Anak aktif itu juga satu ujian bagi mak-mak. Setiap kali ke rumah saudara mara, anak-anak sering kali jadi tumpuan. Mana taknya, asyik berlari ke hulu ke hilir. Sekali ditegur, duduk diam. Tak sampai 5 minit berlari lagi. Argh! Peningnya!
Mempunyai anak-anak yang aktif memang sangat mencabar. Namun, mak ayah jangan hanya tahu hendak marah dan pukul anak saja. Pada usia 4-6 tahun, anak-anak gemar bereksplorasi.
Kena pandai mengkaji dan mengenal tingkah laku anak sendiri. Sebagai ibu bapa, belajarlah agar anda tahu tangani mereka. Tahu apa kelemahan mereka.
Gunakan pendekatan psikologi untuk mengawal anak-anak. Kalau anda gunakan pendekatan pukul, bukan anak yang sakit, emosi anda pun akan sakit juga.
Ads
Sebab itu, al-Quran bekalkan panduan mendidik anak yang tak reti duduk diam ni. Ada doa-doa yang boleh diamalkan oleh mak ayah agar anak anda yang terlebih aktif itu membesar jadi anak yang hebat.
1. Al-Fatihah
Sebagai satu senjata untuk merangsang daripada melakukan sebarang masalah.
2. Ayat Qursi
Untuk menghalau iblis & syaitan. Doa ini juga boleh dibaca untuk menghindarkan anasir negatif yang masuk ke dalam badan anak yang menyebabkan mereka degil atau tak mendengar kata.
Ads
3. Surah Alam Nasyrah
Nabi juga menasihatkan Ali supaya membaca surah ini utk menerangkan hati dan mudah ingat. Dan ia dibacakan kepada anak supaya mereka kurang degil dan lembut hati.
4. Surah Adh-Dhuhaa 1-5
Untuk anak yang malas sembahyang, degil, suka bergaduh dan tension. Inilah surah untuk anak menjadi soleh dan solehah, lembut hati dan mendengar nasihat.
Ads
5. Doa Nabi Daud
“Ya Allah lembutkan bagi (nama anak) hati sebagaimana Kau lembutkan besi bagi Nabi Daud”.
6. Surah Al-Anbiyaa ayat 69
Untuk anak-anak yang liat hendak sembahyang & doa yg paling mustajab ialah surah Ibrahim ayat 40, bermaksud “Ya Allah jadikan aku dan anak-anakku orang yang mendirikan solat”.
7. Doa Manzzill
Kombinasi ayat al-Quran yang telah diajar nabi pada para sahabat kemudian ditulis oleh ulama.
Mak-mak kenalah cuba amalkan doa-doa ini demi kebaikan permata hari yang cukup disayangi. Sebabnya Doa mak tu memang makbul!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tabung adik beradik. Sekarang ini semuanya di hujung jari saja. Nak menabung tak perlu nak keluarkan duit dan simpan pada tempat-tempat tertentu. Sebab sekarang ini boleh saja menabung dalam bank.
Begitu juga kalau nak berkongsi hadiah atau rezeki dengan mak ayah, boleh buat tabung adik beradik. Di sinilah baru nampak komitmen adik beradik mengikut kemampuan masing-masing.
Rupanya di Maybank2u bukan kita saja boleh ‘create’ tabung untuk simpanan tapi boleh ajak adik beradik sekali menabung. Contohnya bila berhasrat untuk berkongsi rezeki dengan mak ayah atau juga untuk sesuatu hasrat dan hadiah buat seseorang.
Perkongsian daripada Herni Henry ini boleh dijadikan rujukan dan panduan buat adik beradik yang nak berkongsi rezeki atau perancangan untuk berikan pada mak ayah.
Bila jadi anak sulung, macam jadi ketua kelas pun ada. Kami ada 5 orang beradik, tapi seorang mak ayah dah bagi makcik. So sekarang kami tinggal 4 orang lah kan.
Alhamdulillah berjaya beli rumah untuk mak ayah, sebulan kami kongsi bayar RM380 seorang. Kami ada 4 orang jadi total kami bayar rumah RM1520. Alhamdulillah semoga saya dan adik- adik saya dilipatgandakan rezeki.
Selain itu, kami memberi duit belanja juga kepada mak ayah. Walaupun tak banyak ikut kemampuan masing- masing. Mak bagi lain, bapa pun bagi juga. Alhamdulillah semoga semuanya diberkati.
Ingat lagi, masa mak nak pergi umrah dahulu, kami berempat diketuai oleh saya planning kongsi duit lah juga untuk hantar mak pergi umrah. Sebenarnya, bukan apa saya libatkan adik- adik saya supaya mereka diberkati rezeki dan sentiasa dilipatgandakan rezeki.
Sebenarnya, masing-masing ada komitmen juga. Ada yang struggle ada yang okay. Tapi bila fikir balik mak ayah hidup dengan kita pun kita taktau sampai bila kan?
Dulu mereka besarkan kita susah payah. Jadi ada rezeki sedikit sebanyak kita berkongsi.
Bukan senang jadi anak sulung, kadang- kadang bergaduh juga ni kami adik beradik. Tapi itulah, kena kuat semangat.
Jangan lupa mak ayah ada bahagian masing- masing. Insya Allah makin berlipat ganda rezeki nanti. Aishemen macam penceramah pula.
Semoga berjaya impian kami hantar mak dan bapak pergi umrah. Pelan- pelan kayuh lah kan. Saling bantu membantu.
CARA BUAT TABUNG DI MAE
1. Pergi ke laman MAE 2. Tekan HOME 3. Pilih simbol TABUNG 4. Tekan create TABUNG 5. Pilih category 6. Tekanlah what you are saving for 7. Nanti tekan tempoh masa 8. Add friend untuk tabung sekali, pastikan dia pakai Maybank lah dan ada save dalam contact kita 9. Nanti just confirm. Lepas check masa dan monthly payment 10. Done
.
.
Mingguan Wanita : Lepas ni bolehlah lantik salah seorang adik beradik untuk create tabung simpanan. Duit tu bolehlah untuk beli hadiah atau suprise untuk mak ayah. Moga bertambah rezeki keluarga. Aamiin.
Fara Fauzana nasihat terus lawan Covid-19 ya! Begitulah yang dipesan oleh Penyampai Radio Hot FM, Fara Fauzana yang disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Fara menerusi akaun Instagram miliknya berkata, dia menjalani ujian saringan selepas menjadi kontak rapat kepada seorang individu.
“Hari kelima selepas kali terakhir jumpa kontak rapat sila buat ujian saringan di hospital atau klinik yang berdaftar, ‘self test’ takut tak dapat keputusan yang betul.
“Masa hari saya nak buat ujian saringan saya dah mula batuk dan pening kepala.
“Nak tunggu keputusan agak mendebarkan, walhal dah selalu buat ujian saringan. Saya kena tunggu 24 jam dan hari esoknya baru pihak hospital hubungi untuk beritahu keputusan,” tulisnya.
Pada awalnya, dia enggan berkongsi berita dirinya positif namun disebabkan kes Covid-19 semakin meningkat dia ingin memberi kesedaran kepada orang ramai.
Fara Fauzana Nasihat Terus Lawan
Fara juga turut berkongsi beberapa tips sebaik mengetahui dirinya positif Covid-19.
“Mula-mula tak nak kongsi tapi bila fikir kes makin naik, marilah kita saling ingat-mengingati lagi dan lagi.
“Sebaik dapat tahu diri positif Covid-19, kita kena terus hubungi siapa kontak rapat yang kita jumpa tiga hingga lima hari sebelum kita jalani kuarantin di rumah untuk keselamatan.
“Jangan takut untuk maklumkan pada mereka yang kita positif dan minta mereka buat ujian saringan dan jalani kuarantin di rumah jika perlu.
“Tiga hari sebelum saya positif Covid-19, jika agak kacau dan sensitif lain macam. Waktu ini jangan nak buat lawak sangat dengan orang kena Covid-19, isu lambat pun boleh jadi hal tapi sekarang dah okey,” luahnya.
Malah terbaru menerusi perkongsiannya di akaun Instagram, Fara juga memberi nasihat agar mereka yang dijangkiti wabak jahat ini agar terus kuat melawannya.
S U P P O R T S Y S T E M
“Bila FF bgtau yang FF +ve covid ramai juga yg hadir secara langsung dan tidak tapi PERCAYALAHHH .. ia sangat2 membantu 🙏🏻❤️🙏🏻
“Jadinya FF nak bgtau kat kawan-kawan kalau anda di sahkan POSITIVE jangan la down yea. Beritahu kawan-kawan dan ahli keluarga.
“Kalau nak rasa selesa bgtau jiran kiri kanan dan kalau duduk kat appartment terus maklumkan pada management agar mereka boleh buat tindakan seterusnya (seperti sanitize lift dan maklumkan pada penduduk yg lain)
“Ramai kawan-kawan yang berkongsikan pengalaman mereka bila disahkan +ve malah ada yg berkongsi mcmana mereka jaga pesakit covid yang merupakan ahli keluarga mahupun jiran. Korang osem dan saya berterima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman (korang boleh baca kat bahagian komen kat post sebelum ni)
“Kepada yang kehilangan orang tersayang disebabkan covid FF ucapakan Takziah. kepada yang tengah fight benda ni .. WE CAN DO IT.
Sama-Samalah Jalankan Tanggungjawab
“Kepada yang lain, kes semakin meningkat. Sama-sama kita jalankan tanggujawab bersama. ini bukan masa untuk kita tanya “kena mcmana?” “siapa yg bagi ko covid tu?” nope! ni bukan masa utk kita tuding jari. benda kalau nak jadi akan jadi jugak.
“Yang Penting kalau disahkan +ve sila MAKLUMKAN & UPDATE MYSEJAHTERA dan jujur,” coretnya.
Ayah ini punya alasan mengapa tidak memujuk apatah lagi paksa anak berpuasa ketika anak masih kecil lagi. Biar pun ketika anaknya berbuka puasa, jam sudah menunjukkan 6.30 petang.
Bermakna lebih kurang satu jam saja lagi untuk anak bertahan dan meneruskan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.
Kerana ayah ini faham, apa yang lebih utama untuk diberikan penekanan pada anak dalam usia sekecil itu bukanlah berpuasa tetapi utamakan solat dahulu. Hadamkan perkongsian ayah ini, Mohd Yazid Ismail.
Antara Puasa Dan Solat, Ini Mak Ayah Utamakan Dulu
Hari ni Nisreen buka puasa pukul 6.30 petang. Tak tahan sangat katanya. Saya tak pujuk dia untuk tunggu sikit masa lagi, biar je dia buka puasa.
Tak apa walaupun puasa tak cukup, Nisreen solat fardhu penuh setiap hari sejak umur 5 tahun. Tahun ni dia darjah 1. Sebenarnya antara puasa dan solat, ibubapa kena utamakan anak solat penuh dulu.
Didikan melalui teladan adalah yang terbaik.
Saya tak paksa dia solat masa umur 5 tahun, malah tak suruh pun. Tapi sejak PKP bila saya tak boleh pergi ke surau, saya sentiasa solat berjemaah di rumah. Dia ikut solat berjemaah sama-sama tanpa gagal.
Malah dia paling awal ambil wudhuk berbanding abang dan kakak-kakak dia. Selalu tanya “Abah, dah azan ke?” padahal belum masuk waktu.
Anak Dah Hafal Bacaan Dalam Solat
Alhamdulillah bacaan dalam solat dia dah hafal semua. Dia minat main Monopoli Solat, untuk menang kena hafal semua bacaan. Saya layan dia main hampir setiap hari tahun lepas, naik muak abah dibuatnya
Walaupun solat dah penuh, tapi bab puasa saya tak push pun. Hari ni dia bangun sahur sama-sama. Kalau dia nak buka puasa awal tak ada masalah.