Air rendaman kurma atau juga dikenali sebagai air nabeez. Inilah minuman sunnah yang ramai tidak tahu banyak khasiat sebenarnya.
Biasanya, sebelum ini kita hanya makan terus kurma tetapi tidak salah biasakan diri dengan amalkan air rendaman kurma pula. Inilah cara pemakanan Nabi Muhammad s.a.w.
Caranya cukup mudah dengan hanya rendam kurma yang telah ditetapkan dan bolehlah mium sewal pagi.
Ini antara perkongsian daripada Rohana Saad tentang air rendaman kurma atau air nabeez, minuman sunnah ang ramai orang tidak tahu.
Buatlah air nabeez waktu malam sebelum tidur dan di minum waktu sahur. Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak.
Insya allah dengan meminun air nabeez ini perut mampu bertahan seharian siang kita berpuasa. Buat ini untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama-lama sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka. Sahur esok air tu dah boleh diminum. Buatlah setiap malam sepanjang bulan Ramadan atau hari biasa pun boleh.
Setiap hari makan 7 biji kurma, biji jangan buang, rendam dalam air.
Sekurang-kurangnya, rendam air kurma ini selama 6 jam atau semalaman. Selepas itu, barulah minum.
Ads
Air ini sangat baik untuk pulihkan tenanga dan khasiatnya sama seperti kita makan kurma.
Boleh juga guna 3/5/7biji kurma termasuk isi dan biji. Rendam semalaman & minum,
Ini minuman kegemaran Nabi kita.
Rendaman kurma ini dipanggil Air Nabeez atau bahasa moden infused water.
Air nabeez adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat. Rugi kalau tak pernah buat atau tak nak buat.
Ia adalah minuman berakali, membantu membuang asid dari perut, melancarkan sistem pencernaan badan dan menyingkirkan toksin dari badan. Dalam erti kata lain as a DETOX!
Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh biji kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
Ads
Kurma paling bagus Kurma Nab i(Kurma Ajwa),
Tapi kalau tak ada kurma lain-lain pun boleh…
Selamat mencuba.
Kredit: Nurul Hanis Isman
MW: Tak perlu tunggu bulan puasa baru nak buat air rendaman kurma ini. Hari-hari biasa pun boleh, semuanya untuk membantu memberi tenaga kepada kita setiap hari. Moga bermanfaat.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ramai mak-mak yang suka Bayam Brazil sebab rasanya yang sedap serta sangat mudah nak tanam di rumah. Selain boleh dimakan, dedaunnya yang subur merimbun kehijauan sangat cantik dan saujana mata memandang untuk dijadikan pokok hiasan rumah.
Jika selama ini botol-botol plastik dibuang begitu sahaja, sebenarnya mak-mak boleh tanam Bayam Brazil guna botol-botol terpakai ni. Hasilnya pokok sangat cantik, daun merimbun dan mudah nak dipetik.Malah menjimatkan ruang dan tanah.
Boleh rujuk cara nak tanam Bayam Brazil dalam botol plastik ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Zainol Yunussebagai panduan;
“Dulu akak pernah janji nak tunjukkan step by step cara nak tanam Bayam Brazil pada botol plastik. Boleh jimat tanah, ruang dan mudah nak basuh kalau ada ulat.Akak explain pada setiap gambar tu. Selamat mencuba.”
Bahan-Bahan:
Botol Plastik
Besi Panas
Tanah Organik
Anak Benih Bayam Brazil
Marker (Untuk Tebuk Lubang Botol)
Cara-Caranya:
Sebelum menebuk lubang, tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun.
2.Botol siap ditebuk, boleh guna besi panas.
3.Bahagian bawah botol air juga perlu ditebuk untuk laluan lebihan air.
4.Cara nak masukkan tanah ke dalam botol. Tanah tu beli kat nursery…guna tanah organik, campuran cocopeat, tanah sisa sawit dan tanah biasa.
5. Dapatkan anak benih daripada pokok dimakan ulat. Buang daun-daun, tinggalkan tunas sahaja.
6.Sebelum cucukkan batang bayam brazil pada botol, masukkan air supaya tanah lembap, lebih mudah nak tanam batang Bayam Brazil.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak tanam Bayam Brazil bolehlah cuba tanam didalam botol pula. Sangat cantik merimbum daunnya,senang nak petih malah jimat ruang dan tanah.
Ikan siakap antara ikan yang sering menjadi pilihan ramai. Sedap di masak kari, stim limau, tiga rasa atau digoreng begitu sahaja. Namun menyiang ikan siakap bukan sekadar buang sisik, insang dan perut. Ada perkara lain yang perlu mak-mak ambil berat sewaktu membersihkan ikan iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat diatas tulang perut.
Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.
Boleh rujuk perkongsian Arbi Mohd Arbi ini sebagai rujukan;
“Habitat Siakap di Muara. Muara ni adalah perairan yang payau, tak masin, tak tawar, tak manis. Bau dan Rasa seekor ikan terletak pada habitatnya”
“Siakap adalah ikan pemangsa.Diet Pemakanan Siakap ialah udang dan anak ikan.”
Berikut adalah cara-cara pembersihan untuk meminimumkan bau dan rasa hanyir Ikan Siakap.Saya sediakan gambar dan juga langkah-langkahnya.
Ini ialah siakap yang sudah dibersihkan perut dan sisik, tapi belum cukup bersih lagi.
Keadaan isi perut ikan siakap, yang harus dibersihkan insang, lebihan organ dalaman, darah beku dan urat yang berada diatas tulang perut.
Urat ini bersambung dari kepala hingga ke ekor dan didalam urat ni terkandung lebihan darah. Seandainya tidak dibersihkan ketika memasak ianya akan pecah dan darah akan meresap masuk ke dalam isi. Mesti spoil kan mood bila tengah sedap-sedap menikmati hidangan.
Inilah uratnya yang merah-merah tu la lebihan darah dia.
Keadaan ikan yang telah dibersihkan.
Setelah dibersihkan rendam ikan seketika didalam bancuhan air asam jawa atau any citrus family. Citrus family ni contoh limau kasturi, limau nipis.
Semoga tips ni berguna. Utamakan keselamatan, ketika mencuci always dari kepala ke ekor, jangan menyonsang sebab nanti jari akan terluka.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang suka masak ikan siakap, boleh cuba ikut tip yang dikongsikan ini. Penting bersihkan dan buang urat yang berada diatas tulang perut barulah hilang hanyir dan bau ikan tersebut.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, mesti inginkan kediaman sendiri. Tinggal dengan keluarga idak sama apabila tinggal bersama pasangan tanpa gangguan orang lain. Kediaman inilah memberikan kebebasan untuk pasangan lakukan tanpa sebarang privasi.
Namun, tidak mustahil ada juga keluarga yang mahukan suami isteri berkahwin untuk tinggal bersama keluarga. Katanyam, baru berkahwin dan masih belum cukup duit untuk membeli sebuah rumah.
Sebenarnya, kecil atau besar, mewah atau biasa tidak menjadi persoalan. Paling penting, suami isteri yang tinggal di rumah itu selesa dan di situlah kebahagiaan bermula. Perkongsian Azizul Azli Ahmad turut menyarankan perkara ini. Malah, mencadangkan sekali penggunaan warna hijau dalam kcdiaman bagi mencetuskan rasa bahagia dan tenteram.
Kita akan lama berada dalam rumah nampaknya. Mulai sekarang berazamlah untuk selesakan ruang kediaman kita.
1. Cantikkan dan selesakan kediaman bukan bermakna perlu buat renovasi sampai berpuluh ribu baru jadi. 2. Ubah kedudukan perabot, cat, bersihkan atau polish baru sudah beri nilai baru. 3. Runding dengan keluarga, bagaimana nak wujudkan ruang belajar buat anak anak. 4. Bincang dengan isteri, bagaimana nak selesakan ruang memasaknya nanti. 5. Sediakan ruang kerja yang selesa dan formal bagi yang bekerja dari rumah. 6. Jika dah bosan dengan warna kediaman yang ada, boleh cuba warna baru pula yang selesa. 7. Dengan hanya satu tong cat yang harga bawah RM32 sudah boleh ubah suasana dan beri rasa bahagia. 8. Masukkan tumbuhan hijau segar seperti lidah mertua, duit duit dan tumbuhan hijau agar udara dalam rumah selesa. 9. Kurangkan penggunaan bahan yang boleh hasilkan kimia yang mencemarkan udara dalam rumah. 10. Sentiasa buka tingkap awal pagi dan beri udara dan cahaya masuk kedalam rumah setiap hari. 11. Pastikan hadapan kediaman kita ada cahaya boleh masuk dan tidak terlalu tertutup dengan pokok bunga.
Kawan kawan mulia,
Kita mungkin akan lama atau selamanya banyak masa dirumah.
Carilah sebuah rumah yang selesa buat keluarga.
Sediakan ruang bagi setiap orang, biarpun kecil setidaknya mereka ada ruang privasi sendiri. Adakalanya mereka perlukan waktu bersendiri.
Jaga aurat ahli keluarga rumah kita juga. Usahakan pisahkan antara anak lelaki dan perempuan.
Duduk berbincang apa yang boleh tambah nilai bagi mereka rasa selesa dan bahagia.
Boleh gunakan warna hijau kerana ia menenangkan keluarg kita dan membuatkan kita lama untuk duduk di dalamnya. Nisbah warna hijau dan putih harus seimbang dan baik baru jadi.
MW: Betul tu, walaupun rumah kecil, cukuplah untuk kita, pasangan dan anak-anak. Itu dah cukup membahagiakan.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur
Sumber Foto: Malaysia Homie
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelakon Amyza Aznan berkongsi kisah anaknya yang menghidap kanser paru-paru tahap tiga. Walaupun diuji hebat, Amyza kekal kuat dan bersyukur melihat anaknya masih tersenyum serta tidak pernah merungut.