Rupanya bila mengalami masalah angin, kembung perut atau gastrik boleh dilegakan dengan amalan minum air rebusan jintan manis. Ia merupakan petua alami yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini. Tip ini dikongsikan oleh Puan SuzyHoney ketika bulan puasa lepas, bagi membantu adiknya yang mengalami gastrik.

Berikut perkongsian tersebut;

Adui….. angin masuk ! Sakit terguling guling. Bulan puasa ini memanglah tersilap memilih makanan masa berbuka dan bersahur akan menyebabkan angin dan gastrik terutama yang berempah ratus dan berminyak juga pedas.

Dulu ini perkara biasa adik bongsu saya dipanggil, Achu. Memang sakit gastriknya paling kuat. Sampai sudah menjadi ulcer dalam saluran ususnya dan ada luka bila di scope pada 3 tahun lepas di Kuantan Medical Centre.

Guna Jintan Manis

Setelah tahu punca masalah sakitnya, saya dan emak cuba memberikan Achu rawatan dengan menggunakan jintan manis.

“Jintan manis ni bagus untuk masalah angin, gas asid semua tu sekali dengan cuci usus..kalau amalkan boleh kempis perut jugak ” terang emak kepada Achu sambil mengambil periuk nak merebus Jintan Manis.

“Eloklah Dik minum ni. Memang dah lama dengar pasal khasiat jintan manis ni. Orang tak tahu sangat khasiat pasal tak belajar bab bab herba rempah ratus,” saya menambah bagitahu adik.

Bermulalah episod adik saya mencuba dan minum air rebusan jintan manis ini. Sebelum ini Achu mengambil ubatan hospital hanya untuk kelegaan sementara sahaja.

Cara yang di amalkan oleh Achu seperti yang di ajarkan oleh emak :

Ambil 1 sudu jintan manis

Dan direbuskan dengan 3 gelas air sehingga mendidih.

Di minum 3 kali sehari dengan 1 gelas setiap kali minum di waktu pagi, tengahari dan malam. Selama 21 hari berturut turut.

Seminggu pertama proses neutralization buat Achu jadi banyak membuang angin dan berpeluh peluh. Setelah di buat pemeriksaan semula (scope) ulcer dan keradangan sudah pun hilang. Leganya hati kami.

Sehingga sekarang ini masalah gastrik dan angin tiada lagi mengganggu Achu. Ceria sentiasa. Kalau tidak asyik moody sahaja.

Sesekali menjadi amalan kami bila berkumpul sekeluarga minum Teh Misai Kucing yang di campur dengan secubit Jintan Manis.

Begitulah kisah kami yang suka bahan alami dan mudah dapat di dapur.

SuzyHoney
Berkongsi dari pengalaman
Semoga memberi manfaat.

MW: Jadi buat mak-mak yang mengalami masalah angin, kembung atau gastrik dalam perut. Tak salah untuk mencuba amalkan minum air rebusan jintan manis ini, sebagai salah satu alternatif rawatan. Namun apa-apa penyakit pun, sila berjumpa doktor dan perlu dapatkan nasihat doktor dulu iya.

Sumber: Suzy Honey