Ada sesetengah suami, susah betul nak terima nasihat isteri. Katanya, apa yang isteri cakap tak betul dan lebih teruk ada suami siap bagitau ‘apa yang awak tau’. Alahai terus rasa hati nie terlalu kerdil. Gitu.

Kadang-kadang isteri pulak naik geram, bila dah bagitau atau nasihat pada suami dan bila dirujuk pada kawan-kawan, sama saja apa yang isteri beritahu. Boleh pulak. Nampak sangat, kat situ pun apa yang isteri rasa itu adalah betul.

Jadi, janganlah nak memperlekehkan apa yang isteri nasihat atau cakap. Apa yang diberitahu itu adalah ikhlas dari hati. Isteri nak beri yang tebaik dan bukannya nak ‘membunuh’ suami sendiri.

Seperti perkongsian daripada Mohd Fhais ini ada benarnya.

Isteri Lebih Kenal Suami

Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?

Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang tepat, betul dan sesuai dengan kita (suami). Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.
Bahkan lebih kenal daripada mak sendiri !

Buruk baik diri kita ni isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.

IKLAN

Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini comfirm!

Nasihat Yang Jujur

Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi.
Kita baru kehilangan “Penasihat” terbaik yang telah di cipta untuk kita !

Tiada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.

Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.

IKLAN

Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.

Kata Ikhlas

Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!

Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.

IKLAN

Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!

Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.

Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.
Wallahu A’lam.

Saya Mohd Fhais tak malu minta nasihat dari isteri tapi malu bila menyusahkan isteri dengan masalah yang kita cipta sendiri.

MW: Ada juga, bila isteri nasihat tapi tak dengar, last-last bila kena kat batang hidung, mulalah cari isteri balik kan.

Kredit: Mohd Fhais

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI