demam-berulang

Anak lelaki ini, Furqan bin Mohd Ridzal baru disahkan menghidap kanser leukemia. Sebelumnya, dia sudah menunjukkan tanda-tanda selama dua minggu. Antaranya demam berulang.

Jika anak yang demam berulang jangan tunggu lama. Terus bawa ke klinik untuk periksa darah.” Pesan ibu anak ini kepada pembaca Mingguan Wanita.

Ibunya, Siti Mariam Kamsan juga berkongsi tanda-tanda lain yang anaknya ini hadapi sebelum disahkan leukemia.

Setelah positif kanser, ada yang perlu dijaga sepanjang tempoh 2 tahun rawatan. Mohon pembaca doakan kesembuhan Furqan.” Pinta ibunya.

Demam Berulang Selama Dua Minggu

Anak Demam Berulang, 2 Minggu Tunjuk Tanda, Akhirnya Doktor Sahkan Leukemia

KAU ANAKKU YANG TERPILIH

Nak taip ni air mata dah bertakung. Ikutkan pada awal aku tak nak cerita kat media social.

Tapi aku fikir mungkin kisah aku ini akan sedikit memberi manfaat pada orang lain, maka aku ambil masa untuk taip nukilan ini untuk dikongsikan.

Kalau perasan aku pernah posting Furqan demam haritu, sebenarnya demam dia on off selama dua minggu. Tapi hati aku tak tenang sebab Furqan dah setahun lebih tak demam. Bila demam berulang aku dah mula risau.

Husband pergi klinik dan dapat result darah Furqan tak macam orang normal. Semua cair. Aku fikir mungkin Furqan tak suka makan banyak, tak suka minum susu.

Then bila demam tu berulang terus refer hospital kerajaaan. Aku masih berharap Furqan demam biasa je. Tapi malam hari doc bagi result yang akan merubah hidup aku sekeluarga 360 darjah.

Puan, kita dah cek sample darah Furqan. Kita dapati ada sel cancer dalam darah anak Puan. SEL KANSER LEUKEMIA. Saya tahu ibu akan shock. Tapi kita as doktor akan buat sehabis baik untuk anak Puan.

IKLAN

Secepat mungkin kita akan hantar anak Puan Ke PPUM untuk betul-betul lihat result secara tepat melalui ujian sample darah dari tulang sum-sum dan akan dapatkan rawatan segera di sana.’’ kata doktor pakar yang bertugas malam tu.

Menangis Sepuas Hati, Salahkan Diri

Terkedu. Allahuakbar! Allahuakbar! Tak mampu nak berkata-kata. Malam tu aku menangis sepuas hati aku. Aku tak boleh tidur. Aku mula menyalahkan diri aku. Adakah aku bagi Furqan makanan yang kurang berkhasiat sedangkan jajan pun aku sekat tak bagi dia makan selalu .

Aku tak nangis depan Furqan. Bila dia tidur aku nangis di tikar sejadah. Minta keampunan dari Allah. Pindahkan sakit itu kepada aku kerana aku tak nak anak aku menanggung kesakitan sebab dia masih kecil!

Furqan anak yang manja. Waima kena gigit semut pun dia menangis. Tapi aku pelan-pelan menyedari ini tanda KASIH SAYANG ALLAH kepada anakku yang HEBAT ni dan ujian untuk kami sebagai ibu bapa untuk sabar dengan ujian.

Aku katakan banyak kali pada diri aku yang dunia ini hanya sementara akhirat kekal selamanya. Sekejap je Allah bagi ujian ni. Allah nak bagi aku pahala sabar dengan ujian.

Jangan katakan kamu sudah beriman jika kamu belum diuji. Kata-kata ini mampu buatkan aku kuat dengan dugaan ini.

2 Minggu Anak Alami Tanda-tanda Ini, Antaranya Demam Berulang

Esok petangnya pihak hospital bergegas siapkan ambulance dan hantar kami ke PPUM. Keesokan harinya keputusan menunjukkan ya memang benar Furqan positive Kanser Leukemia.

IKLAN

Hanya air mata mengalir bila dengar result itu. Aku redha. Aku kena kuat. Aku dan suami kena kuat untuk Furqan lebih kuat hadapi ini.

Satu persatu aku imbas kembali apa tanda – tanda yang Furqan bagi kat aku selama dua minggu.

  • bibir pucat
  • dia mengadu sakit-sakit badan
  • kepala dia pening tiap kali kena aircond
  • lemah tak bermaya
  • demam yang berulang. 3 hari demam 4 hari baik. Lepastu demam semula.
  • malam berpeluh-peluh
  • makan kurang berselera
  • kuku kaki tiada warna darah. Kelihatan putih or lebam.

Kalau anak ada menghadapi simptom macam ni segera la bawak ke klinik yang boleh periksa darah. Supaya boleh tengok apa yang tak kena.

Baca sini : 7 alasan yang membolehkan wanita ini selamatkan 3 nyawa dengan 450ml darahnya.

No Holiday, Fokus Rawat Furqan

Doc terangkan pada aku yang kanser Leukemia ini tiada stage seperti kanser lain. Ia bukan berpunca dari genetik, bukan dari sebab pemakanan yang tidak sihat dan bukan dari radiasi.

Tapi sebab Allah nak bagi.

Sel darah putih tu dia terhasil lebih banyak dari yang biasa . Siapa punya kerja? Hanya Allah yang mengizinkan semua ini berlaku.

IKLAN

Ya. Anak umi Furqan anak yang terpilih. Anak yang kuat. Umi tahu Furqan kuat. Tiap kali sakit, dia sebut nama Allah kuat-kuat. Allah nak bagi Furqan syurga yang indah nanti. Allah sayang Furqan.

Doakan aku dan suami kuat kerana kehidupan kami selepas ini akan berubah 360 darjah. No holiday. Fokus kami hanya untuk berikan yang terbaik untuk Furqan selepas ini.

  • No more fast food
  • No makan buah tanpa dikupas kulitnya seperti strawberry
  • No sushi
  • No holiday
  • No makanan tanpa dimasak sepenuhnya
  • No kumpul ramai-ramai sebab nak elak dari jangkitan virus pada Furqan

Semua di atas untuk menjaga antibodi Furqan yang akan lemah since rawatan kimo bermula.

Leukemia juga adalah satu-satunya kanser yang berpeluang untuk sembuh paling tinggi iaitu 90% berbanding cancer lain. InsyAllah kesembuhan milik Furqan anak umi.

Ya , Furqan anak umi yang terpilih

#cancerfightersince12September2021

Mingguan Wanita : Mendoakan semoga Furqan segera sembuh. Dan ibu ayahnya dipermudahkanNya untuk menghadapi ujian hebat ini.

Sumber/Foto : Siti Mariam Kamsan

Follow Telegram Himpunan Survivor Kanser Mingguan Wanita untuk mendapatkan info berkaitan : https://t.me/himpunansurvivorkansermw

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI