Ambil Wuduk, Bila Dah Tenang Baru Duduk Berbincang Masalah Suami Isteri

‘Ambil wuduk dan bertenang’. Ini antara panduan bantu hadapi konflik rumah tangga yang dikongsikan oleh pelakon aksi terkenal, Adam Corrie Lee Abdullah, 51.

Beliau sudah pun 11 tahun mendirikan perkahwinan dengan pasangannya, Fazema Mohd Fuad, 41 tahun.

Rumah tangga pasangan ini diuji penantian zuriat yang panjang. Masuk tahun ke-10 perkahwinan barulah mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Adam Fateh Lee.

Baca Sini : Doa dan cara Adam Corrie dan isteri ikhtiar untuk hamil.

Sebaik selesai temubual dalam rancangan Mingguan Wanita Talkshow, wartawan MW mendekati beliau. Bertanyakan tentang tip bahagia rumah tangga. Selayaknya, dengan ujian sehebat itu.. pasangan ini bermurah hati berkongsi tip untuk mak ayah semua.

 

 

IKLAN
Ambil Wuduk, Bila Dah Tenang Baru Duduk Berbincang Masalah Suami Isteri
Ketika ditemubual pengacara Mingguan Wanita Talkshow

Rahsia Bahagia Adam Corrie & Fazema

1. Kena ada give and take. Dalam fikiran perlu ada keinginan nak tolong ringankan beban isteri. Dan isteri pun kena lah juga tolong ringankan beban suami. Paling penting, jangan beri tekanan kepada pasangan masing-masing.

2. Kalau berlaku masalah, duduklah dengan tenang dalam keadaan adanya wuduk. Kemudian, berbincanglah. Berbincang pun kena ada konsepnya. Dengar apa isteri nak cakap, apa bentuk soalan yang suami nak tanyakan dan apakah yang nak dijawab.

3. Selalulah kekalkan kesabaran. Sebelum atau selepas berkahwin pun kena banyak bersabar. Lagi-lagi dengan adanya anak ini, so suami kena faham situasi isteri dekat rumah dan isteri kenalah juga faham situasi di luar rumah (ketika bekerja).

4. Sebaik suami sampai saja di rumah, ucaplah ‘alhamdulillah’. Paling penting berikan senyuman dan rasa syukur yang saya dah sampai rumah.

IKLAN

5. Sebelum balik rumah, doa yang baik-baik untuk isteri. Semoga isteri diberi kesihatan dan kekuatan dan doa baik-baik yang lain. Jika ada apa-apa masalah, kena bertenang, bersabar dan jangan tunggu lama-lama untuk berbincang.

6. Andai kata ‘terlepas’ (termarah isteri) istighfar banyak-banyak. Ambil wuduk, keluar sekejap untuk tenangkan hati. Bila dah balik baru kita bincang.

 

Ambil Wuduk, Bila Dah Tenang Baru Duduk Berbincang Masalah Suami Isteri

IKLAN

Bila Suami Rasa ‘Down’ Jangan Bagi Nasihat

7. Bagi Fazema pula, ketika suami dalam keadaan down, jangan bebankan suami. Tanya elok-elok, ‘apa yang kita boleh bantu.’ Gembirakan hati dia. Buat apa yang dia suka, berilah kata-kata yang indah. Tak perlu bagi nasihat ketika suami tengah ‘down’. Nasihat akan lagi bebankan hati dia. Kita cuma bagi ceria. InsyaAllah semua ok.

8. Waktu awal perkahwinan dulu, cepatlah berkecil hatinya. Bila dan lama dalam perkahwinan, nak merajuk tu dah rasa tak perlu. Sebab kita boleh settlekan sendiri. Rasa benda kecik je.

9. Untuk membina keluarga yang harmoni, saya kenalah betulkan niat dalam rumah tangga. Kahwin ini sebab nak bahagiakan suami. Dan perkahwinan ini jugalah jambatan kita untuk ke syurga.

Sehingga hari ini, Adam Corrie masih lagi meneruskan perniagaan menjual pakaian di Busana @ Menara MARA di tingkat 2. “Kalau tak ada shooting saya akan bantu di butik. Bila shooting, isteri yang jaga dengan seorang pekerja.”

Butiknya dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam, menjual pakaian kurta dan jubah. Salah seorang penggemar busana dari butiknya adalah pelakon Aidil Aziz, yang juga suami Fasha Sandha.

Foto : Adam Corrie

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI