Betapa dalam kehidupan ini kita boleh mencari keberkatan dengan melakukan amalan tertentu. Antaranya menjaga solat awal waktu, mendirikan solat sunat tahajjud, membaca al quran dan menjaga hubungan silaturahim. Dengan melakukan amalan ini, menjaga hubungan dengan Allah, percayalah segala kesusahan akan dipermudahkan dan dilimpahkan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Buka mata dan buka hati, jemput baca perkongsian ini..
2 minggu lepas bapa mentua saya masuk ward. Seminggu juga kena tahan disebabkan demam. Jadi mak kena jaga siang malam. Mak cerita kepada kami di rumah.
Dalam seminggu mak perhatikan orang katil sebelah. Suami seorang makcik ini kena stroke. Setiap kali waktu melawat ramai orang datang melawat. Hari ini orang lain,esok pula orang,setiap hari lain lain orang datang ziarah. Setiap orang yang datang pasti bawa buah tangan,ada yang bagi duit.
Amalan Hidup Berkat
Mak sembang dengan makcik ini dan bertanya beberapa soalan. Antara soalan mak tanya. Apa amalan nampak hidup makcik berkat sangat, setiap hari orang datang bawa hadiah,bagi duit. Mak tanya beberapa kali.
Makcik ini kongsi satu kisah. Pernah satu kali rumah beliau sudah beberapa tiada lauk,tiada beras. Pakcik pula kena stroke. Walaupun stroke pakcik tak pernah tinggal solat,selalu baca Al Quran.
Ads
Solat 2 Rakaat Tahajjud
Suatu malam makcik ini tersedar dari tidur disebabkan lapar menguasainya. Lalu beliau teringat pesan ustaz. Jika kita dalam kesusahan bangun solat 2 rakaat tahajjud.
Beliau pun ambil wuduk dan solat. Beliau bercakap cakap dengan Allah. Ya Allah. Saya malu nak minta. Tapi ya Allah rumah saya langsung tak apa apa nak makan kecuali ada sedikit sayur yang saya tanam sendiri. Itu pun saya nak beri sedekah kepada jiran jiran.
“Ya Allah boleh tak hantarkan seseorang esok pagi bagi zakat beras. Kami lapar sangat ya Allah.. Jika dapat beras pun cukup dah Ya Allah..” (Ini doa yang mak saya ingat)
Ajaibnya. Betul betul selepas subuh entah siapa datang ketuk pintu bawa beberapa bag beras. Katanya ini zakat beras untuk musim ini.
Ads
Jadi dari saat itulah makcik ini tidak tinggal solat tahajjud, solat awal waktu, tidak tinggal baca Al Quran setiap hari. Dan dia tidak pernah tinggal sedekahkan sayuran kepada jiran jiran dari hasil yang dia tanam sendiri.
Kena Ingat Allah
Pesan makcik ini. Setiap apa yang kita nak buat kena ingat Allah. Kita terlupa letak kunci ke,lupa nak beli apa ke kena berdoa kepada Allah. Apa apa nak buat kena ingat Allah. Sikit sikit Allah. Sikit sikit Allah. Kena selalu bercakap cakap dengan Allah.
Hubungkan Silaturrahim
Dan terakhir pesan makcik ini. Hubungkan silaturrahim. Jangan putuskan hubungan dengan adik beradik,dengan jiran. Kena berbuat baik kepada semua orang. Senangkan hati jiran kita dan jangan buatkan hati jiran tidak senang dengan kita.
Ads
Subhanallah. kadang kadang amalan ini selalu kita dengar,selalu ustaz bagi tazkirah. Tapi amalan inilah selalu kita lupa,selalu kita abaikan. Kita selalu lupa akan Tuhan yang maha Kaya,Yang Maha Memilik seluruh alam ini.
Moga Allah beri kekuatan untuk terus kita istiqomah dalam amalan sehingga akhir hayat.
SEBARKAN.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Betapa jika kita menjaga hubungan dengan Allah, allah lebih-lebih lagi ‘menjaga’ kita. Jagalah solat, buat sunat tahhajud dan peliharalah hubungan silahturahim sesama manusia semoga hidup kita diberkati dan limpahkan lagi rezeki.
Banyak kelebihannya apabila mengamalkan Surah At-Taubah 128-129 dalam wirid seharian dibaca 7 kali selepas solat fardhu. Antaranya ia mampu menjadi ‘ayat pengasih’ dalam mengeratkan hubungan kasih sayang.
SURAH AT TAUBAH – ayat 128 & 129.
Fadhilatnya dengan izin ALLAH panjang umur, mudah urusan Dunia & Akhirat, jauh bala, tambah iman dan AYAT PENGASIH.
Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Bacalah setiap hari. Jika dibaca pada waktu pagi, InsyaaAllah ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, ia boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya.
Kelebihan-kelebihan lain jika mengamalkan Surah At Taubah.
Antaranya:
1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
Jadi kepada anda semua yang sedang membaca, yang secara tidak sengaja terbaca akan tulisan di sini. Mungkin itu pun dengan kehendak ALLAH SWT juga. Amalkanlah Surah At-Taubah. Tidak akan rugi apa pun malah dengan izinNya insyaaAllah kita dapat keluar dari apa sahaja permasalahan yang dihadapi. Ataupun mungkin apa yang dihajati akan ditunaikan olehNya.
Jangan panik, kalut, lakukan perkara ini apabila mak ayah meninggal dunia. Bertenang dan jangan panik. Maklumkan kematian kepada ahli jawatankuasa masjid terdekat bagi membantu pengurusan jenazah. Kemudian hubungi ahli keluarga bagi memaklumkan berita pemergian si mati.
Itulah antara tip penting bila berhadapan dengan kematian ahli keluarga. Apatah lagi telah pergi meninggalkan kita merupakan mak atau ayah.
Jangan Panik, Kalut
Waris yang bertindak sebagai pentadbir atau wasi perlu mengetahui apa yang harus dilakukan. Seperti mana perkongsian di akaun twitter saudari Izah@nuizart memberi beberapa tip apabila berhadapan dengan kematian mak dan ayah. Seperti mana pengalamannya semestinya pengalaman saudari Izah sangat berharga buat ingatan bersama.
“Things To Do Lepas Parent Meninggal. Based on my recent experience handling my father.Saya letak sini untuk future reference dan bantu korang prepare juga.
SEWAKTU PARENT SAKIT – NAZAK :
Tanya khairat kematian daftar mana
Nak tanam kat mana
Kubur nak macam mana
Minta ayah/ibu maafkan anak-anak, ajak adik beradik balik
Bantu ucap syahadah
LEPAS MENINGGAL
Kalau meninggal kat rumah, buat report panggil polis, kalau meninggal kat hospital, Dr jadi saksi.
2.Hebahkan kepada keluarga belah suami, isteri, kawan FB, minta cuti kepada boss
Panggil orang untuk uruskan jenazah ikut khairat kematian. Anak lelaki bantu mandikan jenazah ayah. Kucup jenazah, jgn kena airmata, pakaikan kain ihram.
Buat solat jenazah, anak lelaki imamkan
Gali kubur, perempuan jangan masuk, elak binaan atas kubu, buat tahlil dirumah atau masjid.
Isteri dlm iddah, jgn berhias, jgn pakai warna menonjol, elak keluar rumah Iddah 4 bulan 10 hari hari kecuali perlu.
Daftar kematian kat pejabat pendaftaran negara, dia akan potong IC, buat surat mati
Check hutang ayah/ibu dengan sedara atau rakan
Businessman, tengok dengan supplier, settle sewaan
Duit dari akaun bank keluarkan sebelum freeze
Kwsp, zakat, pergi unit wang tak dituntut (7 tahun)
Check wasiat, hibah, uruskan harta kalau perlu faraid
Untuk businessowner, update ssm
Check dengan clients/vendors/supplier kalau ada hutang.
Tanya bank kalau ada hutang
Kalau ayah meninggal, sedara lelaki pakcik, atok & sedara bantu bagi makan minum pada ahli keluarga kita selama 3 hari
Santuni rakan parent
Buat haji badal
Take care of yourself while taking care of others.
“Waktu parent kita meninggal, dari segi psychology, memang berat untuk emosi seorang anak.
“Tak salah menangis, cuma jangan merantapi. Bantu sesama adik-beradik untuk urus emosi.
“Jaga diri, cuba sehabis baik untuk kekal tenang dan elak buat keputusan terburu-buru.
“Take care. Moga Allah beri our parents husnulkhotimah,” kongsi Izah yang semestinya dapat kita pelajari bersama-sama.
Menjadi kebiasaan bila ada kawan-kawan yang berniaga sesuatu barangan atau makanan, ramai yang suka mengambil kesempatan untuk minta percuma atau harga diskaun lebih murah. Katanya nak ‘harga kawan-kawan’. Hakikatnya perlu ubah sikap sebegini. Ini kerana bukan mudah untuk bisnes mereka berjaya. Banyak jatuh bangun, ‘asam garam’ dan onak duri yang perlu ditempuhi demi sesuap nasi.
Lebih-lebih lagi, jika hanya berniaga kecil-kecilan dan baru memulakan perniagaan. Tak dapat bantu banyak, tolonglah mereka seadanya. Tak perlu minta diskaun, mahu percuma atau harga lebih murah pada barang yang diniagakan.
Jemput renungkan perkongsian daripada Mohd Hanizal ini;
Ramai yang ambil kesempatan bila tengok kawan-kawan meniaga.. Bila tengok kawan meniaga dia ingat kawan dia banyak duit kot sampai nak Free atau nak harga terlalu murah dari biasa sampai minta harga bawah dari modal.
Banyak kos yang perlu ditanggung oleh peniaga contohnya kedai makan perlu membayar kos sewa kedai, pekerja, bill air dan bermacam lagi.. Hari tidak selalunya cerah, ada hari rugi disebabkan makanan tidak habis.
Apa salahnya kita sebagai kawan yang bagi duit lebih pada kawan atau makcik yang jual kuih tepi jalan tu niat untuk membantu agar bisnes mereka semakin berkembang.. Contohnya beli barang RM4.50 kita bagi lah duit RM5.00 dan tak perlu ambi baki dengan niat bersedekah 50sen tu.
Jadi lah tangan di atas untuk membantu bukan tangan dibawah untuk menjatuhkan orang lain tanpa kita sedari.. “Orang yang berjaya adalah orang yang gembira melihat orang lain berjaya”
Duit yang tak berkat, banyak macam mana pun tak akan cukup. Hati tak akan rasa puas mengejar dunia. Dah dapat sikit nak banyak. Dah dapat banyak nak lagi banyak. Duit yang berkat, walaupun sikit Allah swt akan cukupkan.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi teguran buat kita. Bantulah kawan-kawan yang buat bisnes agar mereka lebih berjaya.Tak dapat tolong banyak, bayar harga sepatutnya tak minta percuma atau diskaun pun dah memadai.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...