Rata-rata mak, ayah sekarang keduanya bekerja mencari rezeki. Keperluan hidup yang mendesak membuatkan mak, ayah mengambil keputusan untuk
keluar bekerja bagi menampung hidup. Apatah lagi mak,ayah yang tinggal di bandar besar.

Ternyata bukan mudah bekerja dan dalam masa yang sama membesarkan anak serentak. Kadang-kadang tekanan kerja membuatkan mak ayah terlepas pandang hal-hal anak hingga membuatkan mereka terasa seperti dipinggirkan. Paling buruk, mak dan ayah seolah tidak ambil tahu perkembangan anak-anak dan menyerahkan bulat-bulat pada pengasuh atau taska.

IKLAN

Oleh itu jangan salahkan anak-anak setelah mereka besar kelak tidak mempedulikan mak, ayah. Fikir sejenak adakah selama ini mak, ayah tinggalkan memori indah untuk mereka agar mereka dapat kenang hingga ke usia tua. Fikir-fikirkan. Jangan menuding kesalahan pada anak.

IKLAN

Ikuti perkongsian Nurhaya Yacob
Lebih tengking daripada puji.
Lebih pukul daripada peluk.
Lebih marah daripada belai.
Lebih rotan daripada cium.
.
Apabila anak sudah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering.
Apabila anak sudah besar hanya merenung redup rumah yang kosong.
Apabila anak sudah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.
.
Anak dikata sibuk bekerja.
Anak dikata lupa orang tua.
Anak dikata pentingkan keluarga.
Sehingga abaikan ibu dan bapa.
.
Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar?
.
Memori yang indah atau memori yang perit?
.
Anak sepahkan rumah, kita marah.
Anak tumpahkan air, kita pukul.
Anak pecahkan cawan, kita rotan.
Anak menangis, kita herdik.
Anak ajak main, kita leka.
Anak ajak berbual, kita tak endah.
Anak ajak pergi jalan, kita penat.
Anak makan sendiri terkial-kial.
Anak main sendiri termangu-mangu.
Anak tidur sendiri tersedu-sedu.
Anak tak pandai, kita keji.
Anak pandai, kita tak puji.
Anak berjaya, kita tak hargai.
Anak membesar dengan memori sepi.
.

Bukan Status Kebal

Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.
.
Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.
.
Apabila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak, bukan curahan kasih buat ibu bapa.
.
Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita,
peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.
.
Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.
Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.
.
Teringat kata-kata Dr. Anayasmin,
.
“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG”
.
Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang.
.
MW: Bermula hari ini, mak ayah perlu muhasabah diti agar seimbang dalam mendidik dan mebesarkan anak. Jika mak, ayah tidak mahu dianggap asing di kalangan anak-anak kelak, berubahlah demi kebaikan bersama.

IKLAN

Sumber: Dr Nurhaya Yacob

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI