Ibu-ibu kadangkala merungut anak-anak mula tak mendengar kata. Tak mahu lagi ikut apa yang ibu minta anak lakukan. Ibu jadi sedih kerana anak degil tak nak dengar kata. Mulalah fikir anak dah salah laku. Hakikatnya, anak kecil mula rasa sesuatu dengan hubungan antara dia dan ibu.
Dalam perkongsian Puan Nadia Bakar, wahai ibu anda sebenarnya cuma perlukan 10 minit sehari untuk mengembalikan rasa percaya anak pada ibu. Buat anak kembali dengar kata. Cuma semudah itu. Baca selanjutnya untuk lebih faham.
Cuma 10 Minit Sehari
Benda ni simple je.
Namun dia punya kesan, Masya Allah amazing! Memang Dr Siti sungguh-sungguh kempen dalam setiap talk beliau.
Dr Siti selalu pesan buat benda ni dengan anak-anak. Tak lama pun, 10 minit sehari je.
10 minit sehari ni kena peruntukkan setiap hari.
Kena CARI MASA tu sendiri. Bukan tunggu bila free.
Tutup TV, handphone dan semua gajet yang ada.
Hanya ada kita, anak, kertas dan pensel sahaja.
Kita betul-betul fokus pada anak waktu tu.
Apa kesannya?
Anak akan lebih bonding dengan kita. Anak akan lebih percaya pada kita.
Kita juga dapat kenalpasti kebolehan anak.
Kalau anak boleh duduk diam-diam,
Dengan kertas tu anak boleh tulis ABC, tulis cerita, Insya Allah anak jenis boleh fokus di sekolah.
Ads
Kalau anak suka lukis melukis,
Anak lebih mudah dengan konsep mind-mapping.
Kalau dengan kertas tu jadi kapal terbang, anak melompat sana sini,
Anak jenis kinestatik.
Silalah dapatkan trampolin untuk anak lepaskan tenaganya yang super power itu.
Ada Kisah Seorang Ibu
Yang dah tak tahu nak buat apa bila setiap pagi asyik berperang dengan anak yang meragam tak nak pergi sekolah.
“Anak you tak percayakan you ni.”
Bammm!!
Memang pada awalnya tak boleh terima juga bila Dr Siti komen macam tu.
Namun, bagus ibu hebat ni.
Walau ada rasa ragu-ragu, tapi beliau buat 10 minit setiap hari dengan anak. Tanpa gagal.
Apa salahnya cuba benda yang baik walau logik akal tak nak terima benda ni kan?
Ads
Nak tahu? Selang beberapa lama kemudian, beliau maklumkan pada Dr Siti anaknya semakin gembira untuk ke sekolah. Tiada lagi drama “Anakku Meragam di Pagi Hari.”
Dengan usaha 10 minit setiap hari kita fokus pada anak sahaja dapat mengembalikan bonding dan kepercayaan anak pada kita.
Anak yang percayakan kita Insya Allah lebih tenang dan lebih mudah untuk urus emosinya sendiri.
Bila ada yang kata sibuk sangat sampai tak ada masa 10 minit,
Faham tu. Siang kerja, malam sibuk dengan urusan rumah dan anak-anak pula.
Lalu Dr Siti tanya satu soalan je.
Ads
“Ada Facebook?”
Kita scroll FB setiap hari pun dah lebih 30 minit.
Belum lagi campur dengan dok geram-geram baca gosip kontroversi.
Insya Allah boleh sangat cari 10 minit untuk anak-anak, kan?
Mel Robbins ada cakap,
Facebook ni ialah tempat “hal orang lain“, cuma dia cakap versi menusuk kalbu sikit,
“other people’s shit”.
Mana Satu Lebih Utama
Jadi, berhenti letak hal online ni sebagai priority.
Yang lebih utama ialah jaga anak-anak kita dulu sebab Tuhan bagi khas dan istimewa untuk kita jaga. Solely buat kita sahaja.
Maksudnya Tuhan tahu kita mampu buat yang terbaik untuk pegang tanggungjawab sebagai ibu ni sebab tu kita dipilih.
Ibu-ibu,
Bina bonding dan kepercayaan anak sejak kecil lagi sebab kita nak anak yang sentiasa percayakan kita kan? Yang emosinya lebih stabil dan terpenuh gitu. Yang bila besar dahulukan kita, bukan orang luar. CARI MASA 10 minit untuk mereka.
Ada cita-cita nak bekal doa anak yang soleh bila mati nanti kan?
Sekarang, ini salah satu tindakan kita untuk capai gol tu.
Kongsi dengan ibu-ibu hebat yang kita sayangi. Mungkin mereka juga memerlukan ini.
Mak ayah mana yang tak sayang anak. Lahir dari benih cinta mak ayah. Lebih-lebih kalau anak pertama, ditatang bagai minyak yang penuh dan overprotect. Apa yang anak nak semua boleh dan ditunaikan.
Ini belum lagi dari segi penjagaan. Anak kena kemas, tak boleh comot dan serba serbi kena overprotect. Biar mak ayah yang tolong buatkan. Kalau anak menangis, mak ayah cepat-cepat pujuk.
Sebenarnya, cara mak ayah buat itu salah. Jangan terlampau overprotect, bimbang anak terlebih manja dan bergantung pada mak ayah. Hadam perkongsian daripda Mohd Fhais Salim ini.
Tak boleh dengar anak menangis sikit, memang tak keruan nak tenangkan dia.
Tapi sekarang lepas dah tahu natijah buruk overprotect ni, terus ubah.
Bahaya tau terlalu overprotect.
1. Anak boleh jadi terlampau manja 2. Dia jadi makin mengada-ngada 3. Tak boleh terima rejection 4. Memang menangis la jawabnya 5. Ssebab dia tahu, bila menangis 6. Semua boleh dapat
Itu yang tak tahan, makin lama makin menjadi jadi pula permintaan dia.
Tak boleh jadi memang kena ubah.
Sekarang dah kurang overprotect & kurang micromanage.
Banyak biarkan anak urus diri sendiri (self-manage)
Bila nangis ajar dia tenangkan diri sendiri.
Nak apa-apa ajar dia ambil atau buat sendiri.
Terjatuh sekalipun saya suruh dia bangun sendiri.
Alhamdulillah, nampak banyak perubahan positif.
Anak dah makin matang, makin mudah dengar cakap dan makin pandai berdikari.
Mingguan Wanita : Ajar anak berdikari dan tidak terlalu bergantung pada mak ayah.
Tidak boleh hidup tanpa suami kacak, wanita ini sanggup merana selama tiga tahun dalam rumah tangga toksid. Tenyata cinta itu memang buta.
Walaupun tak bahagia, wanita ini kuat menempuh dugaan selama tiga tahun biarpun realitinya dia tak bahagia.
Tidak Boleh Hidup Tanpa Suami Kacak
Seorang wanita di Hunam, China dikatakan sanggup bertahan didera dari segi mental dan fizikal oleh suaminya selama tiga tahun kerana suaminya yang mempunyai wajah yang kacak.
Lapor portal berita Mirror Press, lelaki itu pada awal perkahwinan hanya melemparkan perkataan kesat dan lama kelamaan mula naik tangan.
Sanggup Merana
“Wanita itu dikenali Li sanggup memaafkan suaminya setiap kali lelaki itu meminta maaf dan mendakwa tidak boleh hidup tanpa suaminya,” ujar portal berita itu.
Wanita itu turut didakwa sudah bertahan dengan sikap suaminya itu kerana lelaki itu mempunyai wajah yang kacak dan merupakan cinta pertamanya.
Menurut sumber, ibu bapa dan ahli keluarga juga sudah menasihati wanita tersebut untuk berpisah dengan suami, namun wanita itu enggan mahu melepaskan.
Malahan menerusi portal berita itu, suaminya yang berwajah kacak itu sudah bersetuju menceraikan isterinya yang sedang mengandung itu dan berjanji akan menjaga bayi dalam kandungan itu.
Mingguan Wanita : Mungkin wanita ini memberi peluang kepada suami, tetapi tempoh tiga tahun yang diberi bukan satu jangka waktu yang pendek. Cukup-cukuplah dan sayangilah diri sendiri dan anak yang bakal lahir.
Sebelum buat perangai, fikir panjang-panjang. Bila suami buat perangai, dia bukan sahaja kehilangan isteri tapi anak-anak juga.
Hubungan anak-anak yang cukup rapat dengan ibunya akan membuatkan mereka turut membenci ayah mereka jika sang ayah buat perangai. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirinini dan hadam baik-baik.
Buat Perangai, Bukan Hilang Isteri Saja, Anak Juga
Bila saya buat perangai, bila saya buat hal, saya bukan hanya akan “kehilangan” isteri saja, tapi anak-anak juga…”
Maka oleh sebab itulah, saya jaga tingkah laku dan perbuatan saya sebagai seorang suami dan juga ayah…
Kita nampak macam apa yang kita buat ini, tidak akan mempengaruhi anak-anak kita… Kita anggap yang mereka itu dibesarkan oleh ibu mereka, lebih dekat dengan ibu mereka, maka mereka tidak akan terkesan dengan sikap dan sifat kita…
Apa yang kita tak tahu adalah, anak-anak selalu meletakkan kita yang sebagai ayah ini, contoh teladan untuk mereka ikuti…
Anak-anak tengok apa yang kita buat… Macam mana layanan kita terhadap ibunya… Pembawakan diri kita dalam rumah tangga…
Jangan anggap anak-anak yang tidak berkata apa-apa itu tandanya mereka tidak ada masalah dengan sikap dan cara kita… Apa yang tak sampai ke pengetahuan kita ialah :
“Ibu, kenapa ayah selalu dengan handphone, jarang bermain dengan adik…”
“Ibu, ayah tak suka duduk rumah? Balik rumah, tukar baju, selepas itu keluar pulak…”
“Ibu, kenapa ayah cakap kasar dengan ibu? Ibu buat salah apa…”
“Ibu, kenapa ibu menangis, ayah buat perangai lagi ke…”
Hubungan Ibu-Anak Kukuh Jika Ayah Buat Perangai
Pertalian dan hubungan seorang ibu dengan anak itu lebih kukuh dan rapat berbanding dengan seorang ayah yang tidak menjaga perangai, tingkah laku serta layanannya terhadap ibu mereka…
Untuk lelaki sebegini, jika berlakunya sesuatu dalam hubungan itu, jangan direbutkan anak-anak kerana mereka hanya akan memilih untuk terus kekal bersama ibu mereka…
Mereka sendiri bencikan ayah mereka dek kerana cara layanan ayah mereka terhadap ibu mereka…
So, fikir-fikirkanlah… Kita bukan hanya akan kehilangan pasangan, tapi juga anak-anak… Jangan jadikan anak-anak sebagai rebutan kerana ketika masih bersama, kita tidak mahu menjadi contoh dan teladan yang baik untuk mereka ikuti…
MW: Renung-renungkan ya suami semua, sebelum buat perangai fikir dahulu. Sikap buruk anda bukan hanya dibenci isteri tetapi anak-anak juga. Jadilah contoh yang baik kepada anak-anak dan hargailah isteri sebaiknya.
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.