Ala kafe hipster, SMK Sri Pontian ubah persepsi “kantin sekolah”. Kantin sangat penting pada ekosistem sekolah. Kantin yang bersih, cantik dan ceria pasti akan menggembirakan seluruh warga sekolah.
Lari dari kebiasaan kantin sekolah yang menampilkan kerusi dan meja panjang sejak berpuluh tahun lalu, kantin SMK Sri Pontian, Pontian menjadi tumpuan warga maya apabila hiasan dalamannya tampak berbeza. Ala-ala kafe hipster yang sering menjadi tumpuan melepaskan lelah bagi anak muda.
Susun atur yang cantik, kelihatan teratur memudahkan pelajar dan guru membeli makanan di kantin ini. Paling penting, tiada istilah “bilik makan guru” sebaliknya guru dan pelajar boleh bersama-sama makan di kantin ketika waktu rehat dan masa terluang.
Dikongsi dari fb The Canteen Sri Perhentian, pemiliknya menukar hiasan dalaman kantin sekolah ini mengikut citarasa mereka selepas berbincang dengan pengurusan sekolah dan ia dipersetujui. Hasilnya sangat cantik dan memberi nafas segar kepada “kantin sekolah”.
Ads
Ini perkongsian dari pengurusan kantin sekolah.
Ads
Bismillah..
Semalam ramai yang minta kami kongsikan bagaimana keadaan kantin SSP apabila kami ambil alih 1 Dis 2022 & selepas kerja pengubahsuaian dilakukan.
Bukan tak mahu kongsikan, tapi ada lagi kerja-kerja kemasan yang kami tidak dapat siapkan kerana tidak cukup masa ketika cuti sekolah hari tu.. Untuk projek biz kali ni, kami pemilik & kami juga Interior Designnya.
Ada masa nanti kami kongsikan keadaan sebelumnya ya.
Setakat hari ke-2 beroperasi ni, hanya ini termampu kami kerjakan untuk jadikan ianya lebih selesa & bersih.. Jika masih ada kekurangan dari segi persembahan “suasano” tu, kami masih dalam kerja kemasan akhir.
Manakala jika ada kekekurangan dalam servis, kami masih belajar untuk terus konsisten memberi perkhidmatan yang terbaik inshaAllah.
Selain kualiti makanan, kesihatan minda warga sekolah juga kami titik beratkan bila mana ada tempat untuk para guru “release tension” dan di pihak pelajar pula moga menjadi salah satu penarik untuk hadir ke sekolah..
Terima kasih semua yang terus & sentiasa memberi sokongan.
Tragis Budak Perempuan 3 Tahun Ditemui Mati Lemas Di Dalam Mesin Basuh!Sungguh malang tidak berbau, tragis dan menyayat hati apabila anak tersayang, tidak lagi bernyawa akibat kecuaian mak ayah. Peralatan dan perkakasan elektrik seperti mesin basuh haruslah ditutup rapi bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.
Pihak berkuasa Paris melancarkan siasatan Jumaat lalu selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat lemas di dalam sebuah mesin basuh milik keluarganya, lapor portal berita MailOnline.
Menurut pihak pendakwa raya, kanak-kanak tersebut ditemui di dalam mesin basuh itu di sebuah apartmen milik keluarganya di timur laut Paris pada malam Khamis lalu.
Kehilangan kanak-kanak itu pada mulanya hanya disedari ketika bapanya makan malam bersama ibunya serta salah seorang anak mereka yang lain, lapor akhbar Le Parisien.
Pada akhir makan malam itu, ibu bapanya menjadi bimbang tentang ketiadaan anak mereka. Ia menyebabkan seluruh keluarga pergi mencarinya di bahagian dalam dan di luar apartmen dan meminta bantuan jiran mereka.
Bagaimanapun, Le Parisien melaporkan bahawa mangsa akhirnya ditemui kira-kira pukul 10.30 malam (waktu tempatan) di apartmen tersebut dan bapanya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Menurut Le Parisien, kanak-kanak itu sudah berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan dan dia disahkan meninggal dunia sejurus selepas pukul 11.30 malam (waktu tempatan).
Menurut bapanya, pintu mesin basuh itu berada dalam keadaan tertutup sebelum ahli keluarga menemui anak mereka berada di dalamnya.
Maklumat awal menunjukkan bahawa kematian kanak-kanak tersebut boleh dikaitkan dengan sesak nafas dan tiada tanda-tanda keganasan pada tubuhnya.
Mingguan Wanita: Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat mak ayah yang lain semoga lebih berhati-hati dan tidak leka terutamanya melibatkan perkakasan dapur dan elektrik. Anak-anak yang masih kecil memang suka menerokai,perkara begini.
Bakar kulit muka. Wanita tak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Sebolehnya mahu kelihatan awet muda walaupun umur sudah lanjut. Hinggalah sanggup buat apa saja untuk tampil cantik, kulit muka tegang dan licin.
Inilah yang terjadi pada seorang wanita yang mahu klelihatan awet muda dan tak suka dengan kedutan yang ada pada wajahnya sampai sanggup menahan sakit dengan bakar kulit muka.
Dia ingin memiliki wajah yang awet muda dan tidak suka dengan kedutan yang ada pada wajahnya.
Jadi, untuk merealisaikan perkara ini, dia telah membuang kulitnya dan menghapuskan tanda-tanda penuaan dengan mengambil risiko dengan rawatan yang ekstrem.
Regina Sganzerla, 67 tahun ingin menghapuskan tanda penuaan dan menjalani kaedah invasif. Dia diberikan bahan kimia yang menjanjikan keremajaan kulit
Kaedah rawatan ini tidak menyakitkan dan sangat pantas. Dia hanya akan membakar wajah tuanya dan menghilangkan bintik-bintik penuaan.
Dia telah berjumpa dengan pakar dermatologi, Mariana Losso yang memberitahu tentang kupasan phenol.
“Ia adalah satu rawatan yang hebat kerana ia dipanggil pembedahan tanpa keratan dan memberi keremajaan secara menyeluruh,” kata Mariana Losso.
Prosedur itu dilakukan dengan menyapu asid fenol. Semasa rawatan tersebut, penampilan Regina agak menggerikan tetapi dia sanggup menerima risiko dengan rawatan ini.
“Ia dikatakan luka melecur tahap kedua tapi terkawal,” tambah Mariana Losso lagi.
Dalam beberapa hari pertama, ia kelihatan agak menakutkan. Tetapi selepas bahan kimia di sapu, Regina hanya menunggu dan melihat transformasi yang akan berlaku.
Kemudian, akan ada pengelupasan yang mana ia digunakan untuk menghilangkan kedutan serta parut jerawat dan garis halus di wajah.
Namun, risiko yang bakal dihadapi dan sangat bahaya apabila tidak diamalkan dengan betul.
Selepas 12 hari untuk sesi rawatan ini, muka Regina menjadi sangat merah. Walaupun tidak merasa sakit tapi penampilan agak mengerikan, sehinggalah ia nampak perubahan penampilan barunya.
Walaupun Regina gembira dengan penampilan barunya dan berjaya tapi dia menerima kecaman daripada pakar kecantikan.
Mereka mengatakan rawatan ini sangat bahaya kerana fenol boleh tembus ke lapisan kulit yang paling dalam dan menyebabkan kesannya boleh membuatkan kulit wajah tidak dapat dibaiki.
Mingguan Wanita : Sebab tak nak dapat tua, sanggup pula dia.
Kehidupan berpoligami boleh menjadi harmoni ada kejujuran dan persefahaman yang tinggi daripada semua pihak. Ini kerana ia bukan sahaja berkongsi kasih malah turut berkongsi tanggungjawab pada pasangan.
“Mereka berdualah hidup dan mati saya,” kata Maaroof Noordin, 58, mengenai isteri pertamanya, Noraini Ishak, 42, dan isteri kedua, Effa Rizam Abd Ghafar, 42.
Noraini dan Effa Rizam bukan sahaja mampu berkongsi kasih, malah setia menjaga suami yang sakit dalam keadaan kehidupan keluarga dihimpit kesusahan selepas Maaroof kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis, kira-kira tiga bulan lalu.
“Hidup kami berubah selepas kaki kiri saya terpaksa dipotong Oktober lalu, sekali gus tak mampu lagi teruskan kerja sebagai tukang rumah. Kini isteri kedua terpaksa bekerja sebagai tukang kebun di sebuah kilang di Gebeng, dengan pendapatan RM1,500 sebulan.
“Isteri pertama pula menguruskan rumah, termasuk menjaga keperluan saya,” kata Maaroof ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherating Lama, di sini, hari ini.
Dia berkahwin dengan Noraini pada 2007 dan sudah hampir lima tahun berpoligami selepas mengahwini Effa Rizam pada 2018, namun tidak dikurniakan anak bersama kedua-dua isterinya itu.
Sementara itu, Effa Rizam berkata, dia dan madunya sudah membahagikan tanggungjawab masing-masing selepas suami mereka kehilangan kaki kiri yang terpaksa dipotong.
“Namun dengan pendapatan sekarang memang tak cukup, sewa rumah dan bil api air juga sudah dua bulan tertunggak. Untuk kos rawatan suami termasuk barang keperluan dan belanja ulang alik ke hospital sahaja sudah cecah RM600 sebulan,” katanya.
Terdahulu, nasib keluarga terbabit mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO), Amal Team yang memberikan sumbangan berupa katil, kerusi roda serta barangan keperluan harian termasuk makanan.
Mengenai penyakitnya, Maaroof berkata, dia disahkan menghidap kencing manis pada 2021 dengan petanda awal apabila bahagian kaki sebelah kiri membengkak digigit semut, tetapi pulih tidak lama kemudian.
“Selepas itu, bahagian sama digigit nyamuk dan pemeriksaan lanjut mendapati saya menghidap penyakit kencing manis peringkat empat. Kemuncaknya pada Oktober lalu apabila doktor menasihatkan saya memotong kaki bagi mengelak masalah ke bahagian lain,” katanya.
Bagi membantu meringankan beban keluarga itu, Pemudah Cara Amal Team yang turut berperanan dalam Briged Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jamilah Salleh, berkata pihaknya sudah memanjangkan kes berkenaan kepada MUIP untuk bantuan selanjutnya.
“Daripada siasatan yang kami lakukan, keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf dan layak menerima bantuan berkaitan. Sekarang kami sedang mengusahakan bantuan ‘one-off’ untuk keluarga ini bagi menyelesaikan tunggakan sewa dan bil. Bantuan bulanan daripada MUIP masih dalam proses,” katanya.
Dr Sheikh Muszaphar homesick anak jadi perhatian apabila beliau berkongsi cara menenangkan anak di asrama ketika Ramadan. Kisah ini menyentuh hati ramai ibu bapa.