selesema-dengan

Sekarang ini semacam musim anak-anak sakit. Demam, selesema dengan batuk tak kebah-kebah yang anak alami boleh buat mak ayah susah hati. Macam manalah tubuh kecil nak hadap semua itu.

Baru-baru ini Dr Izzar Anwari yang juga suami pelakon Ummi Nazeera berkongsi pengalaman anak perempuan sulungnya. Ayra yang alami jangkitan selesema sehingga perlu diwadkan.

Jangan ambil mudah ya mak ayah apatah lagi cuma anggap selesema. Sebab ada beza antara demam selesema (commond cold) dengan demam flu influenza. Sebaiknya, bawalah anak segera berjumpa doktor sekiranya anak alami tanda demam, batuk, berhingus, lenguh badan dan sakit tekak.

Rawatannya juga berbeza, dari segi pemberian antibiotik. Bukan semua jenis demam anak-anak perlu diberikan antibiotik.

Baca sini : ‘Kalau nak ke Tanah Suci diri pun kenalah suci..’ Dr Izzar kongsi pandangan 

Musim Anak-anak Sakit

Mesti ramai anak-anak mereka yang ada selsema sekarang ni. Banyak wad kanak-kanak di hospital nak penuh katanya. Ayra pun tak terlepas. Nasib baik ada katil kosong.

IKLAN

Memang anak-anak ni mudah terdedah untuk menghidap jangkitan selesema (common cold) atau flu (influenza). Gejala kedua-dua penyakit ni lebih kurang je tetapi gejala dan komplikasi flu lebih teruk dan boleh mengancam nyawa anak kalau dibiarkan tanpa rawatan secukupnya.

Kedua-kedua selesema dan flu ni gejalanya biasanya adalah seperti demam, batuk, hingus, lenguh badan, kepenatan dan sakit tekak. Tetapi untuk flu, gejalanya adalah lebih teruk.

Selesema ni adalah kebanyakannya disebabkan oleh virus manakala Flu disebabkan oleh virus influenza. Untuk jangkitan virus, anak-anak tidak memerlukan antibiotik. Jadi, korang tak perlulah suka-suka nak mintak antibiotik dari doktor tu.

selesema-dengan

IKLAN

Beza Selesema Dengan Flu

Jadi, macam mana kita nak bezakan antara selesema dan flu? Jawapannya, bawalah anak jumpa doktor. Itulah kerja doktor sebab dia dah dilatih. Tak perlu nak percaya pada mesej berangkai whatsapp atau fb oleh orang tak bertauliah.

Serahkan pada orang di bidangnya. Rawatan akan diberikan oleh doktor berdasarkan penilaian dia. Untuk Flu/influenza, langkah pencegahan juga boleh dibuat dengan memberi anak vaksin influenza. Memang dari dulu lagi ada la vaksin influenza ni. Ini bukannya agenda sesiapa untuk melalaikan anak tu.

SILA BAWA ANAK SEGERA BERJUMPA DOKTOR SEKIRANYA :

  • Gejala-gejala bertambah teruk
  • Demam tinggi sangat (38 C) dan tak turun-turun
  • Sukar bernafas / nafas berbunyi
  • Sangat kurang makan / minum dari kebiasaan
  • Kelihatan sangat tak bermaya
  • Tak makan ubat yang telah diberi doktor

p/s : alhamdulillah @ayraaneesah hanya selsema dan bukannya flu. Cuma ada jangkitan bakteria juga. Jadi kena makan antibiotik. Kena masuk hospital untuk beri antibiotik ikut drip sebab Ayra ni anti makan ubat. Doa-doakan ya. Thanks Mummy @umminazeera jagakan anak di hospital.

IKLAN

Terkini Dr Izzar memaklumkan anaknya, Ayra sudah semakin sihat. Mula ada selera makan dan kembali aktif. “Mencabar juga anak sakit sekarang ni. Sebab kena swab hidung dua kali untuk check COVID-19 dan Influenza. Parents yang nak teman di wad pun kena buat swab COVID-19 juga. Sebab nak tapis siap-siap.

Semoga anak-anak kita semua diberi kesihatan yang berpanjangan. Aminn

Mingguan Wanita : Sememangnya bila anak-anak sakit, mak ayah lah paling susah hati sekali.

Cari termometer tembak di sini : https://invol.co/cl8rbpc

Sumber/Foto : Dr Izzar Anwari