Tidak perlu bangga bila anak mak, ayah kuat membelasah dan bergaduh.

Anak jantan tak semestinya diajar hebat membelasah, didiklah anak menjadi lelaki budiman yang tahu baik, buruk sesuatu perkara.

Bukannya tahu hendak menang dan tunjuk hebat semata. Berbalik kepada didikan mak ayah, jika sedari kecil mak ayah membiasakan anak-anak membudayakan perkara sebegitu.

Maka hingga dewasa perkara itu berlarutan. Ikuti perkongsian Dr Karya Kayra ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:

Didiklah Anak Menjadi Lelaki Budiman

Anak jantan tak semestinya kena diajar hebat membelasah, bergaduh dan bertumbuk.

Selalu lelaki “acah kaki gaduh” ini macam tin kosong, isi tiada – bunyi sahaja yang kuat.

Antara memilih mendidik anak lelaki menjadi hebat bertumbuk ala jantan dengan mendidik anak lelaki menjadi lelaki budiman, saya pilih mendidik menjadi lelaki budiman.

Salah tetap salah walaupun itu anak sendiri.

Maaf cakaplah ibu bapa jenis di dalam gambar dibawah inilah, apabila guru memaklumkan kesalahan anak, terus mak bapaknya melenting marah dan terus mencari-cari salah si guru pula. Korek selagi boleh apa sahaja aib guru itu untuk dicampakkan kembali ke muka guru.

Anak Jantan Tak Semestinya DiAjar Hebat Membelasah, Didiklah Anak Menjadi Lelaki Budiman
Kredit Foto: Hanani Daud

Berkeras, tidak mahu berbincang tatkala sang guru cuba berusaha mendidik anak itu. Seolah-olah anaknya itu seorang nabi, suci dari segala dosa.

Cara Mendidik Anak Jantan

Sedangkan menurut Dr. Yusuf Qhardawi tempoh usia anak 7 tahun hingga 15 tahun itu ialah tempoh mendisiplinkan anak.

Andainya pada usia kritikal mendidik anak ini, dan ibu bapa:
1) Gagal mendisiplinkan anak pada umur ini.

IKLAN

2) Malah gagal memberitahu kepada anak apa yang betul dan apa yang salah.

3) Gagal melatih anak solat setiap waktu.

4) Juga gagal melatih anak menutup aurat.

5) Gagal mengajar anak menghormati guru dan orang lebih tua.

6) Dan gagal mendidik anak perkara Adab dan Akhlak.

7) Akhir sekali gagal memberikan hukuman yang adil jika anak melakukan kesalahan seperti buli atau melakukan jenayah dan sebagainya. Maka lihatlah “kesan kegagalan itu” dalam diri anak dan keturunan seterusnya pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

IKLAN

Tunjuk Kasih Sayang Pada Keluarga, Inilah Perlu Ayah Didik Anak Lelaki Sebelum Remaja

‘Pecahkan TV, Terbalikkan Almari.. ‘ Saharul Ridzwan Gandakan SABAR Didik Anak Lelaki

Berhentilah Didik Anak Lelaki Jadi Raja Tak Berhati!

Tak Semestinya DiAjar Hebat Membelasah

Saya mencadangkan kepada semua yang bergelar ibubapa agar banyakkan membaca buku dan artikel mengenai tatacara mendidik anak pada setiap peringkat usia menurut islam.

Dari anak itu lahir sudah diajar bagaimana cara ibu, bapa perlu lakukan dalam usaha mendidik anak sehinggalah anak itu sudah berkahwin. Ada masa perlu bertegas dan ada masanya perlu menjadi sahabat anak.

Ada tempoh-tempoh usia si anak yang ibubapa kena turut sama bertanggungjawab mematuhi kaedah pendidikannya.

Anda mahu membawa anak-anak ke syurga, jadi anda tiada pilihan kecuali menunaikan tanggungjawab mendidik dan memberi nafkah anak di dunia ini lagi.

Andainya anda sebagai ibu dan sebagai bapa gagal, maka bersedialah untuk menjawab di hadapan Allah SWT di Padang Mahsyar nanti.

Tiada istilah anak derhaka kepada ibu dan bapa yang gagal.
Yang ada cuma ibu dan bapa yang derhaka dalam menunaikan tanggungjawab yang di-amanah-kan tuhan.
Kayra.
A Mother With 3 Sons.
#CreditPhotoToHananiDaud
#PendidikanAnakMenurutIslam

Mingguan Wanita : Didiklah anak menurut Islam, belajar dan penuhkan ilmu di dada dalam membesarkan anak-anak. Memang tak mudah namun berusahalah menjadi mak ayah yang berilmu.

IKLAN

Sumber : Dr Karya Kayra

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI