Anak Mesej Tak Ada Wang Belanja, Mak-Mak Jangan Risau Setiap Kali Anak Minta Duit Insyaallah Allah Ganti. Sememangnya sebagai seorang ibu kebahagiaan anak-anak sememangnya yang paling didambakan.
Walau susah bagaimana seorang ibu pasti akan dipenuhi permintaan anak-anak. Apatah lagi bagi mereka yang bergelar ibu tunggal.
Menerut perkongsian dari Facebook Puan Dzuriasikim Dzulkefli ada rakan yang mengadu kehidupan hari ini memerlukan wang yang banyak. Apatah lagi apabila anak-anak sudah meningkat dewasa dan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Anak Mesej Tak Ada Wang Belanja
Nasihat dari ibu tunggal ini begitu berkesan di hati mak-mak. Sebenarnya dia mendidik anak hidup berdikari dan susah namun apabila anak perlukan bantuan dia akan menghulurkan pada kadar termampu.
Kata-katanya, “Setiap kali anak minta duit, kita beri sahaja. Pada jumlah yang kita mampu dan berpada. InsyaAllah Allah ganti. Kadang segera… serta merta Allah ganti. Kadang lambat. Tapi yakin Allah ganti….” Begitu terkesan di hati. Ikuti kisah yang dikongsikan.
“Suatu hari seorang teman saya berkata…
“Aku kadang rasa seram bila anak aku mesej. Bukanlah seram apa, tapi aku macam boleh rasa bila anak aku nak minta duit. Ni mesti takde lain, duit dah habis. Aku bukan tak boleh bagi. Tapi kau tahu lah business aku tak bagus macam dulu lagi.
“Aku bukan tak bersyukur. Aku tahu orang lain lebih sudah dari aku. Tapi kan, belanja untuk anak-anak sekarang sangat tinggi. Engkau pun tahu kan. Kau lagi lah, anak kau semua belajar (merujuk kepada saya dan anak-anak saya). Aku tak tahu macamana nak cakap. Aku tengok kau ni relaks je. Macamana nak buat ya…”.
Ads
Saya faham benar perasaan kawan saya itu. Dia seorang ibu yang berkerja keras bagi membantu ekonomi keluarga. Memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya. Mengenepikan sakit demam untuk membuat keluarganya bahagia. Dia berkata demikian bukan kerana tidak suka bila anak minta belanja. Dia masih ada simpanan yang baik biarpun perniagaannya sedang diduga.
Hanya dia merasakan belanja anak-anak kini terlalu besar. Sudah jauh beza dengan dulu. Dia hanya mahu meluah rasa. Kerana dia tak mahu ada perasaan “tak best” bila perlu keluarkan wang yang banyak untuk anak. Atau ketika terlihat mesej dari anak meminta wang belanja…
Saya jawab…
“Sebenarnya anak-anak saya pun serupa. Tapi saya mengajar anak untuk belajar hidup susah sedikit. Anak-anak saya tak ada kereta. Mereka kena berjalan kaki atau naik bas atau grab untuk ke kuliah. Memang ada orang kata, jika hendak dikira, kos untuk naik bas, grab semua tu lebih kurang bayar ansuran kereta sebulan. Bukan kereta besar, tapi kereta Malaysia yang murahlah. Cuma bagi saya, “surviving skill” yang mereka belajar melalui kepayahan itu yang tak dapat kita beli. Saya nak anak-anak jadi lebih berdikari. Belajar untuk menjadi kuat mental dan hati…
Ads
Saya beritahu kawan saya lagi…
“Setiap kali anak minta duit, kita beri sahaja. Pada jumlah yang kita mampu dan berpada. InsyaAllah Allah ganti. Kadang segera… serta merta Allah ganti. Kadang lambat. Tapi yakin Allah ganti….
“Lepas tu kawan saya kata lagi…
“Memanglah aku tahu Allah ganti. Tapi kan duit tu macam air kan. Dulu duit aku banyak. Sekarang dah tak merasa lagi macam tu…”.
Saya jawab…
Ads
Tak apa… Fokus pada perkara yang baik-baik sahaja yang masih ada. Sebenarnya, banyak mana pun wang yang kita ada dan mampu belanja, kena ingat… Boleh jadi, suatu hari nanti duit yang kita rasa kecil hari ini akan menjadi jumlah wang yang besar yang kita harap masih kita miliki nanti – ketika kita memerlukan. Masa tu duit tu dah tak ada…” Dzuriasikim.
Ramai yang nak kulit putih sebab rasa orang yang kulit gebu itu lebih cantik. Jika benar pemikiran anda sedemikian, kena cepat sedar yang kulit hitam manis juga sangat cantik jika tahu bergaya dan menjaga penampilan.
Tambah pula di Malaysia, punya kulit yang sawo matang dan hitam manis. Jangan risau, anda tak perlu beli pelbagai produk semata nak putih. Tetapi patut berbangga dan menghargai anugerah Ilahi.
Lain pula wanita yang berkulit putih dari negara barat, rela berusaha dengan banyak cara menjadikan kulit mereka lebih gelap. Ada yang menggunakan lotion tanning dan berjemur berjam-jam di pantai hanya untuk mendapatkan kulit coklat secantik yang anda miliki.
Anda pasti lebih berani untuk bergaya. Seperti yang dikongsi beberapa orang wanita ini, notabene memiliki warna kulit yang hampir sama dengan kebanyakan wanita dan lebih gelap. Lihat gambar yang dikongsi menampilkan kulit coklat cantik dan eksotis di Twitter dengan hashtag #flexinmycomplexion.
Mungkin ada yang masih menganggap cantik itu berkulit putih. Tetapi, jangan kecewa dan putus asa wanita. Dulu mungkin bolehlah, sekarang trend tampil cantik dengan kulit gelap.
Daripada tanggung risiko telan dan pakai produk yang tidak pasti tentang kandungan bahan kimia, lebih baik anda jaga kulit anda daripada masalah lain seperti jerawat dan jeragat. Tunjukkan bahawa anda juga cantik luar biasa dengan anugerah yang dimiliki.
Wanita, jika anda percayakan diri sendiri, cerdas, peramah, punya bakat atau kemampuan yang tidak dimiliki orang lain, siapa yang layak nak kata anda tak cantik? Relax, You’re beautiful Ladies!
Kelebihan Orang Kulit Hitam Manis
1. Orang yang memiliki warna kulit gelap akan terhindar dari risiko kanser kulit.
2. Tak perlu gigih mencari produk anti-aging sebab kulit hitam manis akan nampak lebih awet muda dibandingkan dengan kulit putih.
3. Bebas buat aktiviti luar tanpa perlu takut kesan jeragat dan kulit terbakar. Kalau naik jeragat pun bukan nampak!
4. Tak payah pakai bedak tebal sangat sebab warna kulit hitam manis lebih cantik disolek nipis bagi tampak beauty natural. Pendek kata, tak pakai bedak pun cantik! Cukup dengan pelembab kulit.
5. Boleh pakai lisptik merah selalu sebab ia lebih padan dengan warna kulit gelap. Nak pakai warna nude pun boleh tapi warna merah lagi nampak luar biasa!
Pssstt… Ini Si Hitam Manis Yang Jelita!
Tengok beberapa artis Malaysia ini, sangat jelita walau berkulit gelap. Lagi bergaya pun ada!
NABILA HUDA
DAYANG NURFAIZAH
NURUL WAHAB
Jadi wanita, kenapa gigih sangat mencari produk putihkan kulit kalau wajah hitam manis pun nampak berseri, ya? Cuba hargai apa yang kita ada. Semoga kalian sedar dan mampu bersyukur!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiada apa yang lebih menggembirakan seorang anak apabila dapat membahagiakan hati kedua mak ayah tercinta. Terharu sungguh dan tumpang gembira melihat video yang dikongsikan oleh pelakon Anzalna Nasir,31 di dalam Instagramnya.
Tidak lokek berkongsi rezeki yang ada dengan mak ayah, malah menghadiahkan kereta mewah pada ulangtahun perkahwinannya. Paling penting, tidak pernah melupakan mak ayahnya, membalas jasa mereka walaupun telah berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri.
Antara yang menarik adalah pesanan oleh pelakon ini pada posting Instagram yang dikongsikan;
“Tak perlu tunggu kaya untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita. Kebahagiaan itu bukan terletak pada ‘benda’ yang kita beri, akan tetapi bersandar di atas sebuah tulus ingatan.”
“Terlalu banyak pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. Sebagai anak, jangan sesekali kita lupa untuk terus berbakti kepada mereka walaupun kita sudah ada kehidupan sendiri.”
“Always remember this, kebahagiaan itu bukan di atas kekayaan, dan tidak akan jatuh miskin jika kita menolong kedua ibu bapa. Jangan pernah takut untuk memberi. Santunilah Ibu bapamu sementara mereka masih ada.”
Hadiahkan Kereta Mewah Pada Ulangtahun Perkahwinan
Menerusi posting terdahulu pelakon utama Memori Cinta Suraya ini, Anzalna telah membuat kejutan menghadiahkan kereta mewah jenama Mercedes Benz kepada mak dan ayahnya. Ia juga sempena ulangtahun ketiga perkahwinan pelakon ini bersama suami tersayang, Hanif Zaki.
“Saya masih ingat ketika kami pergi berbulan madu saya turut membawa mak ayah saya mengerjakan umrah dan hari ini pada ulangtahun ketiga perkahwinan kami saya membelikan mereka sebuah kereta.
“Saya percaya walaupun sudah berkahwin jang pernah lupa mak ayah yang membesarkan kita dan sentiasa menghormati suami,”
“Hari ini, genap 13 tahun bersama (tempoh bercinta dan berkahwin) Hanif Zaki, tiga tahun melayari perkahwinan dan bakal bertiga tahun ini, Insya Allah”.
“Saya tidak tahu apa yang menanti kami pada masa hadapan, tetapi saya sentiasa berdoa kepada Allah agar merestui perkahwinan kami dan membolehkan saya sentiada bersama suami sehingga ke akhir hayat saya,” ujarnya.
Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 dan pasangan ini baru-baru ini mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama setelah 3 tahun berkahwin.
MW: Tahniah buat Anzalna, semoga bertambah dimurahkan rezeki kerana membahagiakan mak ayah tercinta. Pengorbanan orang tua pastinya takkan dapat terbalas namun kita sebagai anak berusahalah untuk berbakti dan menggembirakan hati mereka dengan dengan apa juga cara selagi mereka masih bernyawa. Semoga Anzalna dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan dan bersalin nanti.
Tersentuh hati dengan pesanan langsung Instagram (DM) dari salah seorang pengikutnya di laman Instagram, penyanyi yang lahir dari rancangan realiti TV, Akademi Fantasia (AF) Mila Jirin menyuarakan luahan hatinya.
Mesej yang tertulis “Kau dah tak laku nyanyi, kau jual nasi arab pula” benar-benar menyinggung perasaan usahawan wanita ini.
Mila Jirin “Saya Iktiar Pastikan Pekerja Kami Kekal Punya Pekerjaan Dan Gaji”
Mila dan suaminya yang mengusahakan perniagaan, Bizmillah Catering dan Services by Mila Jirin juga turut terkesan dek kerana Pandemik Covid-19. Pelbagai usaha dilakukan demi memastikan perniagaannya mampu kekal dan mampu membayar gaji pekerjanya.
Dalam usaha tersebut, Mila berasa sangat sedih apabila ada yang menyindirnya apabila terbaru dia dan suami menjual Nasi Arab. Seperti perkongsianya di akaun Instagramnya Mila rasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
“Tengah reply DM…Terselit 1 DM ni.
“Kenapa ada juga MANUSIA yang suka BERKATA KATA tidak baik pada sesama MANUSIA?
“Apa salah saya jual NASI ARAB? Saya IKHLAS berniaga kerana ALLAH.
“Ini IKHTIAR yang kami lakukan dalam kesinambungan kami untuk memastikan PARA PEKERJA KAMI KEKAL PUNYA PEKERJAAN DAN GAJI
“Awak yang menulis…Saya MALAS nak mention nama awak disini.
Akui Sudah Lama Tidak Menyanyi “Bukan Tak Laku, Tapi Allah Tak Izinkan”
“Saya MEMANG DAH LAMA tak menyanyi…Bukan sebab TAK LAKU tapi sebab ALLAH TAK IZINKAN.
“Fahami KONSEP “Sesuatu BERLAKU atas keizinan ALLAH” bukan atas kita MANUSIA…Hatta awak sendiri pun tak ada KUASA nak tentukan apa jua REZEKI AWAK HARI INI….
“Jadi MANUSIA penuh dengan KASIH SAYANG BANTU MEMBANTU sesama kita.. Tak boleh bantu sahabat2 kita secara wang ringgit, bantu secara kudrat…Andai kudrat pun tak mampu…bantu secara sokongan moral…
“Saya BERSYUKUR walaupun tak LAKU dalam dunia seni saya YAKIN…Perancangan ALLAH maha hebat… Ada sebab musabab ianya berlaku ….
“Maaf saya sedikit tersentuh dengan komen awak….Saya cuma FIKIR…apa tujuan awak DM macam tu.
“Saya MAAFKAN awak, mungkin awak NAIF”
Hampir Setahun Allah Uji Kami Insan Insan Yang Berniaga…..Tapi Kami Tak Akan Pernag Putus Harap…Sebab Kami Yakin PERANCANGAN ALLAH MAHA HEBAT,” Tulis Mila.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...