Setiap perkahwinan pastinya mengharapkan kebahagiaan sakinah, mawaddah dan rahmah hingga ke syurga.Namun untuk menyemai semarak rasa cinta berkekalan pada pasangan tidak semudah dijangka. Ada ketikanya hadir perasaan kosong, sunyi dan sepi dalam perkahwinan walaupun riuh dengan anak-anak dan suami di sisi. Bila perkara ini berlaku, hubungan yang dibina kian terasa hambar.Sebenarnya ada beberapa sebab, punca ia terjadi.

Perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini ada benarnya.

Rasa kosong, sunyi dan sepi dalam hubungan.Ada pasangan, ada pertalian tapi rasa kosong, sunyi dan sepi. Macam something missing, tapi tak tahu apa sebenarnya yang missing.

1. Dekat Tapi Jauh

Antara punca adanya perasaan macam ni pertamanya adalah kerana dekat tapi jauh. Pasangan ada depan mata, physically dia ada disisi, tapi dalam hati dia jauh. Pasangan tak faham apa yang ada di dalam hati, pasangan tak memahami dan menyelami isi hati pasangannya sendiri.

2. Lama Tak Bermanja

Kedua, dah lama tak bermanja, dah lama tak bergurau senda, dah lama tak bergelak tawa. Kalau berbual pun hanya ketika perlu, apatah lagi nak buat semua yang lain-lain. Komunikasi terbatas dek kehadiran teknologi dalam hubungan dan kesibukan dalam pekerjaan.

3. Kurang Perhatian & Penghargaan

Ketiga, kurang perhatian dan kurang penghargaan. Pasangan tak terlalu mengambil peduli akan apa yang dilakukan seharian dan pasangan juga tidak berterima kasih atau menzahirkan penghargaan sewajarnya terhadap apa yang dah dilakukan sepanjang berhubungan.

IKLAN

4. Selalu Disakiti

Keempat, selalu disakiti, selalu dibohongi. Hati remuk, berkecai, mati berkali-kali akibat perbuatan pasangan. Jangan sembang tentang luka, jangan sembang tentang parut sebab hati tu sendiri dah hancur dan berkali-kali ianya dihancurkan. Maka hati dah tak lagi ada perasaan.

Dah kahwin ni, dah ada anak-anak, sempat lagi ke nak rasa kosong, sunyi dan sepi? Bukan masalah sempat atau tak sempat, rasa ni akan hadir sendiri tatkala kita duduk sendirian mengenangkan kehambaran hubungan kita hari demi hari.

IKLAN

Nak menangis pun tak, nak bergembira pun tak. Tiada rasa apa-apa melainkan bangun setiap pagi hanya untuk meneruskan apa yang dipertanggungjawabkan pada diri.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Hubungan Dingin Benci TANPA Sebab, Amalkan Doa ‘Pembatal’ Sihir Pemisah Rumahtangga

MW:Ada benarnya apa yang dikongsikan ini. Ada masanya memang akan hadir perasaan kosong, sunyi dan sepi dalam hubungan begini. Namun jangan dibiarkan dan dipendamkan lama-lama dalam perasaan begini ini. Jika masih sayangkan pasangan dan rumahtangga, cepat-cepatlah cari jalan penyelesaian, semarakkan kembali hubungan yang kian hambar ini.

Sumber: Firdaus Shakirin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI