya.
Berpegang teguhlah kepada Allah, dan mintalah kekuatan dan petunjuk dariNya.
Kalian bijak, hebat dan kuat. Insya Allah, kalian boleh melalui semua ini. Yang pasti, segala yang kita lakukan dengan niat lillahi taala, takkan pernah sia-sia. Insya Allah.
MW: Hebatnya isteri kerana sanggup ketepikan keinginan dan cita-cita demi untuk berkorban pada suami dan anak-anak.
Sumber: Intan Dzulkefli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila perasaan marah kuasai diri, macam-macam boleh jadi. Tetapi yang silapnya ada sesetengah orang suka marah tak bersemuka dan melepaskan amarahnya di tempat yang salah! Sengaja tulis di mesej di phone atau lagi teruk memuat naikkan kenyataan marah di laman sosial. Silap cara, ini bukan selesaikan masalah ya, tetapi boleh jadi keruhkan keadaan semakin buruk.
Bukan itu saja, ada 6 perkara buruk yang mungkin anda akan hadap disebabkan sikap suka menulis daripada terus memberitahu depan-depan. Jom semak!
1. Tak boleh teka reaksi sebenar
Kalau bergaduh menerusi mesej, anda tidak tahu reaksi mereka. Walaupun mesej anda tu bunyi macam tengah marah gila, entah-entah mereka anggap mesej tu macam biasa je.
2. Boleh jadi anda silap baca nada suara
Bila tengah marah memang tinggi suara je. Tapi kalau gaduh menerusi mesej, macam mana nak tahu orang tu tengah marah ke tak? Buat penat tangan je anda menaip dalam keadaan tengah marah.
3. Hati-hati, tak pelik kalau mesej tersebar di media sosial
Hati orang siapa yang tahu. Mana lah tahu jika anda bergaduh dengan pasangan anda dan mengeluarkan kata-kata kurang enak, lepas tu tersebar di media sosial. Tak ke malu!
4. Salah faham cara maksud sebenar mesej
Bila tengah marah, kadang-kadang kita tak faham maksud sebenar mesej tersebut. Lagi parah jika anda menyalah erti maksud mesej tersebut dan boleh mengeruhkan lagi keadaan.
5. Tak tahu situasi sebenar
Ketika anda meluahkan rasa marah menerusi mesej, anda tidak tahu apa yang si dia sedang lakukan. Kadang-kadang mesej anda tidak akan dilayan mungkin kerana si dia sedang sibuk. Jadi, sia-sia je la anda hantar berpuluh-puluh mesej.
6. Pergaduhan anda tak akan selesai
Bagi pasangan yang selalu bergaduh menerusi mesej, mesti setuju dengan kenyataan ini. Bila bergaduh menerusi mesej, rasa marah tu tak boleh di kawal. Mesti akan keep on hantar mesej untuk serang balas. Memang tak akan habis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Membuat simpanan setiap bulan sangat penting sebagai kegunaan sewaktu kecemasan mahupun kegunaan dimasa hadapan. Ada macam-macam cara yang boleh digunakan untuk melakukan simpanan ini. Bagi pasangan suami isteri, boleh cuba membuat simpanan bersama seperti yang dikongsikan oleh Encik Hafizul Hakim ini.
Siapa sangka bermula RM1 dan dilakukan secara konsisten, suami isteri boleh dapat RM465 sebulan! Cara ini lebih menyeronokkan dan tidak terasa ‘menabung’ kerana ada target yang perlu dipenuhi sehingga akhir bulan.
Tips simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
Lebih kurang RM5,580. Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni?
– kumpul modal deposit rumah
– kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi)
– dana kecemasan keluarga
– dana pendidikan anak-anak
– dana umrah/haji
– spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.
Best kan! Seronok menyimpan macam ni!
Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna. Hihi
Ilmu yang bermanfaat adalah yang diamalkan terus. Moga kalian tak pandang RM1 terlalu besar sebagai permulaan langkah pertama.
Hafizul Hakim
Sebarkan kebaikan!
Semoga bermanfaat!
Jadi suami isteri pastikan asingkan sedikit pendapatan setiap bulan untuk menabung dan membuat simpanan.Boleh gunakan cara kreatif ini, agar simpanan konsisten dan lebih pastinya lebih menyeronokkan ketika menabung.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...