
Isi Kandungan
ToggleWanita murah senyuman, Norsahida Mohamad Said yang lebih dikenal mesra dengan nama (Puan Sheda Said) pernah alami kejatuhan dalam bisnes yang membuatkan dia berhutang sampai RM1 JUTA. Rupanya ada cara selesaikan hutang RM1 jutanya dengan bantuan Allah.
Ini panduan dari Pengasas La Mamma dan Jus Sengat Dara bagaimana keyakinannya pada Allah akhirnya membuka jalan penyelesaian hutang yang tinggi menggunung. Cara ini juga boleh dipraktik buat usahawan lain yang ketika ini berdepan masalah hutang. Ini tipnya:
Cara Puan Sheda Selesaikan Hutang RM1 Juta
Sedikit saya simpulkan bila saya jatuh terduduk, tersembam, tergolek pada tahun 2003-2008 (jatuh dalam bisnes dan ada hutang satu juta) :

- Bertenang. Lapangkan fikiran. Jika jiwa kacau dan kalut susah nak nampak jalan keluar.
- Bincang dengan pasangan. Jangan bersendirian.
- Cut cost apa yang tak perlu. Senaraikan komitmen bulanan yang perlu sahaja.
- Senaraikan juga semua hutang dan contact person.
- Jangan lari atau berdiam diri. Deal dengan supplier, mahkamah, bank untuk bayaran ansuran ikut kemampuan.
- Cari jalan untuk dapat income. Saya buat muka tebal, buang rasa malu pergi berniaga pasar pagi, pasar malam. Angkut anak kecik sekali.
- Cari peluang untuk tambah pendapatan dengan keluarkan kos atau tanpa kos.
- Ikat perut dan tahan nafsu membeli apa jua kehendak.
- Menyimpan walaupun sedikit. Lama lama jadi bukit.
- Elak diri bergaul dengan orang. Tujuannya untuk jaga hati sendiri. Sebab kebanyakan mereka suka tengok kita jatuh dan akan mengata kita.
Ujian Tuhan Untuk Mereka Yang Kental!
- Semoga dapat sesuatu kepada yang sedang nengalami fasa kejatuhan.
- Ingat satu perkara saja. Jika hari ini, awak di bawah tidak selamanya awak akan dibawah. One fine day, awak akan naik juga ke atas.
Ini adalah salah satu cara Allah tunjukkan kasih sayangNya. Bersabar dan terus mohon petunjuk dariNya, Allah yang Maha Baik
Semoga dengan 10 saranan yang beliau kongsikan ini membantu para usahawan selesaikan hutang yang barangkali ketika ini membelenggu anda. Ingatlah tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Janganlah sampai berputus asa dengan ujian Allah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Jangan Pakai Lagi Baju Sekolah Sayang’ Demi Ilmu, 45 Minit Anak-anak Ini Berjalan Kaki Meredah Belantara

Isi Kandungan
ToggleKetika mak ayah menikmati indahnya Kemerdekaan 31 Ogos tahun 2018 ini, nun jauh di perkampungan pedalaman Orang Asli Kuala Lipis Pahang masih ada lagi anak-anak kecil keriangan meredah belantara demi menimba ilmu di sekolah.
Seakan tiada resah di wajah mereka. Biarpun ditebak cikgu dengan bermacam soalan; kenapa baju kotor, kenapa datang lambat, anak-anak ini tetap ceria. Tetap datang ke sekolah.
Dan tidak pun bersungut dengan perjalanan sejauh 45 minit berjalan kaki meredah semak belantara yang mana semua ini gerun untuk anak-anak yang terbiasa hidup senang mahu melaluinya.
Catatan perjalanan Guru Sains di SK Lenjang Pedalaman Orang Asli Kuala Lipis, Pahang, Cikgu Ameer Firdaus ketika mengambil keputusan untuk memahami kenapa anak-anak ini kotor baju sekolahnya malah adakala lambat ke sekolah pasti membuka pintu hati pembaca.
Dia turut serta bersama-sama keletihan dan bermandi peluh dengan anak-anak ini ketika menghantar mereka pulang ke rumah di Perkampungan Orang Asli Tungau, Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang.
Wajah anak Penan basah dengan tangisan, rindu sungguh pada mak ayah yang jauh.

Selamat Pulang Ke Rumah Sayang
Satu hari tu aku janji dengan anak-anak murid aku ni, untuk hantar mereka pulang ke rumah. So that day, aku ajak pengawal keselamatan sekolah temankan aku. Maka pergilah aku berjalan bersama-sama mereka.
Perjalanan aku menghantar anak-anak aku ni ke rumah mereka yang tinggal di sekitar “Kampung Tungau” telah memakan masa 45 minit pergi dan 45 minit balik.
Boleh tengok sendiri turutan perjalanan anak-anak ni pergi dan balik sekolah setiap hari dalam keadaan macam ni. Haa, kalo nak rasa, boleh datang sini, kami boleh bawakan.
Pesan Emak, Baju Sekolah Pakai Bila Tiba Di Sekolah
Okeh, berbalik kepada cerita sebenar.
Setiap hari, dalam pukul 5.30 pagi diorang bangun bersiap ke sekolah. Kat rumah tak ada iron pun, mak diorang lipat-lipat baju sekolah anak dia letak dalam beg. Kumpul dengan kawan-kawan, bawa lampu suluh. Pukul 6.00 pagi nak gerak dah.
Ada la sorang dua parent teman hantar. Kadang-kadang jalan kaki menyusuri semak, bukit-bukit dan titian buluh tu untuk ke sekolah. 45 minit jalan kaki dalam hutan, sampai kat pagar belakang sekolah tu, diorang cari tempat lapang sikit. Then baru diorang sarungkan baju sekolah.
Tahu kenapa? Sebab parent dia pesan, “Jangan pakai lagi baju sekolah sayang”.
“Dalam perjalanan waktu dini hari nanti embun-embun pagi kat daun-daun tu akan buat baju basah, dan tanah-tanah yang lembab tu akan buat baju sekolah kotor. Karang sampai ke sekolah cikgu marah kalau baju kotor.” (translate dari bahasa semai).
So tahan la sikit comot kat pakaian sekolah tu. Then, kira-kira pukul 6.50 macam tu, bila dah siap-siap sarung pakaian sekolah tu baru diorang masuk pagar sekolah untuk makan RMT.
Pukul 7.25 pagi tu dah siap-siap nak berhimpun dah. Sama jugalah dengan waktu balik dari sekolah.
Diorang akan tanggalkan pakaian sekolah tu dulu. Letak dalam beg. Then pergi tadah makanan tengah hari dalam tupperware, lepas tu makan sambil jalan on the way balik. Ada tu makan sambil melompat-lompat pun ada. Biarlah. Budak-budak.

Asrama Terhad Untuk 200 Murid Yang Terlalu Jauh Di Pedalaman
Ada asrama sekolah. Tapi asrama tidak boleh menampung semua murid. Jadi asrama di hadkan pada +-200 murid yang tinggal di kawasan yang terlalu jauh sahaja. Jadi sebenarnya Kampung Tungau ni masih lagi tidak terlalu jauh…..(tapi sebenarnya jauh).
Dalam keadaan yang macam ni tak hairan lah diorang boleh jadi malas untuk ke sekolah, lewat datang dan lewat makan RMT, ataupun baju diorang tu akan kotor sangat.
Dan aku ni, dalam beberapa tahun mengajar kat sini duk asyik tanya dan marah diorang dengan soalan-soalan ni.
“Kenapa baju kotor sangat ni?”
“Awak ni kenapa lambat sangat datang, dah la baju kotor!”
“Dah kenapa awak selalu lewat makan pagi, lewat beratur.”
Bla bla bla… Kenapa tu.. Kenapa ni.. Bla bla bla.
Macam-macam, dengan nada bengis, kadang nada elok nasihat, kadang marah. Yang di mana aku menganggap mereka ni tidak faham tentang kebersihan, mahupun menepati masa untuk datang awal ke sekolah, ataupun kepentingan untuk datang belajar kesekolah. Tapi dalam situasi mereka ni, siapa sebenarnya yang tidak faham?

Walau Keadaan Sesukar Itu, Anak-anak Tetap Ke Sekolah
Rasa kejam dan rasa bersalah. Benar-benar memberi kesedaran pada aku. Yang memberikan tamparan lebih hebat pada aku, bila dalam keadaan mereka yang macam tu, tapi mereka tetap datang ke sekolah.
Ada beberapa orang tu memang kalau tak sakit, dia akan selalu datang. Dia awal, belajar elok, suka tolong cikgu buat itu ini. Dan aku tak nampak penat pun kat muka dia ni. Dan kawan-kawan dia yang lain pun ikut sama.
Ya, mereka hidup dengan apa adanya, gembira dengan apa yang ada, tidak merungut, sedar diri, dan ingin berusaha memperbaiki kehidupan. Semua ni buat aku lebih sedar tentang kenapa aku ditempatkan di pedalaman ni.
Even jalan aku susah untuk masuk ke sekolah ni denagn meredah sungai, jalan lereng bukit berselut dan sebagainya tu. Apalah sangat nak dibandingkan kesusahan yang sedikit tu dengan keperitan hidup anak-anak murid yang lebih memerlukan cikgu-cikgu dia untuk berada di sana.

Okeh, salam cikgu dulu.
Comot-comot Pun Cikgu Tetap Sayang
Mmmmmm, banyak dah bebel.. Dah sampai rupanya kat kawasan sekitar kampung Tungau ni. Maafkan cikgu, cikgu dah marah awak semua tanpa memahami situasi awak sebenarnya.

Terima kasih jadi anak-anak murid yang sabar dan sayangkan cikgu.
Terima kasih kerana menghilangkan rasa penat cikgu dengan senyuman riang walaupun sebenarnya awk sangat penat. Comot-comot pun, cikgu tetap sayang.
Dah sampai rumah ni, semua salam cikgu dulu.
Melambai, sambil menahan sebak.
Selamat pulang ke rumah sayang.
Belantara Inilah Yang Anak-anak Redah Pergi Dan Balik Sekolah

Happy je diorang. Melompat-lompat sambil nyanyi-nyanyi.


Yep, Dhaif perjalanan ni.. So boleh fikir tak waktu diorang mulakan perjalanan (berjalan kaki) dalam seawal pukul 5.45 or 6.00 pagi. Melalui semak samun dan titian-titian yang macam ni.




#myadorablekids



Aku tanya dalam hati aku.. Kenapa awak semua ni still senyum…………
Sambil melambai-lambai, sambil mata aku berkaca.
Sumber/Foto : Ameer Firdaus
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Janna Nick Minum Susu Ikhtiar Hamil, Warga Maya Doa Tahun Depan Timang Cahaya Mata

Isi Kandungan
ToggleJanna Nick minum susu ikhtiar hamil, warga maya doa tahun depan timang cahaya mata. Baru-baru ini pelakon dan pengacara, Janna Nick berkongsi momen membuat kejutan hari jadi buat suaminya, Dini Schatzmann yang ke-30.
Janna Nick Minum Susu Ikhtiar Hamil
Menerusi hantaran di laman Instagramnya itu, Janna dan Dini turut berkongsi hafalan surah Al-Mulk. Ketika giliran Dini, Janna membuat kejutan membawa kek hari jadi buat suaminya.
Janna turut berharap tahun hadapan mereka akan bertiga serta mendoakan agar suaminya diberikan kesihatan yang baik serta rezeki melimpah.
Warga Maya Doa Tahun Depan Timang Cahaya Mata
Dalam perkongsian tersebut juga, ramai warga maya perasan Janna sedang membancuh susu yang diformula khas bagi membantu wanita memulihkan kesihatan dalaman sebagai ikhtiar untuk hamil.
Berikut antara komen-komen warga maya.
Komen-komen daripada warga maya juga turut mendapat reaksi daripada Janna. Pelakon, penyanyi dan pengacara itu memberitahu dia sedang berusaha untuk hamil. Ramai yang mendoakan agar Janna dikurniakan zuriat tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Janna Nick
Baca artikel lain juga: Mandi Bersama, Solat Berjemaah, Rahsia Pengikat Hubungan Janna Nick & Dini
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu & Rakan Tomboy Dera Anak Dihukum Penjara 14 Tahun, Hakim Nasihat “Pertalian Ibu & Anak Istimewa…”

Isi Kandungan
ToggleIbu & rakan tomboy dera anak dihukum penjara 14 tahun, hakim nasihat “pertalian ibu & anak sangat istimewa. 12 Ogos lalu, gempar penduduk di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor Bharu menyerbu rumah dihuni ibu kandung dan teman serumahnya yang berperwatakan tomboy mendera anak sendiri.
Hal itu terbongkar bila mana kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun itu bermain sendirian di luar dengan kesan tubuh yang penuh luka sebelum diterjah penduduk perumahan yang menyelamatkan kanak-kanak malang ini.
Ibu & Rakan Tomboy Dera Anak Dihukum Penjara 14 Tahun
Hari ini, di Mahkamah Seksyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap ibu kandung dan rakan serumahnya atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya pada Ogos lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Hakim VM Mabel Sheela menjatuhkan hukuman terhadap ibu tunggal berusia 27 tahun dan rakan serumahnya, Awiin Chua, 30, selepas ditangguhkan pada 10 Oktober lalu kerana beliau cuti sakit.
Mabel Sheela dalam penghakimannya sebak ketika membayangkan penderitaan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang didera dalam tempoh sebulan.
Hakim Nasihat “Pertalian Ibu & Anak Istimewa…”
“Pertalian ibu dan anak adalah sangat istimewa, kalau awak (merujuk kepada ibu mangsa) tanya anak adakah dia mahu mengikut awak, pasti dia akan mahu ikut, walaupun tahu akan merasa sakit.
“Mahkamah tidak boleh membayangkan keadaan mangsa jika keadaan berlarutan lebih lama dan tidak dibantu orang awam, pastinya mangsa akan meninggal dunia,” katanya sebak.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir manakala kedua tertuduh diwakili peguam, Nurhazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah
Dalam penghujahan Nur Diyana memaklumkan terdapat lebih 20 kecederaan fizikal terhadap tubuh mangsa berdasarkan hasil pemeriksaan yang dilakukan pakar perubatan.
Katanya, tempoh tertuduh melakukan penderaan terhadap mangsa selama sebulan yang mana kedua tertuduh mempunyai penjagaan terhadap mangsa kerana tinggal bersama mereka.
“Kekerapan setiap hari sejak 1 Julai hingga 9 Ogos berdasarkan pengesahan luka lama dan baru serta parut tubuh badan mangsa dalam laporan perubatan.
“Mangsa bukan saja dipukul tetapi turut diabaikan dengan meninggalkan mangsa keseorangan, dikunci di rumah tanpa makanan serta tidak menghalang atau menyelamatkan mangsa apabila dipukul,” katanya.
Selepas mengambil kira penghujahan pendakwaan, Mabel Sheela menetapkan tertuduh dipenjara tujuh tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua.
Mahkamah seterusnya memerintahkan kedua tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bagi dua pertuduhan bermula dari tarikh tangkapan 12 Ogos lalu.
Mengikut kertas pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.
Manakala, bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mencapai niat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kedua ibu tunggal itu ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka.
Dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di sini, antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu.
Pendakwaan kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tiba di perkarangan mahkamah jam 9 pagi dilihat tenang dan bersedia menerima hukuman yang bakal dijatuhkan hakim terhadap mereka.
Pada 16 Ogos lalu, ibu tunggal itu dan Awiin yang juga wanita berperwatakan lelaki mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fatimah Zahari.
Bagaimanapun, pada 27 September lalu, kedua-dua mereka menukar pengakuan kepada bersalah, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Mabel Sheela.
Awal Ogos lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki disyaki menjadi mangsa dera kepada dua wanita yang mana seorang daripadanya adalah ibu kandungnya.

Kejadian menimpa kanak-kanak itu terbongkar selepas jiran menyerbu rumah diduduki dua beranak itu bersama kenalan ibu mangsa.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ibu & Teman “Tomboy” Menangis Ditangkap Dera Anak, Kepekaan Jiran Bongkar Dipuji Che’ Puan Khaleeda
Tak Tahan Kerenah, Ibu Usia 74 Tahun Sakit Strok Maut Didera Anak Menantu
Buang Baran Anak Lelaki Dari Kecil, Biar Jadi Suami Penuh Cinta Bukan Pendera Anak Dan Isteri
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI