Sebenarnya tak perlu tunggu 2 peratus duit gaji suami pun mak-mak dah boleh mencarum KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) sendiri secara online. Lagi-lagi mak-mak yang duduk di rumah tapi buat kerja sambilan. Pendapatan sampingan itu, simpanlah sedikit setiap bulan untuk kegunaan masa depan.
Wan Musyahadah berkongsi cara mencarum duit mak-mak dalam KWSP secara online. Sebelum itu, kena penuhi syarat yang dinyatakan di bawah ini.
CARA SURIRUMAH MENCARUM KWSP SENDIRI
1. Pergi ke pejabat KWSP berhampiran. Bagi yang dah pernah bekerja boleh terus minta borang untuk mencarum sendiri.
2. Bagi yang belum mempunyai akaun KWSP, isi borang ‘create’ akaun dulu. Lepas tu isi borang untuk mencarum sendiri. ** Jangan risau, tanya je pegawai-pegawai yang bertugas. Semua baik-baik dan manis orangnya. Nanti depa bagi borang borang tu.
Lepas dah settel semua. Nanti depa akan bagi satu salinan no. akaun KWSP pada kita. Simpan.
Jangan buang.
6# Isikan details ( nama / no.ic / no.kwsp / ‘amount’ yang kita nak simpan ) *paling minimun RM50. Maximum 60k setahun.
7# ‘Request’ TAC no.Dah dapat TAC no tu isikan. Jangan tengok je naa. *sebab dah pernah mencarum, dia terus keluar macam ni. Kalau yang 1st time kena request TAC dulu.
8# Tekan ‘confirm’ kat kotak print receipt. *maaf, gambar laju 1 babak. Lepas tu tadaa.. Tahniah! Dah pandai mencarum Kwsp sendiri. Semoga istiqomah.
Banyak ke duit raya anak-anak tahun ini? Haaa… kalau banyak, eloklah ambil dan simpan, daripada letak dalam beg duit tak adanya duit itu nak ‘membiak’! Dengan tip Puan Nur Izah ini, mak ayah boleh tengok akaun bank anak membesar dari semasa ke semasa, malah lebih banyak duit anda akan tersimpan.
Ada beberapa soalan yang timbul apabila anda ingin menyimpan duit anda. Berapa banyak duit yang anda boleh jimat?
Ok, nak tahu lebih jelas, ikut petua ini…
1. Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
2. Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
3. Buat direct debit lebih memudahkan urusan.
4. Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
5. Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:
Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926
6. Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
7. Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
8. Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.
Haaa… kalau nak harapkan si anak menyimpan, memang tak lah. Jadi mak ayah kena awal-awal didik anak agar pandai menyimpan duit. Jangan diajar beli benda bukan-bukan pula, ya!
Semoga bemanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bukan calang-calang suami rela melepaskan isteri yang baru dikahwini, malah sanggup pula menyatukannya dengan kekasih yang dicintai. Sungguh ‘pengorbanan’ luar biasa. Kejadian terbaru yang berlaku di India, seorang suami yang menyedari wanita dikahwininya tiga bulan lalu sebenarnya mencintai lelaki lain bertindak mengaturkan satu majlis untuk menyatukan pasangan terbabit.
Times Of India melaporkan, kisah umpama filem Bollywood itu berlaku di kampung Sanigwan apabila lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Sujit mengaturkan satu majlis pada Rabu lalu untuk mengahwinkan isterinya, Shanti dengan kekasih wanita itu, Ravi.Sujit, tinggal di Sanigwan berkahwin dengan Shanti yang berasal dari Shyam Nagar pada 19 Februari lalu.
Sejak berkahwin Sujit sering melihat isterinya bersedih. Pada satu hari Shanti menangis dan memberitahu suaminya bahawa dia sebenarnya mempunyai kekasih serta dipaksa berkahwin dengannya. Biarpun Sujit terkejut dengan pengakuan isterinya, dia berjanji dengan Shanti untuk mengahwinkannya dengan Ravi.
Beberapa hari kemudian, Sujit bertemu Ravi yang turut mengaku dia adalah kekasih Shanti. Selepas mendengar pengakuan pasangan berkenaan, Sujit bertemu keluarga kedua-dua pihak untuk meyakinkan mereka mengenai rancangannya dan meminta polis untuk membantu.
Akhirnya pada Rabu lalu, ratusan penduduk berkumpul di sebuah kuil di kampung itu untuk menyaksikan perkahwinan Shanti dan Ravi.
“Pada mulanya banyak perkara buruk bermain di fikiran saya. Namun selepas berbincang dengan orang tua dalam keluarga kami dan di kampung saya akhirnya mencapai satu penyelesaian bahawa kami bertiga boleh hidup gembira,” kata Sujit.
Macam-macam hal. Murni sungguh hati lelaki ini dan sangat bersikap positif. Bagi sesetengah orang, jika perkara ini berlaku pada diri sendiri, sampai sanggup berbunuh-bunuhan tetapi tidak bagi lelaki ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menjelang Syawal, setiap tahun pasangan suami isteri akan berhadapan persoalan ini. ‘Beraya di rumah ibu bapa siapa menjelan 1 Syawal nanti.’ Jika masalah ini tak diselesaikan segera, 2 hal ini akan terjadi.
Pertama, ia memburukkan lagi institusi keluarga Muslim. Kedua, mengundang dosa sama ada kepada pihak suami mahupun isteri. Inilah yang dijelaskan oleh Dr Ahmad Kamal Bin Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga.
Masalah tersebut berpunca daripada kelemahan komunikasi. Maksudnya komunikasi tidak berkesan dalam kalangan suami isteri. Malah banyak juga dapatan pemerhatian saya bahawa pasangan suami isteri tersebut tidak jelas mengenai “role” dan “status” mereka sebagai seorang anak, isteri dan suami.
Kunci keberkesanan komunikasi ialah niat murni yang terbit daripada hati yang bersih. Maksudnya, suami isteri dalam kalangan rakyat kita mesti miliki hati yang bersih bagi mengelak masalah di atas. Dengan adanya hati yang bersihi, kita mudah wujudkan persekitaran;
√ Kemuliaan natijah sebuah kemaafan
√ Kebahagiaan natijah sikap kesyukuran diri yang tinggi
√ Kemurahan rezeki natijah sikap suka bersedekah meskipun dengan sepotong roti.
Seterusnya, nasihat saya ialah sebelum membuat keputusan untuk balik ke mana tahun ini, pasangan suami isteri mesti;
1. Semak potensi kewangan institusi keluarga sendiri terlebih dahulu. Elakkan berhutang dan persepsi negatif oleh pihak ibubapa di kemudian hari.
2. Bersikap asertif. Iaitu berlaku jujur untuk menilai potensi keluarga sendiri akan rasional untuk pulang ke kampung atau sebaliknya. Ia mengambil kira kos pengangkutan, kesihatan keluarga dan potensi kewangan semasa kita. Justeru, jika tidak dapat pulang, maklumkanlah kepada kedua-dua pihak ibubapa dan ibubapa mertua masing-masing. Rasionalkan mereka mengapa tidak dapat pulang berhari raya pada tahun ini.
3. Bersikap sabar dalam menghadapi persepsi, respon negatif mahupun kritikan daripada kedua-dua belah pihak ibubapa jika ada situasi seperti itu. Apa yang penting, jangan bersikap negatif dan melawan mereka. Ia disebut adab dan akhlak terhadap ibubapa.
Lumrah dunia, ada waktu kita senang dan ada waktu kita susah. Susah dan senang biarlah setiap pasangan suami isteri mengurus dan menyelesainya dengan sikap kasih sayang dan tolong-menolong. Jauhkan sikap ego, hipokrit dan penting diri dalam mengurus keluarga masing-masing. Mengenainya, banyak laporan yang saya terima seperti berikut;
√ Ada pasangan suami isteri dah lebih 10 tahun tak pulang beraya di rumah ibubapa pihak isteri. Alasannya kerana ibubapa pihak isteri “mulut seram”, suka membanding-banding dengan menantu yang lain kerana materialistik.
√ Ada pasangan suami isteri yang dah lebih 15 tahun tak pulang beraya di rumah ibubapa suami kerana si isteri tidak disukai ibubapa suami.
√ Ada juga suami isteri tak pernah membawa keluarganya pulang ke kampung ibubapa masing-masing untuk berhari raya lebih daripada 10 tahun disebabkan faktor jarak
√ Ada juga suami isteri tak pernah membawa keluarganya pulang ke kampung ibubapa masing-masing untuk berhari raya lebih daripada 10 tahun disebabkan faktor masalah kewangan
√ Ada juga suami isteri tak pernah membawa keluarganya pulang ke kampung ibubapa masing-masing untuk berhari raya lebih daripada 10 tahun disebabkan faktor merajuk.
√ Ada juga suami isteri tak pernah membawa keluarganya pulang ke kampung ibubapa masing-masing untuk berhari raya lebih daripada 10 tahun disebabkan faktor krisis dengan adik beradik lain.
1. Jangan kita lupa bahawa setiap suami punyai amanah bahawa ibunya lebih utama dari isterinya
2. Jangan kita lupa bahawa setiap isteri punyai amanah bahawa suaminya lebih utama dari ibubapanya
3. Jangan kita lupa bahawa setiap ibubapa punyai amanah bahawa anak perempuannya mesti mengutamakan suaminya dari ibubapanya
4. Jangan kita lupa bahawa setiap suami punyai amanah bahawa mengutamakan ibubapanya sendiri melebihi isterinya
5. Jangan kita lupa bahawa setiap anak lelaki punyai amanah bahawa tanggungjawab menjaga ibubapa tergalas dibahu mereka dan bukan pada anak perempuan
6. Jangan kita lupa bahawa setiap anak perempuan punyai amanah bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami lebih dari ibubapanya sendiri.
Dengan mengamati dan memahami mesej yang tersurat dan tersirat daripada pernyataan di atas, ia pasti boleh membantu membina celik akal kepada kalangan peminat ruangan tulisan saya ini untuk mengemudi bahtera keluarga masing-masing dengan pedoman agama dan beramal sebagai insan celik agama. Elakkan mengurus keluarga secara syok sendiri, ikut emosi, lempar salah, cenderung fitnah dan nafsu ammarah semata-mata.
Penulis : Dr Ahmad Kamal Bin Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga merupakan penulis jemputan untuk ruangan Psikologi Keluarga dalam majalah Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!