Bila anak makin membesar, mak-mak mula perasan anak jadi pemalas bila diminta ke dapur. Apatah lagi nak tolong buat kerja-kerja rumah.
Jangan hairan kalau anak jadi pemalas, semuanya berpunca daripada mak ayah sendiri. Ingat lagi tak masa anak kecil, dia ke dapur untuk tolong. Tapi sebagai mak mungkin tidak sesuai lagi untuk anak ke dapur.
Tak nak susahkan anak-anak. Tambahan pula, nanti makin lama mak-mak kat dapur, belum lagi dengan dapur berselerak dan ambil masa untu mengemasnya
Inilah sebabnya anak jadi pemalas. Kena ingat ye! Terima pertolongan dan ajar anak masuk ke dapur.
Semalam beriya anak saya usia 3 tahun nak tolong bantu di dapur. Biasa saya minta dia masuk masukkan sayur sayurkan atau bahan bahan ke dalam kuali. Itu pun dah membuatkan dia happy.
Petang itu, rasa nak buat semuanya cepat dan tanpa gangguan, rasa nak marah tapi berhenti sebentar tarik nafas dan fikir. Teringat pesanan guru saya
“Antara sebab tersembunyi kenapa anak perlahan-lahan jadi pemalas & susah untuk bantu mak ayah adalah kerana kita banyak tolak permintaan mereka untuk menolong kita ketika mereka masih kecil” membuatkan saya layankan je bila Izzah nak sibuk membantu di dapur.
Senyum..”ok nah izzah masukkan ni ok, tapi hati hati ok.”
Hmm lagi happy bila kita minta dia cuci pinggan di dapur. Seronok bermain air sebenarnya.
Rupanya anak kecil memang sudah tersedia dalam diri mereka naluri untuk membantu mak ayah sendiri. Sebab tu kalau perasan start umur anak 2 tahun dia mula nak sibuk sibuk buat benda yang kita buat. Masya Allah kan. Cuma, tanpa sedar kita selalu tolak naluri mereka tersebut sebab kononnya:
Ads
Kita tak nak susahkan anak sebab kita rasa kita boleh buat. Biarkan anak main je. Kita takut anak penat dan tak nak mereka sepahkan. Mereka tak ikut standard kita sebab kita OCD.
Rentetan perkara ini semakin dewasa perlahan-lahan tindakan kita ‘bunuh’ naluri mereka untuk membantu kita tanpa kita sedar. Remaja nanti lahirlah anak anak yang tak ada inisitif nak bantu ibu bapanya disebabkan tindakan kita sendiri yang kita tak sedarkan.
Insya Allah mulai hari ini, kita kena belajar untuk ‘terima pertolongan’ daripada anak kita walaupun ianya nampak kecil, tak seberapa dan tak mencapai standard kita.
𝑩𝒆𝒈𝒊𝒕𝒖𝒍𝒂𝒉.
Mingguan Wanita : Takut anak bersepah, belum lagi kalau-kalau luka atau cedera masa kat dapur. Daripada nak cepat terus jadi lambat. Inilah salah satu puncanya kan!
Sudah tentu bila seorang lelaki tak bekerja banyak masalah akan timbul, suami jangan buat isteri tersepit terpaksa menanggung keluarga dan suami itu juga.
Ternyata ramai yang terkesan dengan pandemik hingga hilang kerja, namun ia bukanlah alasan untuk ayah-ayah menyerah kalah untuk mencari rezeki.
Sebenarnya selain berusaha mencari kerja, lelaki juga jangan memilih dan rajin apabila mendapat pekerjaan baru apatah lelaki dalam keadaan sekarang.
Jangan pula mengambil kesempatan hingga membebankan isteri, buat dia rasa tersepit kerana pengabaian seorang suami.
Bila Lelaki Tak Bekerja
Kongsi Ustaz Firdaus Mokhtar, dua, tiga hari ini banyak betul terima mesej daripada isteri yang mengadu tentang suami yang tidak bekerja. Pagi tadi saya bangun tidur, tengok dah ada 1 mesej panjang dekat messenger.
Pun hal yang sama, tentang suami tak bekerja. Atau pun kerap tukar kerja. Tak sampai 1,2 bulan di tempat kerja, berhenti. Cari kerja lain punyalah susah nak dapat.
Lepas dapat kerja lain, berhenti lagi.
Bila tanya dia apa punca dia berhenti. Macam-macam jawapan. Tak sesuai dengan bos, kawan-kawan tak bagus, tempat kerja jauh, penat kena buat kerja macam-macam dan tak kurang ada yang kata tak layak kerja tu. Padahal syarikat dah terima. Sendiri pula rasa tak layak.
Banyak Masalah Timbul
Dalam kes begini ada dua keadaan pula yang saya terima.
Pertama, memang suami jenis kerap tukar kerja. Bila sampai masa tak ada kerja, rajin pula pergi keluar minum jumpa kawan-kawan. Lepaskan tekanan katanya.
Jumpa berjam-jam. Siang keluar, malam pun keluar. Mana dapat duit? Mestilah minta dekat isteri. Bala.
Kerja tidak, minta pula dekat isteri hari-hari.
Kedua, sudahlah kerja pun tak ada, sibuk nak kahwin lagi.
Ini pun banyak. Serius banyak. Pendapatan tak ada, keluarga yang sedia ada ini pun tak terjaga betul.
Duduk rumah sewa dengan adik ipar. Jadi semua bergantung ke adik ipar. Ada isteri yang terpaksa ambil keputusan hantar anak balik kampung, sebab tak ada kemampuan nak hidup sama dengan bandar. Belanja tinggi.
“Tapi puan hantarlah duit ke mak dekat kampung untuk anak-anak?” Saya tanya.
“Tak juga. Kadang-kadang kalau ada lebih. Saya tahu saya salah buat macam tu. Kesian ke mak saya. Tapi saya tak ada duit lebih. Suami memang tak ada duit. Tak bekerja langsung dah 4,5 bulan,” jawab dia.
Suami Jangan Buat Isteri Tersepit
Tak kira keadaan pertama atau kedua, dua-dua keadaan ini menyebabkan isteri tersepit. Tekanan. Antara nak terus bagi semangat ke suami atau nak minta dilepaskan.
Bila tak ada duit, banyaklah masalah timbul. Lagi teruk minta duit dekat isteri, isteri tak bagi, dimarahnya pula.
Bukan kejap kejap. Berlarutan 3 hingga 4 tahun usia perkahwinan. Itu yang saya kata isteri begini tersepit. Akhirnya kemurungan.
Jadilah Lelaki Bertanggungjawab
Kawan-kawan sekalian,
Yang lelaki. Bila kau fikir nak berumah tangga, itu adalah saat untuk kita lebih bertanggungjawab. Membina rumah tangga kau bersama-sama.
Bukan sebagai jalan untuk kau jadi raja dalam rumah. Duduk tanpa kerja. Harap ke duit isteri untuk selesaikan banyak urusan diri kau dan rumah kau.
Satu hal lagi, yang sibuk nak kahwin lagi tapi tak ada kerja ni. Kau dah kenapa bang? Tambah sumber pendapatan dengan tambah isteri, macam tu? Ya ampun.
Kalau betul pun kau tak ada kerja, carilah apa sahaja pun kerja yang kau boleh buat. Sekali pun kau terpaksa bekerja jadi tukang sapu. Asalkan kerja halal.
Jangan Memilih Kerja
Kata kunci dia, janganlah memilih kerja. Fikirkan yang lebih utama. Apakah keselesaan kita bekerja atau hakikat nak menanggung keluarga itu yang lebih dulu kita kena hadap?
Mestilah tanggungan keluarga kita dulu. Lagi-lagi kalau sudah ada anak. Semua nak kena suap makan. Belum cerita soal pakaian dan sekolah lagi.
Berusahalah wahai lelaki, wahai suami. Tak bekerja ini kau bukan seksa kewangan kau, tapi kau seksa juga emosi dan perasaan isteri.
Sampai satu masa, kau balik yang marah-marah ke isteri kau.
Ingatlah, tak selesai urusan kau sebagai suami dekat dunia ni, bermakna tak selesai juga urusan akhirat kau nanti.
Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Berusahalah kita semua.
Mingguan Wanita : Sudah menjadi fitrah, suami keluar bekerja dan mencari rezeki. Namun jika disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dan suami terpaksa duduk di rumah. Apakan daya. Tetapi jangan pula ambil kesempatan.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Alhamdulillah, berita gembira pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse telah selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 10.15 malam tadi.
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi seberat 3.85 kilogram itu menerusi kaedah pembedahan dan dilaporkan kini dalam keadaan yang sihat.
Terdahulu, Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 32, mendirikan rumah tangga pada bulan Mac 2016 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam, selepas sembilan tahun menjalin percintaan.
Syarikat pengurusannya, Laugh Out Loud Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan Pengacara Gegar Vaganza itu juga akan berehat selama dua bulan daripada segala aktiviti seni untuk menjalani proses berpantang, selain memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Jihan dan bayinya dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini kelahiran sulungnya, Jihan akan menumpukan perhatian sepanjang tempoh itu.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan terdekat, media serta peminat,” katanya menerusi kenyataan itu.
Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi program Meletop itu, suami Jihan, Ungku Hariz Faizal yang juga pelakon meluahkan perasaan syukur sudah bergelar bapa.
Ungku Hariz turut mengucapkan terima kasih dan berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan keluarga kecilnya.
Sementara itu program Vlog Mommy Jihan yang memaparkan aktiviti Jihan dan suami sepanjang tempoh kehamilannya berusia 31 sehingga bersalin disiarkan setiap Isnin dan Selasa, jam 10.55 malam di saluran Astro Ria.
Bukan senang nak handle kalau anak dah start meragam, kalau kat rumah boleh lah buat tak nampak. Tetapi kalau kat tempat orang ramai, macam mana?
Mesti ‘habis hati’ cuba pujuk anak. Tetapi sebenarnya anak meragam ini berkait rapat dengan cara pemakanan yang anak ambil setiap hari. Nak-nak pula kalau mak ayah suka belikan anak makanan yang tinggi gula dan garam.
Macam yang Doktor Taufiq Razifini kongsikan, ada beberapa jenis makanan yang patut mak ayah elakkan bagi pada anak. Lagi bagus, jangan ada dalam rumah pun!
Anak Meragam Berkait Dengan Makanan
Mak yang ayu pun boleh bertukar jadi singa kalau anak tiap hari meragam!
Paling stress kalau anak kita selalu meragam dan tantrum tak berhenti. Kita ingat ke mereka meragam tanpa sebab. Makin hari, makin kita pulak yang rasa nak tantrum kan?
Padahal mungkin perangai tantrum, hyperactive dan suka meragam tu datang daripada MAKANAN yang kita duk bagi kat anak anak kita tiap hari.
Dalam buku Healthy Food, Healthy Gut, Happy Child oleh Dr Maya Shetreat, sorang paediatric neurologist ada tulis kaitan makanan dan perangai anak anak kita semua.
Ini antara kandungan makanan yang mak mak kena nak kena pantau dan waspada
1. Gula
Makanan yang tinggi kandungan gula menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah. Bila gula tinggi, insulin yang tinggi diperlukan menyebabkan kanak-kanak jadi kurang gula dalam darah (hypoglyecemia) atau orang kita sebut hypo. Bila hypo ni senang lah mereka nak tantrum.
2. MSG
MSG mengandungi glutamate yang menjadi stimulant kepada otak. Bila banyak sangat stimulant ni banyak sangat free radical yang akan dihasilkan. Free radical ni boleh merosakkan fungsi otak. Lagi-lagi kalau kanak-kanak yang sangat sensitif pada glutamate, memang boleh sebabkan kegelisahan. pening kepala dan juga sawan.
3. Pewarna
Makanan yang berwarna-warni memang nampak sedap dan menyelerakan. Tapi pewarna tambahan menyumbang kepada masalah kelakuan pada kanak-kanak. Selain tu, pewarna tambahan jugak adalah karsinogen dan menyebabkan kanser pada jangka masa yang panjang.
Sebenarnya susah untuk mengubah kalau kanak-kanak tu terbiasa makan makanan yang tinggi gula, pewarna dan MSG. Elakkan beli dan elakkan menyimpan makanan begini di rumah. InsyaAllah bila kita jaga pemakanan, mak mak akan perasan kelakuan anak akan berubah menjadi lebih baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.