Air Kosong Semata Padah Perut Buncit Semasa Berpantang, Ini 6 Cara Trim Balik Bagi Kempis

Walau dah masuk hari ke-30 semasa berpantang, perut ibu selepas bersalin masih ‘membukit’. Tak surut kempis seperti ibu hamil lain yang mengikut aturan berpantang. Di mana silapnya, perut buncit masih belum hilang?

Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama, yang merupakan seorang Juru Urut Bertauliah, Siti Aishah yang lebih dikenali dengan nama Kak Bidan Ice berkongsi amalan salah ibu berpantang yang menyebabkan perut buncit ketika hamil tak menyusut.

 

Air Kosong Semata Padah Perut Buncit Semasa Berpantang, Ini 6 Cara Trim Balik Bagi Kempis

Selepas Rawatan Penutup Pantang Hari Ke-30, Perut Masih Buncit

Kak Ice dah urut ramai ibu-ibu dalam pantang.

Tetapi apa yang kak Ice nampak, ibu yang rajin berbengkung, pengamal herba yang melawaskan najis dan darah nifas dan tidak minum air kosong lebih mudah dapat perut kempis.

Kadang-kadang kak Ice datang buat rawatan penutup pada hari ke-30, perut ibu masih membukit ketika baring. Bila dikelek perutnya, terasa sebu angin, dan kadang-kadang ketul-ketul najis yang terkumpul.

Bila dipegang kawasan ari-ari, keras. Ia menunjukkan darah nifas tak habis keluar.

Sepatutnya hari ke-30 perut dah mampu kelihatan kempis ketika berbaring. Normallah kalau kulit perut mengayak ke tepi badan. Tetapi tidak normal kalau perut masih membukit selepas 30 hari berpantang.

Ads

 

Air Kosong Semata Padah Perut Buncit Semasa Berpantang, Ini 6 Cara Trim Balik Bagi Kempis

4 Sebab Inilah Punca Perut Buncit Semasa Berpantang

Antara aturan berpantang yang tidak dititikberatkan oleh ibu-ibu ini ialah:-

1. Culas Berbengkung

Berbengkung ini membantu memegang otot perut yang dah kembang 9 bulan masa hamil. Otot perut yang dibiarkan tanpa sokongan akan mengakibatkan otot kanan dan otot kiri perut mengembang. Dan organ-organ dalaman seperti rahim, usus akan menolak ke hadapan. Keadaan ini membuatkan ibu boroi.

2. Sembelit

Proses meneran najis yang extreme melemahkan lagi otot-otot perut. Sebab tu penting amalkan Phyto Natal dari NR untuk melancarkan pengeluaran najis

3. Darah Nifas Tak Habis Keluar

Bidan-bidan Melayu percaya, darah nifas yang tidak habis keluar akan mengakibatkan ari-ari ibu kelihatan membukit. Dan ibu akan mudah terkena rengat dan senggugut lepas bersalin.

Ads

4. Amalan Air Kosong

Ramai cakap kena minum air kosong untuk elakkan dehidrasi dan banyakkan susu. Tetapi amalan air kosong semata-mata ada padahnya. Perut membuncit. Kulit badan menggeleber. Lelehan faraj yang berterusan.

Gantikan amalan air kosong dengan air Akar Herbanika. Akar ini membantu mengeluarkan lebihan air dari tubuh badan tanpa mengakibatkan dehidrasi. Ia juga membantu mencuci pundi kencing, buah pinggang dan hati. Dan yang lebih penting pengeluaran susu meriah.

 

Air Kosong Semata Padah Perut Buncit Semasa Berpantang, Ini 6 Cara Trim Balik Bagi Kempis

6 Cara Trim Balik Perut Buncit

Kalau nak trim balik perut, waktu terbaik untuk melakukannya adalah ketika bulan Ramadhan. Ketika ibu sedang menjalani ibadah berpuasa. Caranya :

Ads

1. Rajin-rajin amalkan air Akar Herbanika

2. Berbengkung semasa tidur.

3. Bergirdle masa pergi kerja

4. Lakukan 10 sit up setiap kali lepas solat.

5. Elakkan minim air setengah jam selepas makan.

6. Elakkan terus air berais.

Cara dah bagi. Antara malas atau rajin saja nak ikut.

Sumber/Foto : Siti Aishah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI