Berdepan dengan penceraian atau perpisahan bukan sesuatu yang mudah tetapi ianya bukan pengakhiran hidup seorang wanita. Sebaliknya jadikan perpisahan sebagai permulaan hidup anda untuk lebih berdikari dan lebih berjaya.

Perasaan sedih dan kehilangan itu adalah biasa, namun yakinlah Allah merancang masa depan yang lebih baik buat mak-mak yang sedang diuji. Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk bersedih, lakukan langkah pertama dengan move on. Jangan sesekali lemah dan putus asa kerana bimbang dihasut syaitan pula.

Ikuti perkongsian, Saidatul Husna :

5 Cara Paling Berkesan Untuk Move On

IKLAN

Kak Sai, ada tips untuk move on tak? Saya baru lepas break up. Kami dah bertunang, nak kahwin dalam dua bulan lagi tiba-tiba pihak lelaki minta putus. Bantu saya Kak Sai, saya sedih sangat. Apa patut saya buat.
Lepas baca itu bergenang juga air mata ni. Saya pun tak tahu kenapa sampai menitis-nitis ke dagu. Mungkin terlalu menjiwai kesakitan itu.
Sebab nak dia segera bangkit saya pun kongsikan tip move on. Saya kira tip ini berkesan sebab kalau ikut betul-betul, insyallah tak sampai 14 hari dah boleh move on sepenuhnya.

5 Cara Paling Berkesan Untuk Move On

IKLAN

1) Buang segala kenangan dengan dia.

Nak buang memori dalam minda ni sukar sikit jadi kita buang kenangan visual yang pernah dia hadiahkan contohnya baju, beg, buku, tudung, jam tangan dan semua benda fizikal.
Jangan sesekali simpan. Makin lama kita simpan, makin lama kita tengok, makin nangis bucu katil, makin susah padam kenangan dari ingatan.
Beri saja hadiah itu kepada orang yang kita tak akan jumpa lagi contoh buat gift preloved dalam online atau wakafkan pada orang yang kurang berkemampuan.

2) Tip kedua ialah block atau unfollow media sosial dia.
Ini paling penting. Block atau unfollow supaya kita tidak terganggu dengan aktiviti harian dia yang buat kita makin susah nak move on. Unfollow juga media sosial kawan kawan dia.
Bukan apa, nanti buka facebook lepas tu muncul newsfeed mereka tengah holiday, tengah outing, tengah mengopi, akhirnya kita juga yang sakit kan? Jadi block sementara FB dia.

3) Tip ketiga ialah sibukkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat.
Kita tidak boleh lari dari teringat dia. Itu lumrah. Jadi cara terbaik ialah minta perlindungan Allah dengan membaca istiazah (mohon perlindungan) sebab syaitan akan cucuk kita untuk selalu down dan lemah.
Lemah bukan sifat muslim sebab lama kelamaan membawa kepada putus asa dan jika tidak dikawal, bimbang kita dihasut syaitan pula untuk membunuh diri. Nauzubillah.
Cari ilmu kenal Allah, kenal diri, self improvement, self care, self worth, self love, fikir tambah nilai pada diri biar kuat jiwa dan kuat istighfar.
Mungkin apa yang berlaku adalah kesan daripada dosa silam kita. Fokus pada redha Allah, nanti Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

4) Buat list apakah yang buat saya jatuh cinta pada ex.
Ingat balik apakah sebab utama saya jatuh cinta pada dia? Sebab caring? Penyayang? Lemah lembut? Serasi? Memahami?
Baiklah. Sekarang ambil semua sifat di atas dan letakkan pada asmaul husna iaitu nama nama Allah.
Jika sayang ex kerana lembut lembut, bukankah Allah Maha lemah lembut? Kalau sayang ex kerana penyayang, bukankah Allah Maha penyayang?
Kalau sayang ex sebab memahami, bijaksana, penyabar, mendengar, melindungi, pemaaf, bukankah Allah Maha di atas semua sifat di atas. Jadi kenapa kita bergantung pada manusia yang Maha kurang jika Allah pemilik segala kelebihan kan.

5) Anda sebenarnya kuat. Yang lemah itu adalah mindset sahaja.
Kuatkan mindset dengan betulkan self image bahawa anda bernilai, kuat, tabah, bersemangat, cepat bertindak, dan yakinlah setiap yang patah itu tumbuh, setiap yang hilang itu berganti.
Lepaskan dia kerana Allah. Jangan bersedih. Maafkan diri sendiri, maafkan dia. Doakan kebahagiaannya dan move on dengan tenang.

Yakinlah, Allah sudah menyediakan perancangan yang lebih baik untuk masa depan anda yang lebih cerah.
Smile and be happy. You deserve a better happiness in this life.

IKLAN

Boleh tolong Sai kongsikan 5 tips move on ini di wall masing masing?
Jom sebarkan pahala dengan membantu orang yang diuji putus cinta, putus tunang atau bercerai supaya kita semua segera bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.
#SelfLove
#YouAreStrong

Sumber: Saidatul Husna

MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat mak-mak di luar sana yang baru sahaja berdepan dengan perpisahan. Memang tak mudah tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba untuk melupakan kenangan yang pernah dibina selama ini. Yakinlah dengan Allah kerana dia sebaik-baik perancang.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI