Setiap mak, ayah miliki cara tersendiri untuk mendidik serta membesarkan anak-anak. Namun adakah cara anda betul dalam memastikan anak-anak kaya jiwa dan akhlaknya. Sebenarnya, anak-anak kita hari ini terlalu dahagakan perhatian ibu bapa kerana cerminan anak-anak ini datangnya daripada ibu bapa mereka sendiri.
Menurut Ustazah Isfadiah, memandangkan anak-anak adalah legasi, dengan melibatkan mereka sekali adalah cara terbaik untuk pastikan anak-anak ini berada di landasan yang betul.
Ikuti perkongsian, Saidatul Husna [ Parenting Gaya Ustazah Isfadiah ] Semalam saya sempat berjalan-jalan di bandar Kota Bharu dengan Ustazah Isfadiah. Sepanjang pemerhatian saya, Ustazah Isfadiah sememangnya ikon yang sangat berjaya dalam dunia parenting dan kekeluargaan.
Antara yang boleh saya kongsikan tentang beliau :-
1) Ustazah Isfadiah seorang yang bijaksana dalam membuat tindakan.
Semasa menerima panggilan telefon daripada seorang kenalan yang mengadu tentang masalah anaknya, ustazah Isfadiah sangat fokus dan mendengar dengan teliti (active listening).
Ads
Ustazah tidak banyak bercakap. Selepas kenalan tersebut berhenti mengadu, barulah ustazah berikan pendapat supaya bertenang dan berikan beberapa penyelesaian. Cara Ustazah sama seperti keadaan isteri yang berada di dalam rumah tangga. Isteri cerdik adalah isteri yang bijaksana. Mereka tahu waktu mana perlu bercakap, mereka tahu waktu mana perlu mendengar.
Isteri yang bijak berjaya menguruskan kedua-duanya, mereka tahu menguasai teknik komunikasi yang betul pada tempat dan masa yang tepat.
2) Ustazah banyak berbincang dengan suami berbanding membuat keputusan sendiri.
Daripada penelitian saya, sepanjang berbual dengan mereka, Ustazah jarang mengemukakan cadangan melainkan selepas suaminya Ustaz Muhimin mendahulukan cadangan. Setelah kedua duanya berpendapat, baru mereka sepakat.
Dari situ saya belajar bahawa dengan mendahului suami sebenarnya isteri tidak kerugian apa apa. Malah keputusan akan menjadi lebih praktikal kerana kelebihan lelaki pada akal untuk memberi pendapat rasional dan kelebihan wanita pula pada jiwa dan perasaan. Bila bergabung kedua duanya, keadaan menjadi lebih harmoni.
Ads
3) Bidang Parenting sesuai dengan Ustazah.
Ini pengalaman mahal saya. Semasa kami berbual bual, tiba-tiba Ustazah minta untuk berhenti seketika. Bila ditanya kenapa, Ustazah kata beliau terlupa untuk memasukkan nombor telefon anaknya ke dalam group whatsapp bisnes yang baru dibina bersama team baru mereka.
Bila ditanya adakah Ustazah kekurangan staf sehingga memerlukan bantuan anak, beliau kemudian menjawab stafnya sudah memadai, namun ustazah sengaja melibatkan anak mereka sekali bersama staf lain adalah untuk memahamkan konsep perjuangan Ustazah dalam bidang dakwah.
Memandangkan anak-anak adalah legasi, dengan melibatkan mereka sekali adalah cara terbaik untuk pastikan anak-anak ini berada di landasan yang betul, tidak tercicir di jalan yang salah sama ada dari pengaruh rakan atau media sosial.
Subhanallah.
Ads
Akhirnya Ustazah pesan:
Anak-anak kita hari ini sangat dahagakan perhatian ibu bapa kerana cerminan anak-anak ini datangnya daripada ibu bapa mereka sendiri.
Ibu bapa yang sentiasa membersihkan cermin mereka daripada debu dan kotoran adalah ibu bapa yang membantu anak anak mereka melihat bukan sekadar jasad di cermin.
Malah dari cermin yang sama, anak anak ini juga mampu melihat suasana jiwa, taqwa, azam, impian, cita cita dan tujuan hidup yang lebih jelas di masa hadapan.
MW: Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Anak-anak adalah amanah Allah, jadi jagalah sebaiknya. Begitu juga dengan suami, dahulukan suami dalam segala hal tidak akan mendatangkan masalah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hujung tahun ni musim cuti sekolah ramai mak ayah yang bawa anak-anak pergi bercuti baik dalam negara mahupun luar negara.Jika naik kapal terbang, tempoh perjalanan lama dan masa yang panjang, boleh buatkan anak cepat bosan dan meragam lebih-lebih lagi anak kecil.
Pelakon Ezzaty Abdullah,28 ada cara tersendiri ketika membawa anaknya Harum Dahlia, 1 pergi bercuti ke Abu Dhabi baru-baru ini.Pelakon ini berkongsi antara tip menguruskan anak kecil ketika dalam penerbangan yang mengambil masa lama tanpa ada masalah.
Antara tip yang dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya;
1. Ambil Penerbangan Waktu Malam
Menurut isteri kepada pelakon Azwan Kombos,32 ini, paling utama adalah membuat persiapan awal dari segi pemilihan waktu penerbangan dan makanan untuk anaknya, Harum Dalia.
“Tidur, mamai dan menari. Ramai tanya macam mana saya kendali Harum dalam penerbangan. Alhamdulillah, Harum sangat baik.
“Tip utama ambil penerbangan malam supaya Harum boleh tidur lama sikit. Tapi dia ambil ruang yang luas untuk tidur. Ibu kena senget-sengetkan badan lah.Bertuah punya anak.”
2. Sediakan Makanan
Menurut Ezzaty lagi, makanan untuk anak mesti disediakan dan kena sentiasa ada.Ia memudahkan dan elak anak meragam bila lapar.
“Makanan mesti disediakan dalam bekas makanan. Senang nak terus suap kalau lapar. Biskut/roti boleh minta dalam penerbangan,”
3. Sediakan Air Kosong Dalam Botol Susu
Dalam pada itu, Ezzaty juga memberitahu air kosong dalam botol susu penting untuk diberikan kepada anaknya ketika kapal terbang berlepas dan mendarat supaya telinga tidak rasa sakit berdesing.
“Air panas untuk susu pun boleh minta pada pramugari. Air kosong dalam botol susu tu penting untuk diberi ketika pesawat berlepas dan mendarat sebab Harum tak hisap puting.
Menurut Ezzaty, dia mudah untuk mengendalikan Harum sepanjang dalam tempoh penerbangan, memandangkan ramai pramugara dan pramugari suka bermain dan nak dukung anaknya.
“Harum sangat senang diurus, tambahan pula pramugara dan pramugari ramai yang suka bayi, jadi Harum ada ramai makcik dan pakcik dalam penerbangan nak dukung dan main dengan dia,” ujarnya.
Terdahulu, Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai 2016 pada majlis yang diadakan di Bentong, Pahang dan dikurniakan cahaya mata pertama,Harum Dahlia pada 6 Disember tahun lalu.
Semoga perkongsian tip ini bermanfaat!
MW: Buat mak-mak yang nak pergi bercuti keluar negara boleh cuba tip yang dikongsikan oleh pelakon Ezzaty Abdullah ini. Semoga anak-anak lebih mudah diurus dalam kapal terbang sepanjang tempoh perjalanan nanti.
Macam mana nak selamatkan gigi anak-anak kalau buku kesihatan anak pun mak ayah tak pernah belek.
Mungkin ada yang ingatkan masa anak bayi saja boleh guna buku ini, tetapi sebenarnya ada muka surat yang memudahkan kerja mak-mak untuk pantau gigi anak dan bila masa yang sesuai nak bawa jumpa Doktor gigi.
Nah sebelum pergi lebih jauh, jemput godek ilmu daripada salah seorang Pegawai Pergigian, Doktor Iqbal tentang kegunaan buku merah dan biru yang boleh selamatkan gigi anak-anak.
Tentang Gigi Anak
Mak ayah yang ada buku merah (untuk anak perempuan) atau biru (untuk anak lelaki) cuba semak bahagian gigi, sudah ada tanda tangan doktor gigi atau misi ke belum?
Ramai yang tanya bila nak mula bawa anak ke klinik gigi kan? Dalam buku ini dah ada jawapannya.
Mari semak satu-satu.
☑️ Muka surat 39
Halaman yang ini tak perlu tanda tangan. Cuma sebagai latihan kepada ibu bapa untuk pantau pertumbuhan gigi anak masing-masing. Dekat situ boleh catat tarikh gigi mana yang sudah tumbuh keluar.
☑️ Muka surat 68-69 (0-9 BULAN)
Halaman ini yang mula-mula kena isi bila bawa anak ke klinik gigi. Biasanya umur 6 bulan sudah ada 4 batang gigi. Terus bawa ke klinik gigi untuk diperiksa, kemudian doktor akan bagi nasihat berkaitan penjagaan gigi bayi.
☑️ Muka surat 96-97 (10-23 BULAN)
Masa ini gigi sudah banyak tumbuh keluar. Ada yang sudah ada 20 batang. Masa ini agak kritikal untuk periksa gigi. Banyak nasihat doktor macam mana nak jaga gigi pada masa ini. Elakkan tidur dengan botol susu, mak ayah kena tolong anak gosok gigi dan sebagainya.
☑️ Muka surat 115-116 (2-4 TAHUN)
Anak sudah besar masa ini. Ada yang takut, ada yang berani, ada yang sudah biasa. Sebab itu penting bawa anak masa kecil dan biasakan dengan persekitaran klinik gigi. Pada masa ini juga ramai yang giginya sudah rosak. Ada juga yang pertama kali baru datang bawa anak untuk periksa gigi. Masa ini antara yang penting ialah mak ayah kena tolong gosokkan gigi anak dan kurangkan penggunaan puting.
Akhir kata, gunakan buku ini sebaiknya. Bukan untuk periksa tubuh badan dan vaksinasi sahaja, malah boleh digunakan untuk periksa gigi. Tak perlu tunggu misi di klinik kesihatan untuk refer. Terus sahaja pergi klinik gigi dan bawa buku ini.
Semoga bermanfaat. Semoga lebih ramai ibu bapa cakna akan kesihatan gigi anak masing-masing. Kongsikan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Allahuakbar… sampainya hati seorang pengasuh letak mayat bayi Adam Rayqal Mohd Sufi, lima bulan, dalam peti ais. Ini Kejam!
Sungguh tragis… tak dapat bayangkan macam mana perasaan seorang ibu, Farah Madiha Othman, 28 yang berada di tempat kerja terus bergegas pulang apabila tahu berita kehilangan anaknya.
Semalam tular pengasuh menyatakan bayi lelaki itu kena culik dengan lelaki tak dikenali tetapi ditemui sudah meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak.
Ditemui Di Dalam Peti Rumah Pengasuh
Mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
Apa yang cukup menyedihkan, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.
Sebijak mana pengasuh itu cuba menipu, namun mayat Adam Rayqal ini akhirnya ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.
Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan.
Pengasuh Disiasat!
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.
Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Petang semalam, selepas tahu anak kecil ini yang konon dilarikan orang tak dikenali, bapa bayi itu, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, siap memuat naik gambar Adam di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.
Takziah kepada keluarga mangsa dan semoga kes ini menjadi pengajaran untuk mak ayah lebih berhati-hati dengan pengasuh yang menjaga anak-anak.
AL-FATIHAH.
Info: Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...