Penantian selama tujuh tahun selepas mendirikan rumah tangga akhirnya pelakon Jehan Miskin, 41 berkongsi berita gembira bakal bergelar bapa, apabila isterinya, Julie Camelia Rhee, 36, kini hamil cahaya mata sulung mereka.
Jehan menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya semalam telah memuat naik foto imbasan kehamilan isterinya dan memaklumkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Menurut pelakon filem Cun itu, bakal anak yang digelar ‘bayi PKP’ itu dijangka lahirkan pada tahun depan.
Julie yang berasal dari Korea itu juga menerusi laman Instagram turut berkongsi berita sama dan meluahkan rasa terujanya bakal bergelar ibu kepada bayi yang dikandungnya itu.
Serentak dengan itu, ruangan komen Instagram Jehan dan isteri telah dihujani dengan ucapan tahniah dan kiriman doa daripada peminat serta pengikut mereka yang turut sama meraikan berita gembira tersebut.
Ads
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur pada Mei 2013.
Tengahari semalam pelakon yang juga hos Mingguan Wanita Talkshow, Norman Hakim telah berkongsi kisah duka menerusi entri Instagram tentang kehilangan doktor yang paling disayanginya dan keluarga yang bernama Zarina Bibi.
Masakan tidak, Dr Zarina dianggap sebagai doktor kesayangan kerana banyak menabur budi terhadap keluarganya.
Lebih menyedihkan Norman Dr Zarina merupakan figura hebat yang bertanggungjawab menyambut kelahiran enam orang anaknya.
Umpama Mak Sendiri
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
“AL-FATIHAH buat Allahyarhamah DR.ZARINA BIBI yang telah kembali ke rahmatullah…
Doktor yg menyambut kelahiran dari anak pertama saya Mohamed Danish Hakim hinggalah ke Mikayla Delisha Hakim.Doktor yang saya anggap dah mcm ibu saya sendiri.Doktor yang mengajar saya untuk buat air selusuh sendiri untuk diberi minum kepada ibu2 yg melahirkan anak2 saya sebab air selusuh dari air tangan suami adalah yang paling afdal katanya
Saya paling banyak terkesan atas ‘pemergian’ Dr.Zarina.Dia sentiasa ada untuk saya tak kira masa tiap kali saya perlukan dia bagi pihak ibu2 kpd anak2 saya dan juga tiap kali anak2 tak sihat dan sebagainya.Banyak ilmu jasmani seiring rohani yg dikongsikan terutama dalam mendidik dan membesarkan anak2
Kali terakhir berjumpa dalam pertengahan bulan Februari 2020 untuk suntikan Mikayla utk usia 18 bulan,maknanya yg terakhir utk Mikayla.Masa tu Doktor Zarina sebak & nangis cakap “lepas ni tak tau bila lagi dapat jumpa,kan?” Saya sambut dgn nada gurau “In shaa Allah lepas ni next anak kita jumpa lagi Doktor” Tapi bila dia dah takde,baru kita dapat nilai kata2 terakhir dia dlm nada sebak tu mmg benar2 petanda yg dia nak tinggalkan kita.Allahu sedih sgt2 rasa ni,dada saya berombak hening & hiba tiap kali teringatkan momen dari dia sambut kelahiran anak saya yg pertama sampai la yg ke-6
Setiap kali jumpa,setiap kali tu bila saya nak bagi duit mcm buat pada mak sendiri,dia akan tolak & tak nak terima.Tapi bila saya cakap terimalah umpama dari seorang anak,dgn berat hati dia terima dan terus angkat tangan ke langit mendoakan saya dan keluarga
Terima kasih untuk segala jasa Doktor buat saya seisi keluarga.Pada ketika ni,saya sangat2 rindukan DoktorBesar sgt jasa & pengorbanan Doktor pada saya.Saya harap sangat2 kita dapat jumpa lagi kat dunia yg lagi satu selepas ni.Semoga Roh Doktor ditempatkan dikalangan para Syuhada Kawan2…mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Dr.Zarina Bibi semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas rohnya…AL-FATIHAH️”
“Semua Anak Saya Lahir Dr Zarina Yang Sambut” Memey Suhaiza
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Assalammualaikum… sy mulakan update pagi ni dgn berita ni… Doktor kesayangan saya dah meninggal.. Semua anak sy Arwah Dr Zarina yg sambut, Yg jaga setiap condition sepanjang sy pregnant.. suami sanggup follow hospital mana pun yg Dr Zarina bertugas… Sbb dah rasa selesa dijaga kita mcm anak Mengenalinya seorang yg sgt baik, sentiasa lemah lembut, tenang selalu… Apa pun masalah dlm labour room Dr Zarina sentiasa tenang… buat kita rasa sentiasa selesa ,tak risau… Allah lebih sayangkan Arwah.. Salam takziah buat keluarga Doktor Semoga roh ditempatkan dikalangan orang beriman…️
Ramai juga yg kenal dgn Dr Zarina Bibi kan…? Sama2 kita sedekah kan doa utk arwah ye…Al-fatihah”
Miliki Peribadi Yang Baik
Memey turut mendedahkan Dr. Zarina memiliki kepribadian yan sangat baik dan sentiasa membantunya sepanjang proses bersalin anak-anaknya.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan salam takziah dari kami di Mingguan Wanita.
Sumber & Sumber Foto: Instagram Memey Suhaiza & Instagram Norman Hakim
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap episod Ratu Hijabista perlu menjalani beberapa tugasan, antara tugasan yang telah dilalui oleh ratu-ratu adalah melawat Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah, Bandar Baru Bangi.
Darul Insyirah merupakan pusat jagaan dan pendidikan warga emas di Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan yang disediakan ialah jagaan harian, mingguan dan bulanan. Secara tidak langsung kehadiran dan gelagat ratu-ratu hijabista mencerikan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah.
Bukan sekadar lawatan beramah mesra, ratu-ratu juga ditugaskan untuk mengemas kawasan yang menjadi tempat tinggal bonda-bonda yang tinggal di pusat jagaan ini.
Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh ratu-ratu semua kerana aktiviti sebegini agak jarang mereka berkesempatan. Selain mengemas Kawasan surau, mereka juga kelihatan sibuk mengemas Kawasan sekitar pusat jagaan.
Dalam masa yang sama, ratu-ratu turut melakukan permainan dengan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah dengan memakai mereka tudung.
Suasana ini menimbulkan keceriaan di kalangan penghuni di sini. Selain ratu-ratu, Puan Sri Normala Samsudin turut turun padang dalam merealisasikan episod ini.
Selamat maju jaya dan semoga berjaya buat ratu-ratu yang bakal berdepan peringkat akhir pada hari rabu nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mungkin antara kita tak sangka bahawa tanah di angkasa lepas, iaitu di bulan juga boleh di beli. Atas rasa kasih dan cinta pada isteri tersayang menyebabkan seorang lelaki di Pakistan membeli satu ekar (kira-kira 0.4 hektar) tanah di bulan sebagai hadiah perkahwinan mereka. Memang istimewa, unik dan bukan calang-calang hadiahnya ini.
Portal Gulf News melaporkan Sohaib Ahmed, 23, membeli tanah itu pada harga AS$45 (kira-kira RM186) melalui program Inisiatif Pendudukan Bulan (LSI) Pembelian itu disahkan oleh LSI melalui satu sijil rasmi.
Malah, nama Sohaib Ahmed juga jelas tertera pada sijil berkenaan.
Sebelum ini, beberapa aktor Bollywood antaranya Shah Rukh Khan juga dilaporkan mempunyai tanah di sana selepas dihadiahkan oleh seorang peminatnya.
Selain itu, seorang lagi aktor Bollywood yang baru meninggal dunia pada Jun lalu iaitu mendiang Sushant Singh Rajput juga dikhabarkan memiliki sebidang tanah di bulan.
Menurut laman web LSI, tanah di bulan hanya ditawarkan kepada individu atau syarikat bagi membiayai misi eksplorasi dan pembangunan sumber di bulan.Selepas berjaya memiliki tanah, pemilik ‘berhak’ untuk tinggal di tanah itu.
Dalam pada itu, pasangan itu dilaporkan berjaya mendapatkan semua dokumen berkaitan yang dikeluarkan Sea of Vapor Society.
Sohaib berkata, dia mendapat inspirasi untuk membeli tanah di bulan daripada mendiang Rajput.
Isterinya, Madiha berkata, ramai yang menyangkakan pembelian tanah di bulan hanya gurauan.
“Ramai beranggapan ia gurauan, tetapi sebagai saya menunjukkan dokumen mereka baru mempercayainya,” katanya.
Dalam pada itu, Gulf News melaporkan bahawa ada banyak syarikat dalam talian menawarkan penjualan tanah di bulan.
Realitinya, India dan Pakistan sudah menandatangani perjanjian antarabangsa pada 1967 yang melarang mana-mana pihak untuk membuat tuntutan terhadap tanah di angkasa lepas.
Perjanjian The Outer Space Treaty itu sehingga kini sudah ditandatangani oleh 105 negara.
Antara lain turut menghalang mana-mana pihak menempatkan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) di angkasa lepas.Selain itu, tanah berkenaan dianggap sebagai warisan manusia dan tidak boleh dimiliki oleh mana-mana negara atau individu.
MW: Tak sangka tanah di bulan pun boleh dibeli.Memang istimewa, unik, lain daripada yang lain. Demi kasih pada isteri tersayang macam-macam sanggup dilakukan.
Tular video memaparkan Mona Allen dan Pekin Ibrahim memakai topi Santa serta bertukar hadiah mencetuskan dakwaan sambutan Krismas dan perdebatan hangat netizen.