Pernah tak mak-mak yang mempunyai anak ramai merasa sukar untuk keluar, baik pergi berjalan-jalan atau makan di luar. Maklum sahajalah bila anak ramai peelnya pun macam-macam. Lasaknya anak apabila tengah membesar. Ini belum lagi bergaduh sesama mereka.
Itulah yang membuatkan mak ayah rasa malas nak ke rumah orang atau keluar berjalan. Nanti orang tengok, buat malu sahaja. Lebih baik duduk di rumah. Biarkan mereka bermain sesama mereka.
Namun, timbul kesian juga bila terperap di rumah, anak pun ingin tengok pemandangan luar, berjalan-jalan seperti orang lain. Kalau anak ‘behave’ seperti orang lain tiada masalah nak ke mana-mana. Janganlah begitu. Anak lasak itu normal, Cuma kita sebagai mak-mak kena cerewet supaya anak-anak terjaga adabnya terutamanya bila ke rumah orang kan!
Anak Tak Duduk Diam
“Saya tak suka pergi rumah orang yang memandang anak-anak saya yang lasak dengan pandangan tak puas hati..normal la budak-budak lasak ni..kalau duduk diam baru tak normal.”
Pandangan saya pula begini…
Memang normal budak-budak lasak dan tak duduk diam…
Kalau setakat main-main biasa tak jadi masalah.
Tapi yang jadi masalah ialah apabila anak-anak kita dah mula rosakkan harta benda orang, dah mula masuk bilik orang, mula buka peti sejuk orang, melompat-lompat atas sofa orang..
Inilah yang kena ambil serius ya..
Sebagai ibu bapa kenalah main peranan.
Tak kan pergi rumah orang pun nak biar anak-anak melompat sana sini..
Bawa selipar sampai atas katil kita..
Buka peti ais dan ambil sahaja makan yang ada tanpa izin..
Merosakkan harta benda kita..
Tanpa teguran perkara tu akan jadi normal/biasa.
budak-budak memang sentiasa budak
Tapi yang dewasanya kita..
Boleh tengok aje budak tu melompat dari satu sofa ke sofa yang lain..
Ads
Belajar Adab
Semua berkaitan dengan adab….
Lasak macm mana pun budak..
Pelajaran tentang adab kena ambil peduli…
Jangan sebab dia budak kita relakan dia buat apa saja.
Melentur buluh biarlah dari rebung..
Mak Ayah Jadi Contoh
Saya punyai anak 6 orang. Biasalah budak semua lasak, tak duduk diam tapi kita sebagai ibu bapa kena jadi contoh dan bertanggungjawab ke atas adab anak-anak kita.
Paling kurang pun kalau nampak tu kena cepat-cepat tegur.. tak kira depan orang atau tidak.
Ada yang tegur saya bawa anak-anak makan dekat kedai makan, katanya anak saya semua behave, duduk diam waktu makan.. Tak ada lari-lari sana sini.. Lepas makan susun pinggan..
Ads
Saya cakap mereka dah biasa
Adab dekat luar, adab dekat kedai makan..
adab di mana-mana
Apa yang salah saya terus tegur..
Bila pergi rumah orang, saya akan pesan awal-awal dalam kereta.
Jangan buat sepah, dah main kemas balik, makan jangan sepah-sepah, jangan masuk bilik org, usik barang oerang dan macam-macam lagi.
Bila dah sampai rumah orang, saya tak biarkan mereka, saya akan pantau kelakuan masing-masing.
Jangan malu dan takut untuk tegur anak sendiri. Kita jangan hanya melihat sahaja apa yang anak buat tidak betul. Sebab itu adab penting untuk mereka bawa sampai dewasa.
Tak Susah
Memang nampak macm susah kan. Itu ini semua tak boleh. Tapi kesannya pada anak-anak sangatlah baik.
Biarlah orang kata kita ibu bapa yang cerewet tapi orang nampak anak kita tahu adab.
Adab dengan rakan sebaya dan adab dengan org dewasa.
MW: Itulah yang patut kita sebagai mak ayah latih anak-anak. Tak kisah anak ramai atau seorang yang penting tahu adab.
Dalam membina keluarga bahagia, sebenarnya ada bacaan doa tertentu yang para isteri boleh amalkan dalam kehidupan seharian, agar anak-anak mudah lembut hati, mendengar kata dan suami bertambah sayang.
Berikut merupakan perkongsian daripada Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur, kelebihan mengamalkan bacaan Surah As Syura ayat 19 sebagai amalan seharian.
Bacaan Doa Untuk Lembutkan Hati Yang Keras Bagi Diri Sendiri/ Suami/ Isteri/ Anak-anak & Keluarga
Caranya:
Kaedahnya letak tangan didada dan baca surah As Syura ayat 19. Baca sebanyak 19 kali atau lebih. Boleh juga dibaca, Pada air dan dibuat minum atau hembus di ubun-ubun anak semasa mereka sedang tidur. Maksud ayat ini:
Maksudnya : “Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa”(Surah Asy-Syuura ayat 19)
Berkat usaha, insyaAllah anak-anak boleh mendengar kata. Mudah ikut nasihat ibu bapa. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa sudah berikan contoh yang kita rasa terbaik, sudah mengajar anak perkara-perkara wajib, namun ada kala mungkin kita terlepas pandang.
Iman Tidak Dapat Diwarisi
Mungkin juga tidak salah ibu bapa yang memberikan terbaik, namun seperti mana iman yang tidak boleh diwarisi, kita usaha sedaya mungkin untuk bantu anak-anak selain dari nasihat amat bagus juga kita doakan mereka.
Doa ibu bapa kan penuh dengan barokah. Usaha sebaik mungkin untuk melihat anak-anak menjadi manusia berguna.
Zikir Ya Latif
Selain daripada membawa surah as syura ayat 19 tadi, anda boleh baca zikir Ya Latif sebanyak 7x dan hembus di ubun-ubun anak-anak semasa mereka tidur. Mudah mudahan menjadi anak yang soleh solehah dan mudah mendengar kata ibu bapa.
Juga satu amalan yang lain adalah membaca Ya Latif semasa menyediakan masakan untuk keluarga. Kita tahu makna Ya Latif adalah Yang Maha Lembut. Mudah mudahan dengan air tangan ibu yang memasak dengan kasih sayang sambil mengamalkan ya Latif, anak-anak mendapat manfaat. Bukan anak-anak sahaja, suami pun akan lebih lembut hati, merasa kasih dengan isteri.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan boleh dijadikan amalan seharian.
Walaupun mak-mak bekerja, ada masanya mak pun kena tambah ilmu. Baik ilmu bisnes, masakan, jahitan mahupun mengaji. Dalam sebulan itu tentu mak-mak perlu ke kelas sekali dua.
Susahnya hati kalau terpaksa bawa anak sekali. Takut anak meragam dalam kelas. Tapi kalau dah terpaksa nak tak nak, kena bawa jugakan.
Menjadi impian ramai ibu-ibu untuk menghadiri kelas-kelas yang ditawarkan dari masa ke masa. Bukan mudah bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil untuk menghadiri mana-mana kelas. Kebanyakan kelas tidak menyediakan kemudahan untuk anak-anak kecil.
Namun, masih ada kelas, kursus yang ‘baby friendly’, menyediakan kemudahan bilik untuk ibu atau memberi kelonggaran membawa anak ke dalam kelas.
1. Sedia Keperluan Anak Secukupnya
Pastikan semua keperluan anak disediakan dengan mencukupi. Pakaian, kain untuk mengelap, lampin, kain lapik sekiranya anak mahu tidur, snek kudapan untuk anak, air minuman, dan juga bahan-bahan aktiviti untuk anak, seperti buku atau mainan.
2. Susu Dan Tidurkan Anak
Anak kecil juga penat. Oleh itu, pastikan ibu mengambil kira masa untuk susukan dan tidurkan anak. Sekiranya dia letih dan tidak dilayan, anak akan merengek dan bising. Ini akan mengganggu tumpuan kita dan ibu-ibu lain.
Lampin perlu ditukar dengan kerap, sekiranya berpeluh semasa bermain dengan kawan-kawan, ia perlu ditukar, agar anak lebih selesa untuk tidur. Bonus bila anak tidur di dalam kelas, kita boleh memberikan tumpuan yang lebih.
3. Serah Pada Orang Lain Bukan Solusi
Jangan pernah tinggalkan anak kepada orang lain. Selain dari isu keselamatan anak, tabiat meninggalkan anak ini sedikit sebanyak menyusahkan orang lain. Terdapat kelas/kursus yang menyediakan bilik untuk ibu yang disediakan dengan layar putih yang menayangkan secara langsung dari dewan utama kelas.
Perlu di ingat, itu ialah bilik untuk ibu-ibu, bukan nursery untuk anda tinggal anak anda manakala anda menikmati kelas dengan selesa dalam dewan utama. Sudah lumrah kanak-kanak akan bermain dan berlari apabila bertemu rakan sebaya. Tidak terkecuali anak-anak kita.
Namun, sekiranya ada ibunya di situ, kelakuan kanak-kanak boleh dikawal sebaiknya. Ibu-ibu lain perlu membahagikan tumpuan antara kelas dan menjaga anak masing-masing, adakah perlu bagi mereka mebahagikan lagi tumpuan menjaga anak kita, supaya kita boleh bersenang-senang menuntut ilmu?
4. Buku Yang Sesuai Diamkan Anak
Bagi kanak-kanak yang agak besar, adalah bijak untuk membawa buku-buku bacaan yang sesuai ataupun buku rampaian/aktiviti untuk memenuhkan masa mereka.
5. Mak Banyakkan SABAR
Bersabar. Menghadiri kelas bersama anak-anak memang agak memenatkan jiwa raga. Oleh itu, bersabarlah dalam menuntut ilmu. Semoga dapat pembalasan Allah yang sewajarnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila anak selsema mulalah mak ayah risau, bimbangkan tahap kesihatan anak, sukar bernafas dan tak selesa.Jika dibiarkan tidak mustahil ia boleh melarat mengakibatkan penyakit lain seperti demam.Sebenarnya ada cara dan teknik urutan tertentu yang mak ayah boleh cuba untuk melegakan selsema pada bayi.
Teknik ini dikongsikan oleh Puan Shazren Shah yang merupakan Juruterapi Bayi/Kanak-kanak ketika menjadi tetamu jemputan didalam program Selamat Pagi Malaysia baru-baru ini. Menurut beliau, teknik ini cukup mudah dan ringkas, mak-mak boleh buat sendiri di rumah hanya menggunakan jari jemari sahaja.
Ia merupakan teknik urutan yang memfokuskan pada tapak kaki bayi sahaja yang menjadi punca bagi segala saraf refleks.Hanya perlukan urutan selama satu hingga dua minit sahaja menggunakan jari jemari sahaja.
Tambah beliau, ia merupakan teknik urutan lama beribu tahun lalu yang berasal dari Tibet, namun kembali di popularkan di US.Cuma di Malaysia masih ramai yang kurang kesedaran dan tidak tahu teknik ini.
Cara-Caranya:
Langkah 1:
Letak minyak pati pada jari jemari dan ratakan pada tapak tangan.
Langkah 2:
Letakkan empat jari mengikut posisi gambar, tekan lembut sambil melipat genggaman ke hujung tapak kaki bayi.
Langkah 3:
Ulang urutan mengikut langkah 2 pada kedua-dua sekurang-kurangnya satu ke dua minit.
Urut Selama Satu Hingga Dua Minit
Secara ringkasnya, letakkan jari, naikkan jari dan golekkan pada tapak kaki bayi. Fokuskan pada bahagian bawah jari kaki tapak kaki bayi selama 1 hingga 2 minit.
Menurut Shazren lagi, jika tanpa menggunakan minyak pati boleh juga kerana teknik ini merangsang sistem saraf pada tubuh badan bayi. Malah boleh juga, urut pada dada dan belakang badan bayi, namun jika mak-mak tak sempat boleh fokuskan pada tapak kaki bayi sahaja untuk melegakan selsema mereka.
Kesan tepukan dan urutan lembut tersebut,dapat dilihat seawal 15 minit, pernafasan akan lebih lancar malah bagi sesetengah bayi,akan terbatuk-batuk kecil bagi mengeluarkan lendir.Malah teknik ini boleh digunakan seawal dilahirkan.
Perkongsian ilmu yang bermanfaat buat mak ayah. Selamat Mencuba dan kongsikan juga buat mak ayah yang lain.
Percutian hujung tahun merupakan saat paling dinantikan oleh seisi keluarga, di mana kenangan manis dapat dicipta bersama orang tersayang. Namun, untuk memastikan percutian berjalan...