Rezeki setiap orang itu berbeza. Amalan mereka itulah yang menentukan rezeki datang kepadanya sama ada dengan banyak dan berkat, atau sebaliknya. Bacalah perkongsian kisah rezeki usahawan yang ditulis oleh Bapa Viral Kebangsaan, Khairul Hakimin Muhammadtentang sahabat lamanya.
Bagaimana kawannya ini mendapat rezeki yang tak pernah putus daripada Allah. Apa amalannya?
“Semalam, saya pergi jumpa kawan lama. Beliau ada banyak bisnes tak popular. Contohnya beli hartanah dan sewakan di sana sini. Facebook beliau pun berhabuk tak ada update.
“Saya tanya dia 2-3 soalan tentang murahnya rezeki dia. Kerja tak sampai 10 tahun, namun selepas berhenti, terus buat bisnes, kencang bukan main.
Dia beritahu saya beberapa benda sahaja yang dia buat.
9 Amalan Ini Buat Rezeki Melekat Dan Berterusan
1. Setiap minggu (setiap hari jumaat) dia akan transfer / bank in duit ke isteri dia sebagai hadiah. Buatlah belanja atau nak simpan. Apa-apalah.
Ads
Masa kerja gaji RM1,600 dulu. Dia hanya boleh beri RM70 sahaja seminggu.
2. Dia juga buat benda yang sama untuk emak ayah dia dengan jumlah duit yang sama (waktu itu).
Dia pegang pada pesanan gurunya, hadiah kepada yang tersayang dan terdekat ini akan memurahkan rezekinya sendiri.
3. Sentiasa beli lebih untuk agihkan kepada orang lain. Asal dia beli nasi untuk sarapan di pejabat, dia akan beli 2-3 lebih. Letak di pantry dan tulis ‘siapa cepat dia dapat’. Kadang-kadang beli kuih.
4. Masuk surau, masjid, mesti solat dua rakaat. Mesti. Jika nak ke tandas sekalipun, ambil wuduk, dan pergi solat sekejap. Biasanya itu adalah jemputan Tuhan. Waima masa nak ke tandas, kebetulan terjumpa surau / masjid.
Dan kemudian, letaklah duit di tabung.
Ads
5. Setiap bulan, beliau beli 2 naskhah buku dan poskan ke sekolah-sekolah yang beliau cari alamat di sosial media. Belasah sahaja hantar atas nama perpustakaan.
6. Setiap kali keluar makan dengan keluarga dan kawan-kawan, dia kata dia akan berusaha pergi bayar. Melainkan masa itu memang tak berduit.
7. Tak boleh berkira. Awal bisnes, jika job yang dapat itu semurah RM50, ambil. Pelajaran lagi besar nilainya dari duit. Dulu, RM50, sekarang dah naik berpuluh kali ganda.
8. Baik sangka dengan Tuhan. Sekiranya ada sahaja ujian yang melibatkan habisnya wang. Ingat balik, adakah bulan / minggu / hari tersebut ada yang termiss beri hadiah atau sedekah.
9. Meminta-minta dengan Tuhan. Ini wajib. Mintalah setiap hari. Tak boleh jemu, tak boleh biar, tak boleh malas. Minta minta minta.
Sila Terkejut Dengan Hasilnya
Hari ini, beliau ada 4 buah kedai 3 tingkat yang disewa. Setiap satunya dapat dalam RM16,000/bulan.
Ads
Kemudian ada beberapa rumah juga dijadikan sewaan.
Nak kata beliau kaya raya, tidak juga. Masih ada hutang bangunan yang belum selesai. Namun, hutang peribadi dengan bank semua dah tak ada.
Ada lagilah bisnes beliau yang nampak biasa-biasa dan tidak popular.
Hari ini, pagi-pagi hantar anak sekolah, kemudian pergi minum dengan orang rumah. Cuti-cuti balik kampung tengok keluarga.
Rasa cemburu pun ada. Pesan beliau kepada saya:
“Asal namanya kebaikan, buat. Walau hanya ada RM10 dalan poket, entah-entah RM5 adalah untuk beli kuih / makanan kepada kawan di pejabat. Mana kita tahu dia tak makan kerana tak ada duit, dan datang kerja setiap hari hanya minum air kosong.
“Aku pernah rasa semua itu. Jadi aku buat semula kepada orang lain. Dan hari ini, Allah balas satu demi satu dengan cukup tersusun dan bergaya. Alhamdulillah.”
Wawa Zainal selamat bersalin anak keempat akui proses bersalin kali ini lebih menyakitkan dan mencabar.
Benarlah pengalaman melahirkan setiap anak itu berbeza jalan ceritanya. Begitu juga yang dilalui pelakon, Wawa Zainal yang telah selamat melahirkan anak keempatnya.
Hasil perkahwinan bersama Aeril Zafrel, pasangan ini turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.
Wawa Zainal Selamat Bersalin Anak Keempat
Bersyukur selamat melalui proses bersalin namun dirinya akui kali ini prosesnya agak mencabar dan lebih menyakitkan berbanding sebelum ini.
“Alhamdulillah, selamat melahirkan pagi tadi. Pukul 2 pagi menahan sakit tak sampai hati nak kejut Aeril.
“Tunggu la sampai 5 pagi, sampai-sampai hospital dah sembilan sentimeter (bukaan). Lain macam sakit dia walaupun anak keempat dah. Belum ada nama, ada cadangan ke?” luahnya menerusi perkongsian di Instagram.
Pada perkongsian yang sama Wawa juga menyatakan jantina bayi keempatnya itu.
Aeril Zafrel Mohon Doakan Kesejahteraan Isteri
Pada masa yang sama, suami Wawa Zainal yang juga pelakon dan usahawan berjaya, Aeril Zafrel mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan isterinya.
“Assalamualaikum anakku. Terima kasih semua atas doanya,” luahnya.
Dimarahi Wawa Sedang Menahan Kesakitan
Menerusi hantaran berbeza juga, Aeril turut berkongsi video dirinya dimarahi Wawa yang sedang menahan kesakitan.
“Waktu ini saya kena marah sebab puji dia. ‘Sakit-sakit pun cantik’… salah ke puji macam tu,” katanya.
Kadang ada sesetengah mak ayah ralit sangat tayang aksi anak kecil di laman media sosial. Tengok yang LIKE dan komen pun meriah, lagilah mood nak kongsi gambar dan video anak di internet makin mencanak-canak.
Ya, tak salah nak berkongsi kebahagiaan tetapi kita takut dalam ramai-ramai kawan media sosial itu, terselit golongan ‘bahaya’. Nak-nak pula kalau ada yang simpan gambar anak yang seksi atau tak cukup pakaian itu dijadikan koleksi untuk ‘berseronok’.
Sebolehnya mak ayah patut berjaga-jaga atau lebih mudah cuba rebungkan perkongsian Parent Connect Consultancy, Puan Noor Afidah Abu Bakar berkait dengan hobi share gambar dan video anak di laman media sosial. Ini sebenranya lebih mendatangkan kebaikan atau keburukan? Jemput baca…
Tayang Gambar Anak Kecil Di Internet
Jagalah aib anak-anak sendiri di media sosial. Janganlah dimuatnaik video atau gambar yang memalukan. Anak kecil tidak dapat mempertahankan dirinya. Anak kecil tidak tahu kisahnya telah disebarkan. Anak kecil tidak tahu ramai yang mentertawakan dia. Anak kecil tidak tahu ada yang mengeji dia hanya kerana berperangai seperti anak kecil.
Adakah yang mengeji itu sempurna kelakuannya ketika kecil dulu?
Sedarlah yang kita beruntung zaman ibubapa kita dulu tiada media sosial.
Anak kecil tidak tahu ramai yang hendak ‘memberi penampar’ kepada dia kerana mereka tidak tahu cerita sebenar apa yang berlaku.
Kasihan kamu hai anak.
Wahai ibubapa…
Anak kecil itu akan terus diejek, dimalukan dan dibuli kerana keghairahan orang dewasa mengongsi kisahnya. Kasihanilah dia. Dia tidak tahu apa-apa.
Anak kecil itu bukan saja diejek oleh rakan sebaya, anak kecil itu juga diejek oleh orang dewasa yang akalnya tidak sempurna.
Kasihanilah dia.
“Satu hari nanti anak kecil akan mendapat tahu juga yang dia telah dimalukan di internet.
Satu hari nanti mungkin dia tertekan dengan aibnya yang telah dibuka.
Satu hari nanti mungkin renggang hubungan kerana aibnya tidak dijaga.”
Atau mungkin satu hari nanti perangainya tetap tidak berubah kerana dia popular dengan perangainya yang sebegitu. Dia popular kerana ibubapa sendiri yang mempopularkan dia walaupun perangainya masih memerlukan bimbingan.
Wahai ibubapa…
Apa yang kita muatnaik di internet akan terus kekal di internet sampai bila-bila. Kita boleh padamkan dari media sosial kita, tetapi ramai yang tidak padamkan. Ramai yang telah kongsikan. Ramai yang muat turun dan menyimpannya. Mungkin mereka berniat baik, namun mungkin juga ada yang berniat tidak baik terhadap kita, keluarga kita dan anak-anak kita. Mungkin ia akan digunakan oleh mereka nanti untuk terus membuka aib kita.
Pohonlah perlindungan daripada Allah SWT. Allah akan terus menutup aib kita selagi kita berusaha menutupnya. Kita manusia yang sentiasa berbuat silap.
Anak-anak adalah cerminan diri kita sendiri. Jika kita membuka aib anak di media sosial untuk disebarkan, kita sebenarnya membuka pekung di dada kita sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Uyaina dedah petanda jodoh terbaik, pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad yang baru saja melangsungkan perkahwinan dengan suami, Raja Syahiran membongkar rahsia petanda jodoh terbaiknya.
Seperti mana yang didedahkan menerusi jawapan sebuah pertanyaan di Instagram Stories akaun rasminya, Uyaina akui dia mendapat petanda jelas bahawa suaminya yang juga seorang penyanyi, adalah jodoh terbaiknya hanya menerusi mimpi.
Uyaina Dedah Petanda Jodoh Terbaik
Walaupun mimpinya ringkas namun itu sudah cukup kuatkan hatinya mengatakan Raja Syahiran lelaki tepat untuknya.
“Saya bersyukur sebab saya pernah dapat petanda dalam bentuk mimpi yang sangat jelas.
“Alhamdullilah. Dalam mimpi itu, Syahiran datang dan pegang cincin.
Cukup Beri Kekuatan
“Itu sahaja. Tiada perbualan. Pendek sahaja mimpinya. “
“Tapi cukup. Cukup untuk beri saya kekuatan untuk melangkah ke fasa yang seterusnya,” jawabnya.
Bagaimana Mengetahui Lelaki Calon Tepat Sebagai Jodoh?
Malah Uyaina juga ditebak bagaimana mengetahui seorang lelaki itu calon yang tepat sebagai jodoh kepada Uyaina menerusi seorang pengikut setia di Instagram. Jawab Uyaina dia seperti wanita lain sangat takut mengenai perkahwinan dan segala hal yang datang kepadanya.
“Bagus soalan ni. Dulu, saya pun selalu tertanya solan yang sama.
“Saya sangat takut mengenai perkahwinan dan segala hal yang datang dengannya.
Pernah Lalui Kegagalan Dalam Hubungan
“Macam mana kita nak tahu dia adalah yang tepat?
“Terutama kalau sebelum-sebelum ini, kita pernah lalui beberapa kegagalan dalam hubungan. Buat sahabat wanita saya, tengok keikhlasan dan kesungguhan lelaki itu,” katanya.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...