air detoks

Wanita yang nak cepat kurus, nak buang toksin dalam badan agar lebih rasa sihat dan bertenaga boleh cuba amalkan air detoks. Sebab amalan meminum air detoks atau infused water menjadi salah satu trend kesihatan dipercayai dapat menurunkan berat badan dengan cepat badan pun rasa lebih sihat dan segar.

Air detoks adalah air putih yang dicampurkan dengan hirisan buah-buahan atau herba dan dibiarkan selama beberapa jam atau semalaman sebelum dinikmati. Ia bertujuan untuk proses detoksifikasi, bagi membantu menyingkirkan racun dalam tubuh dan radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran. Dengan detoksifikasi sistem badan berjalan lebih lancar, rasa lebih segar, melancarkan pencernaan dan membantu mengurangkan pengambilan kalori sehingga mengurangkan lemak di dalam badan.

Untuk mendapatkan detoksifikasi yang berkesan dan berlipat kali ganda, terdapat beberapa cadangan bahan yang boleh digunakan sebagai campuran  air detoks. Setiap bahan-bahan ini pula, memiliki manfaat yang berbeza pada tubuh badan.

Antara bahan-bahan yang sering digunakan ialah:

IKLAN

1.Lemon + Daun Pudina
Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.

2. Timun + Limau + Lemon
Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.

3.Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren
Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.

IKLAN

Air Detoks Bantu Wanita Cepat Kurus, Buang Toksin & Rasa Lebih Sihat Bertenaga. WAJIB Cuba!

4. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren
Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

IKLAN

5.Strawberi + Oren +Daun Pudina
Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.

Cuba check dalam peti sejuk, bahan apa yang ada? Nak buat air detoks ni senang je. Hiris-hiris, rendam semalaman didalam air atau beberapa jam dah boleh terus minum.Tapi ingat jangan letak gula pulak tau! tambah kalori pulak nanti.

Selamat Mencuba!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI